Alhamdulillah, begitu manis ya kau Rejab... Hahahaha... Btw, Rejab di sini, bukan la nama orang ya... Tapi adalah bulan ke 7dari bulan hijriah.....
*antara perkara yang boleh dijadikan amalan*
Lagi cantik ya, kalau kita jadikan amalam tersebut sepanjang bulan.... Tapi awas bagi akak-akak yang masih lagi "berhutang" dengan Ramadhan yang lepas... Dah masuk rejab dah nie, dah tak lama dah Ramadhan nak menjengah.... heeee... So, marilah kita selesaikan "hutang" ramadhan lepas cecepat ya... Lain kali kalau tak mau malas-malas, lepas ja raya pertama, terus buat puasa 6 ++ terus ya...
Alhamdulillah,hari nie dah masuk 5 Rejab 1434, aku pun tak ketinggalan untuk melakukan amalan sunat... Alhamdulillah jugak, hari nie dapat berbuka puasa bersama manisan "pavlova"
*5inch mini pavlova*
Maaf la ya, tak mampu la aku nak berkongsi resepi.... Sebab pavlova nie, aku pun order ja dekat kawan sekampus aku. (Asal pernah tegur tu kira kawan la ya)..... Lagi pun, kalau aku yang berkongsi resepi, belum tentu pavlova menjadi pavlova... So xyah la kan...
Walaupun saiz dia mini, tapi sedap tahu...Dia punya base, of course la manis , dia punya toping pulak masam (sila tengok buah-buah yang digunakan ya).... Kira balance la, manis and masam , jadi la masam-masam manis.
Harga dia??? RM7 a piece... Bagi aku macam ok la... TAPI kan... kalau 5 inci, 1 inch=RM1, 5inch = RM5 sudahla.... heeee.... Takla, gurau ja..... Berbaloi la tuh... Buah yang dia guna, kiwi, strawberry dengan "buah kuning" kott.... (Tak sure buah apa la yang warna kuning tuh)
Nak sangat murah, kan nanti dia tukar letak, buah belimbing buluh, dengan asam jawa, mau cerry berry kalian.
Aku order nieh dari page Kedai Mukabuku yang diwujudkan untuk kitorang budak-budak kampus kesihatan nie nak berniaga.... Tapi yang aku tahu pavlova nie dari Farra Delight . Aku baru ja klik dia punya page kat FB tadi..Hamboi, comel-comel ja kek dia.... Nie la untungnya kalau kretif kan. Bagi tepung ja, terus jadi kek....
Harga yang ditawarkan pun, bagi aku affordable la.... Cuma saiz tu, kalau boleh expand sikit, mesti bombastik punya meletup...
*harga yang ditawarkan*
Sekali sekala, kalau nak me-reward kan diri makan benda yang sweet-sweet boleh la order manisan-manisan neh... Hari-hari pun x comei jugak, idok?
Sesapa warga kampus USM Kampus Kesihatan yang belum mencuba manisan-manisan nie, boleh la cuba ya... InsyaAllah satisfaction terjamin....
Lepas neh, aku nak try "Tiramisu in a glass" tu pulak... macam comel ja... heee...
Ok la, saja la nak buat review dengan pavlova yang comel nieh... Nak tunggu diri sendiri buat, macam tak perlu tunggu... so, cukup la dengan yang nie....
*It comes in this box*
~adew matew2 sedang usha benda dalam kotak neh...huhuhu~
0 comments:
Post a Comment