Friday, May 17, 2013

Selamat... Pengantin Baru...



Assalamualaikum... Sila baca tajuk entry sambil nyanyi ya...


Tahniah Ain, kerana dah bergelar isteri sekarang.... Yeah... Satu rahsia telah terbongkar, rupa-rupanya 18/5/2013 bersamaan dengan 8 Rejab 1434 hijriah adalah tarikh di mana Ain dipertemukan dengan imamnya (owh, swettnya)....

Selamat menempuh alam rumah tangga ya sahabat... Semoga Ain tabah mengharungi segala liku-liku kehidupan bersama yang tersayang.... Syurga dah beralih tapak, so use it as a ticket to be in Jannah.. InsyaAllah Amin.

Aku rasa sangat gembira sebab nie buat pertama kali nya, kawan tahun 1992 yang sama sekolah dengan aku tukar status secara official... Tak ku sangka, kawan aku yang kecil molek dan cantik, yang mahir bersilat nieh, yang akan memulakan "proses penukaran status" terlebih dahulu.... Terjawab sudah jawapan kepada persoalan selepas habis SPM dulu, " Agak-agak batch kita sapa yang kawin dulu?".. hehehe

If and only if, aku dekat Kedah sekarang nie, I will panjangkan kaki, and attend ur Bahagia Day....

*heee...curi satu gambar ya Ain...*

For me, aku takut for that moment..... huhu... But then jodoh itu rahsia Allah, jangan dilupakan juga, ajal juga rahsia Allah... (any one of it could come first).... so kehidupan harus diteruskan.... 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.  ( Surah An Nuur , ayat 26)

*Baik itu subjektif bg setiap individu.... begitu juga jahat... kita sebagai manusia tak layak untuk menilai sesama sendiri... Tapi, manusia juga akan menilai perlakuan kita sama ada baik atau jahat dari apa yang kita zahirkan....

FYI: Someone says, I'm "perempuan jahat" ... I'm afraid I will get Bad Man (read as Bat Man) later on... I take it serious, as I want to be "perempuan baik"... InsyaAllah, amin.... Doakan saya ye.. 


2 comments: