Assalamualaikum...
Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak aku update blog nie yang dah lama mengusang... Biasala baru habis final exam kan... oo-oo, bukan semua, baru habis satu paper ja...
Ada baca tak entry aku yang bertajuk Perjalanan Yang Sangat Jauh, alah yang cerita pasal aku travel pergi Paris sengsorang bawak 500 ringgit ja tuh... ada baca tak?... ok2, view la dulu entry tuh... Kalau korang tak baca, nanti korang tak faham apa yang aku nak cerita dekat sini.... ceeee, penting ka baca entry aku?
Cup-cup, before aku cerita lebih panjang, boleh tak nak deal something dulu ngan korang... huhuhu... boleh x nak share post nie dekat FB? ok janji, aku tak da buat caption apa-apa... aku post ja, lepas tu blah... lagi pun tu FB aku kan *hehehe...so jawapannya BOLEH*
Ok sambung...
Sebenarnya entry aku yang dulu tu aku cerita pasal pengalaman aku gi interview sebelum aku dapat tawaran untuk buat ijazah dalam bidang Patologi Pertuturan dekat USM nieh... Pengalaman aku la kan masa nak dapatkan pendapat, pengalaman orang yang sedang/pernah ambik bidang Patologi Pertuturan nie dulu, bukan main susah.... Agaknya diorang sibuk sangat kot, sampai tak sempat nak berentry-entry bagai...
Lain la kalau ambik kursus yang hot-hot macam Medic, Dental, Lawyer suma tu kan... Ramai ja buat review pasal kehidupan diorang... Untung la course glamor... Boleh main kibas-kibas white coat, boleh gantung-gantung stethoscope dekat leher, boleh letak "hammer" dalam poket...
Tapi entry aku yang dulu tuh, aku cerita pasal pengalaman aku mai interview dekat USM Kubang Kerian, sekali ada sorang 'junior' nieh, dia cerita pasal pengalaman dia interview dekat UKM , Universiti Kebangsaan Malaysia... Lagi daebak weh!... Meh aku paste dia punya komen...
# Maaf la ya, entry aku memang tulisan ja banyak... lagi pun benda-benda ilmiah nie, memang sinonim dekat penulisan kan. ilmiah sangat Kak Jah
time dok tggu turn duduk atas kerusi kat luar bilik tu, adalah sorg hamba Allah ni dia kena interview dietetik. Dia dok baca text apa taktau dah serupa mind map dah -,- saya CUAKKKK KOTTTTTTTT. mana tak cuak tengok budak tu dok hafal2, yang saya senyap tpi dalam ati tak abih2 dok berdoa and mulut dok tekumat-kamit berdoa. uhuhuhu. seram tengok dia. tpi lantak ahhh malas nk tgok dia nasib baik dia balik awal dah habis intvew awal. fuhhh selamatttttttt :D
after solat zohor, tggu lagi sampai la turn sayaaaaa. masuk dgn confidentnya mukaaaa senyummm padahal takdaorg pun kat dalam bilik tuu. HAHAHAHAHA. bila dok atas kerusi saya ingat segala pesananmu kak aziahh apa yang kak aziah dah explain kat saya. hahaha. fuhhh saya pun popek2 laaaa sorg2 kat depan laptop tu mcm org tak betoi pun ada. ahak2. saya cakap myself panjang sngt smpai interviewer tu cakap, i think i neede to cut your conversation, then dia pun masuk la dgn soalan. fuhhh legaaaa part pengenalan diri dah lepas. teehee
then dia pun tnya la soalan, actually soalan dia tak berapa clear sngt almaklumlah audio laptop then tambah WIFI tak ok ka apa. huhuh . saya pun main hentam
jawab.HAAHAHHA.confident bak kata kak aziah? :D
dia bagi situation pasal ada budak kat shoppg complex dgn mak dia, budak tu takmau balik tpi mak dia dok marah2 so apa yang patut saya buat. saya pun cakaplaaaaa ttg budak tu, then depa ckp no2 depa nak tau apa nasihat saya kat mak dia. chehhhhh -,- takpelaaaah janji confident jawab. ahak2
then sec, dia suh saya pilih num. saya pilih num 3. soalan dia berbunyiiiiiiiii 'a deaf person want to make a phone call at the telecom shop, so how would you help that person'.. dgn sepantas kilatnya saya jawab. i will ask that person to write on a piece of paper than passed to the telecom shop memebers and ask them to make a phone call for him' then depa cakap. OKKKKKKKKKKK ,OK I THINK THATS ALL AMIRAH. wowwwwwwww!
OH YAAA, before the conversation ended, 2 orang INTERVIEWER tu CAKAP ''ohhh orang KEDAH ni peramah2 ye semuanyaaaa!'' sayapun jeritttt ahhhh HIDUP KEDAH! hahahaha. nampak tak semangat assabiah kenegerian dan bangga distu :P
alhamdulillah, semua kuasa Allah seriusly saya cakap kak aziah, saya taktau pun saya jawab mcm mana jawapan tu tpi dgn mcm mulut saya dok cakap2 jawapan :') syukurrrrrr sayaaaaa. Allah is great.
conclusionnya, jgn lupa Allah. sepanjang saya menunggu turn saya, saya asyik baca surah taha ayat 25-28, surah ajaib! :') yang penting doa kita, ibu bapa, sahabat..itulahhhhh yang saya dapat kongsikan bersama kakaku aziahhhh. interview dah lepas result dah keluaq tpi cukup2 makan ja mcm range kak aziah juga. takpe, ada rezeki untuk mira,insyaAllah dapat kan kak aziah? DOAKANNNNNN UNTUK SAYAAA. BTW, THANK YOU SO MUCH FOR INSPIRED ME! :') MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYSSSSSS. thanks for the doaaaaa too.
x "
Nak terharu sikit bila baca "inspired me" tuh... hahaha...
Amacam, makin canggih kan, interview guna skype... ntah-ntah, bukan setakat skype tapi seluruh kawasan interview tuh ada CCTV n diorang sedang memerhati setiap tindak tanduk kita....
Bila baca pengalaman junior-junior yang tengah struggle nak dapat tempat sambung belajar, then aku rasa bersyukur sangat ya Allah, kerana telah permudahkan jalan aku dan menjadi insan terpilih untuk pegang amanah nie... So marilah kita manfaatkan peluang dan nikmat yang dikurniakan ini... Moh la kita study...
FYI: Speech Language Pathology bidang yang still baru dekat malaysia, sebab tu la masih ramai yang tak tahu, dan sekaligus menjadikan bidang ini tidak berapa fames dikalangan pelajar-pelajar cemerlang SPM. Aku harap pengkongsian nie, dapat la dimanfaatkan sedikit sebanyak....
terharuuuuuu juga :')
ReplyDeletenice oneeeeee! :*
Hai sis, mcm mana nak jd speech phatologist ni?
ReplyDelete