Wednesday, July 31, 2013

Ingat x hari nie hari apa? Yeee! Kita dah serumah selama sebulan.. =P

Assalamualaikum...

Dear my lovely housemate Farihin, Bulan and Ika,
Bye-bye U'olls... Ingat x hari nie berapa hari bulan? betul hari nie 1 haribulan, ini bermakna~~~ kita dah sebulan serumah.. YE!!!!!!..

Tengok tangan kanan nie, kami janji kami akan contact hampa semua lagi lepas nie, tak kira la sesibuk mana pun. Melainkan hampa yang x mau contact kami dah.

Tengok pulak tangan kiri nie, kami janji kami xkan lupa hampa semua, walaupun kami dah beranak pinak. Melainkan hampa yang lupa kami...

hahahahaha... saja tegegeh nak berparodi video kegemaran Bulan....

To Farihin...

 I wish U good luck and all the best for MUET... Make it sekali arung ja. Happy-happy selalu, jangan sedih-sedih, jangan stress-stress ya.... Berbahagialah dengan Si Cinta, Si Sayang, Si Baby... Tapi jangan lupa untuk cari Si Imam.... Aku pun rasa macam nak bagi cadangan sama macam Umi hang bg taw jugak... Pi bawak papal rehal tu, dok sebelah masjid... Tengok la hat mana yang bekenan. Melamar. haha

Jangan pergi terlalu jauh ya dear. Jangan berputus asa untuk mencari Dia yang satu... ingat perkataan nie ~BOLEH~ hihi..

To Bulan


Anyonyonyo.... udak anje omey nieh... hahahaha.... take care taw... Senyum sokmo... Tak mo seteres-seteres.... Good minum air banyak, tapi kurangkan gula taw. Kesimpulannya, minumlah air soya promosi bulan Ramadhan pakcik kopiah, gerenti air tidak bergula... hahaha

Sesuatu yang bulan harus tahu, semua orang sekeliling Bulan sayang dan care dekat bulan... Kalau bulan happy, semua orang happy... Kalau bulan stress, semua orang nak stress jugak... Sebab tu Bulan kena senyummmm ja,... hihi

Good luck ek Bulan, baik2 balik Parit Buntar... Jangan laju-laju bawak moto.... Hati-hati ya...

To Ika

Ika nie misteri sikit... Nampak humble ja, tetapi bukan main gorges bila bergambar guna camera 360.. hahaha... xla gurau ja... Ika pun jaga diri, good luck jugak... Jaga kesihatan tu ha.... Xmo sakit-sakit.... Makan sayur banyak-banyak... Kalau x boleh nak telan jugak sayur tu, ambik la supplement Amway (promosi sikit)...

Selamat berhari raya... Enjoy wearing those sexy shoes... terima kasih, tumpangkan aku merempit pusing-pusing SP... U are a very good and discipline rider... Jangan pandang sebelah mata r...

Jaga Bulan and Farihin baik-baik...


*Happy face selepas iftar, 15/7/2013.. Tanjung Dawai*

*=)*


*the food-ed*

*makan=seronok*



*camera=peace*

*******************************************************************************
Best kawan ngan hampa semua.... Hampa semua best. Keja gelak ja aku dok ngan hampa.... Kena marah pun aku nak gelak jugak.... Selamat berpraktikal semua.... Majukan company baik-baik...
Jaga diri, x mau buas2, xmau masam-masam muka.... Sorry, atas semua silap dan salah... dan terima kasih sebab layan ja kerenah aku selama sebulan neh.... Hahaha, kesian kat hampa no.... Don't worry, lepas bagasi aku keluar, bilik akan kembali kemas dan teratur. hahaha.... Semoga berjaya, lambung helmet masa hari pengdiplomaan... Jangan berenti sampai tu saja, sambung sampai dapat lambung topi yang 4 segi ada bulu2 tuh.  Semoga berjaya....

XOXO.

Saturday, July 13, 2013

Speech and Language delay...

Assalamualaikum.. Selamat pagi...



Tajuk entry sangat berilmiah kali nie... YES!!!!! ayuh sedarlah ibu dan bapa sekalian.... Jangan biarkan masalah ini berlarutan.....



Walaupun aku masih lagi belum berkahwin, belum bergelar ibu/mama/umi/ami or what-so-ever, tapi izinkan aku untuk bercakap mengenai masalah ini sebagai seseorang yang ada sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan mengenai Speech and Language delay....mmm... I'm Speech therapist will be... InsyaAllah...



Apa itu speech and language delay?
Harus diingatkan masalah nie bukan sekadar untuk diterjemahkan sebagai "lambat bercakap" semata-mata.



Ok macam nie
speech = pertuturan. bemaksud apa yang dipertuturkan/ aktiviti bercakap.
language = bahasa. bermaksud bahasa yang difahami dan disimpan di dalam kamus minda yang terletaknya di dalam otak.



untuk membolehkan seseorang bercakap, bahasa must come first....



Get it?
Kesimpulannya, kalau kamus minda kita kosong, tak ada perkataan yang kita faham kita tak boleh bercakap.
Sebab tu la baby yang baru lahir, tak boleh cakap. Minda mereka masih kosong, suci dan bersih.



Macam mana nak peroleh bahasa?
Bahasa diperoleh melalui pemerhatian, pendengaran, pemahaman...



contoh, baby yang baru lahir nak sebut perkataan 'mama'



Pertama, mereka akan memerhatikan dulu... siapa yang menyusukan dia... siapa yang kendong dia... Tiba-tiba baby dengar eh-eh, dia sebut 'mama'... baby akan persoalankan... "mama" tu bunyi apa.... setelah setahun baby dengar perkataan 'mama' tu ulang-ulang kali,... baby akan faham... owh, mama tu dia. dia tula mama.... lepas tu barulah, lepas umur setahun, baby akan sebut "mama" dekat mak dia...

Seeeeeeee???? berapa lama proses tuh....



cerita yang dekat atas nieh, bagi bayi yang normal... yang tak ada masalah... sihat sempurna fizikal dan mental... Alhamdulillah...

Masalah akan timbul bila, baby ada masalah.
-pendengaran.
-syndrome.
-kederaan otak semasa proses kelahiran.
dan lain-lain lah...

lazimnya, masalah yang mempengaruhi otak. TAPI... kadang-kadang sikap ibu bapa sendiri juga menjadi pencetus kepada permasalahan ini


I'm serious ~~~


Macam mana nak tahu, kalau-kalau anak saya ada masalah nie?

This is the issue...
Sekarang neh, kesedaran ibu bapa masih lemah... Anak umur dah 2 tahun, tak boleh cakap lagi, ibu bapa cakap "tak pa, dia lambat sikit ja tuh, esok-esok boleh la. nak kalut mana."

kan??? betul x?

I had been in that situation ... Nak buat macam mana kan, ilmu baru sejengkal dua, jadi yalah, dah orang tah mahu, kita pun tak hingin la kan.

Sila rujuk carta perkembangan bahasa pertuturan dan bahasa ya. Sila  Google. Benda nie bukan lagi sesuatu yang baru, sepatutnya. *Tapi xpa la kalau rasa perlu nanti, saya share*


Kadang-kadang, bila kita tengok, anak kita aktif berlari, melompat, melebihi anak orang lain, cuma masalah dia, tak boleh cakap JE... please be aware jangan tunggu... segera bertindak....


Kadang-kadang.... JE yang kita maksudkan tuh, boleh jadi punca kita dapat tahu apa masalah yang dialami oleh anak puan...


Ada banyak lagi persoalan yang akan terlintas bila berbincang mengenai penyakit nie kan.
- Kenapa boleh jadi?
- Macam mana nak elakkan?
- Kenapa ibu bapa ?
- Macam mana nak tolong kanak-kanak yang ada masalah nie?

Tapi untuk entry kali neh, setakat sini la dulu .... Bukan apa... Bila tengok log file kan, macam banyak nya case Speech and Language Delay, bila tengok umur eh2, terperanjat mat nok, dah nak masuk 6/7 tahun pun...

Bila ditanya...
ST: Eh2 puan, kenapa baru bawak anak jumpa saya?
PT: Sebelum nie saya ingat anak saya lambat boleh cakap ja, tu yang biar. Lagi pun anak saya xda sakit apa.
ST: Habis tu kenapa, bawak dia datang sini hari ni?
PT: *tersipu-sipu*, tahun depan nak sekolah dah dokte (sekadar panggilan). payah la kalau nak pi sekolah, kalau sembang pun xmau.
ST: ooooo...
PT: Agak-agak berapa lama anak saya nak boleh bercakap?
ST:  (^_^''')

Adoi la, kalau nak sebut perkataan pertama pun, setahun tempohnya.... ini kan pula nak sebut beribu-riban perkataan... tapi xpa.... boleh ja... cuma cepat dengan lambat jala...

Sekian

# Sekadar perkongsian... Currently sedang buat attachment dekat Hospital Sultan Abdul Halim, as a preparation sebelum masuk clinical years bulan 9 nanti. Bila dah buat attachment nie, rasa bertanggungjawab la pulak nak memberi kesedaran kepada masyarakat. Itulah sebabnya tetiba, setelah sekian lama berdiam diri tetiba munculnya entry nie... hmmm...