Friday, May 30, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 3 (akhir)-

Assalamualaikum.... setelah sekian lama, part 3 di publish juga... Cerita "Trip ada bran ke Thailand" nie, dia punya 'bran' tu macam semakin menjadi-jadi, bila ada tragedi-tragedi yang di luar tahap kewarasan manusia... Tragedi-tragedi tu pulak, akan membuatkan mak-mak yang baca blog aku neh risau, dan rasa macam nak ambik rotan, dan rotan ja kaki anak-anak mereka yang degil tersebut... Jadi haruslah aku simpan dulu cerita nie, dan tunggu keadaan reda sedikit.

Nie lah ceritanya untuk sapa yang tak tahu... dan kitorang kat sana 2 Mei... Nampak tak dia punya nasib baik tu macam na?

Dan~~~ ini adalah kitorang bajet-bajet wartawan Majalah 3 yang begitu peramah... Dalam hati sekarang... Bersyukur yang teramat... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur... 
*********************************************************************************

Ok sambung cerita Part 2 hari tu...

Yes... kitorang bertiga dekat sana telah bajet-bajet bran guna perkhidmatan moto teksi yang didominasi oleh golongan veteran (selepas ini akan digelar Uncle Mat Mot).... rujuk Trip ada bran ke Thailand part 2  ... Kitorang pergi Pasar Munok..... Untuk pengetahuan korang, trip ke Pasar Munok nie tidak dirancang oleh manager kitorang... Pasar Munok nie, Uncle Mat Mot yang cadangkan dekat kitorang.. Sebab katanya pasar ini jadi tumpuan orang Malaysia, sebab harga barang-barang dekat sana murah teramat.... 

Dah alang-alang sampai, kitorang pun sekali lagi , bajet-bajet ala bran telah panjangkan kaki untuk ke sana.... Ingatkan dekat, rupanya jauh la jugak... dalam 30 minit dari Sungai Golok... 



Cuaca sangat la panas.... guna jala apa yang ada. 

Kitorang tak da la high expectation sangat pasal Pasar Munok nie, sebab Uncle Mat Mot , dah awal-awal lagi cakap, yang pasar tu lebih kurang macam Wakaf Che Yeh ja... Wakaf Che Yeh nie, antara tempat membeli belah yang terkenal la dekat Negeri Kelantan nie. Lagi-lagi kalau mak-mak yang pertama kali datang Kelantan... Selagi tak pergi Wakaf Che Yeh jangan harap nak balik.... Tapi sekarang aku nak cerita pasal Pasar Munok dulu. 


Maka sampai lah kami dekat Pasar Munok... yang bagusnya, Uncle Mat Mot (yang pakai vest Pink dekat belakang tu ha) dengan rela hati teman kami berjalan-jalan dalam Pasar Munok.... Uncle Mat Mot kata tu pertama kali, dia teman pembonceng dia jalan-jalan dalam pasar... Walaupun kitorang banyak kali suruh diorang tinggalkan ja kitorang dekat situ, tapi diorang tetap jugak nak ikut. 


Dalam banyak-banyak benda, mereka neh tertarik dengan goguma ... Ubi kayu... Cara sukatan jual beli dekat sini guna pot (tin kosong)... satu pot, 2 ringgit... 

Barang dekat sini sumpah murah.... 75% lagi murah dari malaysia.... Pergh, bajet over sea sangat ayat aku. 

Tapi sebab masing-masing ada 50 ringgit ja, dan kitorang memang tak rancang nak beli belah, jadi kitorang tak ada la nak membeli sangat... 

Lepas dah jalan-jalan dekat Pasar Munok, kitorang pergi makan..... dah nama pun thailand kan, haruslah try dia punya tom yam dulu... Jadi kitorang pun ajak la Uncle Mat Mot, hantar kitorang dekat kedai makan yang paling best dan halal dekat sana.... Jadi uncle Mat mot pun hantar kitorang pergi ke Pekan Golok... Sampai ja dekat Pekan Golok, kitorang dah tak nak guna perkhidmatan Uncle Mat Mot lagi, jadi kitorang pun bayar tambang sebanyak RM24 ringgit. Bagi kitorang berbaloi la bayar diorang dengan harga tu, sebab diorang dah macam kami punya traveler guide... 


 Adibah dan Ana, haruslah feeling feeling sweet suruh Uncle Mat Mot tulis nama diorang dalam tulisan Siam atas tapak tangan... Kalau tapak tangan diorang takpa, nie tak tapak tangan Uncle Mat Mot jugak kena. 


Nie adalah minuman yang kitorang order.... Nie air tebu namanya... Mula-mula aku risau jugak nak minum, takut sakit perut, mahu bertempiaran kitorang lari cari tandas nanti... Tapi ok ja, alhamdullillah.... Air tebu nie lepas perah diorang isi dalam botol, kemudian baru sejukkan... Rasa dia best, segar dan manis tebu...  Sebotol harganya RM 1.80, free air batu. 



Nie pulak makanan kitorang...
Aku ngan Dibah makan, Kuew Teow Tom Yam Campur ... RM 8 ringgit semangkuk.
Ana pulak, nasi putih dengan Tom Yam .... RM 9.50 kalau tak silap, free ulam dan sambal.
Dan makanan bersama .... Pulut Mangga... RM 6 ringgit sepinggan.

Nasib baik sedap, tahap tak boleh dilupakan, kalau tak, berkira la jugak masa nak bayar tu....Dia punya tomyam yang uniknya dekat sana, dia letak cili padi kering... Dia punya Pulut Mangga pulak yang bestnya, dia punya santan tu.... Dia punya creamer tu melampau, tahap tak boleh nak digambarkan....

Lepas makan, kami ada la jugak jalan-jalan dekat Pekan Golok tu, tapi dia punya seram tu tahap kritikal bila kau nampak banyak gila tentera pegang senapang... 

Aku ada ja gambar tentera yang aku tersnap masa dekat sana. Tapi takut la pulak aku nak upload sebabnya ,tentera dekat sana dia punya serius tak ada tandingan.... Kau sengeh la macam mana pun, buat peace ka apa ka, memang tak da nya dia nak layan. Silap-silap hari bulan, senapang tu jadi habuannya. 

Lagi pun harga dekat Pasar Golok sama ja macam harga-harga dekat mall semua tu. Jadi kitorang pun berjalan la balik ke Sungai Golok tadi, untuk seberang ke Malaysia, oh tanah air ku...


Hah...Ini lah nama jalannya.... Sebut la sendiri... Goguma a.k.a ubi kayu yang Adibah pegang tu, aku tak tahu la sedap ka tak, sebab tak luak-luak pun aku tengok... (last-last masuk tong sampah)


Ana dan cenderahati nya....


Aziah dan cenderahatinya.....

Cenderahati la sangat, padahal kitorang beli payung malas (malas sebab tak perlu pegang) tu pun, sebab cuaca panas sangat, dan kitorang malas nak berpayung-payung masa berjalan.

Antara benda-benda menarik yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik.....


Abang sado.... Aku tak dala angau dengan sado-sado neh (scary u know) ... saja ja ambik gambar nie nak tunjuk dekat kawan-kawan kampus aku.. 

Budak comel... Kecik-kecik dah bercinta kau... siap pegang-pegang tangan lagi... Sapa yang single mesti rasa looser gila tengok gambar nie. haha


Burung peliharaan.... 

Maka, sampailah kami ke Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia dan Thailand... 


Bye-bye Thailand.... Till we meet again... (aku tak nak dah ikut.. takut kena rotan nanti ngan omak. Di marah nyo dek apak)


Bye-bye.... Tunggu bot jom... 


Haaa.... Tudiiiiaaaaa sampai dah bot kita.... Hang tengok budak tu, berani tahap hek ele ja naik bot sorang-sorang... 


Muka bersyukur selamat pulang ke Malaysia...



Trip manager juga bersyukur kerana misinya berjaya....
Ana bersyukurlah, posing ja, tak ambik gambar... maka, gambar Ana is everywhere. 


Tara.... Selamat sampai Malaysia.... Jom la bergambar dengan keluarga ini... Mereka juga ingin ke seberang...

Maka tamatlah, al kisah kitorang ke seberang.... Yup, walaupun seberang dan tak ada apa pun yang nak dibanggakan tapi pengalaman itu sendiri mengajar kami erti kehidupan... Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.... Selain itu, trip hek ele, bajet-bajet ada bran macam nie juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.... =) 

Sekian .... XOXO... 

p/s: cerita yang saya coretkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri...... cerita ini dikisahkan di dalam bentuk bertulis supaya akan terus kekal sebagai satu memori yang terindah sepanjang saya dan rakan-rakan yang lain bergelar pelajar universiti... Segala kekhilafan dari segi pengolahan cerita, dan perkataan yang saya gunakan, amatlah saya kesali.... Ada cadangan tempat percutian yang menarik? Boleh la kongsi... =)

Thursday, May 8, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 2-

Bersambung...

2 Mei 2014. 
Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 pagi macam tu... Disebabkan terlalu teruja, aku dengan Ana telah selamat memalukan diri sendiri pagi tu.... Semangat kitorang pergi ketuk bonet kereta Viva orang lain *perkara ini memang betul-betul tidak disengajakan... Pemandu kereta tersebut juga memainkan peranan yang sangat baik dengan membuka bonet.. Maka selamatlah, beg aku dan beg Ana, berteduh di dalam bonet kereta orang selama 2-3 minit... kahkahkah... Dengan semangat aku membebel 

"Eh-eh, ada bau bihun la... Kau bawak bihun goreng eh Diba?" , aku bertanya dengan penuh rasa syukur. 
"Ha'a la... kau order ek?"...Sahut Ana, menambahkan lagi perisa...
*maka berpusing lah pemandu kereta tersebut, ternyata aku dan Ana salah orang... Alangkah terkejutnya pemandu kereta tersebut, dan yang paling menyedihkan, alangkah malunya kitorang saat itu... kahkahkah.

#kalau yang berkenaan terbaca entry nie, maaf ye... kitorang tak sengaje.. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Kubang Kerian ke Rantau Panjang... Kitorang bertolak tanpa bersarapan, berbekalkan RM50 ringgit cash, dan lampu minyak yang ntah dah berapa hari berkelip... Untuk pengetahuan, bank dan stesen minyak sangat banyak di kawasan Kota Bharu dan Kubang Kerian nie... Tapi disebabkan perasaan teruja, kitorang teruskan perjalanan, dengan berharap akan jumpa banyak lagi stesen minyak dan mesin ATM dalam perjalanan nanti.... Alhamdulillah, kitorang sempat singgah di stesen minyak untuk isi petrol dan beli sarapan dengan menggunakan wang bernilai RM50 sahaja... Rasa macam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sahaja lagaknya pasa masa itu. 

Walaupun Adibah telah buat peta perjalanan, tapi perjalanan kami masih lagi bergantung kepada sistem GPS.... Sistem GPS  memainkan peranan yang sangat bagus sepanjang perjalanan kami, tapi sampai sahaja di kawasan pedalaman, sistem GPS sudah pening, mabuk kereta barang kali, maka kitorang pun sesat... Penat pendengar arahan...

"500 meter turn right.... 100 meter U-turn"

Pusing-pusing tempat yang sama ja.... Maka kitorang pun kembali kepada fitrah manusia, iaitu berkomunikasi sesama manusia yang dikurniakan nikmat akal, dan off handphone yang tidak berakal #eh.. Jadi kitorang pun, tanyalah penduduk setempat.. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di sempadan Thailand.... Masa, kitorang tanya penduduk setempat, ada seorang Pak Cik yang betul-betul buat jantung aku dan Ana berdebar semacam.... Bukan sebab Pak Cik hensem macam Nickhun, tapi sebab kata-kata dia yang macam nie... 

" Pak Cik, tumpang tanya, macam mana ye nak naik bot pergi seberang?" ... tanya Adibah dengan penuh berhemah.
"Pergi seberang? berani ka nie?".... soalan berjawab soalan... Tanya Pak Cik tersebut.

*berpasir tekak...kering!*... keadaan aku dan Ana pada masa tu. 

Tapi Pak Cik tu baik orangnya, dia tunjukkan jugak kitorang jalan nak ke seberang... Yea, kitorang sampai... Pada mulanya Aku macam blur-blur sikit tengok sampan yang angkut orang ke hulur kehilir... Lebar Sungai tersebut, tak sampai 10 meter.... Tetapi pengangkutan yang disediakan adalah bot sampan.... Kalau ikut logik, ada titi batang kelapa pun dah ok , kalau setakat orang yang nak menyeberang.... Tapi berdasarkan kajian Adibah selaku manager perjalanan kitorang, kedalaman Sungai tersebut adalah  3 kali ganda panjang sebatang buluh tua. 



 Ini lah sampan dan sungai yang aku maksudkan tu...
Ok ya kawan-kawan, sekarang kitorang berada di Malaysia... 


Tara...sebelah tu ja Thailad a.k.a Siam...We will be there soon..
Over river sangat. 
haha..


Sekarang giliran kitorang... rasa berdebar tadi semua dah hilang dah... 


Menghampiiiiirriiiiii..... dannn......


Sampai!!!!!! 
Sungai Golok, Pengkalang Gergaji..

Patutla Pak Cik tadi mempersoalkan niat kitorang, rupanya nama tempat nie pun dah ganas... "Golok" dalam dialek Kedah, bermaksud 'kapak'... ditukarkan menjadi

Sungai Kapak, Pangkalang Gergaji... 
Ambik!!! Kau pilih nak kena kapak ke gergaji.. Ada bran sangatkan kitorang? haha.

Kos untuk naik bot sampan tadi adalah RM1 seorang untuk satu hala... Perjalanan mengambil masa 3 minit. Tengok akak-akak dengan abang-abang dalam gambar yang first tadi, diorang steady ja berdiri naik bot sampan tu... Kitorang ja duduk, bajet-bajet foreigner sangat.... hahaha... 

Sampai ja kitorang dekat sana, kitorang bertekad ikut cakap manager kitorang untuk menapak sahaja... Malangnya kebanyakkan kedai tutup, dan jalan kosong... antara perkhidmatan pengangkutan yang disediakan adalah moto..


Moto pengangkut...
Pemandu moto pengangkut nie, akan pakai vest yang ada tulis number macam nie... 
Ada macam-macam warna, oren, purple, hijau, biru... 
Aku pun tak pasti kenapa, perlu beza-bezakan warna, tapi mengikut pemerhatian aku, setiap warna didominasi oleh golongan umur yang berbeza...

Contoh:
Warna hijau: Umur 17-20 tahun
Warna oren: 20- 30 tahun
Warna pink: 40-50 tahun


Disebabkan cuaca yang sangat panas.. Jadi kitorang tiada pilihan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan moto pengangkut nie.... kitorang pilih warna PINK... kikiki...retro sikit. 


Kitorang guna 2 biji moto sahaja... Disebabkan beg aku super besar, maka, aku diberi kelebihan untuk memboceng sorang-sorang... Manakala Ana dan Diba terpaksa mentimun, membonceng dua orang...

...........

To be continue... Tempat yang dilawati... XOXO

Trip ada bran ke Thailand - Part 1-

Assalamualaikum... =)

Dah lama rasanya aku tak update blog, selepas blog pembukaan tahun 2014, 5 bulan yang lepas... Phewww.... Tetiba hari nie, aku rasa nak update blog, yang namanya bertukar secara tetiba... daripada Miss Skyway tetiba jadi Durian Mentimun pulak... kikiki... lepas tu, daripada blog yang kedekut tetiba jadi pemurah pergi letak iklan Nuffnang... Template pun tetiba berubah, bertemakan alam sekitar... Kalau dulu, guna template yang sesimple yang mungkin ja... Adakah perubahan ini semua dipengaruhi oleh faktor penuaan? 

Ok..berbalik kepada tajuk entry aku pada hari ini "Trip ada bran ke Thailand".... Pendek cerita... Aku dan dua lagi rakan, perempuan kedua-duanya, telah pergi ke Thailand dengan selamba badaknya tanpa passport, tanpa kenderaan, dan tanpa mata wang Thailand... Sekian, cerita pendek.... 

Cerita panjang. 
Seperti yang sedia maklum, 1 Mei adalah Hari Pekerja... Semestinya, aku dan kawan-kawan yang lain, juga meraikan Hari Pekerja tersebut walaupun masih bergelar pelajar... Tapi kitorang punya resah dan gelisah mengalahkan orang yang sudah bekerja 18 tahun 18 bulan tanpa cuti, sehingga membuatkan kitorang terfikir,

"Eh, Cuti Pekerja... Cup, takda kelas la hujung minggu... Ok , kita WAJIB travel"

Makanya, jatuhlah hukum WAJIB travel pada hari tersebut... Si Adibah, dengan panggilan mesranya Diba, dah tak boleh bertenang lagi... Dengan rakus, kesemua 4 orang besties diwajibkan untuk ikut travel bersama-sama... Melalui pandangan matanya, jelas terpancar ketegasan yang menyatakan,

"Korang semua wajib ikut ek. Aku tak kira! Aku tak kira! *hentak-hentak kaki" ... Tafsiran hatiku, 2014. haha.

Maka akhirnya, pada 2 Mei 2014 - 3 Mei 2014, kitorang bertiga, dengan bran dan bajet-bajet selamber badaknya telah pergi ke Thailand a.k.a Siam... Salah seorang daripada kami tak dapat join sebab dia dah ada plan travelling yang lagi best and fully sponsored... 


Jejalan bertiga... From left... (Aziah, Ana, Diba)

Sebelum kitorang mulakan kitorang punya travelling plan neh, kitorang punya manager Adibah (dilantik mengikut suara majoriti), dengan sepenuh hati telah buat research.. sebanyak 118 journal telah beliau baca, untuk menjadikan trip kitorang smooth dan menarik... Kau mampu? hahaha. 

Antara perkara-perkara yang Dibah dah search dulu, antaranya
- Peta jalan
- Tampat menarik
- Must eat food.
- Tentatif aktiviti.

Semua perkara di atas adalah sangat penting, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang spoil.... Aku dengan Ana, hanya menurut perintah... 

Untuk mengelakkan rasa bersalah, pergi bersuka ria, dengan meninggalkan lambakan kerja 'sekolah', malam sebelum kami bertolak, aku dah tekad untuk siapkan semua jenis kerja dan begitu redho sekali berkata.... 'takpala, tak tidur pun takpa malam nie, janji kerja siap'... Siap atau tak? kikiki... Mestila tak, buat kerja 10 minit, tengok SNSD menari setengah jam, aku join menari satu jam setengah... tinggal berapa minit ja bakinya... Tapi takpa, janji usaha tu ada..hoho *ayat sedapkan hati. 

Jadi aku pun kemas barang nak bawak gi travelling katanya.... Mengikut kata manager, kitorang haruslah mengamalkan konsep pemurah dengan berkongsi barang-barang keperluan supaya, berat beg dapat dikurangkan, dan tidak membebankan. 

- Aku, bawak telekung dan sejadah (untuk dapat feel sembahyang di dalam bilik, perlu la aku bawak sebesar-besar sejadah, dan selabuh-labuh telekung... Berat = 1.2 kg ,  Isipadu = 376 cm cubic)

- Ana bawak toiletries (definisi toiletries, shampu, sabun, pencuci muka, dan berus gigi sahaja... Ubat gigi?? yellek~~ haha.. aku pun tak pasti ubat gigi tu masuk kategori mana.. haha.... Berat = 0.99 kg , Isipadu = 250 cm cubic )

- Dibah si manager, bawak emergency kit. (emergency kit bermaksud panadol sahaja... Berat 0.01 kg.. Isipadu= 1 cm cubic)

Nampak tak siapakah durian di sini? Ini adalah konsep yang menguntungkan sebelah pihak.. haha.. Tapi takpa la kan,dia dah buat research bagai... Apala sangat kalau menyumbangkan sedikit ruang, bagi kegunaan bersama. 


Nie barang yang aku bawak. Beg galas, aku letak baju untuk 4 hari... 
Beg lutsinar...., aku letak telekung,sejadah, makeup nya bahan, skin care nya bahan, ipad, handphone dan purse. 

Tahap safety, menggunakan beg lutsinar adalah 0.009%... Jadi, setiap barang yang aku masukkan dalam beg lutsinar nie, haruslah berbungkus macam nie. 

Kesimpulannya, rkurangkah bebadan aku? hahaha.. hidok ler.. 


Sebelum bertolak, upah dulu selfie sekali, sementara tunggu si manager Adibah pergi ambik kereta sewa..

Rate kereta sewa bagi student USM... Viva Manual... Sehari, RM70...

Ok...Ini baru mukadimahnyer.... Ceritanya, tak bertolak pun lagi... Dah nama pun cerita panjang, mana cukup 1 entry... haha.. Will be continue... XOXO.


Wednesday, January 1, 2014

~~~~2014~~~~~

Assalamualaikum....

2014 dah korang.... 2014 dah... Selamat tahun baru versi "owang putis"...

Korang excited ek? tengah jejak bumi tak sekarang?... hmm... agak-agak berapa dah ek umur bumi sekarang??  (spoil mood....pegang laptop hempas terus...ciss)...

2013 berakhir dengan baik... alhamdulillah masih lagi sihat, masih lagi dikurniakan nikmat iman, masih lagi dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang bahagia... masih lagi comel, cantik, anggun, menawan, dan, mempersona...... alhamdulillah...

So today, I wanna talk about orang-orang penting yang aku jumpa tahun 2013... yang penting dan terbaru sahaja... ihik...

DAPAT BABY!!!!!!

* Hai... nama saya Aira*
Nie baby first along aku....
Emaknyer memang suka bedakkan orang.. Nanti kalau Aira suka pakai bedak banyak-banyak,
tahu dah ikut sapa...


Nie pulak anak Angah aku yang KE-2.. Dauhah...
Kuci~kuci~kuci.... hahaha... geram nengok pipi dia... comellll
Yang nie pulak tak tahu la ikut sapa... asal pakai seluar ja mesti naik ke dada...haha

Nie pulak anak aku... Muhd Dyia Ashnur... mata ikut bapaknyer... comel an??
hahahaha...warna feveret dia pink, ikut ibu dier... hewhewhew
Ok sawan... nie gambar ihsan google... Aku mana ada anak lagi... jngn bukan-bukan..

FRIENDSHIP!!!
kawan lama, tapi bonding nya semakin utuh... begitulah... 

*speech members*
Semakin hari, semakin sayang dekat diorang neh....
Pahit getir dilalui bersama...
Untuk 2014, I wish, our bonding will grow up even more & more & more. let's make our friendship last foverer and ever...*pari-pari ketuk pintu... wing-wing*

Noona~~~~~wuwuwuwuwwu..
My clinical team mates...
My sister...
My assistant...
My alarm clock...
My apa lagi?? waaaaa.... 

She helps me a lot during this semester huh.... Dia selalu buat, things yang difficult for me goes easy... Things that mess me up, to be neat...
=)
Love you Solee... Thanks for being with me for the whole semester... 

.
Beloved "gosip meletup" team...
Anda stress, suram, tertekan??
Jangan bimbang, pm ja "gosip meletup"... hahaha
They ols sangat-sangat-sangat-sangat, BEST!!
They always make my day..
And I always worsen their day... hahahaha...(nasibla... padan muka)
Be with them make, means, be with family...
Love U ols a alot... muahh~muahh~muahh... nah ambik sorang satu.. *yek-yek..hahaha*

*PPSL members*
The best team I ever had.. =)
Miss the moment working with them together...
Mungkin for them biasa-biasa, tapi for me luar biasa... 
At this point I learn how to smile and say "Hai' to everyone...
*then bila orang tak layan, malu sorang-sorang... jalan sambil tunduk*

Among them, I got a new pen pal..means that, walaupun jauh, we ols still tukar-tukar cerita...

kenalkan, the purple lady, my pen pal from India...
Miss U Nik Athirah... Bila ya, kita bisa ketemu lagi... rindu mau pillow talk sama kamu..
*kenyit-kenyit mata sikit.... bajet suweeet*

Hope for 2014, akan ada lagi ramai orang-orang teristimewa come to my life...
What about orang yang tercinta or tersayang ??? Tolong la jangan muncul lagi.
Kalau nak muncul pun, tolongla melalui saya sendiri, mohon jangan terus melalui bapa atau pun tok wan saya. *amaran nie*

p/s: Cukupla kot, untuk malam nie... Sebenarnya semua orang di sekeliling aku adalah sangat istimewa dan bermakna untuk aku.... Tapi sorry to say, person above is on the top of my carta hati.. ihik... Ok la... Masih lagi dalam minggu exam neh... Spend masa sikit, to create something start from '2014' in my blog... Maaf andai ada tersalah kata. =)




Sunday, December 22, 2013

Past Present Future

Asslamualaikum...

Meh kita berbual kosong, sambil menggerakkan jari di atas keyboard..

PAST

On 28th November hari tu, I turned 21 years 'young'... heee

I was like????!!!!!

"Eh apa nie??? Kenapa 21?? Bukan 18 ka?? Eh x, 15 kott"

Ciss~~~ this crazy thought always came across my mind...
Biasala tak sedar diri... 

Celebrating secara ala kadar with my beloved cos mate... emmm... they ols, sweet la.. hahaha...

 *Celebrating on 29th November 2013*

Dalam kesibukan harian, yang macam lipan tak cukup kaki, macam tak percaya pulak they still buat surprise party macam nie... Actually this event is their 3rd attempt untuk buat surprise... hahaha

Kali pertama, diorang baru nak plan the party, then aku yang spoil pergi bagi taw 
"Eh korang, hari nie birthday aku taw!!"
Heeee... aku ingatkan korang busy sampai tak bukak FB, then x noted birthday aku.. sebab tu la aku ingatkan... hahahaha

Second attempt, diorang baru nak nyanyi lagu "Happy Birthday" dekat aku ramai ramai, sekali my group mate, Vsolee lari peluh-peluh masuk dalam kelas... then dia kata...
"Eh Azi, hari nie birth day U kan? Happy birthday... Happy birthday to you, happy birthday to you *Nyanyi sorang-sorang*
Yang lain mengeluh.. hahahahaha...*aku tahan gelak*

So this is their third attempt.... 
Tengah-tengah angin kuat, hujan pun lebat, boleh diorang ajak keluar makan dekat luar...
* I mean keluar jalan kaki yer... bukan alang-alang punya angin & hujan nieh, selamat la jugak 2-3 kaki payung*

Aku pun ok jala kan... Order makanan... Makan-makan... 
Lepas dah sudah makan, dari hujung mata ~ ehem ~ ulang suara, dari hujung mata _ aku nampak Wai Seng pergi order kek... 

dalam hati 
"Dah tahu dah, tahu dah.. makan free la aku jawabnya"

Ok la, aku kesian kat diorang, dah plan ajak semua keluar, sebab nak celebrate semata kan, ok la.
Acting mode on... 
Dalam hati~~~
"Eh apa Wai Seng buat tu ek? Dia minta air kosong kot, sebab air dia manis sangat."..heeee

Maka berjayalah cos mate aku celebrate birthday party aku dengan jayanya...
Aku sangat-sangat menghargainya, sebab aku tahu~~

-1st, diorang suma busy gila kott.
- 2nd, adalah sangat susah geng-geng Speech nak berkumpul semua selepas waktu kuliah.
-3rd, diorang plan dari awal, bukan "alang-alang" punya event.
-4th, peranan cuaca, yang mencabar fizikal dan mental. 

Thank you Uols... Thank you so much... =)

PRESENT

Now, is study week!!! 
The 1st day of study week, and I'm updating my blog... *cissss*

Tengok jadual exam, macam WOW sikit, sebab this is the first time, my final exam 2 minggu ja to cover 7 subjek... Selalunya 3 minggu kott...

So hari nie, agak productive la jugak, update all the notes, kemas-kemas nota, pastikan semua report/assignment/therapy plan, already submit, study a few notes.. kira not bad la..

Another 6 days, to go...
 Semoga semuanya berjalan lancar, insyaAllah, amin...

FUTURE

Cakap pasal future nie, seem like it never has end... Yala, kita tak tahu pun jangka hayat kita sampai umur berapa kan...

So, let randomly talk.

So lepas nie apa yang aku nak reach, secara "kasar" ?


1st- Ofkos nak kerja as Speech Language Pathologist, tambah sikit, nak buka my own clinic and center. 
2nd- Of kos la, nak belanja my parent sepuas hati, walaupun diorang tak minta.
3rd- Want to step on my own feet in tanah suci, Mekah.
4th- get married, be a good wife, be a good mother, and bring them to Jannah.  

heee... yang 4th tu, there is 4 steps to be taken... huge RESPONSIBILITY there!!! how could I? 

For the present, mesti la I have to work on my own self first...
*Never stop in trying.. InsyaAllah.. do pray for me =) *

 But the problem seem likes emerging, when my parent talk about married, my friend is getting married, and a few keep on searching for their Imam.

Me???  hahahahaha... Jangan kalut... Kalau ada, then adalah... *well, typical me*

Tu ja, dah nak Maghrib dah... bye2..

p/s: just random talk... Bosan sitting alone... heee... sorry for all those words andai kata ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)



Friday, December 20, 2013

Biadap?? Rude??

Assalamualaikum...

Topik macam tak best... ya, mmg tak best... ada ka, orang suka dilabel "rude" atau "biadap"?

TAK KAN~~~
TAKDA KAN~~~

*wuhuuuuu....tears role down my cheek* =(

Pada aku la kan, kalau someone cakap kita 'rude' atau 'biadap' actually it refer to parent... My parent tahu x? Aku sayang diorang tahu tak?! 

*nie kes cursing yg serius punya, kalau setakat bergurau kasar ngan kawan-kawan, then cakap "kuwang hajor eh kau", tu x termasuk dalam kes nie*

There was an incident... masa aku present case... Kena bom dengan soalan2 dan teguran2 yang berapi... Dah lama pun event tu lepas... dah 3-4 hari dah.. Even aku pun dah lupa dah the sequences.... 

To be a professional, I must act as a professional too... Yes, I admit... Aku jawab all those question, if I could lah... Kalau mmg aku salah, then aku admit la salah... Kalau orang tegur, then I say thank you.... If there suggestion, aku terima, and promise to explore more.... 

Just only a piece~a piece~a piece yang betul2 makan dalam.... 

Some 1: Actually this is wrong for U to use ~~tetetetete
Me: *Owh she's talking about this... oh yeah, got it... emmm... true... I should not do that...hmmm...ok2*. - my brain interpreting all those words silently-
~after a long pause~
Me: Yeah, that my mistake. I admit, I should't do that. 
*cakap dalam tone yang teruja seolah2.... "eh yala!!!.. salah..sepatutnya macam nie. adoi la kenapa aku tak perasan masa awal-awal dulu."*

Some 1: Wow... its shocking.. what such a 'good attitude' you have, even in admitting your fault. 
* very sinis sentence come out, together with the sinis glance* 

Semua orang dalam conference room tergamam or terkesima or teruja mungkin. Yala kan, we are discussing tentang real case... melibatkan masa depan seorang hamba Allah taw.. bukan nya, bahan experiment. 

After the incident, none of my answer been accepted... Even, there still someone who keep on arguing on what I had done to my patient. 

Some 1, yang aku maksudkan tuh, is someone yang aku respect... Someone yang sangat hebat... Sangat berpengalaman.... Someone who always demand on the word "respect"...

Aku langsung tak expect ayat macam tu keluar masa case presentation yang super havoc tu.

*eh...kenapa?? aku salah cakap ka tadi.. kenapa sekarang weh?*
I'm thinking while looking around searching for their eyes... My besties eyes... Dude I need ur courage, what I just heard is not really me kan?  
Sadly, I found none~~

ok then...

I continue, menegakkan benang yang dah basah lencun pun... 
Alhamdulillah, dah lepas satu tanggungjawab.... 
Pasal management patient tu, tak salah pun, but mungkin the way aku present tu yang menimbulkan persoalan..
Lagi pun masa present case, they just know my client based on my words... But I know my client by my heart, I know what is the best.

I'm not crying at all after the incident, cuma my lung rasa macam penuh dengan air... rasa macam nak lemas... curi-curi a few second, agak-agak line clear, just by blinking my eyes, some watery liquid came out. 
*trust me, I'm not crying at all*

For the whole day, I'm keep on standing, and saying "aku ok ja, biasala tu.. Aku naik bilik dulu eh..penat la...heee *draw a fake smile*"

People just care 
"Weh, kenapa kau jawab macam tu weh? tekejut aku dengar 'dia' kata mcam tu tadi"
" weh, tone kau kena polish lagi la weh"

What I'm hoping to hear
" Aku taw kau rasa pa sekarang... Kau nak kitorang diam dulu ka, kau nak happy2?"
" Cool Azi... aku rasa mcam ok ja, apa yang kau jawab tadi, mungkin 'dia' yang salah interpret.."

Bukan la nak suruh orang cakap aku betul, tapi biarla sekejap, just let me comfort my self. 

Balik bilik, I found out my roommate there... I wish she could lend me her shoulder. 
 but
~none~

She blame me even more... I even can't stop her... at last I have too
"Yala akak, ok faham... Azi penat la... Penat nak fikir... nanti kita cakap eh... tido jap.. sorry"
*empangan pecah*

The next day, cool down already... Meet my supervisor, and try to get the feedback personally from him based on the performance.

I also ask him about the "good attitude" things...
He just make me feel better ..
"Tak la Azi, standard la tu, bagi saya tak da apa lah... cuma tu la kadang-kadang kita punya longhat kedah nie, dia punya tone dengar macam kasar sikit... kita xleh predict orang punya interpretation"
=)



betul la, sebenarnya kita punya mother tongue punya dialek , akan effect kita punya bahasa pertuturan... sebab tula, even speaking in English, the tone still there.. X caya, try cakap, sambil rekod, then dengar balik.

mungkin, orang lain interpret nada aku macam nie

*yala, nak sangat kan? ok la fine! Aku la salah! Aku mengaku! Lain kali tak buat dah! puas hati?*

masa aku cakap...

Yeah,that my mistake. I admit, I should't do that.

 kan?? we never know

so, what happen today... I thought the wound already heal... So I call my mother... Miss her very much... 
Emosi tak emosi sangat la 

Mom: Lama tak telefon... Ok tak? bila exam nie? tak mau balik dulu ka?
Me: oooooo..... emmmm... ming-gu de-pan... 
*tut~tut~tut~tut~*

tak boleh nak cakap lagi hupenyer...

 she know me well... She text me..
"Anak mak nangis eh? Mesti tak comel kan. haha..
Ingat Allah.. Jangan jauh, jangan lupa dia...
Dalam banyak2 kasih sayang, kasih sayang Allah yang paling agung..
=)"

That's it...
XOXO

p/s: masa aku mula2 buat this blog, I swear akan cerita event-event yang best, yang sweet ja sebagai kenangan... tapi fake kan?? kehidupan harus la ada dugaan, cubaan dan rintangan... x semua pengalaman yang best tu, manis, dan x semua pengalaman yang ngeri tu, pahit... Life always up and down.... Jadi aku tulis entry kali nie, sebagai peringatan untuk diri aku pada masa akan datang... Aku harap aku tak ulang kesalahan yang sama lagi nanti... Sorry for all those words, andai ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak... =)

*case presentation*17th December 2013*Complete Left Unilateral Cleft Lip and Palate*


Wednesday, November 20, 2013

Buat kecoh ke Dik?

Assalamualaikum...

"Hello bro, nak buat kecok ka apa nie? Cerita sikit."

Aiseh, baru ayat intro nie beb... Aku da nak feeling-feeling "empati" dah nie... Ok, malas r nak berselindung-selindung dalam VILLA nie kan, jujur r aku cakap, aku up entry nie sebab aku tak suka isu wat kecoh dekat VILLA NABILA tuh....

Malas r nak cakap salah sapa dalam isu nie.. Tuduh-tuduh nie semua orang boleh buat... 

Cuma kan, aku nak cakap, aku kesian dekat parent diorang... Hey, come on lah!... Mak mana yang tak risau anak keluar rumah tak balik-balik... Dah tu tahu plak anak gi buat "study group" dekat villa yang "mewah" tersebut.... Kalau aku jadi mak-mak pun, tak payah tunggu malam, azan Maghrib, spot check, tak da dalam rumah, ha~~ siap la kau *sinsing lengan baju sampai ke siku*

#ada lettew orang highlight point aku tuh sebagai punca anak takut balik rumah, so boleh la tumpang tidur rumah "kawan". 

Sebenarnyakan, itu bukan la the main point..

Sikap ibu bapa yang tegas/garang punca anak-anak lari/takut balik rumah. Bincangkan. (50 markah)- Soalan ramalan SPM tahun 2014..pfff

kalau betul la, kenyataan tersebut, then kenapa ada istilah sayaangkan anak, tangan tangankan..????.

Sebenarnya nie semua bergantung kepada cara pemikiran kita, #dah salahkan pemikiran pulak#. 
Jangan risau, aku tengah point out kepala aku sendiri... That's what I'm thinking.. 

(Sumber Metro 2013)

Izzat: Ibu, izzat minta maaf bu, sebab Izzat susahkan ibu.
Ibu: Tak pe la nak, xpe... Ibu bersyukur semuanya selamat nak. Janji ngan ibu, jangan buat lagi ye.
Izzat: Baik bu, Izzat janji, Izzat akan insaf... lepas nie Izzat nak belajar sungguh-sungguh. Izzat nak jadi pelajar cemerlang bu.
Ibu: Alhamdulillah, macam nie la anak ibu. Lepas nie xnak nakal-nakal lagi ya nak.
Izzat: Baik bu. Ibu jangan marah-marah Izzat lagi ye lepas nie?
Ibu: Yala nak. Ibu marah bersebab.. Izzat jangan la takut. Ibu sayang anak ibu nie. Dah jom balik rumah, Sayang anak ibu.

Heeee.. to be honest.. I insert a "little" sarcasm here.. That's mine, so what yours? 

p/s: Untuk adik-adik yang belia remaja, dalam usia remaja, tak salah nak berkawan, tak salah nak berseronok...TAPI ingat dalam apa pun keadaan yang KITA lalui, kita bawa nama orang yang mem'binti'/'bin' kan kita... Kasihanilah mereka, walaupun mereka tak pernah minta untuk dikasihani. Sayangilah mereka, kerana mereka sentiasa menyayangi.. *beb kalau tak sayang, kecik-kecik lagi diorang penyet hidung ok. Tak perlu ikat perut nak angkat lampin dengan susu setiap bulan*

Ini pendapat aku... A simple message insert here... Maaf, andai tersalah kata...