Nie lah ceritanya untuk sapa yang tak tahu... dan kitorang kat sana 2 Mei... Nampak tak dia punya nasib baik tu macam na?
Dan~~~ ini adalah kitorang bajet-bajet wartawan Majalah 3 yang begitu peramah... Dalam hati sekarang... Bersyukur yang teramat... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur...
*********************************************************************************
Ok sambung cerita Part 2 hari tu...
Yes... kitorang bertiga dekat sana telah bajet-bajet bran guna perkhidmatan moto teksi yang didominasi oleh golongan veteran (selepas ini akan digelar Uncle Mat Mot).... rujuk Trip ada bran ke Thailand part 2 ... Kitorang pergi Pasar Munok..... Untuk pengetahuan korang, trip ke Pasar Munok nie tidak dirancang oleh manager kitorang... Pasar Munok nie, Uncle Mat Mot yang cadangkan dekat kitorang.. Sebab katanya pasar ini jadi tumpuan orang Malaysia, sebab harga barang-barang dekat sana murah teramat....
Dah alang-alang sampai, kitorang pun sekali lagi , bajet-bajet ala bran telah panjangkan kaki untuk ke sana.... Ingatkan dekat, rupanya jauh la jugak... dalam 30 minit dari Sungai Golok...
Cuaca sangat la panas.... guna jala apa yang ada.
Kitorang tak da la high expectation sangat pasal Pasar Munok nie, sebab Uncle Mat Mot , dah awal-awal lagi cakap, yang pasar tu lebih kurang macam Wakaf Che Yeh ja... Wakaf Che Yeh nie, antara tempat membeli belah yang terkenal la dekat Negeri Kelantan nie. Lagi-lagi kalau mak-mak yang pertama kali datang Kelantan... Selagi tak pergi Wakaf Che Yeh jangan harap nak balik.... Tapi sekarang aku nak cerita pasal Pasar Munok dulu.
Maka sampai lah kami dekat Pasar Munok... yang bagusnya, Uncle Mat Mot (yang pakai vest Pink dekat belakang tu ha) dengan rela hati teman kami berjalan-jalan dalam Pasar Munok.... Uncle Mat Mot kata tu pertama kali, dia teman pembonceng dia jalan-jalan dalam pasar... Walaupun kitorang banyak kali suruh diorang tinggalkan ja kitorang dekat situ, tapi diorang tetap jugak nak ikut.
Dalam banyak-banyak benda, mereka neh tertarik dengan goguma ... Ubi kayu... Cara sukatan jual beli dekat sini guna pot (tin kosong)... satu pot, 2 ringgit...
Barang dekat sini sumpah murah.... 75% lagi murah dari malaysia.... Pergh, bajet over sea sangat ayat aku.
Tapi sebab masing-masing ada 50 ringgit ja, dan kitorang memang tak rancang nak beli belah, jadi kitorang tak ada la nak membeli sangat...
Lepas dah jalan-jalan dekat Pasar Munok, kitorang pergi makan..... dah nama pun thailand kan, haruslah try dia punya tom yam dulu... Jadi kitorang pun ajak la Uncle Mat Mot, hantar kitorang dekat kedai makan yang paling best dan halal dekat sana.... Jadi uncle Mat mot pun hantar kitorang pergi ke Pekan Golok... Sampai ja dekat Pekan Golok, kitorang dah tak nak guna perkhidmatan Uncle Mat Mot lagi, jadi kitorang pun bayar tambang sebanyak RM24 ringgit. Bagi kitorang berbaloi la bayar diorang dengan harga tu, sebab diorang dah macam kami punya traveler guide...
Adibah dan Ana, haruslah feeling feeling sweet suruh Uncle Mat Mot tulis nama diorang dalam tulisan Siam atas tapak tangan... Kalau tapak tangan diorang takpa, nie tak tapak tangan Uncle Mat Mot jugak kena.
Nie adalah minuman yang kitorang order.... Nie air tebu namanya... Mula-mula aku risau jugak nak minum, takut sakit perut, mahu bertempiaran kitorang lari cari tandas nanti... Tapi ok ja, alhamdullillah.... Air tebu nie lepas perah diorang isi dalam botol, kemudian baru sejukkan... Rasa dia best, segar dan manis tebu... Sebotol harganya RM 1.80, free air batu.
Nie pulak makanan kitorang...
Aku ngan Dibah makan, Kuew Teow Tom Yam Campur ... RM 8 ringgit semangkuk.
Ana pulak, nasi putih dengan Tom Yam .... RM 9.50 kalau tak silap, free ulam dan sambal.
Dan makanan bersama .... Pulut Mangga... RM 6 ringgit sepinggan.
Nasib baik sedap, tahap tak boleh dilupakan, kalau tak, berkira la jugak masa nak bayar tu....Dia punya tomyam yang uniknya dekat sana, dia letak cili padi kering... Dia punya Pulut Mangga pulak yang bestnya, dia punya santan tu.... Dia punya creamer tu melampau, tahap tak boleh nak digambarkan....
Lepas makan, kami ada la jugak jalan-jalan dekat Pekan Golok tu, tapi dia punya seram tu tahap kritikal bila kau nampak banyak gila tentera pegang senapang...
Aku ada ja gambar tentera yang aku tersnap masa dekat sana. Tapi takut la pulak aku nak upload sebabnya ,tentera dekat sana dia punya serius tak ada tandingan.... Kau sengeh la macam mana pun, buat peace ka apa ka, memang tak da nya dia nak layan. Silap-silap hari bulan, senapang tu jadi habuannya.
Lagi pun harga dekat Pasar Golok sama ja macam harga-harga dekat mall semua tu. Jadi kitorang pun berjalan la balik ke Sungai Golok tadi, untuk seberang ke Malaysia, oh tanah air ku...
Hah...Ini lah nama jalannya.... Sebut la sendiri... Goguma a.k.a ubi kayu yang Adibah pegang tu, aku tak tahu la sedap ka tak, sebab tak luak-luak pun aku tengok... (last-last masuk tong sampah)
Ana dan cenderahati nya....
Aziah dan cenderahatinya.....
Cenderahati la sangat, padahal kitorang beli payung malas (malas sebab tak perlu pegang) tu pun, sebab cuaca panas sangat, dan kitorang malas nak berpayung-payung masa berjalan.
Antara benda-benda menarik yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik.....
Abang sado.... Aku tak dala angau dengan sado-sado neh (scary u know) ... saja ja ambik gambar nie nak tunjuk dekat kawan-kawan kampus aku..
Budak comel... Kecik-kecik dah bercinta kau... siap pegang-pegang tangan lagi... Sapa yang single mesti rasa looser gila tengok gambar nie. haha
Burung peliharaan....
Maka, sampailah kami ke Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia dan Thailand...
Bye-bye Thailand.... Till we meet again... (aku tak nak dah ikut.. takut kena rotan nanti ngan omak. Di marah nyo dek apak)
Bye-bye.... Tunggu bot jom...
Haaa.... Tudiiiiaaaaa sampai dah bot kita.... Hang tengok budak tu, berani tahap hek ele ja naik bot sorang-sorang...
Muka bersyukur selamat pulang ke Malaysia...
Trip manager juga bersyukur kerana misinya berjaya....
Ana bersyukurlah, posing ja, tak ambik gambar... maka, gambar Ana is everywhere.
Tara.... Selamat sampai Malaysia.... Jom la bergambar dengan keluarga ini... Mereka juga ingin ke seberang...
Maka tamatlah, al kisah kitorang ke seberang.... Yup, walaupun seberang dan tak ada apa pun yang nak dibanggakan tapi pengalaman itu sendiri mengajar kami erti kehidupan... Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.... Selain itu, trip hek ele, bajet-bajet ada bran macam nie juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.... =)
Sekian .... XOXO...
p/s: cerita yang saya coretkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri...... cerita ini dikisahkan di dalam bentuk bertulis supaya akan terus kekal sebagai satu memori yang terindah sepanjang saya dan rakan-rakan yang lain bergelar pelajar universiti... Segala kekhilafan dari segi pengolahan cerita, dan perkataan yang saya gunakan, amatlah saya kesali.... Ada cadangan tempat percutian yang menarik? Boleh la kongsi... =)
0 comments:
Post a Comment