Sunday, December 22, 2013

Past Present Future

Asslamualaikum...

Meh kita berbual kosong, sambil menggerakkan jari di atas keyboard..

PAST

On 28th November hari tu, I turned 21 years 'young'... heee

I was like????!!!!!

"Eh apa nie??? Kenapa 21?? Bukan 18 ka?? Eh x, 15 kott"

Ciss~~~ this crazy thought always came across my mind...
Biasala tak sedar diri... 

Celebrating secara ala kadar with my beloved cos mate... emmm... they ols, sweet la.. hahaha...

 *Celebrating on 29th November 2013*

Dalam kesibukan harian, yang macam lipan tak cukup kaki, macam tak percaya pulak they still buat surprise party macam nie... Actually this event is their 3rd attempt untuk buat surprise... hahaha

Kali pertama, diorang baru nak plan the party, then aku yang spoil pergi bagi taw 
"Eh korang, hari nie birthday aku taw!!"
Heeee... aku ingatkan korang busy sampai tak bukak FB, then x noted birthday aku.. sebab tu la aku ingatkan... hahahaha

Second attempt, diorang baru nak nyanyi lagu "Happy Birthday" dekat aku ramai ramai, sekali my group mate, Vsolee lari peluh-peluh masuk dalam kelas... then dia kata...
"Eh Azi, hari nie birth day U kan? Happy birthday... Happy birthday to you, happy birthday to you *Nyanyi sorang-sorang*
Yang lain mengeluh.. hahahahaha...*aku tahan gelak*

So this is their third attempt.... 
Tengah-tengah angin kuat, hujan pun lebat, boleh diorang ajak keluar makan dekat luar...
* I mean keluar jalan kaki yer... bukan alang-alang punya angin & hujan nieh, selamat la jugak 2-3 kaki payung*

Aku pun ok jala kan... Order makanan... Makan-makan... 
Lepas dah sudah makan, dari hujung mata ~ ehem ~ ulang suara, dari hujung mata _ aku nampak Wai Seng pergi order kek... 

dalam hati 
"Dah tahu dah, tahu dah.. makan free la aku jawabnya"

Ok la, aku kesian kat diorang, dah plan ajak semua keluar, sebab nak celebrate semata kan, ok la.
Acting mode on... 
Dalam hati~~~
"Eh apa Wai Seng buat tu ek? Dia minta air kosong kot, sebab air dia manis sangat."..heeee

Maka berjayalah cos mate aku celebrate birthday party aku dengan jayanya...
Aku sangat-sangat menghargainya, sebab aku tahu~~

-1st, diorang suma busy gila kott.
- 2nd, adalah sangat susah geng-geng Speech nak berkumpul semua selepas waktu kuliah.
-3rd, diorang plan dari awal, bukan "alang-alang" punya event.
-4th, peranan cuaca, yang mencabar fizikal dan mental. 

Thank you Uols... Thank you so much... =)

PRESENT

Now, is study week!!! 
The 1st day of study week, and I'm updating my blog... *cissss*

Tengok jadual exam, macam WOW sikit, sebab this is the first time, my final exam 2 minggu ja to cover 7 subjek... Selalunya 3 minggu kott...

So hari nie, agak productive la jugak, update all the notes, kemas-kemas nota, pastikan semua report/assignment/therapy plan, already submit, study a few notes.. kira not bad la..

Another 6 days, to go...
 Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah, amin...

FUTURE

Cakap pasal future nie, seem like it never has end... Yala, kita tak tahu pun jangka hayat kita sampai umur berapa kan...

So, let randomly talk.

So lepas nie apa yang aku nak reach, secara "kasar" ?


1st- Ofkos nak kerja as Speech Language Pathologist, tambah sikit, nak buka my own clinic and center. 
2nd- Of kos la, nak belanja my parent sepuas hati, walaupun diorang tak minta.
3rd- Want to step on my own feet in tanah suci, Mekah.
4th- get married, be a good wife, be a good mother, and bring them to Jannah.  

heee... yang 4th tu, there is 4 steps to be taken... huge RESPONSIBILITY there!!! how could I? 

For the present, mesti la I have to work on my own self first...
*Never stop in trying.. InsyaAllah.. do pray for me =) *

 But the problem seem likes emerging, when my parent talk about married, my friend is getting married, and a few keep on searching for their Imam.

Me???  hahahahaha... Jangan kalut... Kalau ada, then adalah... *well, typical me*

Tu ja, dah nak Maghrib dah... bye2..

p/s: just random talk... Bosan sitting alone... heee... sorry for all those words andai kata ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)



Friday, December 20, 2013

Biadap?? Rude??

Assalamualaikum...

Topik macam tak best... ya, mmg tak best... ada ka, orang suka dilabel "rude" atau "biadap"?

TAK KAN~~~
TAKDA KAN~~~

*wuhuuuuu....tears role down my cheek* =(

Pada aku la kan, kalau someone cakap kita 'rude' atau 'biadap' actually it refer to parent... My parent tahu x? Aku sayang diorang tahu tak?! 

*nie kes cursing yg serius punya, kalau setakat bergurau kasar ngan kawan-kawan, then cakap "kuwang hajor eh kau", tu x termasuk dalam kes nie*

There was an incident... masa aku present case... Kena bom dengan soalan2 dan teguran2 yang berapi... Dah lama pun event tu lepas... dah 3-4 hari dah.. Even aku pun dah lupa dah the sequences.... 

To be a professional, I must act as a professional too... Yes, I admit... Aku jawab all those question, if I could lah... Kalau mmg aku salah, then aku admit la salah... Kalau orang tegur, then I say thank you.... If there suggestion, aku terima, and promise to explore more.... 

Just only a piece~a piece~a piece yang betul2 makan dalam.... 

Some 1: Actually this is wrong for U to use ~~tetetetete
Me: *Owh she's talking about this... oh yeah, got it... emmm... true... I should not do that...hmmm...ok2*. - my brain interpreting all those words silently-
~after a long pause~
Me: Yeah, that my mistake. I admit, I should't do that. 
*cakap dalam tone yang teruja seolah2.... "eh yala!!!.. salah..sepatutnya macam nie. adoi la kenapa aku tak perasan masa awal-awal dulu."*

Some 1: Wow... its shocking.. what such a 'good attitude' you have, even in admitting your fault. 
* very sinis sentence come out, together with the sinis glance* 

Semua orang dalam conference room tergamam or terkesima or teruja mungkin. Yala kan, we are discussing tentang real case... melibatkan masa depan seorang hamba Allah taw.. bukan nya, bahan experiment. 

After the incident, none of my answer been accepted... Even, there still someone who keep on arguing on what I had done to my patient. 

Some 1, yang aku maksudkan tuh, is someone yang aku respect... Someone yang sangat hebat... Sangat berpengalaman.... Someone who always demand on the word "respect"...

Aku langsung tak expect ayat macam tu keluar masa case presentation yang super havoc tu.

*eh...kenapa?? aku salah cakap ka tadi.. kenapa sekarang weh?*
I'm thinking while looking around searching for their eyes... My besties eyes... Dude I need ur courage, what I just heard is not really me kan?  
Sadly, I found none~~

ok then...

I continue, menegakkan benang yang dah basah lencun pun... 
Alhamdulillah, dah lepas satu tanggungjawab.... 
Pasal management patient tu, tak salah pun, but mungkin the way aku present tu yang menimbulkan persoalan..
Lagi pun masa present case, they just know my client based on my words... But I know my client by my heart, I know what is the best.

I'm not crying at all after the incident, cuma my lung rasa macam penuh dengan air... rasa macam nak lemas... curi-curi a few second, agak-agak line clear, just by blinking my eyes, some watery liquid came out. 
*trust me, I'm not crying at all*

For the whole day, I'm keep on standing, and saying "aku ok ja, biasala tu.. Aku naik bilik dulu eh..penat la...heee *draw a fake smile*"

People just care 
"Weh, kenapa kau jawab macam tu weh? tekejut aku dengar 'dia' kata mcam tu tadi"
" weh, tone kau kena polish lagi la weh"

What I'm hoping to hear
" Aku taw kau rasa pa sekarang... Kau nak kitorang diam dulu ka, kau nak happy2?"
" Cool Azi... aku rasa mcam ok ja, apa yang kau jawab tadi, mungkin 'dia' yang salah interpret.."

Bukan la nak suruh orang cakap aku betul, tapi biarla sekejap, just let me comfort my self. 

Balik bilik, I found out my roommate there... I wish she could lend me her shoulder. 
 but
~none~

She blame me even more... I even can't stop her... at last I have too
"Yala akak, ok faham... Azi penat la... Penat nak fikir... nanti kita cakap eh... tido jap.. sorry"
*empangan pecah*

The next day, cool down already... Meet my supervisor, and try to get the feedback personally from him based on the performance.

I also ask him about the "good attitude" things...
He just make me feel better ..
"Tak la Azi, standard la tu, bagi saya tak da apa lah... cuma tu la kadang-kadang kita punya longhat kedah nie, dia punya tone dengar macam kasar sikit... kita xleh predict orang punya interpretation"
=)



betul la, sebenarnya kita punya mother tongue punya dialek , akan effect kita punya bahasa pertuturan... sebab tula, even speaking in English, the tone still there.. X caya, try cakap, sambil rekod, then dengar balik.

mungkin, orang lain interpret nada aku macam nie

*yala, nak sangat kan? ok la fine! Aku la salah! Aku mengaku! Lain kali tak buat dah! puas hati?*

masa aku cakap...

Yeah,that my mistake. I admit, I should't do that.

 kan?? we never know

so, what happen today... I thought the wound already heal... So I call my mother... Miss her very much... 
Emosi tak emosi sangat la 

Mom: Lama tak telefon... Ok tak? bila exam nie? tak mau balik dulu ka?
Me: oooooo..... emmmm... ming-gu de-pan... 
*tut~tut~tut~tut~*

tak boleh nak cakap lagi hupenyer...

 she know me well... She text me..
"Anak mak nangis eh? Mesti tak comel kan. haha..
Ingat Allah.. Jangan jauh, jangan lupa dia...
Dalam banyak2 kasih sayang, kasih sayang Allah yang paling agung..
=)"

That's it...
XOXO

p/s: masa aku mula2 buat this blog, I swear akan cerita event-event yang best, yang sweet ja sebagai kenangan... tapi fake kan?? kehidupan harus la ada dugaan, cubaan dan rintangan... x semua pengalaman yang best tu, manis, dan x semua pengalaman yang ngeri tu, pahit... Life always up and down.... Jadi aku tulis entry kali nie, sebagai peringatan untuk diri aku pada masa akan datang... Aku harap aku tak ulang kesalahan yang sama lagi nanti... Sorry for all those words, andai ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)

*case presentation*17th December 2013*Complete Left Unilateral Cleft Lip and Palate*


Wednesday, November 20, 2013

Buat kecoh ke Dik?

Assalamualaikum...

"Hello bro, nak buat kecok ka apa nie? Cerita sikit."

Aiseh, baru ayat intro nie beb... Aku da nak feeling-feeling "empati" dah nie... Ok, malas r nak berselindung-selindung dalam VILLA nie kan, jujur r aku cakap, aku up entry nie sebab aku tak suka isu wat kecoh dekat VILLA NABILA tuh....

Malas r nak cakap salah sapa dalam isu nie.. Tuduh-tuduh nie semua orang boleh buat... 

Cuma kan, aku nak cakap, aku kesian dekat parent diorang... Hey, come on lah!... Mak mana yang tak risau anak keluar rumah tak balik-balik... Dah tu tahu plak anak gi buat "study group" dekat villa yang "mewah" tersebut.... Kalau aku jadi mak-mak pun, tak payah tunggu malam, azan Maghrib, spot check, tak da dalam rumah, ha~~ siap la kau *sinsing lengan baju sampai ke siku*

#ada lettew orang highlight point aku tuh sebagai punca anak takut balik rumah, so boleh la tumpang tidur rumah "kawan". 

Sebenarnyakan, itu bukan la the main point..

Sikap ibu bapa yang tegas/garang punca anak-anak lari/takut balik rumah. Bincangkan. (50 markah)- Soalan ramalan SPM tahun 2014..pfff

kalau betul la, kenyataan tersebut, then kenapa ada istilah sayaangkan anak, tangan tangankan..????.

Sebenarnya nie semua bergantung kepada cara pemikiran kita, #dah salahkan pemikiran pulak#. 
Jangan risau, aku tengah point out kepala aku sendiri... That's what I'm thinking.. 

(Sumber Metro 2013)

Izzat: Ibu, izzat minta maaf bu, sebab Izzat susahkan ibu.
Ibu: Tak pe la nak, xpe... Ibu bersyukur semuanya selamat nak. Janji ngan ibu, jangan buat lagi ye.
Izzat: Baik bu, Izzat janji, Izzat akan insaf... lepas nie Izzat nak belajar sungguh-sungguh. Izzat nak jadi pelajar cemerlang bu.
Ibu: Alhamdulillah, macam nie la anak ibu. Lepas nie xnak nakal-nakal lagi ya nak.
Izzat: Baik bu. Ibu jangan marah-marah Izzat lagi ye lepas nie?
Ibu: Yala nak. Ibu marah bersebab.. Izzat jangan la takut. Ibu sayang anak ibu nie. Dah jom balik rumah, Sayang anak ibu.

Heeee.. to be honest.. I insert a "little" sarcasm here.. That's mine, so what yours? 

p/s: Untuk adik-adik yang belia remaja, dalam usia remaja, tak salah nak berkawan, tak salah nak berseronok...TAPI ingat dalam apa pun keadaan yang KITA lalui, kita bawa nama orang yang mem'binti'/'bin' kan kita... Kasihanilah mereka, walaupun mereka tak pernah minta untuk dikasihani. Sayangilah mereka, kerana mereka sentiasa menyayangi.. *beb kalau tak sayang, kecik-kecik lagi diorang penyet hidung ok. Tak perlu ikat perut nak angkat lampin dengan susu setiap bulan*

Ini pendapat aku... A simple message insert here... Maaf, andai tersalah kata... 







Wednesday, October 9, 2013

Blood Donation -Part 1-

Assalamualaikum...

"Saya sudah, anda bila lagi"


Heeee...berbangga aku boleh guna tagline tuh.. haha... Yaaa~~ saya sudah menderma darah.. Berani kan?? hahahaha... jangan weh, banyak sebenarnya scene sepanjang nak ke arah situ... 

SCENE 1: Hebahan "Make a difference.... volunteer"

Ada r sorang member aku nie an, dapat last minit punya task, dia kena hebahkan pasal program derma darah... Aku pun, dah kata kawan an, apa sangat kalau setakat nak tolong promote...

Maka, aku pun tolong la promote... Padahal, masa tu tak sedar diri lagi, yang aku pun tak pernah derma darah lagi.. Gila kau!!! bukan nya setitik dua taw, kalau nak derma... I beg plastik kott~~~ Memang tak r.

Bila dah ramai orang view post tuh, ada la orang komen-komen.... Aku pun try la nak interview sikit-sikit kan pengalaman diorang... Sekali ada sorang junior nie cakap, jarum yang diorang guna untuk derma darah, BESAR SUDU... ah~~~mmg tak la weh!! Masa tuh, aku percaya 100%. Tak taw la kenapa aku bongok sangat masa tuh nak gi percaya. 

SCENE 2: Member approach. 

Member aku neh, budak medic. Walaupun kalau sekali tengok, x nampak gaya-gaya  bakal doktor pun.. Biasala, "gaya-gaya orang susah"... haha.. 

Dia start sikit-sikit.. Mula-mula aku ingat dia neh, lepas habis komen-komen suma neh, habis la kott... Sekali tak weh... Mana ja post aku, dia menyampuk masuk isu "derma darah".. Ah sudah~~~ Perlu ka aku jujur?! 

Ya... Aku mengaku ja, aku takut jarum sebenarnya, darah yang fresh-fresh pun, kalau meleleh-leleh, boleh mengakibatkan sesuatu...

Harapnya, bila dah mengaku, boleh la orang tu tolong konsider kan.. Mmg tak la weh~~ Dia buat aku rasa bersalah lagi ada.

SCENE 3: Aku janji

Masa neh, member aku tuh serang dekat Twitter plak... dengan ayat-ayat power dia, "kalau kita tak tolong orang nanti, masa kita memerlukan takda sapa yg nak tolong pulak".. lebih kurang macam tu la maksudnya...

Aku pun masa nie, ambik la masa untuk fikir sikit... betul la jugak kan... Aku neh nampak macam sihat, tapi x pernah langsung terdetik rasa nak menderma darah tu... Lepas tuh aku teringat pulak, adik kawan aku, yang ada major Thalassemia , yang memang harapkan darah dari penderma. Aku empati la tengok adik kawan aku tu. huhuhu.

Aku pun macam ok lah, aku nak tolong orang yang memerlukan. Aku pun reply "Jom"... rasa macam nak kepak-kepak ja jari neh... Kenapa la aku pi tulis mcm tu, sekurang-kurangnya tunggu lah 3 hari.

Member aku terus set date, ngan tempat bagai.... Aku pasrah ja... Nak kata "Ya", aku pun xsure.. Nak kata "Tak", takut touching plak an... 

Scene 4: 1001 alasan.

Alasan.... haruslah kena ada... Aku tak ready lagi weh!! Tapi aku nak tolong orang.
Sebenarnya alasan yang aku bagi tuh, xla alasan sangat... betul la apa aku kata... tapi ada ja idea member aku nak menjawab....~aku tensyen taw tak?~

Antara alasan aku
1) bilik Blood Bank tuh, bau darah kuat - failed.
2) tidur lambat - failed *dia suggest hari lain*
3) demam - failed *siap pesan, jangan makan ubat sebelum derma darah ada*

* 4) ada kelas - yang nie betul 

SCENE 5: Hari temu janji *yang tak jadi*
Janji tu, nak gi blood bank pukul 2 petang, hari khamis, 3/10/2013... Aku ada kelas... Kelas neuro plak tu, gila x pergi! Jenuh aku nak korek otak nanti semata-mata nak mengingat satu-satu saraf... Maka aku pun x pergi...

Selain kelas neuro, masa tu jugak aku sedang di timbuni banyak masalah *masalah klinik, masalah kos mate, hal karnival kampus, case report lah, therapy plan lah. *... Disebabkan itu, aku x rasa pun nak cakap ngan orang. Nanti kalau aku cakap, ada aura-aura negatif yang akan keluar.. So, silent is the best answer .

Tapi masih la aku INGAT lagi temu janji tuh... tapi, sebab dah ada kelas kan, terpaksa la cancel... Cari jugak no fon member aku tuh. Aku x da weh no dia. *nie la yang dikatakan member.heee*... Silap r jugak sbb malam sebelum tu, xmau bagi taw awal-awal. Sebabnya, *sila refer scene5 perenggan no 2*... Tapi sebab aku xrasa pun nak cakap ngan sapa-sapa, aku biar ja tegantung macam tuh. Aku ingat, xpa kot. Tapi masa kelas tuu, aku letak ja hp yang dah di silent atas meja. Mana la taw, member aku dok tunggu dekat situ lama, tetiba dia rasa nak text or rojer aku... *aku x langgan plan data*

Dah hp aku diam, aku pun layan jala lecture neuro tu sampai habis... Otw nak balik kelas singgah DU jap, nampak member aku tuh, tengok gaya mcm gaya orang sentap. hahaha.

Balik bilik, on9 jap. check inbox FB, inbox gmail, tetiba rasa nak jenguk twitter... Teringat member aku tuh. Aku pun bukak la page dia... Ada dua tweet "emo" di situ... aku try la tweet sikit-sikit, konon-konon nak selamatkan diri... Sekali xdanya, orang tuh dah sentap habis dah... Agak dah.

Aku tak rasa bersalah sangat pun. Sbb dah penah kena sekali ngan member aku tuh. Dia buat-buat emo ja 4 hari.

SCENE 6: Penyesalan
Malam tuh, ada event dekat Dewan Utama (DU). Disebabkan aku terlibat a few project dekat situ, maka aku pun pergi lah... Sekali aku jumpa member-member aku yang best Malik ngan Aizat...

Si Aizat , "eee..Azi.. Dah xpi derma darah". Kening cantum

Si Malik, "Azi awat hang xpi derma darah? kesian kat Amiak"

Ok, gila best member macam nie. Tak da tanya dah, fire terus. hahaha... Ok la fine. Aku diam ja, sbb aku pun terasa jugak... *orang tu tweet 2 kali guna word "bodoh" kott.*... dalam masa yang sama, aku rasa bersalah la jugak...

Sekali member aku yang lagi sorang, Acap, call suruh pi meeting... Yang nie pun, boleh tahan~~

"Azi... kenapa tak mai meeting Acap? Kan Acap dah bagi taw hari tu"

Aku kalau pasal Acap neh, aku tak reti sikit nak digest dia punya mood tu macam mana, serius ka-marah ka-tegas ka-terasa ka ..tambah plak cakap melalui fon... Ok2 fine... Aku pun pi la meeting...

Elok nak habis meeting, member aku yang jenis nak touching tu mai...  Rasa serabut kepala. Malas ah nak tengok hang! Merajuk la sampai 8-9 hari... Elok dah dekat hujung-hujung... Masuk pulak En.Syahmi ngan Aizat...

Let me tell U, En.Syahmi dari pintu lagi, dia dah cakap
"Ehhhh...mana Azi?? Dah la tak pi derma darah"

 Rasa macam nak ja, aku cantumkan kening aku jugak. Pinjam boleh, Aizat?

Kemudian di sahut la, oleh jawapan-jawapan si Malik ngan Aizat tu.... Ah mata panas... Siap2 keluar... 

Nak di"pendekkan" cerita malam tu, lepas dah siap2 buat kerja, otw nak tidur tu satu-satu penyesalan aku rasa...
- Dah la taknak cuba untuk tolong orang padahal mampu.
- Mungkir janji 1, menyusahkan orang 1.

Ok la fine, bukak balik laptop, chat ngan Nik Aty semata-mata nak tanya,
"Kau rasa aku bersalah tak Nik?"
Sekali Nik cakap,
"Ya...Kalau diikutkan, kau pun bersalah jugak zie"
Lain yang diharap, lain yg aku dapat... huhuhu

Maka aku pun cari group "Program-sedetik bersama yang teristimewa" dekat FB, cari no member aku tuh ... Ok dapat... Korban 6 sen hantar mesej, cakap sory ja... 


# Maka habislah riwayat blood donation aku pada 3.10.2013 tuh... Sampai ke sudah aku tak derma... heee... tp rasa bersalah bawak sampai dalam mimpi... Aku mimpi, aku sesat dekat padang pasir, darah aku kering masa tuh, xda sapa pun nak donate blood dekat aku... *motif sangat mimpi pun, bukan selalu dekat padang pasir air je ke yang kering*

TO-BE-CONTINUE

Blood Donation -Part 1-






Blood Donation -Part 2-

4/10/2013

SCENE 7: Kemeriahan Karnival Kampus 
Karnival kampus punya perasmian ada pagi tuh... So Aku pun siap2 la, nak turun DU... Yala, aku pun ada event jugak kan... Tengah-tengah, aku tolong setup tempat suma, sekali aku nampak geng-geng Jabatan Trasfusi tengah set up tempat jugak... Tetiba terdetik "Agak-agak kalau aku pi ja derma darah hari nie, aku tekejut tak"... Biar la aku concern dekat diri aku sendiri an... =(

Lepas tu aku keluar jap cari makanan, sekali ternampak En.Syahmi, n the gang... Haruslah gang, En.Syahmi belia remaja lagi kott... Time nak mintak sain ja, dia jadi Pak Cik - Pak Cik punya cerewet...heeee

Dah kata geng an, mesti la ada member aku yang lagi sorang tu kan... Dah r malas nak pi dekat. Tak dak mood.... Gang-gang dia pun, tak habis2, cakap pasal "derma darah"..huhuhuhu

SCENE 8: First attempt. 
Pagi tuh, aku saja la try-try lalu dekat depan booth derma darah tu kan... Test bau, pass, xda bau darah pun. Nampak ada geng-geng tengah makan, amboi macam takda apa ja depa makan ek.... Sekali ada dua tiga orang tengah timbang berat...

Aku pun timbang berat, tara turun sekilo kau.. ye!!! ... Tengah2 aku dok syok, akak tu kata

" Berat lepas, boleh la isi borang", sambil tersenyum manis.

"Aku jawab...eh...tak pa la... Saya tak da buku merah tu lagi, x boleh derma"
ok... I'm acting stupid again, sbb nak cari alasan...

"Tak pe xdok buku pun, isi la borang dulu, nnti kite wii", kak comel
"ok2...takpala kak, saya tak makan lagi", aku lah
"ehhh...tak po, gi make dulu situ... tu tengok set2 tu dok make", kak comel

-_-" agak-agak apa aku rasa masa tuh... Dah la aku sorang-sorang kott... Kalau aku mati masa tu, sapa nak kebumikan aku.. *ok, buat terok an?*

Tunggu lagi~~ aku pun jalan ja laju-laju, balik bilik... 

SCENE 8: Penyesalan kedua.
Dah sampai bilik, sembahyang Zohor jap... Habis doa semua... Tetiba rasa macam, ish kalau bukan hari nie, agak-agak bila... Dah laaa, Aku pun terus ambik fon, text member aku "Amiak jom!", sekali text pending. 

Ok petanda buruk nie, sila buka twitter...hahahaha...Sekali memang... Memang suma tweet dia, aku rasa macam kena smash ja dekat dahi aku sendiri... Sila terasa Azie... Ok fine, lepas balas2 tweet atas angin... Aku gi ja DU... dalam hati..

"ceh ingat aku tak berperikemanusiaan sangat ka. aku boleh buat sendiri lah."... Hempas pintu, turun tangga laju-laju terus pi DU... 

"Aku tekad nak tolong orang... hmm!"
 hahahaha.. cewah, bajet berani~ 

SCENE 9: Cari orang teman.
Elok sampai ja DU aku nampak tempat Derma Darah tu macam smooth ja dia punya flow... Tetiba, aku jumpa kawan yang erobik satu team dengan aku, Syazli... Aku yang mula dulu...

"wat pa weh? busy ka?"
"takde lah, aku tunggu turn facial neh"
"owh...jap aku cek... lambat lagi la weh...ada lagi 2 orang....
Syazli jom teman aku derma darah jap, sementara tunggu turn"
"BOLEH.JOM"

Wohhhoiiii!!! Kenapa kau cakap boleh... Aku tak redy lagi neh... Kata hati aku.. Tapi dalam kepala, "ah takdak2, tak payah nak mengada2 sangat. Hang pi Aziah"

So, Syazli lah, yang jadi my hero, that one yang bagi aku semangat, sudi teman aku derma darah *terharu*... heee... Terima Kasih...

SCENE 10: Kaunter pendaftaran
"Derma darah?"
"ya"
"first time?"
"ya"
"isi borang"
-_-''

Syazli aku nak isi borang neh... Ya, isi lah... Kau tak nak derma sekali?... aku x boleh, sempat derma 2 kali je *sambil buat muka sedih, sebab tetetetetetetetete~*... ok. aku empati, cuma part sedih tu aku x faham. huhu

Aku pun tulis la "N", zapppp, terus aku tarik tangan aku... Eh, Aku nak tulis nama aku ka atas borang neh? Eh, seriuz ka Syazli?... Syazli, pun mula lah...hahaha...

 "Yala nama kau la... isi je", syazli..
"Ish, betul ka aku nie...", Azie
" Ish...isi je... kau la.. Ke nak suruh aku tolong isi?!"
"eh...xpa2... mai aku buat sendiri"

Dah siap isi borang.... Ada sorang nurse tu suruh, aku sain atas borang tuh... ok no hal.. Part2 sain nie aku suka...

Kaunter 11: Kaunter pemeriksaan saringan.
Ok kaunter nie, diorang akan ambik sikit darah dekat hujung jari, sebab diorang nak cek blood type dengan kira sel darah merah ada berapa... OK SCARY... Dekat jari akan ada banyak receptor... Mesti sakit gila an...

Banyak gila ah drama dekat kaunter neh..
Mula2 nurse laki yang pakai t-shirt merah tu... "Jari"... senang-senang ja mintak jari aku.. mmg tak la weh... Aku tanya dia dulu, sakit tak buat nie, lama tak.. dia pun jawabla dengan jawapan typical yg besa.. Aku pun ok lah... "Syazli, sini sat.. Pinjam pinggang... Tak mau tengok tu.".. *nasib baik aku pi ngan syazli, kalau ngan Amiak, aku pinjam tulang  jala. hahahaha*

Dah rasa selamat ngan Syazli, aku pun bg la jari aku... Baru kena lap ngan alcohol swab, aku dah jerit "Mak!!!!!! jangan cucuk", zapppp, aku tarik jari aku.... Kembang kempis, hidung orang yang tengah dok lawan Dota dekat depan booth tuh. Mesti depa tekejut, sampai salah set strategi. hahahaha.. sorry laaaa...

Syazli ada la jugak, bagi kata2 semangat dekat aku... berapa kali aku dok main acah2... macam main game masa kecik-kecik dulu, yang main acan2, kalau kena sentuh kalah.. heh

Dah lama dekat situ, mai la 2 orang nurse... sorang laki , sorang perempuan.... Pak cik tu tanya...

"Bakpo takut ngat neh? owhhh..kalau gini dok leh nikoh agi neh"

~ Mungkin sebab aku pakai inai india kot, dia cakap macam tu... Common la pak cik, saya nak derma darah, bukan nak menikah. Tapi budi bahasa, jangan dilupa. Aku pun cakap la...~

"tak boleh la pakcik, tangan saya reflex... dia yang lari, bukan saya", Azie.

"Bogi pok cik, mayi pok cik pege. boleh? dok lari doh, kalau pok cik pege", PokCik Nikoh

"Kalau gini dik, payoh nok lepas kusus neh.. Kesiye ke bakal suami kamu...Oooo...lorat laaaa..." sambung Pok Cik Nikoh

Sabar ja aku dengar Pok Cik Nikoh bagi khutbah.. Aku rasa niat aku gi situ, nak derma darah, untuk bantu mereka yang memerlukan, bukan untuk bernikah... Takpala, aminkan jala... Dah orang doa kan... 


Last-last aku tak bagi pun tangan aku dekat Pok Cik Nikoh tu...heh...tangan pok cik tuh, berurat-urat weh... gila nak bagi... silap2 hari bulan, sekali ngan jari2 aku terderma.. Sekali datang Dr, yang jadi penyelia dekat situ... Dia gelak ja... Sekali datang dekat... Dia kata bagi saya buat ...

1st try- failed.. Tangan t'reflex lagi... Sekali datang lagi sorang staff nurse...

"Dik, bagi la dokte wat, dok sakit Dr wat. Dio wat selalu doh"

2nd try- Dr tuh pesan dekat Syazli... Awak suruh dia pandang belakang, letak tangan sini, jangan tarik, nanti luka besar, sakit!

Tara!!! Dr nie pandai tahu... Sebenarnya masa dia berpesan-pesan dekat Syazli tuh, aku terbuat suma benda tu sendiri, tanpa perlu disuruh.. Tanpa stress.. Rilex ja. Aku pun tak taw kenapa, mungkin sebab dah takda orang fokus dekat aku kott... Mesti Dr nie ada belajar psychology neh. heee... Tetiba ja, ada bunyi, dan siap!!! Alhamdulillah~~~

ok... for the 1st time aku officially tahu... Aku neh rupanya AB+... haemoglobin aku 13.9... Amacam Pok Cik buleh nikoh dok gi? *omokan di dalam hati.haha*

Part haemoglobin tu pun kontrovesi jugak, aku ingatkan aku x boleh derma sebab haemoglobin x cukup, sebab gaya Dr tu cakap macam 

"Haaaahhhh, haemoglobin~~~emmm"

Aku pun apa lagi, terus tanya Syazli
"Kenapa weh? Haemoglobin aku tak cukup ka? Kira, x leh derma r nie?"
"Eh apa pulak tak cukup? Dah lebih dari cukup neh"
"OK"

SCENE 12: Kaunter blood test.
Yang nie excellent!!! Aku lah manusia paling cool dekat kaunter tuh... ~flip hair~

SCENE 13: Kaunter pendaftaran sijil
Excellent. Tekan-tekan komputer siap! Apa ada hal..

* I'm proud to own this*
SCENE 14: Debaran kian terasa.
Sebenarnya, sebelum aku turun DU tadi aku dah makan pun... Tapi sebab aku terlebih "berani', aku decide nak makan lagi... Masa makan tuh, rasa kering ja tekak... Aku makan sepotong kek ja kot, tp ada la kott 15 minit.. heee..

Masa makan tu, aku jumpa la junior-junior 1st year yang baru lepas donate blood.. Disebabkan aku penah jaga diorang nie dulu, so diorang pun tegur2 la, sembang2... soalan biasa, sakit tak? Ada rasa nak pengsan x?
Diorang cool gila cakap tak sakit langsung... Siap plan nak pi naik kuda lagi lepas tuh... Pehhhh!!!!!....Diorang kata, diorang nak tunggu aku, nak bg aku semangat... heeee..

Aku tanya diorang, agak2, ambik darah dekat depan tuh, dengan masuk jarum nanti yang mana lagi sakit? Diorang kata dua2 x... Amboi!!! konfiden. Padahal diorang pun 1st time jugak. Diorang boleh kata, masa ambik darah dekat depan tuh, rasa mcm tengah taip msg , x sempat nak tekan send, eh-eh dah siap! So aku pun cakap lah dekat Syaz.

"Syazli, aku nie dah macam sengaja kan makan lambat-lambat?".. Azi
"hmmm...tahu...tak pa, take time"...Syazli
"heee...kesian kau kan, ok xpa2, jom!"...Azi

"Sister, Azi nak derma darah dah nie"
"ha, nok kiwi ke kane?"
"kiri lah"
" duduk sini menta"
"nie buku nie?"
"sipe, bagi borang tu jah"
"OK2"

# To be continued... The moment...=)

Blood Donation -Part 2-
Blood Donation -Part 3-






Blood Donation -Part 3-

# The moment

SCENE 15: Sit on the chair..
Disebabkan masa aku nak derma darah tu dah petang, so banyak la seat kosong... Aku boleh pilih ja nak duduk mana-mana... So aku pun pilih la seat double dekat ngan pintu dewan *senang sikit aku nak lari..heee*

Masa aku dah duduk atas seat tuh, nampak la sister tengah prepare wayar, beg plastik , JARUM, alcohol swab semua tuh... uiiii... kalau ikutkan kata hati, nak ja aku lari keluar... tapi x macho ah kan, lari2 neh..hahaha..

Sekali nurse tuh datang dekat ak, gedebuk! dia letak semua benda alah tu atas aku, lepas tuh dia tarik kerusi bagi ke bawah....

Apa lagi~~~ aku pun...

"ehhhh-ehhhh... dah nak cucuk ka?... lahh... nanti la sat.." *muka nak nangis..haha..xley blah*

Nurse yang lain-lain tuh, memang dah gelak-gelak dah... Stress aku... 

"Dok la, nak tarik kusi jah... duduk molek... ", kata sister sambil selimutkan aku....

SCENE 16: Kena ikat

Lepas aku dah "ready" atas kerusi tuh, sister tu pun datang la dekat sebelah kiri aku... Tetiba ja, dia ikat tangan aku.... Nerves aku... Tapi sebenarnya, tak la ikat pun, dia just letak alat yang nak monitor BP aku je... hahaha.. tak pasal ja aku kena sound.. padan muka..

"Eh-eh, jangan la ikat.."
"Eh dok la!... Orang pase hok nie jah. Dok sakit pun. Tengok ore lain, ok jah. Cepat bagi tange, nok tutup doh nie.."

hahaha.... kan dah kena...

SCENE 17: Mengumpul semangat
Aku harap dekat Syazli ja masa tuh... dah la sebab sakit hati punya pasal tadi, aku tak sempat pun nak call parent untuk bagi taw aku nak derma darah... Nasib baik umur da lepas 18 tahun...

"Syazliiii... dia dah nak cucuk ka?...  ish, aku takut laaaa wehhh", aku
"Tak peee, kau relax ja..ta sakit... jangan tengok.... kau tengok aku jer", Syazli
"Ok2"

Kalau Syazli x suruh pun, mmg aku takkan tengok nya... Kalau aku tengok, silap2 hari bulan, jarum dah selamat masuk, aku pun "selamatlah"...

Kenapa la aku takut sangat ngan jarum ni kan... Salah nurse yang selalu bagi vaccine masa dekat sekolah dulu la nie.. Suka sangat guna ayat, semut gigit tu... Padahal sakit macam kena lenyek lori. 

Dalam hati neh, macam-macam doa dah aku baca... Bismillah ngan mengucap tuh, x terbilang dah berapa kali...hahaha..

SCENE 17: 1st attempt.
Mula-mula sister tu ja yang nak masukkan jarum suma tuh...tapi baru dia letak wayar, kaki aku dah reflex, sampai jatuh selimut-selimut... Syazli dah gelabah dah... Junior yang nak support aku pun cecepat lari, takut terkena tempias malu. hahahaha... mulut tuh, bising macam biasa ah... Aku rasa orang yang tengah lawan Dota tuh, mmg nampak aku kecikkkk ja.... hihihi... marah ke bro? 

SCENE 18: The dr
Dari jauh aku nampak,  Dr tuh tengah pakai glove , singsing lengan baju, jalan dengan penuh gaya approach aku.... Sampai ja dekat seat aku, dia cakap dekat sister..
"Bagi saya buat.."
dalam hati aku ada nie ja "ALLAH"

Memang tangan Syazli r jadi mangsa... Aku pegang ja Syazli kuat-kuat... thank you Syazli...

Lepas dr tu dah identify aku punya artery, dia pun suruh nurse letak alcohol swab tuh...
 elok dah cantik suma... again...berlaku reflex lagi...hahahaha... 

"jangan-jangan!.", terjerit la aku sambil pegang tempat yang kena alcohol tadi.. 
Bengang nurse tuh..haha...

"eh... jange la pege!... Ore doh cuci dah tu... Kotor la nnti! kume!"

Ok-ok... masa tu aku sedar... mmg aku tak leh lari dah nie... Redho  ja la Azi... Aku pun cakap dekat dr...

"Ok la nanti saya tengok sana, saya letak tangan dekat sini.. Dr cucuk ja terus taw... tapi cakap la dulu, 'saya nak cucuk nie'", mengajar orang plak aku neh.hahaha

dengan lafaz bismillah, tarik nafas panjang2... pegang Syazli kuat-kuat... relax... pusing tempat lain... tetiba ja rasa macam pedih-ngilu  semacam ja dekat lengan aku neh...

"ok...aku dah kena inject la nie... xpa Azi... sat ja... 1,2,ti...", kata dalam hati

tak dan nak kata tiga,  Syazli ngan Dr tu cakap
"ok dah"

Alhamdulillah~~~~~~~~~~~... Lega rasa!!!... sangat2... 

Fuhh..selesai.. sekarang masa nak pam darah plak... Syazli cakap, gerakkan tangan selalu, nanti cepat darah keluar... aku pun bukan main nak cepat, aku pun gerak-gerakkan la jari...

Sambil-sambil aku menderma darah tuuu, nampak la nurse-nurse semua dah lipat-lipat kerusi, mula kemas sikit-sikit... 

"Eh syazli....lama ka aku bising-bising tadi?", Azie
"hmmmm...agakla...kau tengok orang belakang kau tadi, dah siap dah...", Syazli

Memang patut la pun nurse-nurse tu kemas-kemas kan..  *heee.. rasa bersalah la pulak*

Ada la kott, dalam 5 minit, tetiba nurse datang dekat aku... Dia ambik terus kerusi, tunggu ja darah tu penuh dalam beg plastik... Aku tanya la Syazli

"Syazli darah aku x keluar ka weh?", Azie
"Keluar lah!!! Jap aku tanya.... Nurse berapa banyak lagi?", Syazli
"50 oz", nurse
"Haaaa...Azi sikit ja lagi"... Syazli.

~Let me tell U, sepanjang jarum tu duduk bawah kulit aku, sekilas pun aku tak pandang..huhuhu.. Tapi aku ada la nampak kelibat warna putih, mungkin kapasss~

Dua minit lepas tu, nurse cakap...

"Ok..dah~~~"
"Dah penuh ke? eh sekejap nya..."... soal aku

Nurse tuh mula la pusing2 wayar tu semua... Seriau aku... macam nak ja cakap *AWAS ek kalau terkena jarum saya..*.. tetiba mengaku "jarum saya".. lepas tu, aku rasa macam nurse tu pegang dekat tempat AWAS tuh... Aku tanya la.

 "eh dah nak cabut ka?.. Sekejap-sekejap... Sya~~~zli"

belum sempat aku panggil Syazli suruh dekat nurse tu dah cakap..

"Ok siap... Lipat lengan.. Rehat dulu... Jange bangun lagi"

Eh-eh... sekejap ja...

Syazli datang dekat...
"Yeee... kau dah derma... tengok la darah kau Zie"



Belum sempat aku kata apa2, terus nurse tu angkat darah aku yang tengah suam-suam lagi letak atas aku.... Dia siap suruh Syazli ambikan gambar aku dengan darah tu lagi... Suweeettt.... Dah macam scene baru lepas beranak la pulak... hahahaha...

*heeeee.... akhirnya~~*

Masa nurse tuh simpan-simpan wayar, nurse tu cakap
"Buleh dah dik.. dok sakit ke? pah 3 bule mayi derma mula deh.. "
*Aku senyum ja, x berani da nak janji..hahaha*

Lepas tu, Pok Cik Nikoh tu pulak mayi, 
"owhhhhh...mace nieh... *tunjuk tanda "like"*... Lepas nie kalo nok nikoh boleh dah la"
*Aku amin ja dalam hati.. Ihik..*


*mace nie...haaaa...*


Ada la dalam 10 minit rehat dekat kerusi tuh. Aku pun bangun la gi minum sikit, lepas tu terus buat kerja macam biasa... Niat di hati nak balik rehat, tapi ada lagi tanggungjawab yang belum selesai... Aku pun sibukkan diri dekat booth spa aku... Dekat maghrib balik bilik, meroyan dekat twitter... ~~~ heeee... Bahagia gila rasa dapat tolong orang....Serius-serius... That feeling was awesome... Tetiba aku rasa sayang dekat semua member-member aku yang telah membantu secara tidak langsung... Kalau tak  kerana korang bagi aku pressure, aku tak merasa weh... haha... terima kasih semua.. =)

Kepada sesiapa yang masih belum mencuba, jangan la takut untuk mencuba... Bila niat kita betul, nak bantu orang yang memerlukan, insyaAllah, Allah ada untuk membantu mempermudahkan urusan kita.. =)... 




p/s: Entry Blood Donation neh, saja aku coretkan, sebab aku rasa, pengalaman nie antara yang terindah dekat USMKK with awesome members... Tak da niat untuk riak, apatah lagi menunjuk-nunjuk.. *relaks, aku baru 1st time, ada yang dah berpuluh-puluh pun*... Harap-harap entry nieh, boleh menjana idea mereka-mereka yang sedang berusaha untuk ajak kawan menderma, atau, menjadi pembakar semangat kepada mereka yang baru pertama kali ingin mencuba. *semangat tang mana, aku pun x taw*.. haha.. Mohon maaf atas segala ketelanjuran kata...








Friday, September 20, 2013

One step forward...

Assalamualaikum & Hai....
Owh yeah, sesi syok sendiri akan bermula...

SLP wanna be... Pegawai pertuturan wanna be... Tara!!!

* Presenting Pegawai Pertuturan dan Pegawai Audiologi Hospital Sultan Abdul Hamid & PRAKTIKAL STUDENT jeeee*

From right my supervisor Puan Anida, Puan Ruby, me, Cik Suraya, my fwen (my bad, lupa udah nama nyer) Encik Kamarul, and my fwen oso.

5 minggus, I berpraktikal U ols... Bulan puasa lagi... But then, bila ada rumah bujang sendiri, plus kereta ayah yang dipinjam... Itew rasa macam itew dah besar dah kaye raye.. *kaya la sangat kan*

Syukur Alhamdulillah... sepanjang 5 minggu buat attachment macam2 pengalaman pahit manis yang saya dapat... heeee... rindu that moment...

ambik case, handle case, consult pt (walaupun gagap macam pa lagi), tengok assessment FIS (walaupun rasa nak muntah n pitam dekat situ jugak), pegi dengar ceramah agama dalam hosp (emm...sibuk macam mana pun keja, dokte2 nie suma tak lupa taw akhirat), keluar lunch dengan company2 yang jual alat2 pendengaran... macam2 lagi lah... disebabkan aku punya tabiat suka biar 2-3 bulan event dah lepas baru nak update, make terlupa la udah.

Sekarang, attachment dekat HUSM plak, dekat Klinik ORL.

Owh ya... ORL specialist dengan Speech Therapist berbeza yang teramat sangat...
1. Nama pun pun lain
2. ORL diorang dokter perubatan, speech pegawai pemulihan.
3. Dokter ubat orang, speech pulihkan orang.

Begitulah... yang saya pasti, speech takkan pegang jarum, pisau n tengok darah meleleh-leleh... *erk. #muntah #pitam*

Wednesday, July 31, 2013

Ingat x hari nie hari apa? Yeee! Kita dah serumah selama sebulan.. =P

Assalamualaikum...

Dear my lovely housemate Farihin, Bulan and Ika,
Bye-bye U'olls... Ingat x hari nie berapa hari bulan? betul hari nie 1 haribulan, ini bermakna~~~ kita dah sebulan serumah.. YE!!!!!!..

Tengok tangan kanan nie, kami janji kami akan contact hampa semua lagi lepas nie, tak kira la sesibuk mana pun. Melainkan hampa yang x mau contact kami dah.

Tengok pulak tangan kiri nie, kami janji kami xkan lupa hampa semua, walaupun kami dah beranak pinak. Melainkan hampa yang lupa kami...

hahahahaha... saja tegegeh nak berparodi video kegemaran Bulan....

To Farihin...

 I wish U good luck and all the best for MUET... Make it sekali arung ja. Happy-happy selalu, jangan sedih-sedih, jangan stress-stress ya.... Berbahagialah dengan Si Cinta, Si Sayang, Si Baby... Tapi jangan lupa untuk cari Si Imam.... Aku pun rasa macam nak bagi cadangan sama macam Umi hang bg taw jugak... Pi bawak papal rehal tu, dok sebelah masjid... Tengok la hat mana yang bekenan. Melamar. haha

Jangan pergi terlalu jauh ya dear. Jangan berputus asa untuk mencari Dia yang satu... ingat perkataan nie ~BOLEH~ hihi..

To Bulan


Anyonyonyo.... udak anje omey nieh... hahahaha.... take care taw... Senyum sokmo... Tak mo seteres-seteres.... Good minum air banyak, tapi kurangkan gula taw. Kesimpulannya, minumlah air soya promosi bulan Ramadhan pakcik kopiah, gerenti air tidak bergula... hahaha

Sesuatu yang bulan harus tahu, semua orang sekeliling Bulan sayang dan care dekat bulan... Kalau bulan happy, semua orang happy... Kalau bulan stress, semua orang nak stress jugak... Sebab tu Bulan kena senyummmm ja,... hihi

Good luck ek Bulan, baik2 balik Parit Buntar... Jangan laju-laju bawak moto.... Hati-hati ya...

To Ika

Ika nie misteri sikit... Nampak humble ja, tetapi bukan main gorges bila bergambar guna camera 360.. hahaha... xla gurau ja... Ika pun jaga diri, good luck jugak... Jaga kesihatan tu ha.... Xmo sakit-sakit.... Makan sayur banyak-banyak... Kalau x boleh nak telan jugak sayur tu, ambik la supplement Amway (promosi sikit)...

Selamat berhari raya... Enjoy wearing those sexy shoes... terima kasih, tumpangkan aku merempit pusing-pusing SP... U are a very good and discipline rider... Jangan pandang sebelah mata r...

Jaga Bulan and Farihin baik-baik...


*Happy face selepas iftar, 15/7/2013.. Tanjung Dawai*

*=)*


*the food-ed*

*makan=seronok*



*camera=peace*

*******************************************************************************
Best kawan ngan hampa semua.... Hampa semua best. Keja gelak ja aku dok ngan hampa.... Kena marah pun aku nak gelak jugak.... Selamat berpraktikal semua.... Majukan company baik-baik...
Jaga diri, x mau buas2, xmau masam-masam muka.... Sorry, atas semua silap dan salah... dan terima kasih sebab layan ja kerenah aku selama sebulan neh.... Hahaha, kesian kat hampa no.... Don't worry, lepas bagasi aku keluar, bilik akan kembali kemas dan teratur. hahaha.... Semoga berjaya, lambung helmet masa hari pengdiplomaan... Jangan berenti sampai tu saja, sambung sampai dapat lambung topi yang 4 segi ada bulu2 tuh.  Semoga berjaya....

XOXO.

Saturday, July 13, 2013

Speech and Language delay...

Assalamualaikum.. Selamat pagi...



Tajuk entry sangat berilmiah kali nie... YES!!!!! ayuh sedarlah ibu dan bapa sekalian.... Jangan biarkan masalah ini berlarutan.....



Walaupun aku masih lagi belum berkahwin, belum bergelar ibu/mama/umi/ami or what-so-ever, tapi izinkan aku untuk bercakap mengenai masalah ini sebagai seseorang yang ada sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan mengenai Speech and Language delay....mmm... I'm Speech therapist will be... InsyaAllah...



Apa itu speech and language delay?
Harus diingatkan masalah nie bukan sekadar untuk diterjemahkan sebagai "lambat bercakap" semata-mata.



Ok macam nie
speech = pertuturan. bemaksud apa yang dipertuturkan/ aktiviti bercakap.
language = bahasa. bermaksud bahasa yang difahami dan disimpan di dalam kamus minda yang terletaknya di dalam otak.



untuk membolehkan seseorang bercakap, bahasa must come first....



Get it?
Kesimpulannya, kalau kamus minda kita kosong, tak ada perkataan yang kita faham kita tak boleh bercakap.
Sebab tu la baby yang baru lahir, tak boleh cakap. Minda mereka masih kosong, suci dan bersih.



Macam mana nak peroleh bahasa?
Bahasa diperoleh melalui pemerhatian, pendengaran, pemahaman...



contoh, baby yang baru lahir nak sebut perkataan 'mama'



Pertama, mereka akan memerhatikan dulu... siapa yang menyusukan dia... siapa yang kendong dia... Tiba-tiba baby dengar eh-eh, dia sebut 'mama'... baby akan persoalankan... "mama" tu bunyi apa.... setelah setahun baby dengar perkataan 'mama' tu ulang-ulang kali,... baby akan faham... owh, mama tu dia. dia tula mama.... lepas tu barulah, lepas umur setahun, baby akan sebut "mama" dekat mak dia...

Seeeeeeee???? berapa lama proses tuh....



cerita yang dekat atas nieh, bagi bayi yang normal... yang tak ada masalah... sihat sempurna fizikal dan mental... Alhamdulillah...

Masalah akan timbul bila, baby ada masalah.
-pendengaran.
-syndrome.
-kederaan otak semasa proses kelahiran.
dan lain-lain lah...

lazimnya, masalah yang mempengaruhi otak. TAPI... kadang-kadang sikap ibu bapa sendiri juga menjadi pencetus kepada permasalahan ini


I'm serious ~~~


Macam mana nak tahu, kalau-kalau anak saya ada masalah nie?

This is the issue...
Sekarang neh, kesedaran ibu bapa masih lemah... Anak umur dah 2 tahun, tak boleh cakap lagi, ibu bapa cakap "tak pa, dia lambat sikit ja tuh, esok-esok boleh la. nak kalut mana."

kan??? betul x?

I had been in that situation ... Nak buat macam mana kan, ilmu baru sejengkal dua, jadi yalah, dah orang tah mahu, kita pun tak hingin la kan.

Sila rujuk carta perkembangan bahasa pertuturan dan bahasa ya. Sila  Google. Benda nie bukan lagi sesuatu yang baru, sepatutnya. *Tapi xpa la kalau rasa perlu nanti, saya share*


Kadang-kadang, bila kita tengok, anak kita aktif berlari, melompat, melebihi anak orang lain, cuma masalah dia, tak boleh cakap JE... please be aware jangan tunggu... segera bertindak....


Kadang-kadang.... JE yang kita maksudkan tuh, boleh jadi punca kita dapat tahu apa masalah yang dialami oleh anak puan...


Ada banyak lagi persoalan yang akan terlintas bila berbincang mengenai penyakit nie kan.
- Kenapa boleh jadi?
- Macam mana nak elakkan?
- Kenapa ibu bapa ?
- Macam mana nak tolong kanak-kanak yang ada masalah nie?

Tapi untuk entry kali neh, setakat sini la dulu .... Bukan apa... Bila tengok log file kan, macam banyak nya case Speech and Language Delay, bila tengok umur eh2, terperanjat mat nok, dah nak masuk 6/7 tahun pun...

Bila ditanya...
ST: Eh2 puan, kenapa baru bawak anak jumpa saya?
PT: Sebelum nie saya ingat anak saya lambat boleh cakap ja, tu yang biar. Lagi pun anak saya xda sakit apa.
ST: Habis tu kenapa, bawak dia datang sini hari ni?
PT: *tersipu-sipu*, tahun depan nak sekolah dah dokte (sekadar panggilan). payah la kalau nak pi sekolah, kalau sembang pun xmau.
ST: ooooo...
PT: Agak-agak berapa lama anak saya nak boleh bercakap?
ST:  (^_^''')

Adoi la, kalau nak sebut perkataan pertama pun, setahun tempohnya.... ini kan pula nak sebut beribu-riban perkataan... tapi xpa.... boleh ja... cuma cepat dengan lambat jala...

Sekian

# Sekadar perkongsian... Currently sedang buat attachment dekat Hospital Sultan Abdul Halim, as a preparation sebelum masuk clinical years bulan 9 nanti. Bila dah buat attachment nie, rasa bertanggungjawab la pulak nak memberi kesedaran kepada masyarakat. Itulah sebabnya tetiba, setelah sekian lama berdiam diri tetiba munculnya entry nie... hmmm...

Saturday, June 22, 2013

Addiction....

Assalamualaikum....

Addiction?? ya, aku ketagih nak update blog hari-hari.. ye! aku telah menjadi seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara... sigh... tu semua tipu... dah berapa lama aku tak update blog... banyak dah cerita-cerita/event-event yang best aku x tulis dekat sini... *eh-eh perlu ka? macam buang masa ja* ... No! it's perlu for me... nanti bila aku dah tua, dah beranak cucu, sekurang-kurangnya, bila aku baca blog nie, aku rasa muda balik, tetiba rasa bahagia... tak ka sweet macam tuh? .... kita tak boleh nak mengharapkan orang lain ja untuk bahagiakan kita. we need to find our own happiness jugak kan...


Aku dah buat satu list panjang gila, apa yang aku nak update kat sini.... Tp esok-esok jala yang tuh... Event dah basi, nak update pun dah tak semangat.. *Yang aku pun dah tahu dah basi tapi nak jugak uodate*... Ah tak kira, bagi aku masih perlu ok... 


What to share here actually??? emmm.... nothing... but seem likes there's something... but I can't told everything.... So apa motif entry nieh hazziah hoiii... 



DING DONG.... Ingat dah... aku nak cerita macam mana blogger mempengaruhi aku.... Tsk, harus aku mengaku, aku adalah seorang yang mudah terpengaruh... Oleh itu, janganlah kamu mempengaruhi aku dengan perkara-perkara yang negatif... *Aku benci naw, bila tetiba ayat aku melencong ke lain.*


Lately, aku suka blog walking.... Maksudnya, aku suka gi jengjalan dekat blog orang lain, sambil-sambil fikir *apa la yang dia nie tulis sampai beribu-ribu orang follow dia, bejuta viewers*... menyebuk tak aku? haha... Almaklumla, study week kan... Masa tu dapat la kita senggang-senggangkan mengikut sesuka hati tanpa perlu dipaksa kan...



Kesimpulannya, ambik kau.... dalam blog neh, macam-macam kerenah.... ada yang menjual beli, ada yang berkongsi segala jenis tips, ada yang mencari publisiti, ada yang buat secondary diary *macam aku la jugak*, dan macam-macam lagi lah kerenah manusia...




End up kan, aku dah jadi seseorang uang bergantung kepada blogger bila nak buat decision.... Owh man.... mana boleh macam tuh... keputusan harus berdasarkan daya fikir dan timbang aras fikiran sendiri *ayat apa aku guna nie.haha*


Nak beli compact powder: Google search , review compact powder terbaik blogspot 

Keluar la review bedak arab jenama Dorayaki dari Jepun... Ok, nama dia bukan Dorayaki, ada la something, aku tak ingat.


Nak beli inner neck : Google search, Inner neck untuk wajah bulat pipi terkeluar blogspot.

Keluar la inner neck Medina

Nak beli nose pack untuk buang black head dekat hidung: Google search, Nose pack paling power untuk cabut black head review at blogspot

Keluar la Hansaegee Nose Pack...

Nak masak puding tapi tak nak guna telur: Google search, ramuan puding yang tak guna telur blogspot.

Keluar la puding caramel, tanpa telur Cik Epal




Nampak tak bertapa banyak kebergantungnya aku dekat blogspot neh.... Semua benda yang aku nak buat, mesti aku nak refer review dari blogspot.... Sepatutnya, aku kena kaji la barang yang aku nak beli tu dulu, tengok bajet, tengok ramuan dia, then baru aku boleh decide.... Mana boleh main decide berdasarkan pandangan orang lain ja semata kan.... Tak bagus kan.... haish....

Tapi kan.... tapi kan.... Aku bahagia buat macam neh... ahahhaha...

Melampau ah wei, buat assignment kena refer journal omputih, nak present case kena cari info dekat library, nak buat rationale kena cari research... Kan nanti, nampak ja reference, ada cenonet tet .blogspot habeh ditolak bahagikan markah aku... So terpaksa lah relakan diri.... huhuhu.... *Jangan salah faham, benda-benda macam neh, memang kita kena rasa terpaksa dulu baru terela bai*




Nie lah cara aku sekarang... Bagus atau tak depends kepada individu... Tapi bagi aku, bagus la untuk kita dapat gambaran awal... Lagipun orang yang tulis blog nie semua manusia kan, so mesti la diorang ada pandangan masing-masing, berdasarkan pengalaman... Jangan tak tahu, nak sign up google account pun kita kena confirmkan yang kita neh manusia taw bukan robot...


*Tapi kalau kau rasa, pengalaman tanpa fakta tak memberi sebarang makna, silalah kau rajinkan diri pergi cari research ek... Mana tahu, alang-alang dah baca research kau boleh terus buat research baru... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan..haha*


Sapa-sapa yang suka cara aku neh boleh la try... Jangan risau, dekat google search tuh, kau boleh taip sebodoh-bodoh ayat sehinggalah sebijak-bijak ayat, dengan penggunaan kosa kata yang 100% tepat....


Tapi awas, bila kita cari review berdasarkan pengalaman orang, kita tak boleh terus percaya 100%... Review sekadar nak bagi idea kasar apa "benda" tu ja... Yala, sebab kadang-kadang, orang yang buat review product nie "dibayar" tahu #aku sedang berbisik, seolah-olah perkara ini rahsia dan tidak diketahui umum#


Dah nama pun berbayar kan, mesti la yang ditulis semua semanis kurma seindah asmara kan... Lagi bagus, lepas kita dah baca banyak-banyak  #point penting neh, sudah aku boldkan, condongkan dan gariskan lagi# review, kita kena jugak kaji "barang" tuh secara individu dengan penuh professionalism and charismatic. 

So nasihat aku jangan lah mudah terpengaruh... Tuja, apa yang aku nak sampaikan... Pandai-pandai la korang cari mana part "addiction" yang aku jadikan sebagai tajuk entry pada kali ini... 

Minum sirap buji selasih,
Sekian, terima kasih.



Tuesday, June 11, 2013

Idioms...

Assalamualaikum....

Kan aku dah kata, sekali aku dah terupdate blog, hari-hari aku rasa nak update....

Ok hari nie kita belajar la sikit pasal peribahasa, nama Englishnya Idiom... hahahahhaha.... Aku rasa nak gelakkan diri sendiri.. Ada event sebenarnya pasal Idiom nie, bagi aku lawak sangat-sangat-sangat! sebab tu awal-awal lagi aku dah gelak...

Hari ini, aku ada paper BI, kod LSP402,
Final stage untuk mereka-mereka yang dapat Band 3 MUET...

Jangan pandang hina ek Band 3 pun, kalau dekat kampung, 
kira aku lah yang paling tere speaking omputih..

Ok2... back kepada event yang aku rasa macam lawak sangat tuh...

Sebenarnya, macam nie taw, dari aku sekolah menengah lagi, asal ada exam subjek Bahasa yang kena tulis karangan ja, mesti perkara utama yang aku akan buat, cari peribahasa banyak-banyak...

Kalau kena buat essay BI cari idioms la banyak-banyak. Konon idioms nie boleh jadi penyedap rasa la. Disebabkan rasa essay tu sedap, examiner tak da la usha grammar aku sangat... Setakat tukar She dengan He apa la la sangat kan... Jantina ja lain, tapi masih manusia kan...

Nak dijadikan cerita, aku bawak benda sampai ke Universiti. Kelam kabut la aku cari idioms pagi tadi sebelum gi jawab exam.
 Padahal dekat U mana ada orang pandang pun idiom kau Cik Yah oii... Orang tengok fakta beb, lagi orang terpesona kalau sebelah fakta tu kau letak citation, (Aziah, 2013). *lagi terpesona examiner nak tolak markah, bila nama aku yang di beri penghargaan*

Disebabkan aku dah cari idioms banyak-banyak, boleh pulak masa aku duduk dekat aku punya sit, sambil-sambil teropong kertas soalan tuh, sekali bermacam-macam jenis idiom BAHASA MELAYU yang terlintas di benak fikiran ku.... Aku yakin aku baca English's idioms pagi tadi...

Tetiba kan, aku nampak ada sorang nie, dia jalan nak gi seat dia. Seat dia dekan kawasan berhadapan dengan aku, bukan depan aku. Depan aku Adibah! Ketua kelas kott...kau jangan.. haha

Aku rasa orang yang aku nampak tu mesti study gila-gila nya semalam... tengok gaya dia jalan macam nak-tak-nak ja, dah la masuk dewan lambat... Boleh lagi adrenaline dia tak ter stimulate... kalau aku mesti dah merangkak dah bawah meja, tak mampu nak menahan panahan mata orang yang memerhati, walaupun orang tak peduli pun. Exam paper lagi penting r beb. *Adrenaline aku memang selalu buat aku jadi over react. 

Sambil-sambil aku tengok budak tu jalan, sambil aku tengok jam, agak-agak bila la dia nak sampai seat dia... tetiba ja keluar ayat nie ha 

" Kesian..... hidup segan mati tak hingin"

Buat nya budak tu dengar, dia doakan kan aku tak boleh jawab exam, sia-sia ja...
Lepas tu cepat-cepat la aku istighfar...

Alhamdulillah, nasib baik boleh jawab ambik exam....

~~~~~~~ 

Lepas dah habus jawab, sementara tunggu pengawas peperiksaan kutip kertas, dari jauh aku terpandang, sorang mamat nie...
Dia dah lain weh, dulu, dia xda simpan janggut pun...
Tapi tadi aku nampak dia dah berjanggut....

aku pun tercakap lah..

"amboiiiii....seperti janggut pulang ke dagu"

hahaha...takda kena mengena langsung! tapi mungkin sebab janggut kot, peribahasa tu boleh terkeluar.

Ok...tujala.... Saja nak gelak-gelak, senyum-senyum sambil taip entry neh... Avoid stress

FYI: Benda nie x lawak pun sebenarnya bila di baca.. Tapi lawak bagi aku yang mengalami... Saja suka-suka. =) hehe... Sepatutnya tajuk entry, The Power of Idioms..