Thursday, May 8, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 1-

Assalamualaikum... =)

Dah lama rasanya aku tak update blog, selepas blog pembukaan tahun 2014, 5 bulan yang lepas... Phewww.... Tetiba hari nie, aku rasa nak update blog, yang namanya bertukar secara tetiba... daripada Miss Skyway tetiba jadi Durian Mentimun pulak... kikiki... lepas tu, daripada blog yang kedekut tetiba jadi pemurah pergi letak iklan Nuffnang... Template pun tetiba berubah, bertemakan alam sekitar... Kalau dulu, guna template yang sesimple yang mungkin ja... Adakah perubahan ini semua dipengaruhi oleh faktor penuaan? 

Ok..berbalik kepada tajuk entry aku pada hari ini "Trip ada bran ke Thailand".... Pendek cerita... Aku dan dua lagi rakan, perempuan kedua-duanya, telah pergi ke Thailand dengan selamba badaknya tanpa passport, tanpa kenderaan, dan tanpa mata wang Thailand... Sekian, cerita pendek.... 

Cerita panjang. 
Seperti yang sedia maklum, 1 Mei adalah Hari Pekerja... Semestinya, aku dan kawan-kawan yang lain, juga meraikan Hari Pekerja tersebut walaupun masih bergelar pelajar... Tapi kitorang punya resah dan gelisah mengalahkan orang yang sudah bekerja 18 tahun 18 bulan tanpa cuti, sehingga membuatkan kitorang terfikir,

"Eh, Cuti Pekerja... Cup, takda kelas la hujung minggu... Ok , kita WAJIB travel"

Makanya, jatuhlah hukum WAJIB travel pada hari tersebut... Si Adibah, dengan panggilan mesranya Diba, dah tak boleh bertenang lagi... Dengan rakus, kesemua 4 orang besties diwajibkan untuk ikut travel bersama-sama... Melalui pandangan matanya, jelas terpancar ketegasan yang menyatakan,

"Korang semua wajib ikut ek. Aku tak kira! Aku tak kira! *hentak-hentak kaki" ... Tafsiran hatiku, 2014. haha.

Maka akhirnya, pada 2 Mei 2014 - 3 Mei 2014, kitorang bertiga, dengan bran dan bajet-bajet selamber badaknya telah pergi ke Thailand a.k.a Siam... Salah seorang daripada kami tak dapat join sebab dia dah ada plan travelling yang lagi best and fully sponsored... 


Jejalan bertiga... From left... (Aziah, Ana, Diba)

Sebelum kitorang mulakan kitorang punya travelling plan neh, kitorang punya manager Adibah (dilantik mengikut suara majoriti), dengan sepenuh hati telah buat research.. sebanyak 118 journal telah beliau baca, untuk menjadikan trip kitorang smooth dan menarik... Kau mampu? hahaha. 

Antara perkara-perkara yang Dibah dah search dulu, antaranya
- Peta jalan
- Tampat menarik
- Must eat food.
- Tentatif aktiviti.

Semua perkara di atas adalah sangat penting, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang spoil.... Aku dengan Ana, hanya menurut perintah... 

Untuk mengelakkan rasa bersalah, pergi bersuka ria, dengan meninggalkan lambakan kerja 'sekolah', malam sebelum kami bertolak, aku dah tekad untuk siapkan semua jenis kerja dan begitu redho sekali berkata.... 'takpala, tak tidur pun takpa malam nie, janji kerja siap'... Siap atau tak? kikiki... Mestila tak, buat kerja 10 minit, tengok SNSD menari setengah jam, aku join menari satu jam setengah... tinggal berapa minit ja bakinya... Tapi takpa, janji usaha tu ada..hoho *ayat sedapkan hati. 

Jadi aku pun kemas barang nak bawak gi travelling katanya.... Mengikut kata manager, kitorang haruslah mengamalkan konsep pemurah dengan berkongsi barang-barang keperluan supaya, berat beg dapat dikurangkan, dan tidak membebankan. 

- Aku, bawak telekung dan sejadah (untuk dapat feel sembahyang di dalam bilik, perlu la aku bawak sebesar-besar sejadah, dan selabuh-labuh telekung... Berat = 1.2 kg ,  Isipadu = 376 cm cubic)

- Ana bawak toiletries (definisi toiletries, shampu, sabun, pencuci muka, dan berus gigi sahaja... Ubat gigi?? yellek~~ haha.. aku pun tak pasti ubat gigi tu masuk kategori mana.. haha.... Berat = 0.99 kg , Isipadu = 250 cm cubic )

- Dibah si manager, bawak emergency kit. (emergency kit bermaksud panadol sahaja... Berat 0.01 kg.. Isipadu= 1 cm cubic)

Nampak tak siapakah durian di sini? Ini adalah konsep yang menguntungkan sebelah pihak.. haha.. Tapi takpa la kan,dia dah buat research bagai... Apala sangat kalau menyumbangkan sedikit ruang, bagi kegunaan bersama. 


Nie barang yang aku bawak. Beg galas, aku letak baju untuk 4 hari... 
Beg lutsinar...., aku letak telekung,sejadah, makeup nya bahan, skin care nya bahan, ipad, handphone dan purse. 

Tahap safety, menggunakan beg lutsinar adalah 0.009%... Jadi, setiap barang yang aku masukkan dalam beg lutsinar nie, haruslah berbungkus macam nie. 

Kesimpulannya, rkurangkah bebadan aku? hahaha.. hidok ler.. 


Sebelum bertolak, upah dulu selfie sekali, sementara tunggu si manager Adibah pergi ambik kereta sewa..

Rate kereta sewa bagi student USM... Viva Manual... Sehari, RM70...

Ok...Ini baru mukadimahnyer.... Ceritanya, tak bertolak pun lagi... Dah nama pun cerita panjang, mana cukup 1 entry... haha.. Will be continue... XOXO.


Wednesday, January 1, 2014

~~~~2014~~~~~

Assalamualaikum....

2014 dah korang.... 2014 dah... Selamat tahun baru versi "owang putis"...

Korang excited ek? tengah jejak bumi tak sekarang?... hmm... agak-agak berapa dah ek umur bumi sekarang??  (spoil mood....pegang laptop hempas terus...ciss)...

2013 berakhir dengan baik... alhamdulillah masih lagi sihat, masih lagi dikurniakan nikmat iman, masih lagi dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang bahagia... masih lagi comel, cantik, anggun, menawan, dan, mempersona...... alhamdulillah...

So today, I wanna talk about orang-orang penting yang aku jumpa tahun 2013... yang penting dan terbaru sahaja... ihik...

DAPAT BABY!!!!!!

Hai... nama saya Aira*
Nie baby first along aku....
Emaknyer memang suka bedakkan orang.. Nanti kalau Aira suka pakai bedak banyak-banyak,
tahu dah ikut sapa...


Nie pulak anak Angah aku yang KE-2.. Dauhah...
Kuci~kuci~kuci.... hahaha... geram nengok pipi dia... comellll
Yang nie pulak tak tahu la ikut sapa... asal pakai seluar ja mesti naik ke dada...haha

Nie pulak anak aku... Muhd Dyia Ashnur... mata ikut bapaknyer... comel an??
hahahaha...warna feveret dia pink, ikut ibu dier... hewhewhew
Ok sawan... nie gambar ihsan google... Aku mana ada anak lagi... jngn bukan-bukan..

FRIENDSHIP!!!
kawan lama, tapi bonding nya semakin utuh... begitulah... 

*speech members*
Semakin hari, semakin sayang dekat diorang neh....
Pahit getir dilalui bersama...
Untuk 2014, I wish, our bonding will grow up even more & more & more. let's make our friendship last foverer and ever...*pari-pari ketuk pintu... wing-wing*

Noona~~~~~wuwuwuwuwwu..
My clinical team mates...
My sister...
My assistant...
My alarm clock...
My apa lagi?? waaaaa.... 

She helps me a lot during this semester huh.... Dia selalu buat, things yang difficult for me goes easy... Things that mess me up, to be neat...
=)
Love you Solee... Thanks for being with me for the whole semester... 

.
Beloved "gosip meletup" team...
Anda stress, suram, tertekan??
Jangan bimbang, pm ja "gosip meletup"... hahaha
They ols sangat-sangat-sangat-sangat, BEST!!
They always make my day..
And I always worsen their day... hahahaha...(nasibla... padan muka)
Be with them make, means, be with family...
Love U ols a alot... muahh~muahh~muahh... nah ambik sorang satu.. *yek-yek..hahaha*

*PPSL members*
The best team I ever had.. =)
Miss the moment working with them together...
Mungkin for them biasa-biasa, tapi for me luar biasa... 
At this point I learn how to smile and say "Hai' to everyone...
*then bila orang tak layan, malu sorang-sorang... jalan sambil tunduk*

Among them, I got a new pen pal..means that, walaupun jauh, we ols still tukar-tukar cerita...

kenalkan, the purple lady, my pen pal from India...
Miss U Nik Athirah... Bila ya, kita bisa ketemu lagi... rindu mau pillow talk sama kamu..
*kenyit-kenyit mata sikit.... bajet suweeet*

Hope for 2014, akan ada lagi ramai orang-orang teristimewa come to my life...
What about orang yang tercinta or tersayang ??? Tolong la jangan muncul lagi.
Kalau nak muncul pun, tolongla melalui saya sendiri, mohon jangan terus melalui bapa atau pun tok wan saya. *amaran nie*

p/s: Cukupla kot, untuk malam nie... Sebenarnya semua orang di sekeliling aku adalah sangat istimewa dan bermakna untuk aku.... Tapi sorry to say, person above is on the top of my carta hati.. ihik... Ok la... Masih lagi dalam minggu exam neh... Spend masa sikit, to create something start from '2014' in my blog... Maaf andai ada tersalah kata. =)




Sunday, December 22, 2013

Past Present Future

Asslamualaikum...

Meh kita berbual kosong, sambil menggerakkan jari di atas keyboard..

PAST

On 28th November hari tu, I turned 21 years 'young'... heee

I was like????!!!!!

"Eh apa nie??? Kenapa 21?? Bukan 18 ka?? Eh x, 15 kott"

Ciss~~~ this crazy thought always came across my mind...
Biasala tak sedar diri... 

Celebrating secara ala kadar with my beloved cos mate... emmm... they ols, sweet la.. hahaha...

 *Celebrating on 29th November 2013*

Dalam kesibukan harian, yang macam lipan tak cukup kaki, macam tak percaya pulak they still buat surprise party macam nie... Actually this event is their 3rd attempt untuk buat surprise... hahaha

Kali pertama, diorang baru nak plan the party, then aku yang spoil pergi bagi taw 
"Eh korang, hari nie birthday aku taw!!"
Heeee... aku ingatkan korang busy sampai tak bukak FB, then x noted birthday aku.. sebab tu la aku ingatkan... hahahaha

Second attempt, diorang baru nak nyanyi lagu "Happy Birthday" dekat aku ramai ramai, sekali my group mate, Vsolee lari peluh-peluh masuk dalam kelas... then dia kata...
"Eh Azi, hari nie birth day U kan? Happy birthday... Happy birthday to you, happy birthday to you *Nyanyi sorang-sorang*
Yang lain mengeluh.. hahahahaha...*aku tahan gelak*

So this is their third attempt.... 
Tengah-tengah angin kuat, hujan pun lebat, boleh diorang ajak keluar makan dekat luar...
* I mean keluar jalan kaki yer... bukan alang-alang punya angin & hujan nieh, selamat la jugak 2-3 kaki payung*

Aku pun ok jala kan... Order makanan... Makan-makan... 
Lepas dah sudah makan, dari hujung mata ~ ehem ~ ulang suara, dari hujung mata _ aku nampak Wai Seng pergi order kek... 

dalam hati 
"Dah tahu dah, tahu dah.. makan free la aku jawabnya"

Ok la, aku kesian kat diorang, dah plan ajak semua keluar, sebab nak celebrate semata kan, ok la.
Acting mode on... 
Dalam hati~~~
"Eh apa Wai Seng buat tu ek? Dia minta air kosong kot, sebab air dia manis sangat."..heeee

Maka berjayalah cos mate aku celebrate birthday party aku dengan jayanya...
Aku sangat-sangat menghargainya, sebab aku tahu~~

-1st, diorang suma busy gila kott.
- 2nd, adalah sangat susah geng-geng Speech nak berkumpul semua selepas waktu kuliah.
-3rd, diorang plan dari awal, bukan "alang-alang" punya event.
-4th, peranan cuaca, yang mencabar fizikal dan mental. 

Thank you Uols... Thank you so much... =)

PRESENT

Now, is study week!!! 
The 1st day of study week, and I'm updating my blog... *cissss*

Tengok jadual exam, macam WOW sikit, sebab this is the first time, my final exam 2 minggu ja to cover 7 subjek... Selalunya 3 minggu kott...

So hari nie, agak productive la jugak, update all the notes, kemas-kemas nota, pastikan semua report/assignment/therapy plan, already submit, study a few notes.. kira not bad la..

Another 6 days, to go...
 Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah, amin...

FUTURE

Cakap pasal future nie, seem like it never has end... Yala, kita tak tahu pun jangka hayat kita sampai umur berapa kan...

So, let randomly talk.

So lepas nie apa yang aku nak reach, secara "kasar" ?


1st- Ofkos nak kerja as Speech Language Pathologist, tambah sikit, nak buka my own clinic and center. 
2nd- Of kos la, nak belanja my parent sepuas hati, walaupun diorang tak minta.
3rd- Want to step on my own feet in tanah suci, Mekah.
4th- get married, be a good wife, be a good mother, and bring them to Jannah.  

heee... yang 4th tu, there is 4 steps to be taken... huge RESPONSIBILITY there!!! how could I? 

For the present, mesti la I have to work on my own self first...
*Never stop in trying.. InsyaAllah.. do pray for me =) *

 But the problem seem likes emerging, when my parent talk about married, my friend is getting married, and a few keep on searching for their Imam.

Me???  hahahahaha... Jangan kalut... Kalau ada, then adalah... *well, typical me*

Tu ja, dah nak Maghrib dah... bye2..

p/s: just random talk... Bosan sitting alone... heee... sorry for all those words andai kata ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)



Friday, December 20, 2013

Biadap?? Rude??

Assalamualaikum...

Topik macam tak best... ya, mmg tak best... ada ka, orang suka dilabel "rude" atau "biadap"?

TAK KAN~~~
TAKDA KAN~~~

*wuhuuuuu....tears role down my cheek* =(

Pada aku la kan, kalau someone cakap kita 'rude' atau 'biadap' actually it refer to parent... My parent tahu x? Aku sayang diorang tahu tak?! 

*nie kes cursing yg serius punya, kalau setakat bergurau kasar ngan kawan-kawan, then cakap "kuwang hajor eh kau", tu x termasuk dalam kes nie*

There was an incident... masa aku present case... Kena bom dengan soalan2 dan teguran2 yang berapi... Dah lama pun event tu lepas... dah 3-4 hari dah.. Even aku pun dah lupa dah the sequences.... 

To be a professional, I must act as a professional too... Yes, I admit... Aku jawab all those question, if I could lah... Kalau mmg aku salah, then aku admit la salah... Kalau orang tegur, then I say thank you.... If there suggestion, aku terima, and promise to explore more.... 

Just only a piece~a piece~a piece yang betul2 makan dalam.... 

Some 1: Actually this is wrong for U to use ~~tetetetete
Me: *Owh she's talking about this... oh yeah, got it... emmm... true... I should not do that...hmmm...ok2*. - my brain interpreting all those words silently-
~after a long pause~
Me: Yeah, that my mistake. I admit, I should't do that. 
*cakap dalam tone yang teruja seolah2.... "eh yala!!!.. salah..sepatutnya macam nie. adoi la kenapa aku tak perasan masa awal-awal dulu."*

Some 1: Wow... its shocking.. what such a 'good attitude' you have, even in admitting your fault. 
* very sinis sentence come out, together with the sinis glance* 

Semua orang dalam conference room tergamam or terkesima or teruja mungkin. Yala kan, we are discussing tentang real case... melibatkan masa depan seorang hamba Allah taw.. bukan nya, bahan experiment. 

After the incident, none of my answer been accepted... Even, there still someone who keep on arguing on what I had done to my patient. 

Some 1, yang aku maksudkan tuh, is someone yang aku respect... Someone yang sangat hebat... Sangat berpengalaman.... Someone who always demand on the word "respect"...

Aku langsung tak expect ayat macam tu keluar masa case presentation yang super havoc tu.

*eh...kenapa?? aku salah cakap ka tadi.. kenapa sekarang weh?*
I'm thinking while looking around searching for their eyes... My besties eyes... Dude I need ur courage, what I just heard is not really me kan?  
Sadly, I found none~~

ok then...

I continue, menegakkan benang yang dah basah lencun pun... 
Alhamdulillah, dah lepas satu tanggungjawab.... 
Pasal management patient tu, tak salah pun, but mungkin the way aku present tu yang menimbulkan persoalan..
Lagi pun masa present case, they just know my client based on my words... But I know my client by my heart, I know what is the best.

I'm not crying at all after the incident, cuma my lung rasa macam penuh dengan air... rasa macam nak lemas... curi-curi a few second, agak-agak line clear, just by blinking my eyes, some watery liquid came out. 
*trust me, I'm not crying at all*

For the whole day, I'm keep on standing, and saying "aku ok ja, biasala tu.. Aku naik bilik dulu eh..penat la...heee *draw a fake smile*"

People just care 
"Weh, kenapa kau jawab macam tu weh? tekejut aku dengar 'dia' kata mcam tu tadi"
" weh, tone kau kena polish lagi la weh"

What I'm hoping to hear
" Aku taw kau rasa pa sekarang... Kau nak kitorang diam dulu ka, kau nak happy2?"
" Cool Azi... aku rasa mcam ok ja, apa yang kau jawab tadi, mungkin 'dia' yang salah interpret.."

Bukan la nak suruh orang cakap aku betul, tapi biarla sekejap, just let me comfort my self. 

Balik bilik, I found out my roommate there... I wish she could lend me her shoulder. 
 but
~none~

She blame me even more... I even can't stop her... at last I have too
"Yala akak, ok faham... Azi penat la... Penat nak fikir... nanti kita cakap eh... tido jap.. sorry"
*empangan pecah*

The next day, cool down already... Meet my supervisor, and try to get the feedback personally from him based on the performance.

I also ask him about the "good attitude" things...
He just make me feel better ..
"Tak la Azi, standard la tu, bagi saya tak da apa lah... cuma tu la kadang-kadang kita punya longhat kedah nie, dia punya tone dengar macam kasar sikit... kita xleh predict orang punya interpretation"
=)



betul la, sebenarnya kita punya mother tongue punya dialek , akan effect kita punya bahasa pertuturan... sebab tula, even speaking in English, the tone still there.. X caya, try cakap, sambil rekod, then dengar balik.

mungkin, orang lain interpret nada aku macam nie

*yala, nak sangat kan? ok la fine! Aku la salah! Aku mengaku! Lain kali tak buat dah! puas hati?*

masa aku cakap...

Yeah,that my mistake. I admit, I should't do that.

 kan?? we never know

so, what happen today... I thought the wound already heal... So I call my mother... Miss her very much... 
Emosi tak emosi sangat la 

Mom: Lama tak telefon... Ok tak? bila exam nie? tak mau balik dulu ka?
Me: oooooo..... emmmm... ming-gu de-pan... 
*tut~tut~tut~tut~*

tak boleh nak cakap lagi hupenyer...

 she know me well... She text me..
"Anak mak nangis eh? Mesti tak comel kan. haha..
Ingat Allah.. Jangan jauh, jangan lupa dia...
Dalam banyak2 kasih sayang, kasih sayang Allah yang paling agung..
=)"

That's it...
XOXO

p/s: masa aku mula2 buat this blog, I swear akan cerita event-event yang best, yang sweet ja sebagai kenangan... tapi fake kan?? kehidupan harus la ada dugaan, cubaan dan rintangan... x semua pengalaman yang best tu, manis, dan x semua pengalaman yang ngeri tu, pahit... Life always up and down.... Jadi aku tulis entry kali nie, sebagai peringatan untuk diri aku pada masa akan datang... Aku harap aku tak ulang kesalahan yang sama lagi nanti... Sorry for all those words, andai ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)

*case presentation*17th December 2013*Complete Left Unilateral Cleft Lip and Palate*


Wednesday, November 20, 2013

Buat kecoh ke Dik?

Assalamualaikum...

"Hello bro, nak buat kecok ka apa nie? Cerita sikit."

Aiseh, baru ayat intro nie beb... Aku da nak feeling-feeling "empati" dah nie... Ok, malas r nak berselindung-selindung dalam VILLA nie kan, jujur r aku cakap, aku up entry nie sebab aku tak suka isu wat kecoh dekat VILLA NABILA tuh....

Malas r nak cakap salah sapa dalam isu nie.. Tuduh-tuduh nie semua orang boleh buat... 

Cuma kan, aku nak cakap, aku kesian dekat parent diorang... Hey, come on lah!... Mak mana yang tak risau anak keluar rumah tak balik-balik... Dah tu tahu plak anak gi buat "study group" dekat villa yang "mewah" tersebut.... Kalau aku jadi mak-mak pun, tak payah tunggu malam, azan Maghrib, spot check, tak da dalam rumah, ha~~ siap la kau *sinsing lengan baju sampai ke siku*

#ada lettew orang highlight point aku tuh sebagai punca anak takut balik rumah, so boleh la tumpang tidur rumah "kawan". 

Sebenarnyakan, itu bukan la the main point..

Sikap ibu bapa yang tegas/garang punca anak-anak lari/takut balik rumah. Bincangkan. (50 markah)- Soalan ramalan SPM tahun 2014..pfff

kalau betul la, kenyataan tersebut, then kenapa ada istilah sayaangkan anak, tangan tangankan..????.

Sebenarnya nie semua bergantung kepada cara pemikiran kita, #dah salahkan pemikiran pulak#. 
Jangan risau, aku tengah point out kepala aku sendiri... That's what I'm thinking.. 

(Sumber Metro 2013)

Izzat: Ibu, izzat minta maaf bu, sebab Izzat susahkan ibu.
Ibu: Tak pe la nak, xpe... Ibu bersyukur semuanya selamat nak. Janji ngan ibu, jangan buat lagi ye.
Izzat: Baik bu, Izzat janji, Izzat akan insaf... lepas nie Izzat nak belajar sungguh-sungguh. Izzat nak jadi pelajar cemerlang bu.
Ibu: Alhamdulillah, macam nie la anak ibu. Lepas nie xnak nakal-nakal lagi ya nak.
Izzat: Baik bu. Ibu jangan marah-marah Izzat lagi ye lepas nie?
Ibu: Yala nak. Ibu marah bersebab.. Izzat jangan la takut. Ibu sayang anak ibu nie. Dah jom balik rumah, Sayang anak ibu.

Heeee.. to be honest.. I insert a "little" sarcasm here.. That's mine, so what yours? 

p/s: Untuk adik-adik yang belia remaja, dalam usia remaja, tak salah nak berkawan, tak salah nak berseronok...TAPI ingat dalam apa pun keadaan yang KITA lalui, kita bawa nama orang yang mem'binti'/'bin' kan kita... Kasihanilah mereka, walaupun mereka tak pernah minta untuk dikasihani. Sayangilah mereka, kerana mereka sentiasa menyayangi.. *beb kalau tak sayang, kecik-kecik lagi diorang penyet hidung ok. Tak perlu ikat perut nak angkat lampin dengan susu setiap bulan*

Ini pendapat aku... A simple message insert here... Maaf, andai tersalah kata... 







Wednesday, October 9, 2013

Blood Donation -Part 1-

Assalamualaikum...

"Saya sudah, anda bila lagi"


Heeee...berbangga aku boleh guna tagline tuh.. haha... Yaaa~~ saya sudah menderma darah.. Berani kan?? hahahaha... jangan weh, banyak sebenarnya scene sepanjang nak ke arah situ... 

SCENE 1: Hebahan "Make a difference.... volunteer"

Ada r sorang member aku nie an, dapat last minit punya task, dia kena hebahkan pasal program derma darah... Aku pun, dah kata kawan an, apa sangat kalau setakat nak tolong promote...

Maka, aku pun tolong la promote... Padahal, masa tu tak sedar diri lagi, yang aku pun tak pernah derma darah lagi.. Gila kau!!! bukan nya setitik dua taw, kalau nak derma... I beg plastik kott~~~ Memang tak r.

Bila dah ramai orang view post tuh, ada la orang komen-komen.... Aku pun try la nak interview sikit-sikit kan pengalaman diorang... Sekali ada sorang junior nie cakap, jarum yang diorang guna untuk derma darah, BESAR SUDU... ah~~~mmg tak la weh!! Masa tuh, aku percaya 100%. Tak taw la kenapa aku bongok sangat masa tuh nak gi percaya. 

SCENE 2: Member approach. 

Member aku neh, budak medic. Walaupun kalau sekali tengok, x nampak gaya-gaya  bakal doktor pun.. Biasala, "gaya-gaya orang susah"... haha.. 

Dia start sikit-sikit.. Mula-mula aku ingat dia neh, lepas habis komen-komen suma neh, habis la kott... Sekali tak weh... Mana ja post aku, dia menyampuk masuk isu "derma darah".. Ah sudah~~~ Perlu ka aku jujur?! 

Ya... Aku mengaku ja, aku takut jarum sebenarnya, darah yang fresh-fresh pun, kalau meleleh-leleh, boleh mengakibatkan sesuatu...

Harapnya, bila dah mengaku, boleh la orang tu tolong konsider kan.. Mmg tak la weh~~ Dia buat aku rasa bersalah lagi ada.

SCENE 3: Aku janji

Masa neh, member aku tuh serang dekat Twitter plak... dengan ayat-ayat power dia, "kalau kita tak tolong orang nanti, masa kita memerlukan takda sapa yg nak tolong pulak".. lebih kurang macam tu la maksudnya...

Aku pun masa nie, ambik la masa untuk fikir sikit... betul la jugak kan... Aku neh nampak macam sihat, tapi x pernah langsung terdetik rasa nak menderma darah tu... Lepas tuh aku teringat pulak, adik kawan aku, yang ada major Thalassemia , yang memang harapkan darah dari penderma. Aku empati la tengok adik kawan aku tu. huhuhu.

Aku pun macam ok lah, aku nak tolong orang yang memerlukan. Aku pun reply "Jom"... rasa macam nak kepak-kepak ja jari neh... Kenapa la aku pi tulis mcm tu, sekurang-kurangnya tunggu lah 3 hari.

Member aku terus set date, ngan tempat bagai.... Aku pasrah ja... Nak kata "Ya", aku pun xsure.. Nak kata "Tak", takut touching plak an... 

Scene 4: 1001 alasan.

Alasan.... haruslah kena ada... Aku tak ready lagi weh!! Tapi aku nak tolong orang.
Sebenarnya alasan yang aku bagi tuh, xla alasan sangat... betul la apa aku kata... tapi ada ja idea member aku nak menjawab....~aku tensyen taw tak?~

Antara alasan aku
1) bilik Blood Bank tuh, bau darah kuat - failed.
2) tidur lambat - failed *dia suggest hari lain*
3) demam - failed *siap pesan, jangan makan ubat sebelum derma darah ada*

* 4) ada kelas - yang nie betul 

SCENE 5: Hari temu janji *yang tak jadi*
Janji tu, nak gi blood bank pukul 2 petang, hari khamis, 3/10/2013... Aku ada kelas... Kelas neuro plak tu, gila x pergi! Jenuh aku nak korek otak nanti semata-mata nak mengingat satu-satu saraf... Maka aku pun x pergi...

Selain kelas neuro, masa tu jugak aku sedang di timbuni banyak masalah *masalah klinik, masalah kos mate, hal karnival kampus, case report lah, therapy plan lah. *... Disebabkan itu, aku x rasa pun nak cakap ngan orang. Nanti kalau aku cakap, ada aura-aura negatif yang akan keluar.. So, silent is the best answer .

Tapi masih la aku INGAT lagi temu janji tuh... tapi, sebab dah ada kelas kan, terpaksa la cancel... Cari jugak no fon member aku tuh. Aku x da weh no dia. *nie la yang dikatakan member.heee*... Silap r jugak sbb malam sebelum tu, xmau bagi taw awal-awal. Sebabnya, *sila refer scene5 perenggan no 2*... Tapi sebab aku xrasa pun nak cakap ngan sapa-sapa, aku biar ja tegantung macam tuh. Aku ingat, xpa kot. Tapi masa kelas tuu, aku letak ja hp yang dah di silent atas meja. Mana la taw, member aku dok tunggu dekat situ lama, tetiba dia rasa nak text or rojer aku... *aku x langgan plan data*

Dah hp aku diam, aku pun layan jala lecture neuro tu sampai habis... Otw nak balik kelas singgah DU jap, nampak member aku tuh, tengok gaya mcm gaya orang sentap. hahaha.

Balik bilik, on9 jap. check inbox FB, inbox gmail, tetiba rasa nak jenguk twitter... Teringat member aku tuh. Aku pun bukak la page dia... Ada dua tweet "emo" di situ... aku try la tweet sikit-sikit, konon-konon nak selamatkan diri... Sekali xdanya, orang tuh dah sentap habis dah... Agak dah.

Aku tak rasa bersalah sangat pun. Sbb dah penah kena sekali ngan member aku tuh. Dia buat-buat emo ja 4 hari.

SCENE 6: Penyesalan
Malam tuh, ada event dekat Dewan Utama (DU). Disebabkan aku terlibat a few project dekat situ, maka aku pun pergi lah... Sekali aku jumpa member-member aku yang best Malik ngan Aizat...

Si Aizat , "eee..Azi.. Dah xpi derma darah". Kening cantum

Si Malik, "Azi awat hang xpi derma darah? kesian kat Amiak"

Ok, gila best member macam nie. Tak da tanya dah, fire terus. hahaha... Ok la fine. Aku diam ja, sbb aku pun terasa jugak... *orang tu tweet 2 kali guna word "bodoh" kott.*... dalam masa yang sama, aku rasa bersalah la jugak...

Sekali member aku yang lagi sorang, Acap, call suruh pi meeting... Yang nie pun, boleh tahan~~

"Azi... kenapa tak mai meeting Acap? Kan Acap dah bagi taw hari tu"

Aku kalau pasal Acap neh, aku tak reti sikit nak digest dia punya mood tu macam mana, serius ka-marah ka-tegas ka-terasa ka ..tambah plak cakap melalui fon... Ok2 fine... Aku pun pi la meeting...

Elok nak habis meeting, member aku yang jenis nak touching tu mai...  Rasa serabut kepala. Malas ah nak tengok hang! Merajuk la sampai 8-9 hari... Elok dah dekat hujung-hujung... Masuk pulak En.Syahmi ngan Aizat...

Let me tell U, En.Syahmi dari pintu lagi, dia dah cakap
"Ehhhh...mana Azi?? Dah la tak pi derma darah"

 Rasa macam nak ja, aku cantumkan kening aku jugak. Pinjam boleh, Aizat?

Kemudian di sahut la, oleh jawapan-jawapan si Malik ngan Aizat tu.... Ah mata panas... Siap2 keluar... 

Nak di"pendekkan" cerita malam tu, lepas dah siap2 buat kerja, otw nak tidur tu satu-satu penyesalan aku rasa...
- Dah la taknak cuba untuk tolong orang padahal mampu.
- Mungkir janji 1, menyusahkan orang 1.

Ok la fine, bukak balik laptop, chat ngan Nik Aty semata-mata nak tanya,
"Kau rasa aku bersalah tak Nik?"
Sekali Nik cakap,
"Ya...Kalau diikutkan, kau pun bersalah jugak zie"
Lain yang diharap, lain yg aku dapat... huhuhu

Maka aku pun cari group "Program-sedetik bersama yang teristimewa" dekat FB, cari no member aku tuh ... Ok dapat... Korban 6 sen hantar mesej, cakap sory ja... 


# Maka habislah riwayat blood donation aku pada 3.10.2013 tuh... Sampai ke sudah aku tak derma... heee... tp rasa bersalah bawak sampai dalam mimpi... Aku mimpi, aku sesat dekat padang pasir, darah aku kering masa tuh, xda sapa pun nak donate blood dekat aku... *motif sangat mimpi pun, bukan selalu dekat padang pasir air je ke yang kering*

TO-BE-CONTINUE

Blood Donation -Part 1-






Blood Donation -Part 2-

4/10/2013

SCENE 7: Kemeriahan Karnival Kampus 
Karnival kampus punya perasmian ada pagi tuh... So Aku pun siap2 la, nak turun DU... Yala, aku pun ada event jugak kan... Tengah-tengah, aku tolong setup tempat suma, sekali aku nampak geng-geng Jabatan Trasfusi tengah set up tempat jugak... Tetiba terdetik "Agak-agak kalau aku pi ja derma darah hari nie, aku tekejut tak"... Biar la aku concern dekat diri aku sendiri an... =(

Lepas tu aku keluar jap cari makanan, sekali ternampak En.Syahmi, n the gang... Haruslah gang, En.Syahmi belia remaja lagi kott... Time nak mintak sain ja, dia jadi Pak Cik - Pak Cik punya cerewet...heeee

Dah kata geng an, mesti la ada member aku yang lagi sorang tu kan... Dah r malas nak pi dekat. Tak dak mood.... Gang-gang dia pun, tak habis2, cakap pasal "derma darah"..huhuhuhu

SCENE 8: First attempt. 
Pagi tuh, aku saja la try-try lalu dekat depan booth derma darah tu kan... Test bau, pass, xda bau darah pun. Nampak ada geng-geng tengah makan, amboi macam takda apa ja depa makan ek.... Sekali ada dua tiga orang tengah timbang berat...

Aku pun timbang berat, tara turun sekilo kau.. ye!!! ... Tengah2 aku dok syok, akak tu kata

" Berat lepas, boleh la isi borang", sambil tersenyum manis.

"Aku jawab...eh...tak pa la... Saya tak da buku merah tu lagi, x boleh derma"
ok... I'm acting stupid again, sbb nak cari alasan...

"Tak pe xdok buku pun, isi la borang dulu, nnti kite wii", kak comel
"ok2...takpala kak, saya tak makan lagi", aku lah
"ehhh...tak po, gi make dulu situ... tu tengok set2 tu dok make", kak comel

-_-" agak-agak apa aku rasa masa tuh... Dah la aku sorang-sorang kott... Kalau aku mati masa tu, sapa nak kebumikan aku.. *ok, buat terok an?*

Tunggu lagi~~ aku pun jalan ja laju-laju, balik bilik... 

SCENE 8: Penyesalan kedua.
Dah sampai bilik, sembahyang Zohor jap... Habis doa semua... Tetiba rasa macam, ish kalau bukan hari nie, agak-agak bila... Dah laaa, Aku pun terus ambik fon, text member aku "Amiak jom!", sekali text pending. 

Ok petanda buruk nie, sila buka twitter...hahahaha...Sekali memang... Memang suma tweet dia, aku rasa macam kena smash ja dekat dahi aku sendiri... Sila terasa Azie... Ok fine, lepas balas2 tweet atas angin... Aku gi ja DU... dalam hati..

"ceh ingat aku tak berperikemanusiaan sangat ka. aku boleh buat sendiri lah."... Hempas pintu, turun tangga laju-laju terus pi DU... 

"Aku tekad nak tolong orang... hmm!"
 hahahaha.. cewah, bajet berani~ 

SCENE 9: Cari orang teman.
Elok sampai ja DU aku nampak tempat Derma Darah tu macam smooth ja dia punya flow... Tetiba, aku jumpa kawan yang erobik satu team dengan aku, Syazli... Aku yang mula dulu...

"wat pa weh? busy ka?"
"takde lah, aku tunggu turn facial neh"
"owh...jap aku cek... lambat lagi la weh...ada lagi 2 orang....
Syazli jom teman aku derma darah jap, sementara tunggu turn"
"BOLEH.JOM"

Wohhhoiiii!!! Kenapa kau cakap boleh... Aku tak redy lagi neh... Kata hati aku.. Tapi dalam kepala, "ah takdak2, tak payah nak mengada2 sangat. Hang pi Aziah"

So, Syazli lah, yang jadi my hero, that one yang bagi aku semangat, sudi teman aku derma darah *terharu*... heee... Terima Kasih...

SCENE 10: Kaunter pendaftaran
"Derma darah?"
"ya"
"first time?"
"ya"
"isi borang"
-_-''

Syazli aku nak isi borang neh... Ya, isi lah... Kau tak nak derma sekali?... aku x boleh, sempat derma 2 kali je *sambil buat muka sedih, sebab tetetetetetetetete~*... ok. aku empati, cuma part sedih tu aku x faham. huhu

Aku pun tulis la "N", zapppp, terus aku tarik tangan aku... Eh, Aku nak tulis nama aku ka atas borang neh? Eh, seriuz ka Syazli?... Syazli, pun mula lah...hahaha...

 "Yala nama kau la... isi je", syazli..
"Ish, betul ka aku nie...", Azie
" Ish...isi je... kau la.. Ke nak suruh aku tolong isi?!"
"eh...xpa2... mai aku buat sendiri"

Dah siap isi borang.... Ada sorang nurse tu suruh, aku sain atas borang tuh... ok no hal.. Part2 sain nie aku suka...

Kaunter 11: Kaunter pemeriksaan saringan.
Ok kaunter nie, diorang akan ambik sikit darah dekat hujung jari, sebab diorang nak cek blood type dengan kira sel darah merah ada berapa... OK SCARY... Dekat jari akan ada banyak receptor... Mesti sakit gila an...

Banyak gila ah drama dekat kaunter neh..
Mula2 nurse laki yang pakai t-shirt merah tu... "Jari"... senang-senang ja mintak jari aku.. mmg tak la weh... Aku tanya dia dulu, sakit tak buat nie, lama tak.. dia pun jawabla dengan jawapan typical yg besa.. Aku pun ok lah... "Syazli, sini sat.. Pinjam pinggang... Tak mau tengok tu.".. *nasib baik aku pi ngan syazli, kalau ngan Amiak, aku pinjam tulang  jala. hahahaha*

Dah rasa selamat ngan Syazli, aku pun bg la jari aku... Baru kena lap ngan alcohol swab, aku dah jerit "Mak!!!!!! jangan cucuk", zapppp, aku tarik jari aku.... Kembang kempis, hidung orang yang tengah dok lawan Dota dekat depan booth tuh. Mesti depa tekejut, sampai salah set strategi. hahahaha.. sorry laaaa...

Syazli ada la jugak, bagi kata2 semangat dekat aku... berapa kali aku dok main acah2... macam main game masa kecik-kecik dulu, yang main acan2, kalau kena sentuh kalah.. heh

Dah lama dekat situ, mai la 2 orang nurse... sorang laki , sorang perempuan.... Pak cik tu tanya...

"Bakpo takut ngat neh? owhhh..kalau gini dok leh nikoh agi neh"

~ Mungkin sebab aku pakai inai india kot, dia cakap macam tu... Common la pak cik, saya nak derma darah, bukan nak menikah. Tapi budi bahasa, jangan dilupa. Aku pun cakap la...~

"tak boleh la pakcik, tangan saya reflex... dia yang lari, bukan saya", Azie.

"Bogi pok cik, mayi pok cik pege. boleh? dok lari doh, kalau pok cik pege", PokCik Nikoh

"Kalau gini dik, payoh nok lepas kusus neh.. Kesiye ke bakal suami kamu...Oooo...lorat laaaa..." sambung Pok Cik Nikoh

Sabar ja aku dengar Pok Cik Nikoh bagi khutbah.. Aku rasa niat aku gi situ, nak derma darah, untuk bantu mereka yang memerlukan, bukan untuk bernikah... Takpala, aminkan jala... Dah orang doa kan... 


Last-last aku tak bagi pun tangan aku dekat Pok Cik Nikoh tu...heh...tangan pok cik tuh, berurat-urat weh... gila nak bagi... silap2 hari bulan, sekali ngan jari2 aku terderma.. Sekali datang Dr, yang jadi penyelia dekat situ... Dia gelak ja... Sekali datang dekat... Dia kata bagi saya buat ...

1st try- failed.. Tangan t'reflex lagi... Sekali datang lagi sorang staff nurse...

"Dik, bagi la dokte wat, dok sakit Dr wat. Dio wat selalu doh"

2nd try- Dr tuh pesan dekat Syazli... Awak suruh dia pandang belakang, letak tangan sini, jangan tarik, nanti luka besar, sakit!

Tara!!! Dr nie pandai tahu... Sebenarnya masa dia berpesan-pesan dekat Syazli tuh, aku terbuat suma benda tu sendiri, tanpa perlu disuruh.. Tanpa stress.. Rilex ja. Aku pun tak taw kenapa, mungkin sebab dah takda orang fokus dekat aku kott... Mesti Dr nie ada belajar psychology neh. heee... Tetiba ja, ada bunyi, dan siap!!! Alhamdulillah~~~

ok... for the 1st time aku officially tahu... Aku neh rupanya AB+... haemoglobin aku 13.9... Amacam Pok Cik buleh nikoh dok gi? *omokan di dalam hati.haha*

Part haemoglobin tu pun kontrovesi jugak, aku ingatkan aku x boleh derma sebab haemoglobin x cukup, sebab gaya Dr tu cakap macam 

"Haaaahhhh, haemoglobin~~~emmm"

Aku pun apa lagi, terus tanya Syazli
"Kenapa weh? Haemoglobin aku tak cukup ka? Kira, x leh derma r nie?"
"Eh apa pulak tak cukup? Dah lebih dari cukup neh"
"OK"

SCENE 12: Kaunter blood test.
Yang nie excellent!!! Aku lah manusia paling cool dekat kaunter tuh... ~flip hair~

SCENE 13: Kaunter pendaftaran sijil
Excellent. Tekan-tekan komputer siap! Apa ada hal..

* I'm proud to own this*
SCENE 14: Debaran kian terasa.
Sebenarnya, sebelum aku turun DU tadi aku dah makan pun... Tapi sebab aku terlebih "berani', aku decide nak makan lagi... Masa makan tuh, rasa kering ja tekak... Aku makan sepotong kek ja kot, tp ada la kott 15 minit.. heee..

Masa makan tu, aku jumpa la junior-junior 1st year yang baru lepas donate blood.. Disebabkan aku penah jaga diorang nie dulu, so diorang pun tegur2 la, sembang2... soalan biasa, sakit tak? Ada rasa nak pengsan x?
Diorang cool gila cakap tak sakit langsung... Siap plan nak pi naik kuda lagi lepas tuh... Pehhhh!!!!!....Diorang kata, diorang nak tunggu aku, nak bg aku semangat... heeee..

Aku tanya diorang, agak2, ambik darah dekat depan tuh, dengan masuk jarum nanti yang mana lagi sakit? Diorang kata dua2 x... Amboi!!! konfiden. Padahal diorang pun 1st time jugak. Diorang boleh kata, masa ambik darah dekat depan tuh, rasa mcm tengah taip msg , x sempat nak tekan send, eh-eh dah siap! So aku pun cakap lah dekat Syaz.

"Syazli, aku nie dah macam sengaja kan makan lambat-lambat?".. Azi
"hmmm...tahu...tak pa, take time"...Syazli
"heee...kesian kau kan, ok xpa2, jom!"...Azi

"Sister, Azi nak derma darah dah nie"
"ha, nok kiwi ke kane?"
"kiri lah"
" duduk sini menta"
"nie buku nie?"
"sipe, bagi borang tu jah"
"OK2"

# To be continued... The moment...=)

Blood Donation -Part 2-
Blood Donation -Part 3-