Monday, April 8, 2013

Sacrifice...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Marilah kita senyum sikit, sambil-sambil menghadap blog yang boring nie...

Dah berapa lama aku x update... 
Macam nie lah aku layan DIARY-DIARY aku dulu...
No wander lah, diary aku boleh jadi habitat untuk si semut. 
Baik hati nya la hai... 

Sangat banyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku diamkan diri.

1. Aku bertukus lumus praktis untuk Sukan Antara Desa (SUKAD)
2. Aku menerima kekalahan.
3. Aku menderita kesakitan.
4. Aku malu untuk turun basuh baju waktu siang hari.
5. Aku menangis kerana stress dan sikit kemengada-ngadaan. 

Argh,,,, susahnya hidup nie!
But still... nie lah, liku-liku kehidupan....
Liku-liku tersebut, menjadikan hidup kita lebih bermakna...

Masakan Roller Coaster boleh jadi begitu menarik, munghiburkan, mendebarkan, mencemaskan serta memberi kepuasan, jika tanpa LIKU-LIKU??
Macam tu la jugak kehidupan...

*berliku ka berbelit?*

Meh la aku elaborate sikit peristiwa-peristiwa yang dah berlaku tuh...

Sukan Antara Desa (SUKAD)!!!
Athlete kah aku? 
hehehe.... malu la plak nak mengaku....

Aku neh, kalau bab sukan, takda satu bakat pun..
Tak kisah la bakat terpendam or bakat terendam...
yang pasti takda.
Yellek!! *in tamil*
  
But still ... dari zaman sekolah lagi, bila ada competition untuk wakilkan sekolah or what-so-ever, aku mesti akan terhegeh-hegeh  gigih jugak cari the good things in me, yang boleh menyumbang bakti kepada nama baik sekolah...

Berbudi perketi betul kan.. hahaha

So, masa zaman sekolah...
Aku masuk pertandingan menari wakil Persatuan Ranjer Puteri, sekolah aku.
Masuk pertandingan silat gayung kategori marsal (silat tari), wakil sekolah.
dan baru-baru nie...
Pertandingan Aerobic (senaman mengikut rentak lagu), wakil desa untuk SUKAD.

So, gelaran mana lagi sesuai, penari kebudayaan yang berhemah atau athlete?

Penari pun tak kot, xda ciri-ciri penari pun...
Ciri-ciri pelontar peluru ada la.. 

Yang lepas biarkan lepas, aku nak cerita pasal SUKAD yang baru lepas ja...

Walaupun Aerobik JE...
Jangan ingat kitorang pergi bergedik menari tak tentu pasal ek...
Aerobik dalam pertandingan, kitorang harus buat gerakan
1. High-impact non stop selama 3 minit.
2. Step atau kareografi tak boleh ulang.
3. Gerakan harus kemas dan serentak...

Banyak lagi sebenarnya, tapi aku cerita surface jala ek... 

Masa mula-mula training sehingga lah, ke hari ini. (seriuz nie x tipu),
muscle-muscle di bahagian kaki, memang stiff ...
macam nie la kot bila dah masuk 20-an...
huhuhu...
(untuk orang yang bersenam bila perlu macam aku la)

Nie lah peneman baik aku....
*panjang tak stokin.... jangan risau takda sapa pun keluarkan dalil kena pakai stokin masa tidur sorang-sorang*

1. Scholl Sleeping Long
2. Salonpas.

Walaupun harga stokin nie macam ,agak mahal la bagi student yang dah pandai berhutang macam aku nieh...
Tapi ianya berbaloi...
Stokin nie dia ada saiz S, M, dan L...
Aku suggest, kalau nak beli, beli la yang padan-padan dengan kaki... 
Jangan terlalu ketat, jangan la longgar sangat...

Stokin nie bertindak sepagai pemanas, pengurut, serta pengurus kaki.
(apahal la macam buruk gila imbuhan aku)

InsyaAllah, segala sakit yang hinggap di kaki anda, akan hilang pada keesokan harinya.
Tapi aku punya kes, disebabkan aku neh susah gila nak istiqamah, aku pakai bila kaki sakit gila-gila ja.
Biasalakan, bila dah mengantuk jawapannya tidur la kan...
Tak da masa nak fikir 'mana stokin'

Stokin nie jugak, boleh dibasuh, dah boleh bertahan bertahun lamanya, selagi getah tak loose, kain x terkoyak. pandai2 la jaga ya.

Salonpas tu aku jadikan partner stokin nie, 
tujuannya, untuk mendapatkan impact yang lagi bagus. 

*aku nie nak cerita pasal SUKAD ka, pasal benda alah nie*

Team aku, all out perform yang terbaik masa sukad, and we deserve to get medals. 
Tapi apakan daya, kami hanya peserta, juri yang menentukan pemenang.
Undian SMS tidak diterima. 

So we got 3rd ranking...

Medal untuk 1st and 2nd place ja...

Disebabkan kesedihan yang agak mencengkam jiwa,
Maka aku dengan team-mate pun keluarlah gi jalan-jalan dekat Queens- Bay Pulau Pinang.
USM Pulau Pinang yang jadi tuan rumah untuk SUKAD kali nie.

Dan untuk kitorang budak-budak USM Kampus Kesihatan nieh, pantang mai Peneng,
Tudiiiaaa, mula la nak kalut, cari wayang, serupa kalau tak tengok, boleh repeat 3 paper.
*hat nie, bunyi dialek peneng*

So, this is.

*pintu masuk wayang. haha*

*home stay kami*
*Sliper aku tu, 3 in one....boleh pakai dimana saja... termasuk la baju dan jugak tudung...
Nie lah Fasionista termalas di abad ini. refer yg baju purple*

Kami tengok cerita " THE CALL"
At first aku ingat cerita hantu... berdebau ase...
Rupanya cerita Psyco...
Owh, favorite tuh!..

Selepas berjimba-jimba tenangkan diri, sebelum aku bertolak balik ,
aku jumpa kawan sekolah...
yang semakin ayu, cun, muslimah, and menyejukkan mata...

*sangat sedih, to say bye... with her, I recall back all the old sweet memories*

Setakat nie jala, cerita aku...
yang event lain2 tuh, aku tak rasa perlu cerita, so tak yah lah.. cek malaih...

*my first picture with new spectacle*

FYI: I just wrote things that I will always keep in my mind, and I'm happy to share it here... Sorry for any silap dan salam... =)

0 comments:

Post a Comment