Saturday, June 22, 2013

Addiction....

Assalamualaikum....

Addiction?? ya, aku ketagih nak update blog hari-hari.. ye! aku telah menjadi seorang yang istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara... sigh... tu semua tipu... dah berapa lama aku tak update blog... banyak dah cerita-cerita/event-event yang best aku x tulis dekat sini... *eh-eh perlu ka? macam buang masa ja* ... No! it's perlu for me... nanti bila aku dah tua, dah beranak cucu, sekurang-kurangnya, bila aku baca blog nie, aku rasa muda balik, tetiba rasa bahagia... tak ka sweet macam tuh? .... kita tak boleh nak mengharapkan orang lain ja untuk bahagiakan kita. we need to find our own happiness jugak kan...


Aku dah buat satu list panjang gila, apa yang aku nak update kat sini.... Tp esok-esok jala yang tuh... Event dah basi, nak update pun dah tak semangat.. *Yang aku pun dah tahu dah basi tapi nak jugak uodate*... Ah tak kira, bagi aku masih perlu ok... 


What to share here actually??? emmm.... nothing... but seem likes there's something... but I can't told everything.... So apa motif entry nieh hazziah hoiii... 



DING DONG.... Ingat dah... aku nak cerita macam mana blogger mempengaruhi aku.... Tsk, harus aku mengaku, aku adalah seorang yang mudah terpengaruh... Oleh itu, janganlah kamu mempengaruhi aku dengan perkara-perkara yang negatif... *Aku benci naw, bila tetiba ayat aku melencong ke lain.*


Lately, aku suka blog walking.... Maksudnya, aku suka gi jengjalan dekat blog orang lain, sambil-sambil fikir *apa la yang dia nie tulis sampai beribu-ribu orang follow dia, bejuta viewers*... menyebuk tak aku? haha... Almaklumla, study week kan... Masa tu dapat la kita senggang-senggangkan mengikut sesuka hati tanpa perlu dipaksa kan...



Kesimpulannya, ambik kau.... dalam blog neh, macam-macam kerenah.... ada yang menjual beli, ada yang berkongsi segala jenis tips, ada yang mencari publisiti, ada yang buat secondary diary *macam aku la jugak*, dan macam-macam lagi lah kerenah manusia...




End up kan, aku dah jadi seseorang uang bergantung kepada blogger bila nak buat decision.... Owh man.... mana boleh macam tuh... keputusan harus berdasarkan daya fikir dan timbang aras fikiran sendiri *ayat apa aku guna nie.haha*


Nak beli compact powder: Google search , review compact powder terbaik blogspot 

Keluar la review bedak arab jenama Dorayaki dari Jepun... Ok, nama dia bukan Dorayaki, ada la something, aku tak ingat.


Nak beli inner neck : Google search, Inner neck untuk wajah bulat pipi terkeluar blogspot.

Keluar la inner neck Medina

Nak beli nose pack untuk buang black head dekat hidung: Google search, Nose pack paling power untuk cabut black head review at blogspot

Keluar la Hansaegee Nose Pack...

Nak masak puding tapi tak nak guna telur: Google search, ramuan puding yang tak guna telur blogspot.

Keluar la puding caramel, tanpa telur Cik Epal




Nampak tak bertapa banyak kebergantungnya aku dekat blogspot neh.... Semua benda yang aku nak buat, mesti aku nak refer review dari blogspot.... Sepatutnya, aku kena kaji la barang yang aku nak beli tu dulu, tengok bajet, tengok ramuan dia, then baru aku boleh decide.... Mana boleh main decide berdasarkan pandangan orang lain ja semata kan.... Tak bagus kan.... haish....

Tapi kan.... tapi kan.... Aku bahagia buat macam neh... ahahhaha...

Melampau ah wei, buat assignment kena refer journal omputih, nak present case kena cari info dekat library, nak buat rationale kena cari research... Kan nanti, nampak ja reference, ada cenonet tet .blogspot habeh ditolak bahagikan markah aku... So terpaksa lah relakan diri.... huhuhu.... *Jangan salah faham, benda-benda macam neh, memang kita kena rasa terpaksa dulu baru terela bai*




Nie lah cara aku sekarang... Bagus atau tak depends kepada individu... Tapi bagi aku, bagus la untuk kita dapat gambaran awal... Lagipun orang yang tulis blog nie semua manusia kan, so mesti la diorang ada pandangan masing-masing, berdasarkan pengalaman... Jangan tak tahu, nak sign up google account pun kita kena confirmkan yang kita neh manusia taw bukan robot...


*Tapi kalau kau rasa, pengalaman tanpa fakta tak memberi sebarang makna, silalah kau rajinkan diri pergi cari research ek... Mana tahu, alang-alang dah baca research kau boleh terus buat research baru... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan..haha*


Sapa-sapa yang suka cara aku neh boleh la try... Jangan risau, dekat google search tuh, kau boleh taip sebodoh-bodoh ayat sehinggalah sebijak-bijak ayat, dengan penggunaan kosa kata yang 100% tepat....


Tapi awas, bila kita cari review berdasarkan pengalaman orang, kita tak boleh terus percaya 100%... Review sekadar nak bagi idea kasar apa "benda" tu ja... Yala, sebab kadang-kadang, orang yang buat review product nie "dibayar" tahu #aku sedang berbisik, seolah-olah perkara ini rahsia dan tidak diketahui umum#


Dah nama pun berbayar kan, mesti la yang ditulis semua semanis kurma seindah asmara kan... Lagi bagus, lepas kita dah baca banyak-banyak  #point penting neh, sudah aku boldkan, condongkan dan gariskan lagi# review, kita kena jugak kaji "barang" tuh secara individu dengan penuh professionalism and charismatic. 

So nasihat aku jangan lah mudah terpengaruh... Tuja, apa yang aku nak sampaikan... Pandai-pandai la korang cari mana part "addiction" yang aku jadikan sebagai tajuk entry pada kali ini... 

Minum sirap buji selasih,
Sekian, terima kasih.



Tuesday, June 11, 2013

Idioms...

Assalamualaikum....

Kan aku dah kata, sekali aku dah terupdate blog, hari-hari aku rasa nak update....

Ok hari nie kita belajar la sikit pasal peribahasa, nama Englishnya Idiom... hahahahhaha.... Aku rasa nak gelakkan diri sendiri.. Ada event sebenarnya pasal Idiom nie, bagi aku lawak sangat-sangat-sangat! sebab tu awal-awal lagi aku dah gelak...

Hari ini, aku ada paper BI, kod LSP402,
Final stage untuk mereka-mereka yang dapat Band 3 MUET...

Jangan pandang hina ek Band 3 pun, kalau dekat kampung, 
kira aku lah yang paling tere speaking omputih..

Ok2... back kepada event yang aku rasa macam lawak sangat tuh...

Sebenarnya, macam nie taw, dari aku sekolah menengah lagi, asal ada exam subjek Bahasa yang kena tulis karangan ja, mesti perkara utama yang aku akan buat, cari peribahasa banyak-banyak...

Kalau kena buat essay BI cari idioms la banyak-banyak. Konon idioms nie boleh jadi penyedap rasa la. Disebabkan rasa essay tu sedap, examiner tak da la usha grammar aku sangat... Setakat tukar She dengan He apa la la sangat kan... Jantina ja lain, tapi masih manusia kan...

Nak dijadikan cerita, aku bawak benda sampai ke Universiti. Kelam kabut la aku cari idioms pagi tadi sebelum gi jawab exam.
 Padahal dekat U mana ada orang pandang pun idiom kau Cik Yah oii... Orang tengok fakta beb, lagi orang terpesona kalau sebelah fakta tu kau letak citation, (Aziah, 2013). *lagi terpesona examiner nak tolak markah, bila nama aku yang di beri penghargaan*

Disebabkan aku dah cari idioms banyak-banyak, boleh pulak masa aku duduk dekat aku punya sit, sambil-sambil teropong kertas soalan tuh, sekali bermacam-macam jenis idiom BAHASA MELAYU yang terlintas di benak fikiran ku.... Aku yakin aku baca English's idioms pagi tadi...

Tetiba kan, aku nampak ada sorang nie, dia jalan nak gi seat dia. Seat dia dekan kawasan berhadapan dengan aku, bukan depan aku. Depan aku Adibah! Ketua kelas kott...kau jangan.. haha

Aku rasa orang yang aku nampak tu mesti study gila-gila nya semalam... tengok gaya dia jalan macam nak-tak-nak ja, dah la masuk dewan lambat... Boleh lagi adrenaline dia tak ter stimulate... kalau aku mesti dah merangkak dah bawah meja, tak mampu nak menahan panahan mata orang yang memerhati, walaupun orang tak peduli pun. Exam paper lagi penting r beb. *Adrenaline aku memang selalu buat aku jadi over react. 

Sambil-sambil aku tengok budak tu jalan, sambil aku tengok jam, agak-agak bila la dia nak sampai seat dia... tetiba ja keluar ayat nie ha 

" Kesian..... hidup segan mati tak hingin"

Buat nya budak tu dengar, dia doakan kan aku tak boleh jawab exam, sia-sia ja...
Lepas tu cepat-cepat la aku istighfar...

Alhamdulillah, nasib baik boleh jawab ambik exam....

~~~~~~~ 

Lepas dah habus jawab, sementara tunggu pengawas peperiksaan kutip kertas, dari jauh aku terpandang, sorang mamat nie...
Dia dah lain weh, dulu, dia xda simpan janggut pun...
Tapi tadi aku nampak dia dah berjanggut....

aku pun tercakap lah..

"amboiiiii....seperti janggut pulang ke dagu"

hahaha...takda kena mengena langsung! tapi mungkin sebab janggut kot, peribahasa tu boleh terkeluar.

Ok...tujala.... Saja nak gelak-gelak, senyum-senyum sambil taip entry neh... Avoid stress

FYI: Benda nie x lawak pun sebenarnya bila di baca.. Tapi lawak bagi aku yang mengalami... Saja suka-suka. =) hehe... Sepatutnya tajuk entry, The Power of Idioms.. 


Monday, June 10, 2013

Journey To Become A Speech Language Pathologist.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak aku update blog nie yang dah lama mengusang... Biasala baru habis final exam kan... oo-oo, bukan semua, baru habis satu paper ja...

Ada baca tak entry aku yang bertajuk Perjalanan Yang Sangat Jauh, alah yang cerita pasal aku travel pergi Paris sengsorang bawak 500 ringgit ja tuh... ada baca tak?... ok2, view la dulu entry tuh... Kalau korang tak baca, nanti korang tak faham apa yang aku nak cerita dekat sini.... ceeee, penting ka baca entry aku? 

Cup-cup, before aku cerita lebih panjang, boleh tak nak deal something dulu ngan korang... huhuhu... boleh x nak share post nie dekat FB? ok janji, aku tak da buat caption apa-apa... aku post ja, lepas tu blah... lagi pun tu FB aku kan *hehehe...so jawapannya BOLEH*

Ok sambung...

Sebenarnya entry aku yang dulu tu aku cerita pasal pengalaman aku gi interview sebelum aku dapat tawaran untuk buat ijazah dalam bidang Patologi Pertuturan dekat USM nieh... Pengalaman aku la kan masa nak dapatkan pendapat, pengalaman orang yang sedang/pernah ambik bidang Patologi Pertuturan nie dulu, bukan main susah.... Agaknya diorang sibuk sangat kot, sampai tak sempat nak berentry-entry bagai...

Lain la kalau ambik kursus yang hot-hot macam Medic, Dental, Lawyer suma tu kan... Ramai ja buat review pasal kehidupan diorang... Untung la course glamor... Boleh main kibas-kibas white coat, boleh gantung-gantung stethoscope dekat leher, boleh letak "hammer" dalam poket...

Tapi entry aku yang dulu tuh, aku cerita pasal pengalaman aku mai interview dekat USM Kubang Kerian, sekali ada sorang 'junior' nieh, dia cerita pasal pengalaman dia interview dekat UKM , Universiti Kebangsaan Malaysia... Lagi daebak weh!... Meh aku paste dia punya komen...

# Maaf la ya, entry aku memang tulisan ja banyak... lagi pun benda-benda ilmiah nie, memang sinonim dekat penulisan kan. ilmiah sangat Kak Jah

" Kak aziahhh.. alhamdulillah telah jayanya saya mengharungi temuduga tu. hahaha . interview through SKYPE. awesomeeee dak? -,- depa nampak muka kita, tpi kita tak nmpak muka kita. not fair betul. teehee. tpi, the conversation went well smoothly. mira tggu 5jam, then baru my turn.. bayangkan betapa mengantok(dah tdoq smbil tggu turn, entah2 orang nampak heee), panas, ya Allah. hanya Tuhan saja yang tauuu. 

time dok tggu turn duduk atas kerusi kat luar bilik tu, adalah sorg hamba Allah ni dia kena interview dietetik. Dia dok baca text apa taktau dah serupa mind map dah -,- saya CUAKKKK KOTTTTTTTT. mana tak cuak tengok budak tu dok hafal2, yang saya senyap tpi dalam ati tak abih2 dok berdoa and mulut dok tekumat-kamit berdoa. uhuhuhu. seram tengok dia. tpi lantak ahhh malas nk tgok dia nasib baik dia balik awal dah habis intvew awal. fuhhh selamatttttttt :D


after solat zohor, tggu lagi sampai la turn sayaaaaa. masuk dgn confidentnya mukaaaa senyummm padahal takdaorg pun kat dalam bilik tuu. HAHAHAHAHA. bila dok atas kerusi saya ingat segala pesananmu kak aziahh apa yang kak aziah dah explain kat saya. hahaha. fuhhh saya pun popek2 laaaa sorg2 kat depan laptop tu mcm org tak betoi pun ada. ahak2. saya cakap myself panjang sngt smpai interviewer tu cakap, i think i neede to cut your conversation, then dia pun masuk la dgn soalan. fuhhh legaaaa part pengenalan diri dah lepas. teehee


then dia pun tnya la soalan, actually soalan dia tak berapa clear sngt almaklumlah audio laptop then tambah WIFI tak ok ka apa. huhuh . saya pun main hentam 

jawab.HAAHAHHA.confident bak kata kak aziah? :D

 dia bagi situation pasal ada budak kat shoppg complex dgn mak dia, budak tu takmau balik tpi mak dia dok marah2 so apa yang patut saya buat. saya pun cakaplaaaaa ttg budak tu, then depa ckp no2 depa nak tau apa nasihat saya kat mak dia. chehhhhh -,- takpelaaaah janji confident jawab. ahak2

then sec, dia suh saya pilih num. saya pilih num 3. soalan dia berbunyiiiiiiiii 'a deaf person want to make a phone call at the telecom shop, so how would you help that person'.. dgn sepantas kilatnya saya jawab. i will ask that person to write on a piece of paper than passed to the telecom shop memebers and ask them to make a phone call for him' then depa cakap. OKKKKKKKKKKK ,OK I THINK THATS ALL AMIRAH. wowwwwwwww! 


OH YAAA, before the conversation ended, 2 orang INTERVIEWER tu CAKAP ''ohhh orang KEDAH ni peramah2 ye semuanyaaaa!'' sayapun jeritttt ahhhh HIDUP KEDAH! hahahaha. nampak tak semangat assabiah kenegerian dan bangga distu :P 


alhamdulillah, semua kuasa Allah seriusly saya cakap kak aziah, saya taktau pun saya jawab mcm mana jawapan tu tpi dgn mcm mulut saya dok cakap2 jawapan :') syukurrrrrr sayaaaaa. Allah is great. 


conclusionnya, jgn lupa Allah. sepanjang saya menunggu turn saya, saya asyik baca surah taha ayat 25-28, surah ajaib! :') yang penting doa kita, ibu bapa, sahabat..itulahhhhh yang saya dapat kongsikan bersama kakaku aziahhhh. interview dah lepas result dah keluaq tpi cukup2 makan ja mcm range kak aziah juga. takpe, ada rezeki untuk mira,insyaAllah dapat kan kak aziah? DOAKANNNNNN UNTUK SAYAAA. BTW, THANK YOU SO MUCH FOR INSPIRED ME! :') MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYSSSSSS. thanks for the doaaaaa too.

x "

Nak terharu sikit bila baca "inspired me" tuh... hahaha...

Amacam, makin canggih kan, interview guna skype... ntah-ntah, bukan setakat skype tapi seluruh kawasan interview tuh ada CCTV n diorang sedang memerhati setiap tindak tanduk kita....

Bila baca pengalaman junior-junior yang tengah struggle nak dapat tempat sambung belajar, then aku rasa bersyukur sangat ya Allah, kerana telah permudahkan jalan aku dan menjadi insan terpilih untuk pegang amanah nie... So marilah kita manfaatkan peluang dan nikmat yang dikurniakan ini... Moh la kita study...

FYI: Speech Language Pathology bidang yang still baru dekat malaysia, sebab tu la masih ramai yang tak tahu, dan sekaligus menjadikan bidang ini tidak berapa fames dikalangan pelajar-pelajar cemerlang SPM. Aku harap pengkongsian nie, dapat la dimanfaatkan sedikit sebanyak....