Thursday, March 21, 2013

Cermin mata....

Assalamualaikum...
Tajuk entry saya pada hari ini, adalah... CERMIN MATA...
(tak da niat pun nak bagi taw, saya pakai cermin mata baru taw.... ops, terlepas cakap la pulak.. hehe)

Cermin mata,
Engkau umpama plastik cernih di hadapan mataku,
Paling menambat hati, 
Engkau hadir bersama bingkai yang pelbagai,
dan menarik perhatianku..
*Sajak poyo karya Misskyway*

Pada masa kini, mungkin cermin mata kelihatan/kedengaran sangat kolot, dengan adanya kanta lekap.... Tapi tidak bagi Missskyway, cermin mata adalah identiti diri saya.... kedengaran sangat pelik bukan? anda ingin tahu mengapa?? ( tak mau sudah! pi main jauh-jauh... nak taw, sambung baca sampai habis)

Misskyway mula pakai cermin mata masa darjah 2,umur 8 tahun?? bukan sebab rabun biawak, tapi sebab "I'm looking for my identity". Kedengaran macam orang yang hilang ingatan ja kan.. tak la, igatan masih kukuh... "power" cermin mata saya masa mula-mula pakai, adalah 0.50 both side of eyes, sikit silau sebelah kiri... tu masa mula-mula pakai... dan sekarang.... hmmmm... MASIH SAMA!!! amazing bukan??? hahahaha

Macam mana identiti boleh hilang?

Ceritanya begini, waktu saya umur 6 tahun, saya suka main dengan cotton bud, untuk korek-korek telinga... Disebabkan cotton bud tak sesuai digunakan oleh kanak-kanak 6 tahun, jadi my beloved mother pun sorokkan cotton bud atas almari yang paling tinggi... sebelah almari, ada mesin jahit, bawah mesin jahit ada kerusi.. hmmm, boleh bayang?? hahaha... 

Nak dijadikan cerita, satu hari, waktu mak saya tengah tidur tengah hari, saya telah panjat kerusi, untuk naik atas mesin jahit, kemudian saya meniti dan cuba explore bahagian atas almari untuk cari cotton bud... Tara!!! jumpa!!.... yeay!!! *kemenangan yang hanya sementara*

Sewaktu nak turun dari mesin jahit ke kerusi , baju saya tersangkut dekat bucu mesin, dan saya pun tersembam, dan vrrrroooommm!!! pek! hidung saya smash lantai yang tersangat la keras tanpa beralaskan carpet tebal... what happen masa tu, hidung saya bengkak besar sangat, bagai ditiup2 ja.... Sakit sampai kebas... so my mom bawak pergi klinik, dan doktor kata, takda apa pun, tuam dengan ais ja... so saya pun balik la rumah... disebabkan takut mak marah, sebab ketegaq/degil nak main jugak cotton bud, i choose untuk ketuk ais blok kecik2 , bungkus n tuam sendiri.... hasil esoknya, alhamdulillah dah surut... back to normal kah??
NO!!!!!

Bagi saya, pada masa dan ketika itu, saya bersyukur ja sebab hidung dah tak bengkak kan, but I know for people around me, saya nampak pelik with the new "hidung bulat"..hahahahaha.. (Gelak la , gelak)...

Disebabkan saya rasa tak selesa bila orang asyik pandang pelik, waktu darjah dua, I decide to wear spectacle.. (nak cover hidung sebenarnya.. ahaha)

Setakat sekarang, saya dah ada 7 pasang cermin mata, tak ketinggalan juga contact lens.. Over mengalahkan orang yang sememangnya rabun tahap kritikal.

1) Bingkai: Plastik jernih. Besar nak mamp.
Waktu pakai cermin mata yang pertama, saya ambik ja cermin mata kakak saya, yang dia dapat free dari sekolah. main pakai ja, tak pergi check lagi pun... My parent pun kasi ja dulu, sebab diorang pun tak faham "Dah kenapa la budak nie tiba-tiba ja nak pakai spec"

2) Bingkai: Bulat seperti gelung rotan, dan kecil molek  
Masa nie, first time dapat my own official punya cermin mata... Check dekat kedai mata ja, tak jumpa doktor dulu.. Dan sudah tentu la kan, orang kedai tu sarankan saya pakai spec, tak kan nak kata tak boleh kot. This is about money okeyh...

3) Bingkai: Petak. Frame penuh, dawai kecik. (pandai-pandai la imagine)
Masa nie, saya dah menengah pun... Kali nie, ada style la jugak spek tu kan.. first time pakai, kawan-kawan dekat hostel kata "laaa Aziah ka, ingatkan senior tadi".. masa zaman nie, rasa bangga sikit kalau orang kata macam senior, sebab senior cantik-cantik... mana la tahu kan, kita pun cantik jugak.. ahak...

4) Bingkai petak. Half frame warna blue black.
Dengan spek nie, my confident level increases. Dah berani cakap depan kelas. And also very the 'gatal' one.

5) Bingkai petak warna pink...
Bajet gila masa pakai spec nie.. padahal tudung selalu ja kembang sebab spec nie besaq sangat. huhu

*masih dalam simpanan*

*till the end of my school years*

6) Bingkai Coklat, Half frame
I wear this before saya masuk Asasi... Saya pilih this kind of spec sebab, nak kelihatan matured, yalakan dah nak masuk universiti pun..

*masih dalam simpanan jugak,
'foot plate' yg dekat hidung tu memang warna kuning ok*

* 1st time sampai kelantan, also wearing this spec*

7) Now... tara.. Back to old school... Full Frame dark maroon. 
Decide to change sebab nak kelihatan muda balik, sebab even my lecturer pun cakap dia lagi muda dari I. mana boleh kan... (sebab  lagi penting, memang kena tukar pun, sbb I need to upgrade cermin yg calar balar, dan dah x boleh tahan silau dek kerana cuaca di kelantan neh.)

* I used to wear it everyday.... but still la, umur is umur, tua is tua, muda is muda.. 
kena terima la hakikat*

Contact lens, I pakai masa trend pakai shawl mendapat sambutan hangat... Of kos la saya pun nak follow the trend jugak kan... Tapi tak boleh la... My eyes cannot adapt with the 'foreign bodies' inside... Penah sekali, pakai lens, tetiba ja rasa masa sengal2 dalam mata, cepat2 lah saya tengok cermin, and guest what, lens tu tersangkut dekat dalam kelopak mata!!! So saya pun, terus jegilkan mata, tarik kelopak mata, dan guna kuku dan jari untuk tarik the lens keluar... Lepas tu terus serik....

Tapi tolong la jangan percaya, kalau ada orang cerita, lens dia hilang pergi belakang mata, then x boleh keluar, kena keluarkan mata dulu, untuk nak keluarkan lens tu... Tapi betul la, pakai lens lagi bahaya  compare to spectacle. tambahan pula, sekarang nie, ada lens korean + big eyes yang RM10 sepasang dekat pasar malam tuh... Kalau nak pakai lens, pastikan anda seorang yang
-pembersih (cuci tangan besih2 dulu, before main dengan lens)
- Tak cuai (tahu bila masa nak terlelap, jadi tak la lens tu pun dibawak tidur bersama)
- Kelopak mata tak gelebeh ( kalau kelopak mata asyik nak tertutup ja, jangan la pakai lens, susah gila lens tu nak lekap nanti, lepas tu bila dah lekap, dia akan sangkut pulak dekat kelopak mata... Macam kes missskyway tadi tu lah)

Tapi kalau nak memudahkan lagi kerja, serta menjimatkan wang, jagalah mata anda sebaik mungkin.... Nikmat penglihatan, adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Sayangilah mata, dan peliharalah pandangan anda...

FYI: This is just my thought based on my experience... Sorry for silap and salah....
Sapa yang rasa ter-annoying with my bahasa rojak yang diamalkan oleh generasi Y pada masa kini, sorry la ya.





0 comments:

Post a Comment