Thursday, March 21, 2013

Cermin mata....

Assalamualaikum...
Tajuk entry saya pada hari ini, adalah... CERMIN MATA...
(tak da niat pun nak bagi taw, saya pakai cermin mata baru taw.... ops, terlepas cakap la pulak.. hehe)

Cermin mata,
Engkau umpama plastik cernih di hadapan mataku,
Paling menambat hati, 
Engkau hadir bersama bingkai yang pelbagai,
dan menarik perhatianku..
*Sajak poyo karya Misskyway*

Pada masa kini, mungkin cermin mata kelihatan/kedengaran sangat kolot, dengan adanya kanta lekap.... Tapi tidak bagi Missskyway, cermin mata adalah identiti diri saya.... kedengaran sangat pelik bukan? anda ingin tahu mengapa?? ( tak mau sudah! pi main jauh-jauh... nak taw, sambung baca sampai habis)

Misskyway mula pakai cermin mata masa darjah 2,umur 8 tahun?? bukan sebab rabun biawak, tapi sebab "I'm looking for my identity". Kedengaran macam orang yang hilang ingatan ja kan.. tak la, igatan masih kukuh... "power" cermin mata saya masa mula-mula pakai, adalah 0.50 both side of eyes, sikit silau sebelah kiri... tu masa mula-mula pakai... dan sekarang.... hmmmm... MASIH SAMA!!! amazing bukan??? hahahaha

Macam mana identiti boleh hilang?

Ceritanya begini, waktu saya umur 6 tahun, saya suka main dengan cotton bud, untuk korek-korek telinga... Disebabkan cotton bud tak sesuai digunakan oleh kanak-kanak 6 tahun, jadi my beloved mother pun sorokkan cotton bud atas almari yang paling tinggi... sebelah almari, ada mesin jahit, bawah mesin jahit ada kerusi.. hmmm, boleh bayang?? hahaha... 

Nak dijadikan cerita, satu hari, waktu mak saya tengah tidur tengah hari, saya telah panjat kerusi, untuk naik atas mesin jahit, kemudian saya meniti dan cuba explore bahagian atas almari untuk cari cotton bud... Tara!!! jumpa!!.... yeay!!! *kemenangan yang hanya sementara*

Sewaktu nak turun dari mesin jahit ke kerusi , baju saya tersangkut dekat bucu mesin, dan saya pun tersembam, dan vrrrroooommm!!! pek! hidung saya smash lantai yang tersangat la keras tanpa beralaskan carpet tebal... what happen masa tu, hidung saya bengkak besar sangat, bagai ditiup2 ja.... Sakit sampai kebas... so my mom bawak pergi klinik, dan doktor kata, takda apa pun, tuam dengan ais ja... so saya pun balik la rumah... disebabkan takut mak marah, sebab ketegaq/degil nak main jugak cotton bud, i choose untuk ketuk ais blok kecik2 , bungkus n tuam sendiri.... hasil esoknya, alhamdulillah dah surut... back to normal kah??
NO!!!!!

Bagi saya, pada masa dan ketika itu, saya bersyukur ja sebab hidung dah tak bengkak kan, but I know for people around me, saya nampak pelik with the new "hidung bulat"..hahahahaha.. (Gelak la , gelak)...

Disebabkan saya rasa tak selesa bila orang asyik pandang pelik, waktu darjah dua, I decide to wear spectacle.. (nak cover hidung sebenarnya.. ahaha)

Setakat sekarang, saya dah ada 7 pasang cermin mata, tak ketinggalan juga contact lens.. Over mengalahkan orang yang sememangnya rabun tahap kritikal.

1) Bingkai: Plastik jernih. Besar nak mamp.
Waktu pakai cermin mata yang pertama, saya ambik ja cermin mata kakak saya, yang dia dapat free dari sekolah. main pakai ja, tak pergi check lagi pun... My parent pun kasi ja dulu, sebab diorang pun tak faham "Dah kenapa la budak nie tiba-tiba ja nak pakai spec"

2) Bingkai: Bulat seperti gelung rotan, dan kecil molek  
Masa nie, first time dapat my own official punya cermin mata... Check dekat kedai mata ja, tak jumpa doktor dulu.. Dan sudah tentu la kan, orang kedai tu sarankan saya pakai spec, tak kan nak kata tak boleh kot. This is about money okeyh...

3) Bingkai: Petak. Frame penuh, dawai kecik. (pandai-pandai la imagine)
Masa nie, saya dah menengah pun... Kali nie, ada style la jugak spek tu kan.. first time pakai, kawan-kawan dekat hostel kata "laaa Aziah ka, ingatkan senior tadi".. masa zaman nie, rasa bangga sikit kalau orang kata macam senior, sebab senior cantik-cantik... mana la tahu kan, kita pun cantik jugak.. ahak...

4) Bingkai petak. Half frame warna blue black.
Dengan spek nie, my confident level increases. Dah berani cakap depan kelas. And also very the 'gatal' one.

5) Bingkai petak warna pink...
Bajet gila masa pakai spec nie.. padahal tudung selalu ja kembang sebab spec nie besaq sangat. huhu

*masih dalam simpanan*

*till the end of my school years*

6) Bingkai Coklat, Half frame
I wear this before saya masuk Asasi... Saya pilih this kind of spec sebab, nak kelihatan matured, yalakan dah nak masuk universiti pun..

*masih dalam simpanan jugak,
'foot plate' yg dekat hidung tu memang warna kuning ok*

* 1st time sampai kelantan, also wearing this spec*

7) Now... tara.. Back to old school... Full Frame dark maroon. 
Decide to change sebab nak kelihatan muda balik, sebab even my lecturer pun cakap dia lagi muda dari I. mana boleh kan... (sebab  lagi penting, memang kena tukar pun, sbb I need to upgrade cermin yg calar balar, dan dah x boleh tahan silau dek kerana cuaca di kelantan neh.)

* I used to wear it everyday.... but still la, umur is umur, tua is tua, muda is muda.. 
kena terima la hakikat*

Contact lens, I pakai masa trend pakai shawl mendapat sambutan hangat... Of kos la saya pun nak follow the trend jugak kan... Tapi tak boleh la... My eyes cannot adapt with the 'foreign bodies' inside... Penah sekali, pakai lens, tetiba ja rasa masa sengal2 dalam mata, cepat2 lah saya tengok cermin, and guest what, lens tu tersangkut dekat dalam kelopak mata!!! So saya pun, terus jegilkan mata, tarik kelopak mata, dan guna kuku dan jari untuk tarik the lens keluar... Lepas tu terus serik....

Tapi tolong la jangan percaya, kalau ada orang cerita, lens dia hilang pergi belakang mata, then x boleh keluar, kena keluarkan mata dulu, untuk nak keluarkan lens tu... Tapi betul la, pakai lens lagi bahaya  compare to spectacle. tambahan pula, sekarang nie, ada lens korean + big eyes yang RM10 sepasang dekat pasar malam tuh... Kalau nak pakai lens, pastikan anda seorang yang
-pembersih (cuci tangan besih2 dulu, before main dengan lens)
- Tak cuai (tahu bila masa nak terlelap, jadi tak la lens tu pun dibawak tidur bersama)
- Kelopak mata tak gelebeh ( kalau kelopak mata asyik nak tertutup ja, jangan la pakai lens, susah gila lens tu nak lekap nanti, lepas tu bila dah lekap, dia akan sangkut pulak dekat kelopak mata... Macam kes missskyway tadi tu lah)

Tapi kalau nak memudahkan lagi kerja, serta menjimatkan wang, jagalah mata anda sebaik mungkin.... Nikmat penglihatan, adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Sayangilah mata, dan peliharalah pandangan anda...

FYI: This is just my thought based on my experience... Sorry for silap and salah....
Sapa yang rasa ter-annoying with my bahasa rojak yang diamalkan oleh generasi Y pada masa kini, sorry la ya.





Thursday, March 7, 2013

B.O.B

Assalamualaikum....

Battle Of the Islamic Band... atau lebih dikenali sebgai B.O.B. Ok, biarlah poster di bawah berkata-kata.. Acara B.O.B merupakan salah satu program FESKI ( FEStival 'K'esenian Islam)... yag 'K' tu x pasti betul ka x kesenian... emm.. sorry deh.



Tujuan entry kali nie khas untuk saya meluahkan komen serta pendapat mengenai event yang gilang gemilang ini... Siapa saya yang nak memberi komen neh? hehe.. Saya bukan juri, saya cuma penonton yang kelam kabut berlari dari PUMA ke Dewan Utama, sebab salah tempat ... Event dekat dewan utama, saya tunggu dekat PUMA... mmg tengok Battle of the Cat jala yang semakin giat kan... Thank you to VVIP sebab datang lambat, sekurang-sekuragnya saya x miss any performance... Syukur Alhamdulillah.. Marah penganjur.

1st expression 
"Wow hebat!!!"
Sebaik saja membeli muffin coklat dan blue berry, isi borang untuk "merit", mintak borang 'mengundi' dan melangkah masuk ke dalam dewan, tu lah perkataan pertama saya... Hebat!!!... Taw tak kenapa hebat, sebab dekat atas tu saya nampak segala peralatan gendang yang biasa kumpulan nasyid guna + segala peralatan muzik yang kumpulan HUJAN selalu guna... (kenapa HUJAN, sebab penulis nie suka lah.).

Bagi sesiapa yang memang dah selalu enjoy hola-hola, huray-huray, mungkin la benda tu biasa, tapi yang membuatkannya luar biasa, sebab event nie dekat USM Kampus Kesihatan kott... Jangan tak tahu, student2 kat kampus nie, suma busy , masing-masing menggalas tanggungjawab. Sepanjang dua tahun dekat USMKK neh, kalau ada event, buat penat pengajur ja susun kerusi banyak-banyak, yang datang tu ada la sejemput dua. (Amboi!, dah macam cengkodok pisang dah). Salah satu sebab lagi nie lah, dewan penuh!! hebat.

Masa nie, borang mengundi rasa tak hebat sangat. So alasan yang paling mulia adalah, "Simpan jala, mana bawak pen pun".

2nd expression.
"What!! Ada juri komen? Macam Idola Kecil lah"
(kenapa Idola Kecil? Again sebab penulis suka lah. Suara budak2 lagi comel dari yang dewasa)
Eh adaka sebelum nie, pertandingan battle ala-ala nasyid kotemporeri ada juri a.k.a pengkritik? ada?! klu ada mungkin penulis tak tahu la tu kan, tula sebab tengok Idola Kecil ja kan. hehe. Juri tadi pun, amboi!!! bukan main, kritik habis, dari suara, persembahan, busana, pergerakan, semua la kan... hebat-hebat! juri memang tere mainkan peranan... bukan senang taw nak nilai persembahan orang, hati dan perasaan orang pun kena jaga jugak... Suka part komen BUSANA tu... hehe... tapi betul, dengan first expression orang akan nilai melalui penampilan diri. Good job juri!

3rd expression.
"Ok dah mula... Gila nerves".
Part nerves tu over sikit, terlebih mendalami perasaan peserta... (semua peserta ya)
Tak banyak kumpulan yang bertanding malam nie... Ada 4 ja... Tapi dia punya saingan... Perh!!! sengit kott!!tu yang nerves gila tuh... setiap kumpulan ada gimik diorang... Ada video intro... Ada yang mintak undi, ada yang pekenalkan ahli baru, ada yang pekenalkan kumpulan...

Bagus la kan, xda la buang masa, naik stage baru nak build rapport...

- Persembahan pertama.. kumpulan AKUSTIKA FIRDAUSI

* Akustika Firdausi *
Ganteng enggak?? maaf, tak da kategori untuk itu ya.. 
Diorang nie pelajar tahun 3... Performance diorang best! Tajuk lagu, alamak x ingat la pulak an sebab nerves tak tentu pasal . Muzik, diorang main sendiri. Sebelah kiri tu musician... best kan Gendang... Penulis dah jadi addicted sikit dengan gendang atau drum semenjak tengok performance YAMATO dulu... Part yang paling best, penulis berjaya ikut diorang punya movement... tapi sikit jala... part yang, tangan selah kiri tunjuk kiri, lepas tu tunjuk pulak kanan, lepas tu angkat ke atas... Bangga betol.. hehehe... Good job Akustika Firdausi... Jangan lupa buat Fan Page.. haha

- Kumpulan kedua. SAYYIDUL MUSLIMIN

*Sayyidul Muslimin*
Kumpulan nie, terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1.
Sempoi la korang dik!!! hahaha... Tak pasti, ada tema atau tak persembahan malam nie. Tapi diorang punya performance memang out of box. Musician yang dekat belakang tu, bukan main jamming.. yang 4 orang sebelah kanan tu, backup singer, yang sebelah backup singer tu rap, tiga orang kat depan tu solo. 

Tapi jujur akak cakap, akak lagi suka tengok yang 4 orang backup singer tu.. hahaha... berani tu dah ada, tapi malu-malu la pulak... biasa la tu kan, baru 1st year, tunggu taun depan. Good la,, good sangat.. mesti lama gila praktis, nak buat gaya suma tu kan... 

Solo pun suara best... yang buat rap tu pun, bukan main lama dia ambik mood. Part nak rap lambat lagi, tapi dia dah mula terhinggut-hinggut rocking. Good, mendalami la tu maknanya.

Musician pun best... mula2 tu, ingatkan guna minus one, lama usha, pastu nampak jari terkuit2 petik gitar, baru la yakin, korang yang main music.. hebat!! 

- Kumpulan ketiga AMATUL BILLAH

* Amatul Billah*
Kumpulan nie juga terdiri dari pelajar tahun 3.Kumpulan nie gimik dia tak cukup setakat video intro, solo diorang naik front stage kott. Lain dari group2 yang lain.. mmg nampak senior habis la kan. Diorang pun main music guna gendang, memang dah ada gaya Yamato... Sampai jatuh gedebuk, gendang saiz S tuh. Semangat membara. Yeah!! boleh macam tu? haha. gurau ja.

Diorang pun ada buat ala-ala rap jugak sikit, ada gerak-gerak kedepan, sampai ke tangga you... konfiden habis... Setuju dengan juri, kumpulan nie, kumpulan yang paling matang.  

- Kumpulan terakhir yang ke-empat...SOUTUL AKHYAR

*Soutul Akhbar*
Takbir!!!!!!!
Yeah... kumpulan nie, memang penuh dengan semangat Jihad... Diorang mengaku, diorang praktis 3 hari ja.. 
Tapi diorang punya performance mantap.... Yang paling best diorang nyanyi lagu favorite penulis kott, "WAWASAN".... Best lagu tu... Selalunya kalau penulis malas gila nak study, rasa macam tak da matlamat, dengar ja lagu Wawasan terus sampai mood rajin tuh... Sebab rajin la jugak penulis taip entry nie... hehe...
Untuk lagu wawasan diorang guna minus one.... bukan senang, nak ikut tempo suma tu ok... nie bukan karoke. 

Lagu kedua diorang, penulis x ingat, tapi diorang mengetengahkan bumi Palestin... Sempat lagi, take a break,   minum air, lepas tu pakai mafla Palestin... Style kan...Kali nie diorang pakai musician... Ada drum + drummer kali nie... Drummer tu macam sama ja masa time Asasi dulu. X penting yang penting best... Paling suka part bunyi drum then semua ahli kumpulan keluar.... Bunyi drum tu sebijik macam dalam cerita siam First Love tu.. Again kenapa cerita siam, sebab suka la kan. 

4th expression. 
"Undi itu tanggungjawab penonton"
Alasan tak bawak pen, terus campak jauh-jauh, dan penulis undi kumpulan yang penulis suka the most. Semua best sebenarnya, tapi cuma ada satu ja yang terbaik di mata dan di telinga penulis. cewah. haha
Kagum betul... Cepat ajk2 diorang buat kerja, efisen sangat... baru ja bg kertas undi, lima minit lepas tu terus tahu sapa pemenang. Macam nie lah kan... Tahniah ek AJK2 semua... 

5th expression.
" Gempak la FESKI kali nie"
Ok.. penulis baru join dua event FESKI, pameran FESKI and B.O.B... Kedua-dua nya best... Pasal pameran tu, tak rajin la pulak nak cerita dalam entry nie. Tapi best la, banyak improvement dari yang lepas. Ada sorang juru hebah, dekat pintu masuk pameran tak habis-habis panggil pengunjung.. Macam tula kan... One word to describe B.O.B , "versatile".

Selain tahniah untuk peserta, tahniah jugak untuk ajk2... Penulis halalkan notification penulis, untuk dipenuhi dengan hebahan2 FESKI (mcm la aku sorang an. gurau ja)... hehe... Salah satu sebab event nie gempak, sebab publisiti yang meluas jugak... Dengan adanya komuti2 yang hebat macam nie, baru lah USMKK nie nampak meriah sikit an... Kalau tak sunyi ja... Segunung syabas dan tahniah untuk semua peserta dan penganjur program nie. Menang kalah tak penting, yang penting mencuba... 

FYI: BOB yang malam nie untuk muslimin ja, sebab tu semua kumpulan lelaki... BOB muslimat akan muncul dalam masa dua hari saja lagi... kita tengok kumpulan muslimat mana pulak yang menang tahun nie... kalau tahun lepas penulis and the gang juara (saja nak habaq), taun nie siapa la pulak an. jangan risau penulis and the gang tak join tahun nie sebab faktor masa yang keep on demand. 

* Jom ramai2 tengok BOB muslimat nanti nak? *


Thursday, February 28, 2013

Awesome Friday Night Movie!!!!

Assalamualaikum.... 

The awesome Friday night movie, is----- watching YAMATO performance for LIVE!!!!!

*argh!!!!!!! YA-MA-TO*
(most of the crowd shouting the same things. terutama girls la of course .hehe.. )

What is Yamato is????
Apa yang aku tahu, YAMATO berasal dari negara Jepun, dan ditubuhkan di Nara. They played "Japanese drum". Don't get wrong. - nie bukan drum yang bunyi sepesen ja tu, keletong..keletong..keletong.- They played drum energetically, spiritually, they enjoy each beats of the drum, they strike the drum with fully of heart on it, they really-really-really-really-really entertain the audience. 

Lucky me, I got the chance to see their performance for live and FREE!!! hehe... 

They got a variety of drum's size... From XS-XXL.. trust me..

* their Drum!!! Label the size by your own. But, not all size available here *
dah macam jual baju pulak an..

*yeah... dapat tangkap gambar dengan drum pun ok la kan, nak buat macam mana dah drummers tak sudi*

Gambar2 diatas diperoleh setelah persembahan tamat... Sebab sewaktu pesembahan berlangsung, amaran dilarang menangkap gambar dan merakam video dikeluarkan.. So yeah, we just enjoy every moment of  the beats. 

Their performance is about 70 minute non stop...!!!!!!!!!!!!!!!! (imagine la kan, berapa banyak tenaga diorang guna, kita nak menulis essay, 15 minit pun lenguh tangan sehari)... After the 70 minutes ends, the crowd shout "we want more! we want more! we want more"...

Aku macam.. " Erk, tak syukur nikmat ka apa diorang nie.. orang dah bagi 70 minit, nak lagi pulak"

But something unexpected happen!!!!!
Suddenly, YAMATO come out again, and continue their performance for about 30 minutes.
*tak kisahla, if it is just a gimmic for the crowd to keep shouting or what so ever, but for me, I'm really-really appreciate that* 

Ntahla, hard to describe more about YAMATO... they are - amazing, bombastic, fantastic, awesome, charismatic, energetic, handsome, tough, muscularic,eye catching   and a lot more...

*still energetic after performing*
berpeluh-peluh diorang taw lepas performance, macam baru lepas kena rendam dalam swimming pool

*so muscular!!! Imagine how hard they strike the drum, to deliver each beats*
Owh, another things. They don't used any microphone during their performance ok.

*YAMATO!!!!... I love your performance a lot. Do visit Malaysia again!!!*


* I'm not picturing with them, but I do picturing with their name.=( *


FYI: This performance is on 23 Feb 2013 , at USM (Kampus Kesihatan) main hall... I had tried my best to get the best picture of YAMATO... The crowd and me, goes wild, when YAMATO come out from the hall after the performance. Everybody nak tangkap gambar diorang, sebab dekat luar dewan bebas bergambar. YAMATO sampai takut, semua orang serbu diorang, and they decide to stand up on a chair... so that's why some of the picture, we can view "something" from the armpit. Sorry for that. I'm not planning to humiliating anyone. For me, normal la tu, seksi what.. hehehe..  



Wednesday, February 20, 2013

Practice make perfect....

Assalamualaikum... 
Good evening... (as I'm still not plan to sleep yet)

my entry for today is practice make perfect...
but... what, I'm really want to practice??
hahaha...
of course, I want to improve my English....
in terms of communication, writing, spelling...

Actually I had got this idea from my lecturer but I modified a little bit...
my lecturer said
"If U want to master a language, think in that language"
I tried to practice it already, but I found it quite hard, because for almost 20 years, I used malay the most.

yeah, I do understand people talking in English, but when it comes to me, it sound like direct translation with Pause and pause and pause....
and people that hear I'm talking will come out with this face...



so, what I'm trying to do now is writing my blog in English, because, as I'm writing in English, I'm also think in English....
Yeah, there would be a lot of grammatical error...
Sorry for that,  "grammar" is one of my weakness....

Hopefully, I'll be better day by day...



omb: It sound quite formal when I used English... yeah, I noticed a few error here... but-will fix it later. haha..   do help me improve my English friends... and let's strengthen our second language.... Now a days, each person must master two language at least to survive in this country... so, lets work together. 

Monday, February 18, 2013

Politic vs Family

Assalamualaikum....

Hari nie Selasa 19/2/2013, jam 12:18a.m.

Hot topic for this entry, "politic"... Isu yang sangat merbahaya, kerana...
" Hanya dengan politik seseorang dipandang hebat"
"Dengan politik jugak seseorang dianggap bodoh"
" Dengan politik jugak mencetus ribuan penyokong"
" Dengan politik jugak diburui jutaan musuh"
dan seterusnya...... 

On my behalf, I have my own view pasal politik... harus diingatkan, saya bukan penyokong mana2 parti walaupun my favorite colour is "pink". ( consider ja i'm turquoise - hijau kebiruan).... 

Masuk pulak part family ...
Saya anak ke-3 dalam family, which is selalu dikaitkan dengan sifat manja & matang (ia la sangat kan) and the one yang menghampiri usia 21tahun. (cukup 21 dah boleh daftar mengudi an?)... kampung dekat kedah... but I study dekat kelantan... (dah nampak belom permainannya di situ?)

Guest what, disebabkan politik, I always kena lecture ngan my mom... It just becoz my mom love to watch berita dekat tv3. ( so tahu la kan, which side my mom is)....
My mom always, macam ajak bincang pasal isu2 politik nie, dan selalu tanya pasal bebudak U... 
"awat depa la nie suka sangat nak buat perjumpaan semua tu?"
"depa ambik duit mana mengaji?"
"awat Bawani tanya soalan lagu tu?"
hahaha... ( tiba2 rindu la pulak)...

So saya sebagai anak yang dikatakan matang nie akan cuba jadi neutral untuk jawab...
" hala mak, budak2 U sekarang nie, depa dah cakna.. depa taw kepentingan depa dalam pentadbiran negara.... sebab tu kadang2 bila pendapat depa orang tak mau dengaq, depa terpaksa buat lagu tu, supaya pendapat depa tu didengari.... tapi tula budak2 hat baru nak naik nie, angin kadang2... tu yang kadang2 jadi tak berapa nak ceredik." (sila baca dalam longat kedah nae)

Tapi disebabkan I'm study di kelantan, my mom selalu anggap saya mcm penyokong pembangkang. Yala, sebab masa saya belajaq, saya selalu ja call mak bg tahu, nak pi dengaq ceramah nie mak... so dia ingat, saya pi dengaq ceramah politik... padahal saya pi sebab nak tengok Haliza Helmi, ngan Amin Idris (Saya pernah join Amin Idris punya seminar pasal teknik komunikasi... Dan dia sangat hebat berkomunikasi, sbb tu saya teringin nak tengok dia handle majlis... tak disangkal dia mmg hebat)...

Disebakan saya suka usik mak saya, so saya just admit, yang saya suka pembangkang... kadang2 saja ja nak curah api, when my mom talk about kawin... I will merapu dan kata...
" orang nak kenduri nanti, orang nak cat rumah warna hijau lembut, pastu tirai nak buat warna putih renda hijau.. baju nak warna hijau daun, khemah nak warna putih ngan hijau." ... she just reply "hmmm"... haha 1-0.. This from my side la....

My mom punya side pulak, setiap kali dia tengok berita, sampai dekat part isu2 panas , dia akan panggil saya and kata
 " hang tengok nie, BRIM nak naik pulak 1000, kalau pembangkang merintah ada nak dapat"
...and so on... untuk mengelak dari jadi anak derhaka , I selalu larikan diri bila diajukan soalan2 panas, yang kita sendiri kurang jelas... so my reaction is cepat2 lari masuk bilik... n my mom akan tanya, "hamboih, orang tak dan habeh cakap lagi, hang lari no" , and I just gelak dan bg alasan " Ayah mai dah, dia nak tengok tv plak. malaih nak kacau" hahaha.... so for this situation, seri... xdak sapa menang....

So saya ingat benda nie takkan berlanjutan la... BUT It's not.... hahahaha..... 

Hari nie, I just call my mom and mengadu..
" Mak aii, PTPTN masuk lambat sem nie... nak buat lagu mana?... ntah2 lpas PRU pa baru masuk..." (niat nak mengadu la nie kan)... sekali my mom jawab " hatu la sombong lagi, ada PTPTN suruh mansuhkan, tp PTPTN lambat pun hampa hingaq dah" ...hahaha.. unexpected answer... Same situation nak lari dari isu panas , I kata "adoiiii doi doi... sakit perut eh... nak pi bilik ayaq sat... nnt orang talipon lain no... ok bye.. Assalamualaikum".... hahahaha ( both mother and daughter laughing- my mom tahu I nak lari dari dia punya lecture dah)... sekali lagi seri...

Saya mcm terfikir balik, macam mana kalau we ( my mom and me) take this issue seriuzly and keep arguing? What will happen with our bonding? what about the term "family"? so tak mustahil la ada suami isteri bercerai sebab berbeza fahaman politik kan.... 

Bagi saya, politik is politik la... pleased keep your undi "rahsia"... everyone have their own thought... tak perlu kata siapa lagi hebat, sebab kita manusia, pasti ada melakukan kesilapan... So bila nak sokong mana2 pihak, think about their pro and cons... To make us right, cari lagi banyak information... Listen from both side... N make it ur own pendirian.... Undi adalah rahsia kan?..haha

But then, until now and hope till forever, I still kamcing with my mother... I love to make her smile... I won't cat rumah warna hijau, without her permission... hahaha... If, I am a man, and given an option, I want to married my mom... love U a lot mom... =) 


p/s: hopefully... I did't make this entry sound to politic... It is about me and my mom... jangan salah faham nae... hehe...






Saturday, February 16, 2013

Preparation to face new semester...

Assalamualaikum....

New semester begin... and for that purpose aku nak buat a few list mengenai benda2 yang aku nak kena improve... dari segi...
1) Cara belajar
2) Life style
3) Health care
4) Rohani. 

Sebelum tu, perkenalkan assistant saya yang akan membantu saya sepanjang tahun 2013. 

 *my 2013 planner*
harga dia RM4.90 sen ja... murah tapi sangat2 la banyak membantu... mana2 kedai buku ada jual tapi pada awal2 tahun jala... edition nie simple ja, sangat nipis macam buku amali sains waktu sekolah rendah dulu, dan macam kalendar...

*bahagian dalam*
simple an? I start guna planner nie tahun 2012, and it helps me a lot... tp kalau dah ada tablet or handphone mahal2 tu, xda benda nie pun xpa... guna jala kemudahan yang sedia ada an... tapi kalau saya, saya suka tulis lagi, sebab lagi cepat n efisyen compare dengan nak memaip satu2 guna query keypad tu an... terpulang...

Result sem lepas dah keluar... alhamdullillah bersyukur atas segala kurniaannya dan tahniah kepada diri sendiri sebab dah berjaya hapuskan gred C beserta adik beradiknya... (walaupun B- tiba2 membiak secara mendadak).... don't worry I will try to help U result. don't be sad. 

So, this to do mengenai cara belajar.
1. I try to practice forward study yg selalu diwawarkan oleh orang2 yang telah berjaya, walaupun kedengaran sangat rare untuk diri sendiri.
2. I will focus more in class.
3. I akan siapkan assignment secepat dan sekualiti yang mungkin.
4. I akan kurangkan tabiat study last minute...
5. Taknak pegi kelas lambat.

Life style.
1. I want to become fit. ( tolongla naik tangga, baru tingkat satu dah mengah mengalahkan ibu mengandung)
2. I want to exercise 3 times a week, and 20 minutes each session.. 
3. Limit my time on facebook and blogging... ( 15 minutes for FB and maximum hanya sekali ja update blog sehari)
4. Tak nak dah bangun tidor lewat, so I will try to avoid tidoq lepas subuh. 

Health care.
1. Amalkan minum susu dua gelas sehari untuk tulang.
2. Makan vitamin C dua kali sehari.
3. Keep my skin hydrated everyday.
4. Kurangan minum air ais.
5. Do facial once a week (buat sendiri, tak payah bajet mak datin)
6. banyakkan minum air masak. 
7. Tidor sekurang-kurangnya 5 jam pada waktu malam. 

Rohani.
1. Perbanyakkan puasa sunat.. (setiap hari isnin dan khamis)
2. Elak makan terlalu kenyang. ( menjurus kepada sifat malas)
3. Berfikiran positif dengan semua orang (supaya hati tenang)
4. Laksanakan tanggugjawab dengan berhemah. (janji tak malas2 dah).

Harap2, aku berjaya laksanakan semua nya sampai ke hujung semester dan berterusan untuk semester2 lain jugak... amin... 





Friday, February 15, 2013

~~~Weeding~~~~

Assalamualaikum.... 

Tara!!!... miss this blog to much... Lama cuti semester, duduk rumah, internet ada for sometimes tapi sesangat slow... so malas nak menaip sebab ianya akan mewujudkan stress yang terlampau bila line asyik terputus2... So, I think I had made a good decision, to hold everything that I wanna tell, supaya tak diminish...

Ok...wedding....
Not mine.... tapi my sis lah... kakak saya semua nya dah selamat mendirikan rumah tangga.... tahniah...kepada mereka, hati2 lah dengan rumah dan tangga tersebut, jangan sampai jatuh di tangga, dan jangan pula sampai roboh nya rumah. (from the words rumah tangga)


nie lah pengantinnya... this is not the best picture, I think... tp disebabkan on that day, I was very busy as tuan rumah, n the pengantin also busy with the cameraman & sebagai orang yang dirai... jadi nie jala gambar diorang yang saya ada... sory sis..haha....

Jadi bila bercakap pasal kawin nie kan, it is not about, tukar status semata2... but it is about the responsible... I had observe it for a few time, and come out with a conclusion, "saya belum layak". hehe.

"Terima pasangan anda seadanya...."
The first wish, yang my sister dapat lepas dia bergelar isteri, dan aku tak ketinggalan nak menyebuk dengar. haha... mula2 aku ingat, owh wish ja tu, dah kawin pun, mesti la dah terima an... tapi semunarnya ianya TIDAK SEMUDAH ITU.... kena tukar sikit wish tu "terima pasangan anda dan seluruh ahli keluarganya seadanya'... yeah, NOT so easy... meh nak cita kenapa...

First, U do kenal ur partner lepas U dah bercinta dengan dia, U dah ikat dia, jadi tunang U for a few month, tapi U belom deeply kenal siapa mak and ayah mertua U, sebab U just jumpa diorang untuk nak mintak izin, nak bawak ur partner keluar kan. tu pun kalau ada la... So, lepas kawin, antara benda yang paling susah adalah, nak kenal hati budi ibumertua dulu... kalau rasa2 nak jadi bini Kasim Selamat, tak payah peduli la an.

U kena tahu, apa jenis pemikiran ur mertua is. Apa yang diorang suka. Apa yang diorang tak suka. Ekonomi status diorang. Baru la boleh kamcing... Yala, mak ngan ayah nie klu diorang tak suka diorang tak cakap an, simpan ja dalam hati... tapi once klu diorang tak suka U as their son/daughter in la, hilang lah keberkatan tu. (aku rasa la, sbb mak ngan ayah kan dah bnyk berjasa dkat kita). for this part "kita sebagai menantu, kena terima ibu dan ayah mertua kita seadanya" (kenapa aku guna "kita" disini... mungkin kenara ianya berbaur nasihat. haha)

Secondly, U kena kenal the whole background of the family. Nie termasuk, ayah saudara, mak saudara, sepupu sepapat, atok nenek, n semua la yang ada pertalian darah. U kena tahu tahap education diorang. Apa kerja diorang. Apa diorang punya minat. 
Tapi tak perlu la pegi interview sorang2... Just study dari your partner la... Jangan la asyik nak besembang pasal korang dua ja. ingat married is "perkongsian hidup". (hepe kena mengena la pulak nieh)
Benda nie penting, sebab nanti, bila U cuba nak jadi "a part of the family", biar orang welcome U dengan expression dan doa2 yang menjamin kebahagiaan bukan cacian dan herdikan yang menjamin kehancuran.
So nanti, bila kita nak bersembang tu, kita tahu la, dengan siapa kita boleh cakap pasal politik - dengan siapa kita boleh cakap pasal sukan - dengan siapa kita boleh bergurau senda - dengan siapa kita perlu merendah diri... (aku cakap sekarang senang ja, sampai masanya nanti, macam mana la aku nak cope kan).

Thirdly sampai lastly.... dah tak ada idea.... yeah sebab this is a few things yang aku rasa penting selepas kawin untuk nak kamcing dengan family... the other part aku malas nak gi observe... mau nya kena penampar nanti an. haha..

For my abang2 ipar, both of U dah lakukan yang terbaik... my family welcome kedua2 anda dengan hati yang terbuka....we are happy to see our family is expanding (sila la expand lagi, saya nak anak buah ramai2.hehe)....

To my sister congratulation to both of you.... Semoga jadi isteri yang baik & solehah.... Sila belajar lagi banyak resepi2 baru, dan masak di rumah nanti.. ( miss spaghetti with home make meat ball, from my angah). 

For me... I'm still waiting for this moment...

*baling bunga*
My sister tak buat pun, so nanti I akan pastikan I buat, dengan niat, sekadar nak bersuka2 dengan tetamu yang hadir, bukan nak ikut mana2 believe. 

*dapat & bukak hadiah banyak*
Cara nak bagi dapat hadiah banyak2, bagi la hadiah banyak2 dekat orang dulu. orang kedah kata 'tanam'. jadi masa kita kawin, baru la dapat hasilnya. hahaha.. boleh macam nie. 

*hehe*
tq for the actor... but I punya philosophy "kalau ada adalah, alhamdulillah... klu xda sekarang, mungkin ada yang terbaik nanti, amin" (gambar poyo gila an.hahaha)

p/s: Segala paparan dan perkara yang ditaip di atas adalah berdasarkan pemerhatian & thought saya sendiri... Maaf untuk segala silap dan salah... percayalah ianya tidak ada berkaitan di antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
I baru ja balik hostel kelmarin, but today I start to miss my whole family...