Tuesday, June 11, 2013

Idioms...

Assalamualaikum....

Kan aku dah kata, sekali aku dah terupdate blog, hari-hari aku rasa nak update....

Ok hari nie kita belajar la sikit pasal peribahasa, nama Englishnya Idiom... hahahahhaha.... Aku rasa nak gelakkan diri sendiri.. Ada event sebenarnya pasal Idiom nie, bagi aku lawak sangat-sangat-sangat! sebab tu awal-awal lagi aku dah gelak...

Hari ini, aku ada paper BI, kod LSP402,
Final stage untuk mereka-mereka yang dapat Band 3 MUET...

Jangan pandang hina ek Band 3 pun, kalau dekat kampung, 
kira aku lah yang paling tere speaking omputih..

Ok2... back kepada event yang aku rasa macam lawak sangat tuh...

Sebenarnya, macam nie taw, dari aku sekolah menengah lagi, asal ada exam subjek Bahasa yang kena tulis karangan ja, mesti perkara utama yang aku akan buat, cari peribahasa banyak-banyak...

Kalau kena buat essay BI cari idioms la banyak-banyak. Konon idioms nie boleh jadi penyedap rasa la. Disebabkan rasa essay tu sedap, examiner tak da la usha grammar aku sangat... Setakat tukar She dengan He apa la la sangat kan... Jantina ja lain, tapi masih manusia kan...

Nak dijadikan cerita, aku bawak benda sampai ke Universiti. Kelam kabut la aku cari idioms pagi tadi sebelum gi jawab exam.
 Padahal dekat U mana ada orang pandang pun idiom kau Cik Yah oii... Orang tengok fakta beb, lagi orang terpesona kalau sebelah fakta tu kau letak citation, (Aziah, 2013). *lagi terpesona examiner nak tolak markah, bila nama aku yang di beri penghargaan*

Disebabkan aku dah cari idioms banyak-banyak, boleh pulak masa aku duduk dekat aku punya sit, sambil-sambil teropong kertas soalan tuh, sekali bermacam-macam jenis idiom BAHASA MELAYU yang terlintas di benak fikiran ku.... Aku yakin aku baca English's idioms pagi tadi...

Tetiba kan, aku nampak ada sorang nie, dia jalan nak gi seat dia. Seat dia dekan kawasan berhadapan dengan aku, bukan depan aku. Depan aku Adibah! Ketua kelas kott...kau jangan.. haha

Aku rasa orang yang aku nampak tu mesti study gila-gila nya semalam... tengok gaya dia jalan macam nak-tak-nak ja, dah la masuk dewan lambat... Boleh lagi adrenaline dia tak ter stimulate... kalau aku mesti dah merangkak dah bawah meja, tak mampu nak menahan panahan mata orang yang memerhati, walaupun orang tak peduli pun. Exam paper lagi penting r beb. *Adrenaline aku memang selalu buat aku jadi over react. 

Sambil-sambil aku tengok budak tu jalan, sambil aku tengok jam, agak-agak bila la dia nak sampai seat dia... tetiba ja keluar ayat nie ha 

" Kesian..... hidup segan mati tak hingin"

Buat nya budak tu dengar, dia doakan kan aku tak boleh jawab exam, sia-sia ja...
Lepas tu cepat-cepat la aku istighfar...

Alhamdulillah, nasib baik boleh jawab ambik exam....

~~~~~~~ 

Lepas dah habus jawab, sementara tunggu pengawas peperiksaan kutip kertas, dari jauh aku terpandang, sorang mamat nie...
Dia dah lain weh, dulu, dia xda simpan janggut pun...
Tapi tadi aku nampak dia dah berjanggut....

aku pun tercakap lah..

"amboiiiii....seperti janggut pulang ke dagu"

hahaha...takda kena mengena langsung! tapi mungkin sebab janggut kot, peribahasa tu boleh terkeluar.

Ok...tujala.... Saja nak gelak-gelak, senyum-senyum sambil taip entry neh... Avoid stress

FYI: Benda nie x lawak pun sebenarnya bila di baca.. Tapi lawak bagi aku yang mengalami... Saja suka-suka. =) hehe... Sepatutnya tajuk entry, The Power of Idioms.. 


Monday, June 10, 2013

Journey To Become A Speech Language Pathologist.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak aku update blog nie yang dah lama mengusang... Biasala baru habis final exam kan... oo-oo, bukan semua, baru habis satu paper ja...

Ada baca tak entry aku yang bertajuk Perjalanan Yang Sangat Jauh, alah yang cerita pasal aku travel pergi Paris sengsorang bawak 500 ringgit ja tuh... ada baca tak?... ok2, view la dulu entry tuh... Kalau korang tak baca, nanti korang tak faham apa yang aku nak cerita dekat sini.... ceeee, penting ka baca entry aku? 

Cup-cup, before aku cerita lebih panjang, boleh tak nak deal something dulu ngan korang... huhuhu... boleh x nak share post nie dekat FB? ok janji, aku tak da buat caption apa-apa... aku post ja, lepas tu blah... lagi pun tu FB aku kan *hehehe...so jawapannya BOLEH*

Ok sambung...

Sebenarnya entry aku yang dulu tu aku cerita pasal pengalaman aku gi interview sebelum aku dapat tawaran untuk buat ijazah dalam bidang Patologi Pertuturan dekat USM nieh... Pengalaman aku la kan masa nak dapatkan pendapat, pengalaman orang yang sedang/pernah ambik bidang Patologi Pertuturan nie dulu, bukan main susah.... Agaknya diorang sibuk sangat kot, sampai tak sempat nak berentry-entry bagai...

Lain la kalau ambik kursus yang hot-hot macam Medic, Dental, Lawyer suma tu kan... Ramai ja buat review pasal kehidupan diorang... Untung la course glamor... Boleh main kibas-kibas white coat, boleh gantung-gantung stethoscope dekat leher, boleh letak "hammer" dalam poket...

Tapi entry aku yang dulu tuh, aku cerita pasal pengalaman aku mai interview dekat USM Kubang Kerian, sekali ada sorang 'junior' nieh, dia cerita pasal pengalaman dia interview dekat UKM , Universiti Kebangsaan Malaysia... Lagi daebak weh!... Meh aku paste dia punya komen...

# Maaf la ya, entry aku memang tulisan ja banyak... lagi pun benda-benda ilmiah nie, memang sinonim dekat penulisan kan. ilmiah sangat Kak Jah

" Kak aziahhh.. alhamdulillah telah jayanya saya mengharungi temuduga tu. hahaha . interview through SKYPE. awesomeeee dak? -,- depa nampak muka kita, tpi kita tak nmpak muka kita. not fair betul. teehee. tpi, the conversation went well smoothly. mira tggu 5jam, then baru my turn.. bayangkan betapa mengantok(dah tdoq smbil tggu turn, entah2 orang nampak heee), panas, ya Allah. hanya Tuhan saja yang tauuu. 

time dok tggu turn duduk atas kerusi kat luar bilik tu, adalah sorg hamba Allah ni dia kena interview dietetik. Dia dok baca text apa taktau dah serupa mind map dah -,- saya CUAKKKK KOTTTTTTTT. mana tak cuak tengok budak tu dok hafal2, yang saya senyap tpi dalam ati tak abih2 dok berdoa and mulut dok tekumat-kamit berdoa. uhuhuhu. seram tengok dia. tpi lantak ahhh malas nk tgok dia nasib baik dia balik awal dah habis intvew awal. fuhhh selamatttttttt :D


after solat zohor, tggu lagi sampai la turn sayaaaaa. masuk dgn confidentnya mukaaaa senyummm padahal takdaorg pun kat dalam bilik tuu. HAHAHAHAHA. bila dok atas kerusi saya ingat segala pesananmu kak aziahh apa yang kak aziah dah explain kat saya. hahaha. fuhhh saya pun popek2 laaaa sorg2 kat depan laptop tu mcm org tak betoi pun ada. ahak2. saya cakap myself panjang sngt smpai interviewer tu cakap, i think i neede to cut your conversation, then dia pun masuk la dgn soalan. fuhhh legaaaa part pengenalan diri dah lepas. teehee


then dia pun tnya la soalan, actually soalan dia tak berapa clear sngt almaklumlah audio laptop then tambah WIFI tak ok ka apa. huhuh . saya pun main hentam 

jawab.HAAHAHHA.confident bak kata kak aziah? :D

 dia bagi situation pasal ada budak kat shoppg complex dgn mak dia, budak tu takmau balik tpi mak dia dok marah2 so apa yang patut saya buat. saya pun cakaplaaaaa ttg budak tu, then depa ckp no2 depa nak tau apa nasihat saya kat mak dia. chehhhhh -,- takpelaaaah janji confident jawab. ahak2

then sec, dia suh saya pilih num. saya pilih num 3. soalan dia berbunyiiiiiiiii 'a deaf person want to make a phone call at the telecom shop, so how would you help that person'.. dgn sepantas kilatnya saya jawab. i will ask that person to write on a piece of paper than passed to the telecom shop memebers and ask them to make a phone call for him' then depa cakap. OKKKKKKKKKKK ,OK I THINK THATS ALL AMIRAH. wowwwwwwww! 


OH YAAA, before the conversation ended, 2 orang INTERVIEWER tu CAKAP ''ohhh orang KEDAH ni peramah2 ye semuanyaaaa!'' sayapun jeritttt ahhhh HIDUP KEDAH! hahahaha. nampak tak semangat assabiah kenegerian dan bangga distu :P 


alhamdulillah, semua kuasa Allah seriusly saya cakap kak aziah, saya taktau pun saya jawab mcm mana jawapan tu tpi dgn mcm mulut saya dok cakap2 jawapan :') syukurrrrrr sayaaaaa. Allah is great. 


conclusionnya, jgn lupa Allah. sepanjang saya menunggu turn saya, saya asyik baca surah taha ayat 25-28, surah ajaib! :') yang penting doa kita, ibu bapa, sahabat..itulahhhhh yang saya dapat kongsikan bersama kakaku aziahhhh. interview dah lepas result dah keluaq tpi cukup2 makan ja mcm range kak aziah juga. takpe, ada rezeki untuk mira,insyaAllah dapat kan kak aziah? DOAKANNNNNN UNTUK SAYAAA. BTW, THANK YOU SO MUCH FOR INSPIRED ME! :') MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYSSSSSS. thanks for the doaaaaa too.

x "

Nak terharu sikit bila baca "inspired me" tuh... hahaha...

Amacam, makin canggih kan, interview guna skype... ntah-ntah, bukan setakat skype tapi seluruh kawasan interview tuh ada CCTV n diorang sedang memerhati setiap tindak tanduk kita....

Bila baca pengalaman junior-junior yang tengah struggle nak dapat tempat sambung belajar, then aku rasa bersyukur sangat ya Allah, kerana telah permudahkan jalan aku dan menjadi insan terpilih untuk pegang amanah nie... So marilah kita manfaatkan peluang dan nikmat yang dikurniakan ini... Moh la kita study...

FYI: Speech Language Pathology bidang yang still baru dekat malaysia, sebab tu la masih ramai yang tak tahu, dan sekaligus menjadikan bidang ini tidak berapa fames dikalangan pelajar-pelajar cemerlang SPM. Aku harap pengkongsian nie, dapat la dimanfaatkan sedikit sebanyak....

Tuesday, May 28, 2013

Study...

Assalamualaikum and Good Morning... Yeah it's morning already..

I'm not stay up, tapi I baru ja bangun, lepas Maghrib tadi terus pengsan, penat + mangantuk....

Esok ada Quiz... Speech Disorder... Yeah I'm Speech and Language Pathologist will be...
 " We concern on on your communication"...

So, jom lah kita study.... The question for tomorrow will be focus on "fluency"... Oh ya, for those yang stammer/stutter/gagap, don't rasa so tiny and so rendah diri... As long as U realize Ur problem, and trying to find the way out, insyaAllah U can face the problem... Do contact me, another 2 years, amin . InsyaAllah...

FYI: I had made a decision, I'll stop posting my blog's update through facebook or twitter .... coz sometimes, my friends feel that, it's annoying... macam "kau pehal, SS update blog then post kat Facebook minta orang baca. X payah nak bajet Fatin Liyana sangat la kan".. So yeah, I do feel the same things too. hahaha... another things yang make me so risau, I just learn on how to trace my viewer through the traffic on dashboard. but then suddenly ada laman web "www.bestblogger.etc.etc" (x ingat the address)... At first, I thought macam, "wow" but then when I click on the link, there's a "porn page" with naked girls, selling their body.... Pelik an??!!! I never ever, log in any porn web page pun. So macam pelik la jugak. As the technology grows, the hackers also membiak. huhuhu.

Friday, May 17, 2013

Selamat... Pengantin Baru...



Assalamualaikum... Sila baca tajuk entry sambil nyanyi ya...


Tahniah Ain, kerana dah bergelar isteri sekarang.... Yeah... Satu rahsia telah terbongkar, rupa-rupanya 18/5/2013 bersamaan dengan 8 Rejab 1434 hijriah adalah tarikh di mana Ain dipertemukan dengan imamnya (owh, swettnya)....

Selamat menempuh alam rumah tangga ya sahabat... Semoga Ain tabah mengharungi segala liku-liku kehidupan bersama yang tersayang.... Syurga dah beralih tapak, so use it as a ticket to be in Jannah.. InsyaAllah Amin.

Aku rasa sangat gembira sebab nie buat pertama kali nya, kawan tahun 1992 yang sama sekolah dengan aku tukar status secara official... Tak ku sangka, kawan aku yang kecil molek dan cantik, yang mahir bersilat nieh, yang akan memulakan "proses penukaran status" terlebih dahulu.... Terjawab sudah jawapan kepada persoalan selepas habis SPM dulu, " Agak-agak batch kita sapa yang kawin dulu?".. hehehe

If and only if, aku dekat Kedah sekarang nie, I will panjangkan kaki, and attend ur Bahagia Day....

*heee...curi satu gambar ya Ain...*

For me, aku takut for that moment..... huhu... But then jodoh itu rahsia Allah, jangan dilupakan juga, ajal juga rahsia Allah... (any one of it could come first).... so kehidupan harus diteruskan.... 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.  ( Surah An Nuur , ayat 26)

*Baik itu subjektif bg setiap individu.... begitu juga jahat... kita sebagai manusia tak layak untuk menilai sesama sendiri... Tapi, manusia juga akan menilai perlakuan kita sama ada baik atau jahat dari apa yang kita zahirkan....

FYI: Someone says, I'm "perempuan jahat" ... I'm afraid I will get Bad Man (read as Bat Man) later on... I take it serious, as I want to be "perempuan baik"... InsyaAllah, amin.... Doakan saya ye.. 


Wednesday, May 15, 2013

Kemanisan Rejab bersama Pavlova

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, begitu manis ya kau Rejab... Hahahaha... Btw, Rejab di sini, bukan la nama orang ya... Tapi adalah bulan ke 7dari bulan hijriah.....


*antara perkara yang boleh dijadikan amalan*

Lagi cantik ya, kalau kita jadikan amalam tersebut sepanjang bulan.... Tapi awas bagi akak-akak yang masih lagi "berhutang" dengan Ramadhan yang lepas... Dah masuk rejab dah nie, dah tak lama dah Ramadhan nak menjengah.... heeee... So, marilah kita selesaikan "hutang" ramadhan lepas cecepat ya... Lain kali kalau tak mau malas-malas, lepas ja raya pertama, terus buat puasa 6 ++ terus ya...

Alhamdulillah,hari nie dah masuk 5 Rejab 1434, aku pun tak ketinggalan untuk melakukan amalan sunat... Alhamdulillah jugak, hari nie dapat berbuka puasa bersama manisan "pavlova"

*5inch mini pavlova*

Maaf la ya, tak mampu la aku nak berkongsi resepi.... Sebab pavlova nie, aku pun order ja dekat kawan sekampus aku. (Asal pernah tegur tu kira kawan la ya)..... Lagi pun, kalau aku yang berkongsi resepi, belum tentu pavlova menjadi pavlova... So xyah la kan... 

Walaupun saiz dia mini, tapi sedap tahu...Dia punya base, of course la manis , dia punya toping pulak masam (sila tengok buah-buah yang digunakan ya).... Kira balance la, manis and masam , jadi la masam-masam manis. 

Harga dia??? RM7 a piece... Bagi aku macam ok la... TAPI kan... kalau 5 inci, 1 inch=RM1, 5inch = RM5 sudahla.... heeee.... Takla, gurau ja..... Berbaloi la tuh... Buah yang dia guna, kiwi, strawberry dengan "buah kuning" kott....  (Tak sure buah apa la yang warna kuning tuh)
Nak sangat murah, kan nanti dia tukar letak, buah belimbing buluh, dengan asam jawa, mau cerry berry kalian. 

Aku order nieh dari page Kedai Mukabuku yang diwujudkan untuk kitorang budak-budak kampus kesihatan nie nak berniaga.... Tapi yang aku tahu pavlova nie dari Farra Delight . Aku baru ja klik dia punya page kat FB tadi..Hamboi, comel-comel ja kek dia.... Nie la untungnya kalau kretif kan. Bagi tepung ja, terus jadi kek.... 

Harga yang ditawarkan pun, bagi aku affordable la.... Cuma saiz tu, kalau boleh expand sikit, mesti bombastik punya meletup...

*harga yang ditawarkan*


Sekali sekala, kalau nak me-reward kan diri makan benda yang sweet-sweet boleh la order manisan-manisan neh... Hari-hari pun x comei jugak, idok? 

Sesapa warga kampus USM Kampus Kesihatan yang belum mencuba manisan-manisan nie, boleh la cuba ya... InsyaAllah satisfaction terjamin.... 

Lepas neh, aku nak try "Tiramisu in a glass" tu pulak... macam comel ja... heee...

Ok la, saja la nak buat review dengan pavlova yang comel nieh... Nak tunggu diri sendiri buat, macam tak perlu tunggu... so, cukup la dengan yang nie....

*It comes in this box*
~adew matew2 sedang usha benda dalam kotak neh...huhuhu~


Saturday, May 11, 2013

Kuiz Minda....

Assalamualaikum.... 
Tara...aku lagi...

Ambik kau, sekali aku dah terupdate blog, hari-hari aku rasa nak update....

hehe...xpa la selingan jap an.... berbuih jugak mata, kalau asyik menghadap fakta ja kan...
*mata berbuih ek? bukan mulut ja ka*

Ok aku ada satu solan kuiz minda dekat korang.... Sebenarnya, soalan kuiz neh, telah ditanyakan oleh seorang interviewer kepada aku sebagai orang yang di interview... 

Sebenarnya, nie bukan la interview betul-betul pun... role play ja... tapi kitorang try to make it betul-betul, sebab nak dapat markah course work baik punya!!..

Soalan dia macam nie (aku translate-kan dalam BM ya)

'Satu hari hujan turun dengan sangat lebat, dengan angin yang berdesas-desus bertiup dengan kencang...
Anda sedang memandu kereta sendirian, di kawasan yang gelap dan sunyi....
Sampai di satu simpang, terdapat satu bus stand.... bawah bus stand tersebut terdapat 3 orang

Pertama: Kawan baik anda
Kedua: Seorang mak cik yang sedang nazak.
Ketiga: Perempuan/lelaki yang anda betul-betul cintai...
Anda hanya boleh, tumpangkan salah seorang dari mereka, siapa yang akan anda pilih??'

Ngeh..ngeh..ngeh...apakah jenis soalan ini....

Jawapan aku, aku pilih nak selamatkan mak cik yang nazak tuh, atas dasar kemanusiaan, dan aku korbankan orang yang penting dan yang aku sayang.... *bila fikir balik, macam agak bodo la jugak pilihan aku tuh, buatnya tak sempat sampai hospital, mak cik tu dah k.o, rugi x aku?... Apa ka busuk mulut kau Aziah, ikhlas la sikit oiii...

But then jawapan yang diberikan oleh interviewer adalah....

"U turun dari kereta, bagi kunci dekat kawan karib U, suruh dia bawa mak cik tu gi hospital....U tunggu berdua dengan orang yang U cinta dekat bus stand tu .... Dalam bercinta, susah senang harus bersama-sama kan"

Ding ! Dong! ....

But then, aku xda la setuju 100% dengan jawapan si interviewer tu ... Sebab nya, tindakan dia jugak agak bodo... Dia korbankan diri dia untuk bersama orang yang dia cinta... Dalam masa yang sama, situasi jalan dan angin yang berdesas desus tu belum menjamin dia n kekasihnya akan selamat.... Kedua, dapat ka dia pastikan, yang mak cik tu selamat dihantar ke hospital oleh kawan dia, bukan tugas untuk selamatkan mak cik tu, tanggungjawab dia ka? Ketiga, BERDOSA weh berdua dengan orang cintai dekat tempat yang macam tuh, macam-macam boleh berlaku... bukan boleh percaya sangat... hahaha

Tak la main-main ja, but then soalan ini menguji kita punya kretiviti untuk mengendalikan masalah juga menunjukkan nilai moral yang ada dalam diri kita....

Kalau kita pilih sahabat, mungkin bermaksud, kita sangat mementingkan hubungan persahabatan...
Kalau pilih mak cik yang macam aku pilih tuh, mungkin sebab kita neh berperikemanusiaan...
Kalau pilih orang yang dicintai, mungkin kita nie sweet, atau gatal, atau selfish, atau merenyam *semua negative baq hang....but then terpulang la kepada individu untuk menilai.... 

Friday, May 10, 2013

Feelhoney and Mr.Bie @ USMKK

Assalamualaikum.... Hai.... =) =)

Smiley2 sikit, mood tengah baik nie kan... haha... *mood tengah baik neh, jangan sapa2 mai dekat, dok pi tolong peringat pasai assignment nae... Sat gi chek buat*


Aku baru habis handle program sebenarnya, "Doa Untukmu".... Kami ada jemput artis You Tube tahu, Mr Bie n Kumpulan Feelhoney.... Haaaa, best tahu.... Tak kenal?? Hok aloh, bak po gitu bos.... Sila gi cari dekat You Tube deh....

Aku ditugaskan untuk jadi stage director.... hahahaha...inilah yang dikatakan , Pucuk Dicita, Ulam Mendatang..... So boleh la sembang-sembang sikit ngan diorang nie kan.... Sabah bha, merika nie.... Patut pun suara sedap....*Selalunya la kan, kalau apa2 pertandingan pun, yang top2 mesti urang sabah kan... tu ha Stacy, Adam AF, jiran depan bilik aku yang selalu nyanyik tuh, semua dari Sabah bha tu* 

Diorang nie dari Sabah.... Belajar dekat UM... Akhir tahun sudah.... Nanti 5/10/2013 mau grad sudah...  yang datang tadi ada empat orang, Mr Bie, Mr Amin, Mr Alif. Mr --- (dush!!!! tak ingat nama yang lagi sorang, padahal bukan main lagi tanya nama fesbook dia...sory).... Diorang nie suma ambik kos Pengajian Islam.... Pandai diorang salurkan ilmu diorang kan.... Antara diorang nie ada yang pernah datang ke Maktab Mahmood, untuk football match.... emmm... apa lagi aku sembang ngan diorang tadi ek, meh la nak tulis suma, biar tak luput di zaman. *perasan enggak, aku tertulis dalam longat Sabah kan - err, mungkin plus keindonan sikit*

Aku suka semua lagu Parody diorang.... Lagu hindustan pun best.... Tapi lirik yang dari tadi dok pusing-pusing dalam kepala... nie ha...

"putih-putih melati..."
"merah-merah delima...."
"siapa yang baik hati..."
"kan disayang mertua"

"putih-putih melati..."
"merah-merah delima...."
"siapa yang baik hati..."
"kan disayang Allah"


.......hehehe.....

Disebabkan Handphone aku hilang, dan ini bermaksud, aku juga tiada kamera, maka tiadala gambar kenang-kenangan aku bersama Mr Bie dan Feelhoney... *ada tapi dengan kawan-kawan yang lain...kena tunngu diorang upload Fesbuk dulu*

So aku kongsikan, poster-poster Mr Bie...yang telah kami publisitikan si seluruh USM Kampus Kesihatan..




*Poster hebahan konsert*


*Poster tempahan tapak gerai...Besaq gedabak depa buh nama aku... Sebab tu la aku tak share gambaq nie..huhu*

*Stage back prop*

*Tara.... Tq Mr.Bie sebab upload gambar nie.. *

Akhir kata, thank you Mr Bie & Feelhoney sebab sudi datang ke USMKK.... Bagus cara kamu berdakwah... Sangat FUN tahu!!!.... Semoga kalian semua dapat Grad dengan cemerlang nanti.... All the best ya.... Nanti, jemput lagi datang ke USMKK, bawa Ali Baba n Album banyak2....

For those yang nak kenal Feelhoney and Mr Bie... boleh la like page diorang dekat link tuh... Diorang sangat baik... Walaupun, depa terai nak tiru orang Kokdiang cakap utariaq bukan main payaq... hahaha.... 

=)...Love to keep this as one of the sweetest memory at USMKK... =)