Thursday, March 21, 2013

Cermin mata....

Assalamualaikum...
Tajuk entry saya pada hari ini, adalah... CERMIN MATA...
(tak da niat pun nak bagi taw, saya pakai cermin mata baru taw.... ops, terlepas cakap la pulak.. hehe)

Cermin mata,
Engkau umpama plastik cernih di hadapan mataku,
Paling menambat hati, 
Engkau hadir bersama bingkai yang pelbagai,
dan menarik perhatianku..
*Sajak poyo karya Misskyway*

Pada masa kini, mungkin cermin mata kelihatan/kedengaran sangat kolot, dengan adanya kanta lekap.... Tapi tidak bagi Missskyway, cermin mata adalah identiti diri saya.... kedengaran sangat pelik bukan? anda ingin tahu mengapa?? ( tak mau sudah! pi main jauh-jauh... nak taw, sambung baca sampai habis)

Misskyway mula pakai cermin mata masa darjah 2,umur 8 tahun?? bukan sebab rabun biawak, tapi sebab "I'm looking for my identity". Kedengaran macam orang yang hilang ingatan ja kan.. tak la, igatan masih kukuh... "power" cermin mata saya masa mula-mula pakai, adalah 0.50 both side of eyes, sikit silau sebelah kiri... tu masa mula-mula pakai... dan sekarang.... hmmmm... MASIH SAMA!!! amazing bukan??? hahahaha

Macam mana identiti boleh hilang?

Ceritanya begini, waktu saya umur 6 tahun, saya suka main dengan cotton bud, untuk korek-korek telinga... Disebabkan cotton bud tak sesuai digunakan oleh kanak-kanak 6 tahun, jadi my beloved mother pun sorokkan cotton bud atas almari yang paling tinggi... sebelah almari, ada mesin jahit, bawah mesin jahit ada kerusi.. hmmm, boleh bayang?? hahaha... 

Nak dijadikan cerita, satu hari, waktu mak saya tengah tidur tengah hari, saya telah panjat kerusi, untuk naik atas mesin jahit, kemudian saya meniti dan cuba explore bahagian atas almari untuk cari cotton bud... Tara!!! jumpa!!.... yeay!!! *kemenangan yang hanya sementara*

Sewaktu nak turun dari mesin jahit ke kerusi , baju saya tersangkut dekat bucu mesin, dan saya pun tersembam, dan vrrrroooommm!!! pek! hidung saya smash lantai yang tersangat la keras tanpa beralaskan carpet tebal... what happen masa tu, hidung saya bengkak besar sangat, bagai ditiup2 ja.... Sakit sampai kebas... so my mom bawak pergi klinik, dan doktor kata, takda apa pun, tuam dengan ais ja... so saya pun balik la rumah... disebabkan takut mak marah, sebab ketegaq/degil nak main jugak cotton bud, i choose untuk ketuk ais blok kecik2 , bungkus n tuam sendiri.... hasil esoknya, alhamdulillah dah surut... back to normal kah??
NO!!!!!

Bagi saya, pada masa dan ketika itu, saya bersyukur ja sebab hidung dah tak bengkak kan, but I know for people around me, saya nampak pelik with the new "hidung bulat"..hahahahaha.. (Gelak la , gelak)...

Disebabkan saya rasa tak selesa bila orang asyik pandang pelik, waktu darjah dua, I decide to wear spectacle.. (nak cover hidung sebenarnya.. ahaha)

Setakat sekarang, saya dah ada 7 pasang cermin mata, tak ketinggalan juga contact lens.. Over mengalahkan orang yang sememangnya rabun tahap kritikal.

1) Bingkai: Plastik jernih. Besar nak mamp.
Waktu pakai cermin mata yang pertama, saya ambik ja cermin mata kakak saya, yang dia dapat free dari sekolah. main pakai ja, tak pergi check lagi pun... My parent pun kasi ja dulu, sebab diorang pun tak faham "Dah kenapa la budak nie tiba-tiba ja nak pakai spec"

2) Bingkai: Bulat seperti gelung rotan, dan kecil molek  
Masa nie, first time dapat my own official punya cermin mata... Check dekat kedai mata ja, tak jumpa doktor dulu.. Dan sudah tentu la kan, orang kedai tu sarankan saya pakai spec, tak kan nak kata tak boleh kot. This is about money okeyh...

3) Bingkai: Petak. Frame penuh, dawai kecik. (pandai-pandai la imagine)
Masa nie, saya dah menengah pun... Kali nie, ada style la jugak spek tu kan.. first time pakai, kawan-kawan dekat hostel kata "laaa Aziah ka, ingatkan senior tadi".. masa zaman nie, rasa bangga sikit kalau orang kata macam senior, sebab senior cantik-cantik... mana la tahu kan, kita pun cantik jugak.. ahak...

4) Bingkai petak. Half frame warna blue black.
Dengan spek nie, my confident level increases. Dah berani cakap depan kelas. And also very the 'gatal' one.

5) Bingkai petak warna pink...
Bajet gila masa pakai spec nie.. padahal tudung selalu ja kembang sebab spec nie besaq sangat. huhu

*masih dalam simpanan*

*till the end of my school years*

6) Bingkai Coklat, Half frame
I wear this before saya masuk Asasi... Saya pilih this kind of spec sebab, nak kelihatan matured, yalakan dah nak masuk universiti pun..

*masih dalam simpanan jugak,
'foot plate' yg dekat hidung tu memang warna kuning ok*

* 1st time sampai kelantan, also wearing this spec*

7) Now... tara.. Back to old school... Full Frame dark maroon. 
Decide to change sebab nak kelihatan muda balik, sebab even my lecturer pun cakap dia lagi muda dari I. mana boleh kan... (sebab  lagi penting, memang kena tukar pun, sbb I need to upgrade cermin yg calar balar, dan dah x boleh tahan silau dek kerana cuaca di kelantan neh.)

* I used to wear it everyday.... but still la, umur is umur, tua is tua, muda is muda.. 
kena terima la hakikat*

Contact lens, I pakai masa trend pakai shawl mendapat sambutan hangat... Of kos la saya pun nak follow the trend jugak kan... Tapi tak boleh la... My eyes cannot adapt with the 'foreign bodies' inside... Penah sekali, pakai lens, tetiba ja rasa masa sengal2 dalam mata, cepat2 lah saya tengok cermin, and guest what, lens tu tersangkut dekat dalam kelopak mata!!! So saya pun, terus jegilkan mata, tarik kelopak mata, dan guna kuku dan jari untuk tarik the lens keluar... Lepas tu terus serik....

Tapi tolong la jangan percaya, kalau ada orang cerita, lens dia hilang pergi belakang mata, then x boleh keluar, kena keluarkan mata dulu, untuk nak keluarkan lens tu... Tapi betul la, pakai lens lagi bahaya  compare to spectacle. tambahan pula, sekarang nie, ada lens korean + big eyes yang RM10 sepasang dekat pasar malam tuh... Kalau nak pakai lens, pastikan anda seorang yang
-pembersih (cuci tangan besih2 dulu, before main dengan lens)
- Tak cuai (tahu bila masa nak terlelap, jadi tak la lens tu pun dibawak tidur bersama)
- Kelopak mata tak gelebeh ( kalau kelopak mata asyik nak tertutup ja, jangan la pakai lens, susah gila lens tu nak lekap nanti, lepas tu bila dah lekap, dia akan sangkut pulak dekat kelopak mata... Macam kes missskyway tadi tu lah)

Tapi kalau nak memudahkan lagi kerja, serta menjimatkan wang, jagalah mata anda sebaik mungkin.... Nikmat penglihatan, adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Sayangilah mata, dan peliharalah pandangan anda...

FYI: This is just my thought based on my experience... Sorry for silap and salah....
Sapa yang rasa ter-annoying with my bahasa rojak yang diamalkan oleh generasi Y pada masa kini, sorry la ya.





Thursday, March 7, 2013

B.O.B

Assalamualaikum....

Battle Of the Islamic Band... atau lebih dikenali sebgai B.O.B. Ok, biarlah poster di bawah berkata-kata.. Acara B.O.B merupakan salah satu program FESKI ( FEStival 'K'esenian Islam)... yag 'K' tu x pasti betul ka x kesenian... emm.. sorry deh.



Tujuan entry kali nie khas untuk saya meluahkan komen serta pendapat mengenai event yang gilang gemilang ini... Siapa saya yang nak memberi komen neh? hehe.. Saya bukan juri, saya cuma penonton yang kelam kabut berlari dari PUMA ke Dewan Utama, sebab salah tempat ... Event dekat dewan utama, saya tunggu dekat PUMA... mmg tengok Battle of the Cat jala yang semakin giat kan... Thank you to VVIP sebab datang lambat, sekurang-sekuragnya saya x miss any performance... Syukur Alhamdulillah.. Marah penganjur.

1st expression 
"Wow hebat!!!"
Sebaik saja membeli muffin coklat dan blue berry, isi borang untuk "merit", mintak borang 'mengundi' dan melangkah masuk ke dalam dewan, tu lah perkataan pertama saya... Hebat!!!... Taw tak kenapa hebat, sebab dekat atas tu saya nampak segala peralatan gendang yang biasa kumpulan nasyid guna + segala peralatan muzik yang kumpulan HUJAN selalu guna... (kenapa HUJAN, sebab penulis nie suka lah.).

Bagi sesiapa yang memang dah selalu enjoy hola-hola, huray-huray, mungkin la benda tu biasa, tapi yang membuatkannya luar biasa, sebab event nie dekat USM Kampus Kesihatan kott... Jangan tak tahu, student2 kat kampus nie, suma busy , masing-masing menggalas tanggungjawab. Sepanjang dua tahun dekat USMKK neh, kalau ada event, buat penat pengajur ja susun kerusi banyak-banyak, yang datang tu ada la sejemput dua. (Amboi!, dah macam cengkodok pisang dah). Salah satu sebab lagi nie lah, dewan penuh!! hebat.

Masa nie, borang mengundi rasa tak hebat sangat. So alasan yang paling mulia adalah, "Simpan jala, mana bawak pen pun".

2nd expression.
"What!! Ada juri komen? Macam Idola Kecil lah"
(kenapa Idola Kecil? Again sebab penulis suka lah. Suara budak2 lagi comel dari yang dewasa)
Eh adaka sebelum nie, pertandingan battle ala-ala nasyid kotemporeri ada juri a.k.a pengkritik? ada?! klu ada mungkin penulis tak tahu la tu kan, tula sebab tengok Idola Kecil ja kan. hehe. Juri tadi pun, amboi!!! bukan main, kritik habis, dari suara, persembahan, busana, pergerakan, semua la kan... hebat-hebat! juri memang tere mainkan peranan... bukan senang taw nak nilai persembahan orang, hati dan perasaan orang pun kena jaga jugak... Suka part komen BUSANA tu... hehe... tapi betul, dengan first expression orang akan nilai melalui penampilan diri. Good job juri!

3rd expression.
"Ok dah mula... Gila nerves".
Part nerves tu over sikit, terlebih mendalami perasaan peserta... (semua peserta ya)
Tak banyak kumpulan yang bertanding malam nie... Ada 4 ja... Tapi dia punya saingan... Perh!!! sengit kott!!tu yang nerves gila tuh... setiap kumpulan ada gimik diorang... Ada video intro... Ada yang mintak undi, ada yang pekenalkan ahli baru, ada yang pekenalkan kumpulan...

Bagus la kan, xda la buang masa, naik stage baru nak build rapport...

- Persembahan pertama.. kumpulan AKUSTIKA FIRDAUSI

* Akustika Firdausi *
Ganteng enggak?? maaf, tak da kategori untuk itu ya.. 
Diorang nie pelajar tahun 3... Performance diorang best! Tajuk lagu, alamak x ingat la pulak an sebab nerves tak tentu pasal . Muzik, diorang main sendiri. Sebelah kiri tu musician... best kan Gendang... Penulis dah jadi addicted sikit dengan gendang atau drum semenjak tengok performance YAMATO dulu... Part yang paling best, penulis berjaya ikut diorang punya movement... tapi sikit jala... part yang, tangan selah kiri tunjuk kiri, lepas tu tunjuk pulak kanan, lepas tu angkat ke atas... Bangga betol.. hehehe... Good job Akustika Firdausi... Jangan lupa buat Fan Page.. haha

- Kumpulan kedua. SAYYIDUL MUSLIMIN

*Sayyidul Muslimin*
Kumpulan nie, terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1.
Sempoi la korang dik!!! hahaha... Tak pasti, ada tema atau tak persembahan malam nie. Tapi diorang punya performance memang out of box. Musician yang dekat belakang tu, bukan main jamming.. yang 4 orang sebelah kanan tu, backup singer, yang sebelah backup singer tu rap, tiga orang kat depan tu solo. 

Tapi jujur akak cakap, akak lagi suka tengok yang 4 orang backup singer tu.. hahaha... berani tu dah ada, tapi malu-malu la pulak... biasa la tu kan, baru 1st year, tunggu taun depan. Good la,, good sangat.. mesti lama gila praktis, nak buat gaya suma tu kan... 

Solo pun suara best... yang buat rap tu pun, bukan main lama dia ambik mood. Part nak rap lambat lagi, tapi dia dah mula terhinggut-hinggut rocking. Good, mendalami la tu maknanya.

Musician pun best... mula2 tu, ingatkan guna minus one, lama usha, pastu nampak jari terkuit2 petik gitar, baru la yakin, korang yang main music.. hebat!! 

- Kumpulan ketiga AMATUL BILLAH

* Amatul Billah*
Kumpulan nie juga terdiri dari pelajar tahun 3.Kumpulan nie gimik dia tak cukup setakat video intro, solo diorang naik front stage kott. Lain dari group2 yang lain.. mmg nampak senior habis la kan. Diorang pun main music guna gendang, memang dah ada gaya Yamato... Sampai jatuh gedebuk, gendang saiz S tuh. Semangat membara. Yeah!! boleh macam tu? haha. gurau ja.

Diorang pun ada buat ala-ala rap jugak sikit, ada gerak-gerak kedepan, sampai ke tangga you... konfiden habis... Setuju dengan juri, kumpulan nie, kumpulan yang paling matang.  

- Kumpulan terakhir yang ke-empat...SOUTUL AKHYAR

*Soutul Akhbar*
Takbir!!!!!!!
Yeah... kumpulan nie, memang penuh dengan semangat Jihad... Diorang mengaku, diorang praktis 3 hari ja.. 
Tapi diorang punya performance mantap.... Yang paling best diorang nyanyi lagu favorite penulis kott, "WAWASAN".... Best lagu tu... Selalunya kalau penulis malas gila nak study, rasa macam tak da matlamat, dengar ja lagu Wawasan terus sampai mood rajin tuh... Sebab rajin la jugak penulis taip entry nie... hehe...
Untuk lagu wawasan diorang guna minus one.... bukan senang, nak ikut tempo suma tu ok... nie bukan karoke. 

Lagu kedua diorang, penulis x ingat, tapi diorang mengetengahkan bumi Palestin... Sempat lagi, take a break,   minum air, lepas tu pakai mafla Palestin... Style kan...Kali nie diorang pakai musician... Ada drum + drummer kali nie... Drummer tu macam sama ja masa time Asasi dulu. X penting yang penting best... Paling suka part bunyi drum then semua ahli kumpulan keluar.... Bunyi drum tu sebijik macam dalam cerita siam First Love tu.. Again kenapa cerita siam, sebab suka la kan. 

4th expression. 
"Undi itu tanggungjawab penonton"
Alasan tak bawak pen, terus campak jauh-jauh, dan penulis undi kumpulan yang penulis suka the most. Semua best sebenarnya, tapi cuma ada satu ja yang terbaik di mata dan di telinga penulis. cewah. haha
Kagum betul... Cepat ajk2 diorang buat kerja, efisen sangat... baru ja bg kertas undi, lima minit lepas tu terus tahu sapa pemenang. Macam nie lah kan... Tahniah ek AJK2 semua... 

5th expression.
" Gempak la FESKI kali nie"
Ok.. penulis baru join dua event FESKI, pameran FESKI and B.O.B... Kedua-dua nya best... Pasal pameran tu, tak rajin la pulak nak cerita dalam entry nie. Tapi best la, banyak improvement dari yang lepas. Ada sorang juru hebah, dekat pintu masuk pameran tak habis-habis panggil pengunjung.. Macam tula kan... One word to describe B.O.B , "versatile".

Selain tahniah untuk peserta, tahniah jugak untuk ajk2... Penulis halalkan notification penulis, untuk dipenuhi dengan hebahan2 FESKI (mcm la aku sorang an. gurau ja)... hehe... Salah satu sebab event nie gempak, sebab publisiti yang meluas jugak... Dengan adanya komuti2 yang hebat macam nie, baru lah USMKK nie nampak meriah sikit an... Kalau tak sunyi ja... Segunung syabas dan tahniah untuk semua peserta dan penganjur program nie. Menang kalah tak penting, yang penting mencuba... 

FYI: BOB yang malam nie untuk muslimin ja, sebab tu semua kumpulan lelaki... BOB muslimat akan muncul dalam masa dua hari saja lagi... kita tengok kumpulan muslimat mana pulak yang menang tahun nie... kalau tahun lepas penulis and the gang juara (saja nak habaq), taun nie siapa la pulak an. jangan risau penulis and the gang tak join tahun nie sebab faktor masa yang keep on demand. 

* Jom ramai2 tengok BOB muslimat nanti nak? *