Assalamualaikum... Hai, semua kawan2 Facebook dan Twitter... Yeah, blog aku tak da butang follow, and aku tak da follower pun... hahaha... Aku just share link blog aku setiap kali update dekat FB and Twitter, kira macam update status la.... Aku bahagia macam nie, aku tak suka la orang follow2 nie... Alah, mcm shoping dekat Mall.... Sapa yang suka, kalau ada salesgirl mengikut ja kat belakang... Of kos we know what we want to buy kan.....Ok, nie intro yang dah sedikit merapu meraban...
Ku gembira, kerna Ku Bahagia....
Haaa..jiwang an... Sapa kata hidup aku stress ja memanjang? Sapa kata hidup aku bosan, sebab tak boleh keluar tengok wayang dekat kelantan? Sapa kata aku anti sosial sebab classmate aku ada 11 orang ja, 10 perempuan? Sapa kata aku nie bosan gila, sebab asyik pakai baju kurung ja pegi kelas?.....
*Macam la orang nak peduli kat hang, Aziah oii*
Tahu tak hari nie aku rasa bahagia yang teramat sangat, aku rasa gembira...Perasaan tu seolah-olah, mendengar panggilan seorang anak yang dikandungkan 9 bulan buat pertama kalinya memanggil diriku 'mama'....Dah kenapa pompuan nieh. haha
Tapi lebih kurang la emosi nya... Perasan gembira bila, pesakit(pt) datang pertama kali mengharap, anak yang masih tidak boleh bercakap untuk bercakap seperti kanak-kanak yang lain. Dan selepas kami Speech Language Therapist @ Pegawai Pemulihan Pertuturan dan Bahasa (will be, insyaAllah), bertukus lumus, berusaha untuk lakukan yang terbaik, dan TADA!!!! pt dah boleh bercakap (walaupun sepatah dua)....
Bahagia tak? Gembira kan?... Sapa tak da rasa macam nie, U'all mmg masalah.
Setelah bertukus lumus siapkan therapy plan, guling2 atas, bawah, kiri, kanan, untuk mencari ilham.... Pi library ambik banyak-banyak buku, dan tengok gambar yang menarik dalam buku tu (sapa kata dia suka baca banyak2 buku, tipu!... korang tengok gambar ja kan? ada gambar yang macam best then baru baca, betol x?)... Berebut-rebut line internet dari Youtubers and Downloaders yang terlampau 'jual ikan' menggunakan internet tanpa had, yang mengakibatkan internet menjadi siput kesayangan Sponge Bob....Setelah aktiviti plan aku direject dengan rational yang kukuh dan tidak mampu ku sangkal, aku pergi pulak ke My Din tebalkan muka, pergi bahagian mainan, explore sambil cakap-cakap dengan mainan tersebut. Salesgirl mula la usha-usha an.... end up, lagi setengah jam pt nak sampai, again aktivity yang aku plan dipersoalkan dengan rational yang super bombastik.... terpaksa, memerah otak, memikirkan aktiviti yang lain, kemudian masuk ke bilik terapi, pasrah dan redho dengan takdir tapi masih berbekalkan sedikit keyakinan diri..... dan Alhamdulillah, melalui semua perkara yang secara tidak sengaja , aku telah rungutkan dekat atas, sebenarnya aku telah belajar sesuatu, aku telah mengaplikasikan perkara tersebut dekat pt yang penuh mengharap, dan ianya BERJAYA... gembira..gembira..gembira....rasa macam nak buat Gyiomi.. hahaha
Macam mana na gambarkan perasaan tu ek.... Alah gembira la... Macam U'all dah berusaha gila-gila, kemudian asyik gagal ja (diuji sebenarnya), kemudian sampai satu point, U'all berserah kepada ketetuan-Nya, bukan putus asa aw, maksudnya macam, U'all yakin, U'all dah buat yang terbaik, dan yakin, sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.... Dan at last, anda dikurniakan hasil yang selama ini U'all idam-idamkan.... Tidakkah anda berasa gembira sekali??? Owh sungguh kesian kalau tak pernah...
Kesimpulannya, nie la apa yang berlaku sepanjang minggu nie, and end up hasil yang mengembirakan dan membahagiakan pada hari ini..... Nasihat aku, for those yang diuji, yang dalam kesusahan, jangan berputus asa, cari jalan yang terbaik.... Sebenarnya setiap jalan buntu yang kita hadapi,kita akan belajar beribu perkara, cuma kita tak sedar bila kita boleh manfaatkan perkara tersebut.... Don't give up, ingat Allah selalu... InsyaAllah, He will give the best foe you.
Sekian, Salam.....
Tuesday, April 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment