Wednesday, October 9, 2013

Blood Donation -Part 1-

Assalamualaikum...

"Saya sudah, anda bila lagi"


Heeee...berbangga aku boleh guna tagline tuh.. haha... Yaaa~~ saya sudah menderma darah.. Berani kan?? hahahaha... jangan weh, banyak sebenarnya scene sepanjang nak ke arah situ... 

SCENE 1: Hebahan "Make a difference.... volunteer"

Ada r sorang member aku nie an, dapat last minit punya task, dia kena hebahkan pasal program derma darah... Aku pun, dah kata kawan an, apa sangat kalau setakat nak tolong promote...

Maka, aku pun tolong la promote... Padahal, masa tu tak sedar diri lagi, yang aku pun tak pernah derma darah lagi.. Gila kau!!! bukan nya setitik dua taw, kalau nak derma... I beg plastik kott~~~ Memang tak r.

Bila dah ramai orang view post tuh, ada la orang komen-komen.... Aku pun try la nak interview sikit-sikit kan pengalaman diorang... Sekali ada sorang junior nie cakap, jarum yang diorang guna untuk derma darah, BESAR SUDU... ah~~~mmg tak la weh!! Masa tuh, aku percaya 100%. Tak taw la kenapa aku bongok sangat masa tuh nak gi percaya. 

SCENE 2: Member approach. 

Member aku neh, budak medic. Walaupun kalau sekali tengok, x nampak gaya-gaya  bakal doktor pun.. Biasala, "gaya-gaya orang susah"... haha.. 

Dia start sikit-sikit.. Mula-mula aku ingat dia neh, lepas habis komen-komen suma neh, habis la kott... Sekali tak weh... Mana ja post aku, dia menyampuk masuk isu "derma darah".. Ah sudah~~~ Perlu ka aku jujur?! 

Ya... Aku mengaku ja, aku takut jarum sebenarnya, darah yang fresh-fresh pun, kalau meleleh-leleh, boleh mengakibatkan sesuatu...

Harapnya, bila dah mengaku, boleh la orang tu tolong konsider kan.. Mmg tak la weh~~ Dia buat aku rasa bersalah lagi ada.

SCENE 3: Aku janji

Masa neh, member aku tuh serang dekat Twitter plak... dengan ayat-ayat power dia, "kalau kita tak tolong orang nanti, masa kita memerlukan takda sapa yg nak tolong pulak".. lebih kurang macam tu la maksudnya...

Aku pun masa nie, ambik la masa untuk fikir sikit... betul la jugak kan... Aku neh nampak macam sihat, tapi x pernah langsung terdetik rasa nak menderma darah tu... Lepas tuh aku teringat pulak, adik kawan aku, yang ada major Thalassemia , yang memang harapkan darah dari penderma. Aku empati la tengok adik kawan aku tu. huhuhu.

Aku pun macam ok lah, aku nak tolong orang yang memerlukan. Aku pun reply "Jom"... rasa macam nak kepak-kepak ja jari neh... Kenapa la aku pi tulis mcm tu, sekurang-kurangnya tunggu lah 3 hari.

Member aku terus set date, ngan tempat bagai.... Aku pasrah ja... Nak kata "Ya", aku pun xsure.. Nak kata "Tak", takut touching plak an... 

Scene 4: 1001 alasan.

Alasan.... haruslah kena ada... Aku tak ready lagi weh!! Tapi aku nak tolong orang.
Sebenarnya alasan yang aku bagi tuh, xla alasan sangat... betul la apa aku kata... tapi ada ja idea member aku nak menjawab....~aku tensyen taw tak?~

Antara alasan aku
1) bilik Blood Bank tuh, bau darah kuat - failed.
2) tidur lambat - failed *dia suggest hari lain*
3) demam - failed *siap pesan, jangan makan ubat sebelum derma darah ada*

* 4) ada kelas - yang nie betul 

SCENE 5: Hari temu janji *yang tak jadi*
Janji tu, nak gi blood bank pukul 2 petang, hari khamis, 3/10/2013... Aku ada kelas... Kelas neuro plak tu, gila x pergi! Jenuh aku nak korek otak nanti semata-mata nak mengingat satu-satu saraf... Maka aku pun x pergi...

Selain kelas neuro, masa tu jugak aku sedang di timbuni banyak masalah *masalah klinik, masalah kos mate, hal karnival kampus, case report lah, therapy plan lah. *... Disebabkan itu, aku x rasa pun nak cakap ngan orang. Nanti kalau aku cakap, ada aura-aura negatif yang akan keluar.. So, silent is the best answer .

Tapi masih la aku INGAT lagi temu janji tuh... tapi, sebab dah ada kelas kan, terpaksa la cancel... Cari jugak no fon member aku tuh. Aku x da weh no dia. *nie la yang dikatakan member.heee*... Silap r jugak sbb malam sebelum tu, xmau bagi taw awal-awal. Sebabnya, *sila refer scene5 perenggan no 2*... Tapi sebab aku xrasa pun nak cakap ngan sapa-sapa, aku biar ja tegantung macam tuh. Aku ingat, xpa kot. Tapi masa kelas tuu, aku letak ja hp yang dah di silent atas meja. Mana la taw, member aku dok tunggu dekat situ lama, tetiba dia rasa nak text or rojer aku... *aku x langgan plan data*

Dah hp aku diam, aku pun layan jala lecture neuro tu sampai habis... Otw nak balik kelas singgah DU jap, nampak member aku tuh, tengok gaya mcm gaya orang sentap. hahaha.

Balik bilik, on9 jap. check inbox FB, inbox gmail, tetiba rasa nak jenguk twitter... Teringat member aku tuh. Aku pun bukak la page dia... Ada dua tweet "emo" di situ... aku try la tweet sikit-sikit, konon-konon nak selamatkan diri... Sekali xdanya, orang tuh dah sentap habis dah... Agak dah.

Aku tak rasa bersalah sangat pun. Sbb dah penah kena sekali ngan member aku tuh. Dia buat-buat emo ja 4 hari.

SCENE 6: Penyesalan
Malam tuh, ada event dekat Dewan Utama (DU). Disebabkan aku terlibat a few project dekat situ, maka aku pun pergi lah... Sekali aku jumpa member-member aku yang best Malik ngan Aizat...

Si Aizat , "eee..Azi.. Dah xpi derma darah". Kening cantum

Si Malik, "Azi awat hang xpi derma darah? kesian kat Amiak"

Ok, gila best member macam nie. Tak da tanya dah, fire terus. hahaha... Ok la fine. Aku diam ja, sbb aku pun terasa jugak... *orang tu tweet 2 kali guna word "bodoh" kott.*... dalam masa yang sama, aku rasa bersalah la jugak...

Sekali member aku yang lagi sorang, Acap, call suruh pi meeting... Yang nie pun, boleh tahan~~

"Azi... kenapa tak mai meeting Acap? Kan Acap dah bagi taw hari tu"

Aku kalau pasal Acap neh, aku tak reti sikit nak digest dia punya mood tu macam mana, serius ka-marah ka-tegas ka-terasa ka ..tambah plak cakap melalui fon... Ok2 fine... Aku pun pi la meeting...

Elok nak habis meeting, member aku yang jenis nak touching tu mai...  Rasa serabut kepala. Malas ah nak tengok hang! Merajuk la sampai 8-9 hari... Elok dah dekat hujung-hujung... Masuk pulak En.Syahmi ngan Aizat...

Let me tell U, En.Syahmi dari pintu lagi, dia dah cakap
"Ehhhh...mana Azi?? Dah la tak pi derma darah"

 Rasa macam nak ja, aku cantumkan kening aku jugak. Pinjam boleh, Aizat?

Kemudian di sahut la, oleh jawapan-jawapan si Malik ngan Aizat tu.... Ah mata panas... Siap2 keluar... 

Nak di"pendekkan" cerita malam tu, lepas dah siap2 buat kerja, otw nak tidur tu satu-satu penyesalan aku rasa...
- Dah la taknak cuba untuk tolong orang padahal mampu.
- Mungkir janji 1, menyusahkan orang 1.

Ok la fine, bukak balik laptop, chat ngan Nik Aty semata-mata nak tanya,
"Kau rasa aku bersalah tak Nik?"
Sekali Nik cakap,
"Ya...Kalau diikutkan, kau pun bersalah jugak zie"
Lain yang diharap, lain yg aku dapat... huhuhu

Maka aku pun cari group "Program-sedetik bersama yang teristimewa" dekat FB, cari no member aku tuh ... Ok dapat... Korban 6 sen hantar mesej, cakap sory ja... 


# Maka habislah riwayat blood donation aku pada 3.10.2013 tuh... Sampai ke sudah aku tak derma... heee... tp rasa bersalah bawak sampai dalam mimpi... Aku mimpi, aku sesat dekat padang pasir, darah aku kering masa tuh, xda sapa pun nak donate blood dekat aku... *motif sangat mimpi pun, bukan selalu dekat padang pasir air je ke yang kering*

TO-BE-CONTINUE

Blood Donation -Part 1-






0 comments:

Post a Comment