Thursday, May 8, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 1-

Assalamualaikum... =)

Dah lama rasanya aku tak update blog, selepas blog pembukaan tahun 2014, 5 bulan yang lepas... Phewww.... Tetiba hari nie, aku rasa nak update blog, yang namanya bertukar secara tetiba... daripada Miss Skyway tetiba jadi Durian Mentimun pulak... kikiki... lepas tu, daripada blog yang kedekut tetiba jadi pemurah pergi letak iklan Nuffnang... Template pun tetiba berubah, bertemakan alam sekitar... Kalau dulu, guna template yang sesimple yang mungkin ja... Adakah perubahan ini semua dipengaruhi oleh faktor penuaan? 

Ok..berbalik kepada tajuk entry aku pada hari ini "Trip ada bran ke Thailand".... Pendek cerita... Aku dan dua lagi rakan, perempuan kedua-duanya, telah pergi ke Thailand dengan selamba badaknya tanpa passport, tanpa kenderaan, dan tanpa mata wang Thailand... Sekian, cerita pendek.... 

Cerita panjang. 
Seperti yang sedia maklum, 1 Mei adalah Hari Pekerja... Semestinya, aku dan kawan-kawan yang lain, juga meraikan Hari Pekerja tersebut walaupun masih bergelar pelajar... Tapi kitorang punya resah dan gelisah mengalahkan orang yang sudah bekerja 18 tahun 18 bulan tanpa cuti, sehingga membuatkan kitorang terfikir,

"Eh, Cuti Pekerja... Cup, takda kelas la hujung minggu... Ok , kita WAJIB travel"

Makanya, jatuhlah hukum WAJIB travel pada hari tersebut... Si Adibah, dengan panggilan mesranya Diba, dah tak boleh bertenang lagi... Dengan rakus, kesemua 4 orang besties diwajibkan untuk ikut travel bersama-sama... Melalui pandangan matanya, jelas terpancar ketegasan yang menyatakan,

"Korang semua wajib ikut ek. Aku tak kira! Aku tak kira! *hentak-hentak kaki" ... Tafsiran hatiku, 2014. haha.

Maka akhirnya, pada 2 Mei 2014 - 3 Mei 2014, kitorang bertiga, dengan bran dan bajet-bajet selamber badaknya telah pergi ke Thailand a.k.a Siam... Salah seorang daripada kami tak dapat join sebab dia dah ada plan travelling yang lagi best and fully sponsored... 


Jejalan bertiga... From left... (Aziah, Ana, Diba)

Sebelum kitorang mulakan kitorang punya travelling plan neh, kitorang punya manager Adibah (dilantik mengikut suara majoriti), dengan sepenuh hati telah buat research.. sebanyak 118 journal telah beliau baca, untuk menjadikan trip kitorang smooth dan menarik... Kau mampu? hahaha. 

Antara perkara-perkara yang Dibah dah search dulu, antaranya
- Peta jalan
- Tampat menarik
- Must eat food.
- Tentatif aktiviti.

Semua perkara di atas adalah sangat penting, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang spoil.... Aku dengan Ana, hanya menurut perintah... 

Untuk mengelakkan rasa bersalah, pergi bersuka ria, dengan meninggalkan lambakan kerja 'sekolah', malam sebelum kami bertolak, aku dah tekad untuk siapkan semua jenis kerja dan begitu redho sekali berkata.... 'takpala, tak tidur pun takpa malam nie, janji kerja siap'... Siap atau tak? kikiki... Mestila tak, buat kerja 10 minit, tengok SNSD menari setengah jam, aku join menari satu jam setengah... tinggal berapa minit ja bakinya... Tapi takpa, janji usaha tu ada..hoho *ayat sedapkan hati. 

Jadi aku pun kemas barang nak bawak gi travelling katanya.... Mengikut kata manager, kitorang haruslah mengamalkan konsep pemurah dengan berkongsi barang-barang keperluan supaya, berat beg dapat dikurangkan, dan tidak membebankan. 

- Aku, bawak telekung dan sejadah (untuk dapat feel sembahyang di dalam bilik, perlu la aku bawak sebesar-besar sejadah, dan selabuh-labuh telekung... Berat = 1.2 kg ,  Isipadu = 376 cm cubic)

- Ana bawak toiletries (definisi toiletries, shampu, sabun, pencuci muka, dan berus gigi sahaja... Ubat gigi?? yellek~~ haha.. aku pun tak pasti ubat gigi tu masuk kategori mana.. haha.... Berat = 0.99 kg , Isipadu = 250 cm cubic )

- Dibah si manager, bawak emergency kit. (emergency kit bermaksud panadol sahaja... Berat 0.01 kg.. Isipadu= 1 cm cubic)

Nampak tak siapakah durian di sini? Ini adalah konsep yang menguntungkan sebelah pihak.. haha.. Tapi takpa la kan,dia dah buat research bagai... Apala sangat kalau menyumbangkan sedikit ruang, bagi kegunaan bersama. 


Nie barang yang aku bawak. Beg galas, aku letak baju untuk 4 hari... 
Beg lutsinar...., aku letak telekung,sejadah, makeup nya bahan, skin care nya bahan, ipad, handphone dan purse. 

Tahap safety, menggunakan beg lutsinar adalah 0.009%... Jadi, setiap barang yang aku masukkan dalam beg lutsinar nie, haruslah berbungkus macam nie. 

Kesimpulannya, rkurangkah bebadan aku? hahaha.. hidok ler.. 


Sebelum bertolak, upah dulu selfie sekali, sementara tunggu si manager Adibah pergi ambik kereta sewa..

Rate kereta sewa bagi student USM... Viva Manual... Sehari, RM70...

Ok...Ini baru mukadimahnyer.... Ceritanya, tak bertolak pun lagi... Dah nama pun cerita panjang, mana cukup 1 entry... haha.. Will be continue... XOXO.


0 comments:

Post a Comment