Saturday, April 27, 2013

'BODOH'??

Assalamualaikum....

Wah...wah.... bagaimana aku boleh sesat dekat sini... Sedangkan besok segalanya jenis submission kena buat....
But then, aku kena jugak cakap pasal benda nie....
Sebab aku rasa aku perlu tulis dekat sini, supaya aku tak simpan benda nie lama2 dalam otak...
Lagi pun, 'BODOH' bukan sesuatu yang baik untuk disimpan dalam otak kan....


"Kalau tak nak orang memperbodoh-bodohkan kita, kita tak payah la nak memperbodohkan diri sendiri " 

Kita nampak lagi bodoh sebenarnya, kalau kita kata orang yang memperbodohkan kita bodoh diatas kebodohan kita sendiri... Too much 'bodoh' di sini....

lagi bodoh, kalau kita tak tahu nak menilai apa sebenarnya 'Si bodoh' cuba sampaikan, supaya kita sedar kita pernah melakukan perbuatan yang bodoh....

Ah benci nya ulang perkataan tu banyak2 dekat sini....

Akhir kata, mulut kita kena jaga, perangai kita juga kena jaga.... Jangan jadi terlalu bodoh, sampai satu pun tak terjaga.... 

FYI: yes, I'm very angry right now.... If u want people to respect U, please respect others....I have to do this, because I can't simply take 'those word' that belong to you, easily...  Yes, I did that stupid things, because, I want to treat you as human. Because of your stupidity, I had make a wrong judgement about your 'passion'... If U realize, how annoying you are, talking about people that 'admire' you, half dead proudly?... Please don't be such that desperate. It's better to reflect your self in front of the mirror first.

'Mana mungkin pokok bergoyang, kalau tak ada angin'..... Jangan salahkan pokok, sebab bergoyang kalau U yang jadi angin....




Tuesday, April 23, 2013

Ku gembira, kerna Ku Bahagia....

Assalamualaikum... Hai, semua kawan2 Facebook dan Twitter... Yeah, blog aku tak da butang follow, and aku tak da follower pun... hahaha... Aku just share link blog aku setiap kali update dekat FB and Twitter, kira macam update status la.... Aku bahagia macam nie, aku tak suka la orang follow2 nie... Alah, mcm shoping dekat Mall.... Sapa yang suka, kalau ada salesgirl mengikut ja kat belakang... Of kos we know what we want to buy kan.....Ok, nie intro yang dah sedikit merapu meraban...

Ku gembira, kerna Ku Bahagia....
Haaa..jiwang an... Sapa kata hidup aku stress ja memanjang? Sapa kata hidup aku bosan, sebab tak boleh keluar tengok wayang dekat kelantan? Sapa kata aku anti sosial sebab classmate aku ada 11 orang ja, 10 perempuan? Sapa kata aku nie bosan gila, sebab asyik pakai baju kurung ja pegi kelas?.....
*Macam la orang nak peduli kat hang, Aziah oii*

Tahu tak hari nie aku rasa bahagia yang teramat sangat, aku rasa gembira...Perasaan tu seolah-olah, mendengar panggilan seorang anak yang dikandungkan 9 bulan buat pertama kalinya memanggil diriku 'mama'....Dah kenapa pompuan nieh. haha

Tapi lebih kurang la emosi nya... Perasan gembira bila, pesakit(pt) datang pertama kali mengharap, anak yang masih tidak boleh bercakap untuk bercakap seperti kanak-kanak yang lain. Dan selepas kami Speech Language Therapist @ Pegawai Pemulihan Pertuturan dan Bahasa (will be, insyaAllah), bertukus lumus, berusaha untuk lakukan yang terbaik, dan TADA!!!! pt dah boleh bercakap (walaupun sepatah dua)....

Bahagia tak? Gembira kan?... Sapa tak da rasa macam nie, U'all mmg masalah.

Setelah bertukus lumus siapkan therapy plan, guling2 atas, bawah, kiri, kanan, untuk mencari ilham.... Pi library ambik banyak-banyak buku, dan tengok gambar yang menarik dalam buku tu (sapa kata dia suka baca banyak2 buku, tipu!... korang tengok gambar ja kan? ada gambar yang macam best then baru baca, betol x?)... Berebut-rebut line internet dari Youtubers and Downloaders yang terlampau 'jual ikan' menggunakan internet tanpa had, yang mengakibatkan internet menjadi siput kesayangan Sponge Bob....Setelah aktiviti plan aku direject dengan rational yang kukuh dan tidak mampu ku sangkal, aku pergi pulak ke My Din tebalkan muka, pergi bahagian mainan, explore sambil cakap-cakap dengan mainan tersebut. Salesgirl mula la usha-usha an.... end up, lagi setengah jam pt nak sampai, again aktivity yang aku plan dipersoalkan dengan rational yang super bombastik.... terpaksa, memerah otak, memikirkan aktiviti yang lain, kemudian masuk ke bilik terapi, pasrah dan redho dengan takdir tapi masih berbekalkan sedikit keyakinan diri..... dan Alhamdulillah, melalui semua perkara yang secara tidak sengaja , aku telah rungutkan dekat atas, sebenarnya aku telah belajar sesuatu, aku telah mengaplikasikan perkara tersebut dekat pt yang penuh mengharap, dan ianya BERJAYA... gembira..gembira..gembira....rasa macam nak buat Gyiomi.. hahaha

Macam mana na gambarkan perasaan tu ek.... Alah gembira la... Macam U'all dah berusaha gila-gila, kemudian asyik gagal ja (diuji sebenarnya), kemudian sampai satu point, U'all berserah kepada ketetuan-Nya, bukan putus asa aw, maksudnya macam, U'all yakin, U'all dah buat yang terbaik, dan yakin, sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.... Dan at last, anda dikurniakan hasil yang selama ini U'all idam-idamkan.... Tidakkah anda berasa gembira sekali??? Owh sungguh kesian kalau tak pernah...

Kesimpulannya, nie la apa yang berlaku sepanjang minggu nie, and end up hasil yang mengembirakan dan membahagiakan pada hari ini..... Nasihat aku, for those yang diuji, yang dalam kesusahan, jangan berputus asa, cari jalan yang terbaik.... Sebenarnya setiap jalan buntu yang kita hadapi,kita akan belajar beribu perkara, cuma kita tak sedar bila kita boleh manfaatkan perkara tersebut.... Don't give up, ingat Allah selalu... InsyaAllah, He will give the best foe you.

Sekian, Salam.....

Friday, April 19, 2013

Hard Work Paid Off =)

Assalamualaikum... Selamat petang untuk yang masih lagi bekerja... Selamat pagi untuk yg baru bangun tidur dan plan nak sambung kerja....dan Selamat malam untuk yang dah nak tidur.....

Hard work paid off!!!!....yea... Alhamdulillah......

Done with Annual dinner performance.... Phantom of the night: Red & Black.... WELL DONE PARABELLA ULALA !!!!

Kita dah buat yang terbaik.... I love that performance....

Tahu tak sedar tak sedar, we had go through a lot of obstacle untuk sampai ke saat ini.... Walaupun onak dan duri tu, kadang-kadang berbisa...yeah!!

Untuk itu saya sebagai director ingin menyusun jari memohon sejuta kemaafan diatas semua silap dan salah....

Walaupun aku ada termarah/tertengking/terover , dalam hati aku menyebu rasa bersalah....(siapa yang suka kena marah an)....
Walaupun aku tahu, korang tak suka diarah, tetapi aku tetap mengarah itu dan ini, ikut suka hati aku, sebab aku mengharapkan yang terbaik....
Walaupun aku over, suruh korang buat bukan-bukan, tapi sebenarnya aku yakin, "anda mampu melakukannya"....
Walaupun aku mengerah masa korang semaxsimum mungkin, tetapi sebenarnya aku mengerah masa aku sepenuhnya....
akhir sekali...
Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya....
hahahaha... moh la kita sembahyang isyak

Minta maaf ya sahabat....
Lagi Sekali...Syabas dan well done!!...Love U all much....


*with pengarah Family Day Speedio*
*ayuh kengkawan, kita jadikan event nie super duper triper gilang gemilang*
=)


Tuesday, April 16, 2013

Digesting food....

Assalamualaikum... Selamat petang....

Emm, sekarang dah pukul 11.30 malam, dan aku baru lepas makan burger daging yang aku beli petang tadi.... Disebabkan mata aku meronta-ronta nak lena, dari perut kata
'nanti sat, aku baru dapat keja baru neh'
.... so aku pun bercadang untuk nak taip entry nie, yang bertajuk Digesting food.....tapi aku nak cerita benda lain sebenarnya... tak mungkin la aku nak cerita macam mana, burger boleh berubah menjadi t**i kan... heee

Sebenarnya aku nak ulas pasal nieh....

*Good advise*

*Status yg aku share tanpa minta izin, dan print screen secara haram jugak*

aku takda idea nak ulas pasai pa... but then , nie la yang aku rasa sekarang.... tolong buktikan diam kadang-kadang boleh jadi jawapan kepada persoalan....

"Hang nak dak kawin ngan anak pak semad?'
......Diam.....
"Hah, kalau diam tu, maknanya setuju la tu"

lagu nie la kott...
ok bye-bye...
sayang - peluk- cium 
xoxoxo







Friday, April 12, 2013

Refreshment...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...

Alhamdulillah, bumi kelantan dah bertukar wajah...

Xla wajah sangat pun..
I mean cuaca yang berubah,
Masa decide nak balik kampung hari tu bukan main panas,
Rumput yang menghijau pun, dah jadi keropok hangus,

Tapi sekarang, waaaaa...sejuk betul...
Huje ke...
haha

Mood : Refresh.
Saya baru ja balik bercuti.
bercuti di kampung selama tiga hari dua malam sahaja.
First time nieh, balik kampung sekejap itu.
Selalunya paling kurang pun seminggu an...

Tapi takpa, it's enough for me.

1. Boleh buat plan therapy dengan tenang dekat rumah, sambil menjana idea dari emak.
2. Boleh jadikan adik-adik sebagai subjek untuk assignment.
3. Boleh observe cara kanak-kanak bermain.
4. Boleh makan sedap-sedap.
5. Boleh gi berjimba , karoke.
6. Boleh story-story.
7. Boleh collect money banyak-banyak. (haha)

Rasa macam half of the burden yang meruntun dekat kepala dah kurang...
Walaupun ada lebih kurang 150juta tan lagi yang tak siap. 

*sempat berjogging dan beraerobik dengan mereka*

*berkaroke dengan dia* =)

*gossip girl*
*Good luck SPM*

*sempat beli waffle dengan dia sebelum bas sampai*

=)

FYI: The biggest things yang dapat buat sebelum balik sini adalah, I manage to kiss, means belaga-laga pipi with my beloved dad... Sebelum nie malu, sebab tak biasa, sebab my dad was a soldier dulu, very busy, very strict,... tik,tik,tik, tara, saya dah besar pun, so terasa segan sikit bila nak buat macam tu... but now, I realize betapa ruginya kalau tak show, my love to him. So I will work hard toward it. Wish me luck. =)

Monday, April 8, 2013

Sacrifice...

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Marilah kita senyum sikit, sambil-sambil menghadap blog yang boring nie...

Dah berapa lama aku x update... 
Macam nie lah aku layan DIARY-DIARY aku dulu...
No wander lah, diary aku boleh jadi habitat untuk si semut. 
Baik hati nya la hai... 

Sangat banyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku diamkan diri.

1. Aku bertukus lumus praktis untuk Sukan Antara Desa (SUKAD)
2. Aku menerima kekalahan.
3. Aku menderita kesakitan.
4. Aku malu untuk turun basuh baju waktu siang hari.
5. Aku menangis kerana stress dan sikit kemengada-ngadaan. 

Argh,,,, susahnya hidup nie!
But still... nie lah, liku-liku kehidupan....
Liku-liku tersebut, menjadikan hidup kita lebih bermakna...

Masakan Roller Coaster boleh jadi begitu menarik, munghiburkan, mendebarkan, mencemaskan serta memberi kepuasan, jika tanpa LIKU-LIKU??
Macam tu la jugak kehidupan...

*berliku ka berbelit?*

Meh la aku elaborate sikit peristiwa-peristiwa yang dah berlaku tuh...

Sukan Antara Desa (SUKAD)!!!
Athlete kah aku? 
hehehe.... malu la plak nak mengaku....

Aku neh, kalau bab sukan, takda satu bakat pun..
Tak kisah la bakat terpendam or bakat terendam...
yang pasti takda.
Yellek!! *in tamil*
  
But still ... dari zaman sekolah lagi, bila ada competition untuk wakilkan sekolah or what-so-ever, aku mesti akan terhegeh-hegeh  gigih jugak cari the good things in me, yang boleh menyumbang bakti kepada nama baik sekolah...

Berbudi perketi betul kan.. hahaha

So, masa zaman sekolah...
Aku masuk pertandingan menari wakil Persatuan Ranjer Puteri, sekolah aku.
Masuk pertandingan silat gayung kategori marsal (silat tari), wakil sekolah.
dan baru-baru nie...
Pertandingan Aerobic (senaman mengikut rentak lagu), wakil desa untuk SUKAD.

So, gelaran mana lagi sesuai, penari kebudayaan yang berhemah atau athlete?

Penari pun tak kot, xda ciri-ciri penari pun...
Ciri-ciri pelontar peluru ada la.. 

Yang lepas biarkan lepas, aku nak cerita pasal SUKAD yang baru lepas ja...

Walaupun Aerobik JE...
Jangan ingat kitorang pergi bergedik menari tak tentu pasal ek...
Aerobik dalam pertandingan, kitorang harus buat gerakan
1. High-impact non stop selama 3 minit.
2. Step atau kareografi tak boleh ulang.
3. Gerakan harus kemas dan serentak...

Banyak lagi sebenarnya, tapi aku cerita surface jala ek... 

Masa mula-mula training sehingga lah, ke hari ini. (seriuz nie x tipu),
muscle-muscle di bahagian kaki, memang stiff ...
macam nie la kot bila dah masuk 20-an...
huhuhu...
(untuk orang yang bersenam bila perlu macam aku la)

Nie lah peneman baik aku....
*panjang tak stokin.... jangan risau takda sapa pun keluarkan dalil kena pakai stokin masa tidur sorang-sorang*

1. Scholl Sleeping Long
2. Salonpas.

Walaupun harga stokin nie macam ,agak mahal la bagi student yang dah pandai berhutang macam aku nieh...
Tapi ianya berbaloi...
Stokin nie dia ada saiz S, M, dan L...
Aku suggest, kalau nak beli, beli la yang padan-padan dengan kaki... 
Jangan terlalu ketat, jangan la longgar sangat...

Stokin nie bertindak sepagai pemanas, pengurut, serta pengurus kaki.
(apahal la macam buruk gila imbuhan aku)

InsyaAllah, segala sakit yang hinggap di kaki anda, akan hilang pada keesokan harinya.
Tapi aku punya kes, disebabkan aku neh susah gila nak istiqamah, aku pakai bila kaki sakit gila-gila ja.
Biasalakan, bila dah mengantuk jawapannya tidur la kan...
Tak da masa nak fikir 'mana stokin'

Stokin nie jugak, boleh dibasuh, dah boleh bertahan bertahun lamanya, selagi getah tak loose, kain x terkoyak. pandai2 la jaga ya.

Salonpas tu aku jadikan partner stokin nie, 
tujuannya, untuk mendapatkan impact yang lagi bagus. 

*aku nie nak cerita pasal SUKAD ka, pasal benda alah nie*

Team aku, all out perform yang terbaik masa sukad, and we deserve to get medals. 
Tapi apakan daya, kami hanya peserta, juri yang menentukan pemenang.
Undian SMS tidak diterima. 

So we got 3rd ranking...

Medal untuk 1st and 2nd place ja...

Disebabkan kesedihan yang agak mencengkam jiwa,
Maka aku dengan team-mate pun keluarlah gi jalan-jalan dekat Queens- Bay Pulau Pinang.
USM Pulau Pinang yang jadi tuan rumah untuk SUKAD kali nie.

Dan untuk kitorang budak-budak USM Kampus Kesihatan nieh, pantang mai Peneng,
Tudiiiaaa, mula la nak kalut, cari wayang, serupa kalau tak tengok, boleh repeat 3 paper.
*hat nie, bunyi dialek peneng*

So, this is.

*pintu masuk wayang. haha*

*home stay kami*
*Sliper aku tu, 3 in one....boleh pakai dimana saja... termasuk la baju dan jugak tudung...
Nie lah Fasionista termalas di abad ini. refer yg baju purple*

Kami tengok cerita " THE CALL"
At first aku ingat cerita hantu... berdebau ase...
Rupanya cerita Psyco...
Owh, favorite tuh!..

Selepas berjimba-jimba tenangkan diri, sebelum aku bertolak balik ,
aku jumpa kawan sekolah...
yang semakin ayu, cun, muslimah, and menyejukkan mata...

*sangat sedih, to say bye... with her, I recall back all the old sweet memories*

Setakat nie jala, cerita aku...
yang event lain2 tuh, aku tak rasa perlu cerita, so tak yah lah.. cek malaih...

*my first picture with new spectacle*

FYI: I just wrote things that I will always keep in my mind, and I'm happy to share it here... Sorry for any silap dan salam... =)