Kan aku dah kata, sekali aku dah terupdate blog, hari-hari aku rasa nak update....
Ok hari nie kita belajar la sikit pasal peribahasa, nama Englishnya Idiom... hahahahhaha.... Aku rasa nak gelakkan diri sendiri.. Ada event sebenarnya pasal Idiom nie, bagi aku lawak sangat-sangat-sangat! sebab tu awal-awal lagi aku dah gelak...
Hari ini, aku ada paper BI, kod LSP402,
Final stage untuk mereka-mereka yang dapat Band 3 MUET...
Jangan pandang hina ek Band 3 pun, kalau dekat kampung,
kira aku lah yang paling tere speaking omputih..
Ok2... back kepada event yang aku rasa macam lawak sangat tuh...
Sebenarnya, macam nie taw, dari aku sekolah menengah lagi, asal ada exam subjek Bahasa yang kena tulis karangan ja, mesti perkara utama yang aku akan buat, cari peribahasa banyak-banyak...
Kalau kena buat essay BI cari idioms la banyak-banyak. Konon idioms nie boleh jadi penyedap rasa la. Disebabkan rasa essay tu sedap, examiner tak da la usha grammar aku sangat... Setakat tukar She dengan He apa la la sangat kan... Jantina ja lain, tapi masih manusia kan...
Nak dijadikan cerita, aku bawak benda sampai ke Universiti. Kelam kabut la aku cari idioms pagi tadi sebelum gi jawab exam.
Padahal dekat U mana ada orang pandang pun idiom kau Cik Yah oii... Orang tengok fakta beb, lagi orang terpesona kalau sebelah fakta tu kau letak citation, (Aziah, 2013). *lagi terpesona examiner nak tolak markah, bila nama aku yang di beri penghargaan*
Disebabkan aku dah cari idioms banyak-banyak, boleh pulak masa aku duduk dekat aku punya sit, sambil-sambil teropong kertas soalan tuh, sekali bermacam-macam jenis idiom BAHASA MELAYU yang terlintas di benak fikiran ku.... Aku yakin aku baca English's idioms pagi tadi...
Tetiba kan, aku nampak ada sorang nie, dia jalan nak gi seat dia. Seat dia dekan kawasan berhadapan dengan aku, bukan depan aku. Depan aku Adibah! Ketua kelas kott...kau jangan.. haha
Aku rasa orang yang aku nampak tu mesti study gila-gila nya semalam... tengok gaya dia jalan macam nak-tak-nak ja, dah la masuk dewan lambat... Boleh lagi adrenaline dia tak ter stimulate... kalau aku mesti dah merangkak dah bawah meja, tak mampu nak menahan panahan mata orang yang memerhati, walaupun orang tak peduli pun. Exam paper lagi penting r beb. *Adrenaline aku memang selalu buat aku jadi over react.
Sambil-sambil aku tengok budak tu jalan, sambil aku tengok jam, agak-agak bila la dia nak sampai seat dia... tetiba ja keluar ayat nie ha
" Kesian..... hidup segan mati tak hingin"
Buat nya budak tu dengar, dia doakan kan aku tak boleh jawab exam, sia-sia ja...
Lepas tu cepat-cepat la aku istighfar...
Alhamdulillah, nasib baik boleh jawab ambik exam....
~~~~~~~
Lepas dah habus jawab, sementara tunggu pengawas peperiksaan kutip kertas, dari jauh aku terpandang, sorang mamat nie...
Dia dah lain weh, dulu, dia xda simpan janggut pun...
Tapi tadi aku nampak dia dah berjanggut....
aku pun tercakap lah..
"amboiiiii....seperti janggut pulang ke dagu"
hahaha...takda kena mengena langsung! tapi mungkin sebab janggut kot, peribahasa tu boleh terkeluar.
Ok...tujala.... Saja nak gelak-gelak, senyum-senyum sambil taip entry neh... Avoid stress
FYI: Benda nie x lawak pun sebenarnya bila di baca.. Tapi lawak bagi aku yang mengalami... Saja suka-suka. =) hehe... Sepatutnya tajuk entry, The Power of Idioms..
0 comments:
Post a Comment