Assalamualaikum.. Selamat pagi...
Tajuk entry sangat berilmiah kali nie... YES!!!!! ayuh sedarlah ibu dan bapa sekalian.... Jangan biarkan masalah ini berlarutan.....
Walaupun aku masih lagi belum berkahwin, belum bergelar ibu/mama/umi/ami or what-so-ever, tapi izinkan aku untuk bercakap mengenai masalah ini sebagai seseorang yang ada sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan mengenai Speech and Language delay....mmm... I'm Speech therapist will be... InsyaAllah...
Apa itu speech and language delay?
Harus diingatkan masalah nie bukan sekadar untuk diterjemahkan sebagai "lambat bercakap" semata-mata.
Ok macam nie
speech = pertuturan. bemaksud apa yang dipertuturkan/ aktiviti bercakap.
language = bahasa. bermaksud bahasa yang difahami dan disimpan di dalam kamus minda yang terletaknya di dalam otak.
untuk membolehkan seseorang bercakap, bahasa must come first....
Get it?
Kesimpulannya, kalau kamus minda kita kosong, tak ada perkataan yang kita faham kita tak boleh bercakap.
Sebab tu la baby yang baru lahir, tak boleh cakap. Minda mereka masih kosong, suci dan bersih.
Macam mana nak peroleh bahasa?
Bahasa diperoleh melalui pemerhatian, pendengaran, pemahaman...
contoh, baby yang baru lahir nak sebut perkataan 'mama'
Pertama, mereka akan memerhatikan dulu... siapa yang menyusukan dia... siapa yang kendong dia... Tiba-tiba baby dengar eh-eh, dia sebut 'mama'... baby akan persoalankan... "mama" tu bunyi apa.... setelah setahun baby dengar perkataan 'mama' tu ulang-ulang kali,... baby akan faham... owh, mama tu dia. dia tula mama.... lepas tu barulah, lepas umur setahun, baby akan sebut "mama" dekat mak dia...
Seeeeeeee???? berapa lama proses tuh....
cerita yang dekat atas nieh, bagi bayi yang normal... yang tak ada masalah... sihat sempurna fizikal dan mental... Alhamdulillah...
Masalah akan timbul bila, baby ada masalah.
-pendengaran.
-syndrome.
-kederaan otak semasa proses kelahiran.
dan lain-lain lah...
lazimnya, masalah yang mempengaruhi otak. TAPI... kadang-kadang sikap ibu bapa sendiri juga menjadi pencetus kepada permasalahan ini
I'm serious ~~~
Macam mana nak tahu, kalau-kalau anak saya ada masalah nie?
This is the issue...
Sekarang neh, kesedaran ibu bapa masih lemah... Anak umur dah 2 tahun, tak boleh cakap lagi, ibu bapa cakap "tak pa, dia lambat sikit ja tuh, esok-esok boleh la. nak kalut mana."
kan??? betul x?
I had been in that situation ... Nak buat macam mana kan, ilmu baru sejengkal dua, jadi yalah, dah orang tah mahu, kita pun tak hingin la kan.
Sila rujuk carta perkembangan bahasa pertuturan dan bahasa ya. Sila Google. Benda nie bukan lagi sesuatu yang baru, sepatutnya. *Tapi xpa la kalau rasa perlu nanti, saya share*
Kadang-kadang, bila kita tengok, anak kita aktif berlari, melompat, melebihi anak orang lain, cuma masalah dia, tak boleh cakap JE... please be aware jangan tunggu... segera bertindak....
Kadang-kadang.... JE yang kita maksudkan tuh, boleh jadi punca kita dapat tahu apa masalah yang dialami oleh anak puan...
Ada banyak lagi persoalan yang akan terlintas bila berbincang mengenai penyakit nie kan.
- Kenapa boleh jadi?
- Macam mana nak elakkan?
- Kenapa ibu bapa ?
- Macam mana nak tolong kanak-kanak yang ada masalah nie?
Tapi untuk entry kali neh, setakat sini la dulu .... Bukan apa... Bila tengok log file kan, macam banyak nya case Speech and Language Delay, bila tengok umur eh2, terperanjat mat nok, dah nak masuk 6/7 tahun pun...
Bila ditanya...
ST: Eh2 puan, kenapa baru bawak anak jumpa saya?
PT: Sebelum nie saya ingat anak saya lambat boleh cakap ja, tu yang biar. Lagi pun anak saya xda sakit apa.
ST: Habis tu kenapa, bawak dia datang sini hari ni?
PT: *tersipu-sipu*, tahun depan nak sekolah dah dokte (sekadar panggilan). payah la kalau nak pi sekolah, kalau sembang pun xmau.
ST: ooooo...
PT: Agak-agak berapa lama anak saya nak boleh bercakap?
ST: (^_^''')
Adoi la, kalau nak sebut perkataan pertama pun, setahun tempohnya.... ini kan pula nak sebut beribu-riban perkataan... tapi xpa.... boleh ja... cuma cepat dengan lambat jala...
Sekian
# Sekadar perkongsian... Currently sedang buat attachment dekat Hospital Sultan Abdul Halim, as a preparation sebelum masuk clinical years bulan 9 nanti. Bila dah buat attachment nie, rasa bertanggungjawab la pulak nak memberi kesedaran kepada masyarakat. Itulah sebabnya tetiba, setelah sekian lama berdiam diri tetiba munculnya entry nie... hmmm...
Saturday, July 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment