"Hello bro, nak buat kecok ka apa nie? Cerita sikit."
Aiseh, baru ayat intro nie beb... Aku da nak feeling-feeling "empati" dah nie... Ok, malas r nak berselindung-selindung dalam VILLA nie kan, jujur r aku cakap, aku up entry nie sebab aku tak suka isu wat kecoh dekat VILLA NABILA tuh....
Malas r nak cakap salah sapa dalam isu nie.. Tuduh-tuduh nie semua orang boleh buat...
Cuma kan, aku nak cakap, aku kesian dekat parent diorang... Hey, come on lah!... Mak mana yang tak risau anak keluar rumah tak balik-balik... Dah tu tahu plak anak gi buat "study group" dekat villa yang "mewah" tersebut.... Kalau aku jadi mak-mak pun, tak payah tunggu malam, azan Maghrib, spot check, tak da dalam rumah, ha~~ siap la kau *sinsing lengan baju sampai ke siku*
#ada lettew orang highlight point aku tuh sebagai punca anak takut balik rumah, so boleh la tumpang tidur rumah "kawan".
Sebenarnyakan, itu bukan la the main point..
Sikap ibu bapa yang tegas/garang punca anak-anak lari/takut balik rumah. Bincangkan. (50 markah)- Soalan ramalan SPM tahun 2014..pfff
kalau betul la, kenyataan tersebut, then kenapa ada istilah sayaangkan anak, tangan tangankan..????.
Sebenarnya nie semua bergantung kepada cara pemikiran kita, #dah salahkan pemikiran pulak#.
Jangan risau, aku tengah point out kepala aku sendiri... That's what I'm thinking..
(Sumber Metro 2013)
Izzat: Ibu, izzat minta maaf bu, sebab Izzat susahkan ibu.
Ibu: Tak pe la nak, xpe... Ibu bersyukur semuanya selamat nak. Janji ngan ibu, jangan buat lagi ye.
Izzat: Baik bu, Izzat janji, Izzat akan insaf... lepas nie Izzat nak belajar sungguh-sungguh. Izzat nak jadi pelajar cemerlang bu.
Ibu: Alhamdulillah, macam nie la anak ibu. Lepas nie xnak nakal-nakal lagi ya nak.
Izzat: Baik bu. Ibu jangan marah-marah Izzat lagi ye lepas nie?
Ibu: Yala nak. Ibu marah bersebab.. Izzat jangan la takut. Ibu sayang anak ibu nie. Dah jom balik rumah, Sayang anak ibu.
Heeee.. to be honest.. I insert a "little" sarcasm here.. That's mine, so what yours?
p/s: Untuk adik-adik yang belia remaja, dalam usia remaja, tak salah nak berkawan, tak salah nak berseronok...TAPI ingat dalam apa pun keadaan yang KITA lalui, kita bawa nama orang yang mem'binti'/'bin' kan kita... Kasihanilah mereka, walaupun mereka tak pernah minta untuk dikasihani. Sayangilah mereka, kerana mereka sentiasa menyayangi.. *beb kalau tak sayang, kecik-kecik lagi diorang penyet hidung ok. Tak perlu ikat perut nak angkat lampin dengan susu setiap bulan*
Ini pendapat aku... A simple message insert here... Maaf, andai tersalah kata...