Monday, January 14, 2013

BeBoring

Assalamualaikum.... Hai semua peminat2 ku sekalian (lambai2 tangan)... serius gedik! sila campak batu kat screen laptop sekarang...hahaha

Dah kenapa tajuk "beboring" neh... beboring nie stand untuk "boring-boring", jamakkan jadi la "beboring"... faham??? nie bukan bahasa rempit aww... nie perosakan bahasa oleh Miss Skyway...

Entry yang sebelum nie, bukan main kan aku jadi Dr.Cinta, habis semua tindak tanduk orang aku nak komen kan.... tapi hari nie bila dah beboring, aku nak la jugak cakap pasal kawin... hehe... biasala dah masuk 20-an nie kan, mesti la terfikir jugak nak tukar status... seriusly bukan dalam masa terdekat la kan.... I'll try to make it sound tak desperate sangat. yeah!!

Owh! sebelum tu, sekarang still exam week... 1 more paper to go, tapi dah ramai yang balik, sebab diorang dah habis paper... tinggal la set2 Speedio (hasil jamak Speech ngan Audio) dekat usm nie ha...Disebabkan dah tak ramai maka, munjulah beboring...

Actually, my sister want to get married soon.... dah tak lama dah, time cuti Chinese New Year nanti... jemput la ya, bawak suma ahli keluarga...hehehe... ok disebabkan my sister nak get married, I also get the tempias, as I feel like, I want to get married too...

So what happen??!!
Tahu tak lately I selalu fikir about my future husband...
- "hidup ka dia?"
- "sihat x dia?"
- "apa la status dia sekarang nie? kalau tengah bercinta ngan pompuan lain, aku doakan cepat2 la korang putus"
- "apa agama dia?"
- "dekat mana dia tinggal?"
-.....and etc etc....

Seriusly, aku takda la nak specific fikir pasal "him" yang aku macam suka sikit2, tpi sebelah tangan jala kan. Aku punya believe, jodoh tu rahsia Allah... selagi belum sampai masanya, rahsia tu xkan terbongkar.

Ciri2 laki idaman aku? ala aku x kesah la... TAPI...kalau boleh...nak la.
- yang sedap mata memandang (tinggi, tak gemuk, tak buncit, kulit x cerah dari aku, rambut tak mau panjang sangat, tpi kalau rambut cantik macam johan dalam cita Adam dan Hawa xpa)
- ada agama
- ada education
- ada material
- ada kerjaya
- ada duit
-sihat tubuh badan
- dari keluarga yang baik2.
- n yang boleh terima aku seadanya....

Nie jala ciri2 yang aku nak, kan aku dah kata aku tak kesah...hahahahaha

Johan Adam dan Hawa... cantik la rambut dia kan.. hehe


Last pesanan dekat my future husband
" Sila jaga diri baik2... siapkan diri untuk menghadapi ujian di dunia dan di akhirat... belajar rajin2 taw, kumpul duit banyak2... mak saya kata nak letak hantaran saya mahal... satndby ek.... Jangan gatal2 ngan pompuan lain, future wife awak dekat sini ha, sila tinggalkan pompuan tu... Awak kena laki jadi laki baik, sebab saya tak baik sangat, so saya nak awak lead saya .... Awak kena jadi ilmuan sebab saya, bukan si pencari ilmu yang tegar, so nanti awak jadi rujukan saya...banyak lagi saya nak pesan, tp segan la pulok, kang nanti dengar macam desperate ja, awak kena tahu saya bukan jenis desperate mendambakan kasih sayang orang... sebab tu saya tunggu awak ja.. kui2.... Nanti awak dah ready, cepat2 pinang saya taw. Saya tak nak jadi andartu... lagi pun saya plan nak sambung study nanti, tapi saya nak kawin dulu, supaya saya ada punch bag bila tension..hahahahaha... nasib la kan... pasal saya?InsyaAllah saya cuba untuk jadi seorang muslimah yang terbaik. Amin... owh, awak punya part, jngan demand plak.. saya dah list tadi 'kena terima diri saya seadanya'. hehe"....

-oooOooo-

p/s: pepetang macam nie, takpa la kan, gatal plus gedik plus miang sesikit an... jngan marah ek... hehe...
14/1/2013... 5:58pm 





Thursday, January 10, 2013

DR. C.I.N.T.A


Assalamualaikum...
Selamat petang...
Baru perasan previous punya post, masa tu set x betol la...
So sekarang, pukul 6.42 petang.. Isnin 7/1/13..
(Masih la study week kan, tp petang2 macam nie best jugak kalau exercise jari jemari kan)

DR. CINTA
For this time, I want to talk about LOVE..
between human with opposite sex la of course ...
(sapa rasa mcm menyampah gila cakap pasal cinta x sah taraf, sila berhenti membaca)
again aku bajet ada ramai yang baca blog aku... haha
U know what.... I don't care pun, ada ada orang baca ka x.

Kebelakangan neh, aku selalu nampak beberapa situasi yang merujuk kepada C.I.N.T.A
1) Mereka2 yang baru habis sekolah clash..
2) Mereka2 yang sedang dilamun cinta..
3) Mereka2 yang dilamun ombak tsunami setelah gagal bercinta...
4) Tak kurang juga, yg x habis2 tell the world "I'm single n available", dengan harapan untuk mencari cinta..
(Cinta kepada pencipta, xdak la pulak an... People!)

I'm not good in love, but I just want to share my opinion la kan..

1) Mereka2 yang baru habis sekolah clash

Before that... clash dan break adalah dua situasi yang berbeza....
Kalau break maksud dia hold on the relationship...for example 
" U.. kita break dulu boleh, nanti lepas SPM kita sambung balik."
kiranya, klu break boleh cantum balik la....
kalau clash pulak maksud dia, hancuq bekecai.. ibarat menghempaskan kaca sekuat hati di atas batu yang sesangat keras.... for example...
"U... I nak clash... don't ever2 try to contact me anymore"
in this situation, dah tak dapat nak diselamatkan dah...
( Based on my own lexicon and translation.. haha)

So adik2 yang baru lepas SPM yang baru clash, mungkin sebab masing2 dah ada haluan....
Don't sad !!! or menyumpah seranah that guy/gurl...
(Nie seperti situasi yang aku nampak dalam FB la kan)
tapi hebat la korang, time2 macam nie, semua peribahasa keluar..
' Ku sangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari '
' diberinya susu, di balasnya tuba' (klu yg nie, aku fikir pelik sikit)

Hmmm...apa aku nak cakap nie...OK
Dosa pahala... no komen... Tu antara korang dengan yang maha satu...
Secara psychologinya...klu dah frust tu...Yeah, plezzzz cry BUT -once only-. then STOP!
( laki ka, pompuan ka x kesah la kan.)
why 'cry'?
Sebab 'cry' is a very good therapy to reduce the sadness or frustration. It's free. It can help U to polish ur eyes.
Good kan?
daripada keluar menyanyi terjerit2 masuk karoke nyanyi entah hape2, bedal rokok 5-6 kotak. 
(membazir ja kan. lagi teruk yg dibazirnya duit mak ayah)

Cry dekat sini, bukan sampai rasa 'down' mcm dah tak da harapan nak hidup, or what so ever..
cry yang sweet2 ja... (owh cry pun sweet ek?)



 mcm nie la..caranya cry sweet..
Make ur self calm, while let all the sadness flowing out from ur mind through ur eyes.


x yah la sampai macam nie ha... orang tengok pun x lalu nak pujuk... rasa macam nak tambah penampar lagi ada...

Don't wipe ur tears... let if flow and diminish by own.
(mana la aku belajar tips nie suma kan.... haha) 

Kalau rasa too weak, try to be in this fetal position..
  In this position, walaupun kita rasa, takut, lemah, x da semangat.....tapi kita rasa secure dan disayangi .
So xda la, tiba2 rasa mcm dah x guna nak hidup, nak pegi bunuh diri cepat2...
(Jangan buat teruk sangat plezz)

Benda nie suma, make it paling lama pun 3 hari 2 malam sudah... lepas tu start a new days.
bukan start jadi stalker or pendendam...
Try to be positive dengan orang yang buat :poop: tu...
treat dia as a friend...
(tapi kalau rasa hati tu mmg cayaq sokmo ngan dia, xpayah dah la contac)

Tuja!!! senang kan... pastu mulakan hari mu dengan senyuman.
(gila senang aku cakap kan..)
Tak perlu kott, nak  post status sumpah seranah dekat public n how frustrating you are..
Pas2 ada orang komen, "dekat kan diri dengan Allah, bnyk2 kan berzikir"
then, korang yang tengah sedih, ditemani syaitan yang sering membisikkan anasir2 jahat pulak kata...
"cakap senang la, aku yang sedih bukan hang."
ish2... tapi betul la tu... dalam apa juga keadaan pun, yang maha satu iaitu Allah s.w.t jangan sesekali kita lupa atau alpa.

2) Bagi mereka yang dilamun cinta.

Yang dilamun cita pulak, tahniah... (erk, perlu ka?)
tapi klu dekat laman sosial, x perlu la kot meluahkan rasa sayang secara meluas..
tp kalau sekali sekala nak cewet2 x pa la...

tapi nak nasihatkan kepada yang dilamun cita terlarang nie, jangan anggap orang yang dicinta dan disayangi separuh mati tu, adalah jodoh anda...
jodoh tu rahsia Allah...
klu bercinta dah dekat 10 tahun, lagi 5 minit ja nak sah jadi suami isteri, tapi klu dah suratan menyatakan itu bukan jodoh anda, ianya TAK MUNGKIN akan terjadi...

so klu dah cinta sangat tu, mintak tolong dekat yang maha satu. mudah2han ada jodoh.
tapi hubungan still kena jaga, jangan nak buat cinta islamik pulak..
setahu aku xda istilah, cinta islamik...
ingat NIAT TAK MENGHALALKAN TINDAKAN...

tips2 bercinta nie, serius tak da idea...
nak suruh orang setia bila bercinta? nak buat apa, bukan nya sah hak milik lagi.
nak suruh , sayangilah pasangan masing2 dengan sepenuh hati? baik sayangi diri sendiri dulu kan.

cuma peringatan, jaga ikhtilat.. jangan sampai ada yang TER2..bila bercinta
nanti kang putus, mula la korang nak lelong antara satu sama lain..
"dia nie murah , sekupang pun tak layak "
"hang pi lelong free pun orang tak kelapaq kat hang."

kalau dah x dapat nak bendung perasaan sangat2, jumpa mak ayah, bincang baik2, cakap nak kawin.
(nie untuk yang dah cukup umuq la kan)
tapi ingat, kawin bukan sebab nak halalkan hubungan "tersebut" ja..
ada jutaan komitmen lagi yang korang kena fikir..
mampu ka?? hahaha

3) Mereka2 yang dilambung ombak tsunami setelah gagal bercinta...

Situasi nie, lazimnya berlaku di kalangan mereka2 yang bercinta dari zaman sekolah lagi, ada la kott- paling kurang 4-5 tahun bercinta, tetiba ja putus...
(ada la sebab nya kan, tak payah la nak pi selak kain orang)

mesti, hard time gila kan?
klu kawin, dalam masa 4-5 tahun tu, dah beranak pinak dah an.
silap2 dah boleh hantar anak gi sekolah pun...kan?

hahaha...
(ok, aku rasa lawak sorang2)

aku penah tanya kawan aku yang dah 7-8 taun bercinta..aku tanya dia bila nak kawin?
(bukan nak perli kawan aku ok, tanya sebab tak sabar nak tengok kawan2 bahagia)
kawan aku jawab, dia kata,
 "tak taw la weh, pas habis degree kot.. tapi tak taw la ada jodoh ka dak.
klu ada jodoh aku happy n bersyukur sesangat, tapi klu tak da jodoh... I will keep those all sweet memory with him forever."

see??? ini adalah orang2 yang positif..
instead off kata "menyesai aku buang masa, duit ringgit, kawan ngan dia, last2 sekali hampeh ja taw ark"
better kita kelaih ambik part2, yang sweet tu, store dalam lexicon (kamus minda),
sekurang2 nya, bila buat macam nie, kita tak la tend untuk dah bermusuhan antara satu sama lain kan..
(tapi nanti klu dah kawin ngan orang lain, jangan la pulak pi cerita yang sweet tu kat husband... kecik hati husband.. kecik hati husband, berdosa plak kita)

klu dah putus tu, nak buat macam mana kan...
sila la cari pengganti baru, untuk nak sakitkan hati sebelah pihak yang lain...
elleh, tapi aku percaya, dalam hati masing2  ada lagi "sayang" tu kan...
klu dah xda simpan apa2 perasaan, buat apa nak stalk2 fb..
buat apa nak jeles2..
kenapa perlu cari pengganti a.s.a.p dan berpura2 bahagia?
(tapi klu sebelum putus, mmg masing2 dah ada spare part, aku x tahu la pulak an)

klu sedih , sila follow tips situasi (1)...

4) Untuk yang x habis2 tell the world "I'm single n available", dengan harapan untuk mencari cinta..

aku paling benci dan rimas spesis ini...
sebabnya, mereka2 ini menunjukkan bahawa wanita lemah tanpa lelaki n desperately need a guy.
malu kawe, buke gapo, kawe pun pu'e jugok.
jange la wak malu ore pu'e .

klu ia pun nak berusaha, jngan la expose dekat media sosial.
klu jenis tak da friend atau follower tu xpa la..
nie sudah la post status, like status sendiri, komen sendiri, tag nama kawan2 sendiri
errrr...
Klau ya pun percaya "CINTA MUKA BUKU"... don't make it too desperate.

klu setakat suka2, nak menyakat..
"ada sapa2 nak kawin ngan aku?"
tu x kesah la kan, mungkin anda di hack, ataupun anda tengah stress, dan ianya hanya berlaku once in  a moon.
lagi pun, status anda kan, suka hati la update apa benda pun, dah kenapa plak aku nak menyebuk..

ok2 aku tak kesah, cuma jaga sikit maruah kita as a girl.
tak perlu risau, umur dah 20-an tpi still xda steady boyfriend. rlek lah!...
klu ada jodoh tak kemana, jngan nanti jodoh dah sampai kau plak yang nak memilih, sudah.

cer baca dialong nie, aku jumpa kat FB.

A : Nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha-Nya, insyaAllah beres ~


trust this, pleased...


Sunday, January 6, 2013

Perjalanan yang sangat jauh...


Assalamualaikum...
Selamat pagi.....

Yeah, dah lama rasanya tak menikmati pagi yang cukup cerah dah indah di sini...iaitu di kediaman hostelku, @ USM Kubang Kerian....

So how's ur day? (aku tahu ramai yang jawab dlam hati an)

Masih di dalam minggu peperiksaan sekarang....
tapi kenapa aku macam relek gila, Facebook, Twitter (juga ada berapa kerat ja follower), dan berblogging (tak da follower)??
hahaha....
sebenarnya banyak lagi aku tak study......!!!!
tapi aku relek sebab, tahun 2012 yang lepas, aku macam rajin g kelas, fokus dalam kelas, bising dalam kelas, menjadi peramah dengan rakan2 sekelas, belajar dalam kelas...
(pagi2 nie tak salah kalau nak puji diri sendiri an)

adakah aku segenius tu, macam span ja, terus serap semua ilmu....
hahaha.. xla, sebenarnya, I'm still need to work hard...
Sometimes, I fell like, who I am right now, is just a fate. (nasib je tew)

tapi percayalah, nasib tak kan menyebelahi orang yang tidak berusaha... cewah...

Sambung la sikit, pasal "who I'am" tu kan....
xnak tahu sudah. aku just nak ingatkan diri aku ja....

Aku still 20 tahun, (sbb tak sampai birth day lagi)
belajar dekat USM KK....
coz? aku nak taip nama penuh la.. 
Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan ( Patologi Pertuturan)

hape benda la kos aku nie kan? x fames pun... kos rejek tah?
(berbirat pipi hampa aku tampo kang)...
rejek la sangat,...

Bidang patologi pertuturan, still new in Malaysia, but much needed....
much needed?? tapi kenapa UKM ngan USM ja ada kos nie...
dah tu, satu batch 10-13 orang ja...
hape kes kan? dah tahu nak guna ramai, angkut la 5-6 kontena... 

Sebenarnya, tenaga pengajar dan tenaga pelatih untuk bidang nie, sangatla sikit di Malaysia...
dah nama pun bidang baru kan...
pensyarah dan klinician kami adalah, senior2 yang dah tamat degree n master...
pinjam graduan2 PhD dlam bidang linguistik....
Ambik Dr yang bergelar ENT specialist untuk mengajar anatomy, pediatric, dan sebagainya... 
(senang cerita, kos kami menggabungkan semua tenaga pakar yang ada dlam HUSM neh)
aku tabur muka riak kat sini... heeee

Disebabkan perkara di atas, even dah exam week... Aku still ada 3 presentation, 1 assgment dan 5jam kuliah.... It's fun.. heeee.. ( jujur dan ikhlas dari hati).

bagi sapa2 yang suka kanak2, terasa glamor keja kat spital, boleh la try bidang nie...
rohani, jasmani, mental dan fizikal pastikan kuat ya anak2....
aku baru 2nd year...dan pengalamannya "WOW"
describe la sendiri, but don't worry there is no courses that will goes easy, if u take it easy...
faham tak??? errrr...
mula2 dulu aku menggelabah la jugak dapat kos nie, sudah jelas aku suka Math dan berkawan baik dengan calculator dan angannya ingin menjadi Engineer... Tapi takdir menentukan segalanya....
Aku ada interview tanya kawan2 sebaya yang ambik kos lain, diorang pun ada tahap difficulty yang tersendiri.... 

So, kita move on la ya.... bidang nie klu dekat USM requirement dia 3.0 ja, lepasan STPM, Asasi, or Matrikulasi, seperti yang tertera dekat SYARAT KEMASUKAN la....
dulu kalau lepas 3.0 ja, konferm2 dah dapat INTERVIEW (baru interview ya adik2)
Sekarang neh.... competition dah ramai, dah ramai yang discover cos pelik ini, jadi kalau dapat 3.5++
pun belum tentu lagi dapat interview....

tu la sapa suruh tak mau mintak awal2.... aku masuk sini pointer cukup2 makan ja...
3.0-3.15.... hamek kau, aku bagi range dekat punya... 
Waktu dekat Asasi dulu, aku enjoy sangat weh, nak g kuliah pun malas... Tu la padahnya.

Aku pun tak expect dapat cos nie sebenarnya... yala kan, sapa tak kenal USM, kata nak 3.0, sekali dia pilih yang dekat 4.0 .... ( nie thought aku waktu mula2 nak apply la kan, bila dah masuk sini rupanya USM sangat humble...haha)

Waktu mula2 isi borang nieh dulu, apa yang aku taw pasal Patologi Pertuturan nie, is that, ajaq orang guna bahasa isyarat ja...
Even nama dia dalam English pun aku tak taw....seriusly....
tapi tekad jugak nak mai interview....
sebab waktu dapat panggilan untuk interview kat USM KK nie , masa tu aku tengah cuti 6 bulan, sebelum nak sambung degree...
Disebabkan bosan duduk rumah, aku pun ajak la member aku jalan2 dekat kelantan, tapi aku habaq kat dia "hg bg aku masa sari ja, aku nak pi interview, pastu baru kita ronda2 kelantan"

tak best la xdak gambaq nak upload...sebabnya aku x reti nak fotogenik...
fotogedik reti la...(jngn refer profile picture plez)..haha..
sbb tu la aku tak suka begambaq..

ok lepas tu kami pun mai la kelantan, naik bas express ja ok... dari Aloq Staq --> Kota Bharu...
tapi ada la, kawan aku dari kelantan pick up kami.. aku tak da saudara dekat sini..huhu..

Waktu hari interview. mak kawan aku tolong hantaq aku masuk dalam USM neh...
Aku macam...
" La, mana tempat belajaq, mana tempat tidoq, bangunan sama ja. kena belajaq dlam spital pa. hah sudah, mampoih dah aku"
tolong la, aku tak leh tengok orang cedera pastu ada darah2, atau orang kena cucuk2 nie...
aku empati yang teramat sangat, sampai aku dapat rasa kesakitan yang depa alami...
tu yang buat aku rasa lembik lutut setiap kali nampak fenorama tersebut...
SANGAT OVER...

pas pusing, dan pusing lagi, dan terus berpusing, cari tempat interview, akhirnya sampai la jugak....
orang lain suma nerves, bawak mak ayah suh bagi semangat... 
study la, baca paper la, (cari info la tu, takut interviewer tanya)
aku hanya sorang diri, kawan aku yang tadi tu, dengan slamber rocknya, keluaq pi makan ngan shopping dekat My Din... aku yang suruh depa pi sebenaqnya, sebab aku taw, nak kena tunggu berejam, baru sampai turn aku...dan aku tidak salah... mmg berejam la jugak aku tunggu....

Waktu aku tunggu berejam tu... aku tak taw nak buat apa... sebab aku cuma bawak, file yang ada sijil dan resume aku ja...
takkan la aku nak bawak keluaq sijil satu2 tunjuk kat orang kan...
tolongla, sijil penghargaan ja yang banyak...
Kebetulan time tu, aku jumpa dengan kos mate aku yang sekarang... Aku tahu dia nerves, dan aku rasa dia tahu aku bosan... so kami pun bersembanglah... (hakikatnya, dia banyak mendengar dari berbicara, kerana aku tak bagi peluang)..hahaha

Aku mmg tak nerves langsung la kan, sebaliknya aku tak sabaq nak habis interview sebab pastu nak pi Pasar Siti Khadijah yang sangat fames (aku bayangkan pasar tu, sangat la havoc pada mulanya...tapi klu sapa yang dok kedah, pasaq nie lebih kurang macam kompleks Pekan Rabu. Tapi Siti Khadijah nie, dia macam kompleks yang dipenuhi dngan perniaga... penuh orang berniaga... sampai kadang2 orang yang berniaga lagi ramai dari orang yang membeli...dapat imagine tak)

Nie la suasana kat dalam... nie bahagian bawah, tempat jual barang2 basah... yang dekat belakang tu, yang ada bnyak2 dome shape , tu tempat jual kain2 baju, makanan tradisi kelantan...cenderahati... suma la kan.... 
klau hari biasa boleh kira berapa ja yang membeli.... so senang la kan nak tawar menawar...
lagi mudoh, kalu bole kecek kelate, pah tu angkut manyak lalu...


Sambung....

So aku pun releks ja tunggu giliran...sekali nama aku kena panggil terus nerves secara tiba2...
sebab nie group interview taw, teringat pengalaman masa moc-interview dekat sekolah aku dulu... cikgu aku pesan 
"klu interview dalam kumpulan, pastikan kita jadi orang yang paling dominant...jangan bagi peluang!"
jadi aku pun melangkah  masuk, dengan propaganda "tak kasi peluang!!"
tp nasib baik la interviewer tu sekadar suruh aku kenalkan diri, asal mana, kenapa nak ambik course nieh..
bla~~~~... masih tak beri peluang... aku nak ja cakap panjang2... habis pasal mak, ayah , tok ngan tokwan aku pun, aku cita....

sekali sampai part pengetahuan am... ah sudah...dia tanya...
"apa masalah global, yg awak tahu pada masa sekarang?"
alamak....mana mungkin aku tahu...tapi secara refleksiologinya, aku jawab "global warming"...
sambung warming ja kat belakang... nasib baik dia tak suruh aku cerita lebih2....

sampai soalan 2nd...dia tanay "sapa Juara Imam Muda?" 
Allahuakbar, mana la aku nak taw... Rumah aku tak dak astro...klu ada mesti aku tengok nya.. heeee
soalan 3rd ...."siapa juara AF2?"
Allahuakbar jugak.... aku tengok AF1 ja, pastu tak tengok dah AF... sedangkan aku kenal ja Mawi, cuma kurang jelas macam mana dia wujud. 
aku mmg dah kecewa habis dah la masa tu....


lepas tu sampai la pulak soalan kritikal thinking....
dia bg situasi....dia kata
" andai seorang artis neh, dia kena buat konsert pada malam hari, malangnya, suara dia tak dah siang tu, tapi semua tiket dah sold out... jadi mahu tak mau, dia kena jugak buat konsert... kamu sebagai Speech pathologist, nak sarankan apa dekat artis tu?"
hamek kau.... takkan la aku nak jawab, suruh artis tu miming kott....

kuasa Allah , tiba2 aku teringat Ratna protoje Afdlin Shauki dalam Mentor.. aku tengok la rancangan tu
sebab dekat tv3 ja, bukan astro...
ada satu hari nie, Ratna demam taw, dia tak da suara.... tapi malam tu dia ada konsert penyingkiran... mau tak mau dia kena nyanyi, tak pun tarik diri...
dengan berbekalkan idea tu lah, aku jawab soalan interviewer nie... (cara aku cakap sama ja, macam Afdlin Shauki cakap kat Ratna)
tak bagi peluang, aku kuasai soalan tersebut, sampai turn orang lain, diorang repeat balik ja idea aku... 

aku nampak interviewer tu dah start tengok2 aku, pastu bisik2....belek2 borang aku....
aku pun kembali bersinar....
 habis la sesi interview...

aku spend lagi 3 hari kat kelantan gi jalan2... best la best... sbb ngan kawan2 kan... 

pastu balik kedah.... mak aku tanya
"lagu mana interview ok dak?"
aku jawab sepatah ja "ok"
pastu, aku merapu cerita pasai aktiviti2 aku kat kelantan tu...sampai mak aku kata
" dah la Aziah oiiii, berasa pedih dah eh telinga dok dengaq cerita hang..."
hahahaha..sapa suruh tanya kan...

lama lepas tu, aku dpat surat tawaran... tak pikiaq apa dah, terus approve sbb, aku rasa pointer asasi aku tu, tak boleh bawak aku jauh kemana pun, dan aku rasa bernasib baik, sebab aku still dapat peluang pi interview, which is depa tutup sat pointer aku, n tengok aku punya skill dulu...

So aku approve... n daftar sebagai pelajar USM KK...
kali nie satu keluarga hantaq... sebab depa teruja nak jalan2 dekat kelantan lepas dengaq cerita aku...
Again sapa yang duduk kat USM KK nie kena la humble, jngn nak choosy sangat...
Mai belajaq sudah, dok merungut sangat2, tampaq sat lagi baru taw. 

Kemudian bermulalah perjalanan aku..........sampai hari nie....

Dan sekarang aku tahu...Patologi Pertuturan @ Speech Pathology bukan ajaq orang guna bahasa isyarat...
tugas kami adalah untuk assess, diagnose, intervention and consult patient...
most of Speech punya patient, adalah kanak2 yang kurang bernasib baik...
ada macam2 masalah...
orang dewasa yang baru lepas ditimpa kemalangan......
(malas nak list down satu2...sbb sangat banyak)

klu orang kampung tanya aku "hang ambik kos pa aii mek, kat kelantan nuh?"
aku jawan "keja ajaq orang besembang la cik aiii"
kalau depa tanya detail satu2...
"la awat nak ajaq depa besembang?"
"depa tak dak mulut ka?"
"pastu hang nak buat lagu mana suruh depa bercakap?"
n soon... n pas aku jawab satu2...
depa akan buat konklusi 
"laaaa...awat hg tak habaq kata hang doktot ja.... tak pa la doktot becakap pun, janji doktot"
aku admit ja... even dekat clinic pun parent and client akan panggil kami doktot kan...walaupun tak pakai white coat.... mungkin sbb profesionalism... cewah..hahaha

day by day... aku semakin suka cos nie... semakin fall in love.. dari mata turun ke hati... 
aku harap sangat, dapat habiskan kos nie, dalam keadaan mental dan fizikal yang masih baik dan berkualiti...
tamat dalam tempoh 4 tahun.... dan cepat2 boleh keja, collect money setel PTPTN (klu dapat 1st class alhamdulillah la kan)... pas2 nak sambung master, nak g overc, main salji plak...
berbakti kepada kedua2 ibu bapa, berkhidmat kepada masyarakat... nak kawin jugak, masih mengintai calon2 sekarang.... dan dapat jadi orang yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat...
that's my dream... heee..insyaAllah ..amin...


Dalam post hang panjang berjela nie, ada 4 ja perkongsian ilmiah..
1) Sebelum pergi interview, sila kenali kebolehan diri sendiri dahulu... Jangan la tahu nama ngan umur ja..
2) Ada sebab tersendiri kenapa hadir pada sesi interview tersebut...
3) Pengetahuan Am... (jangan terlalu closed mind, fikir benda2 global ja, dunia artis pun kena tahu jugak... tapi x perlu la tahu sampai isu rumah tangga)
4) Kritikal thinking.... tak da dlam buku yang nie, learn from the experience... remember "Experience is the best teacher in life"

#just post in case ada sapa2 yang teringin nak ceburi bidang nie... tp xda idea langsung..pekebenda la Speech Pathology and the journey in... (tp nie cerita aku la)....)

Thursday, January 3, 2013

Persediaan Sebelum Menghadapi Peperiksaan...

Assalamualaikum...

Satu lagi tajuk entry yang seperti ingin memberi tips...
Percayalah... ianya bukan sama sekali...
Dah cakap pun kan awal2, nak jadikan blog nie, a piece of my diary...
Tp bukan personal diary la kan...

OK...Persediaan sebelum munghadapi peperiksaan

Persediaan dekat sini bukan nak suruh korang suma study sampai mata tak boleh nak tutup sebab 
padat sangat information dalam kepala taw.
persediaan dekat sini adalah perkara2 yang kita kena buat sebelum maksud dewan exam... 
kita ok, bukan aku sorang ja taw.... hehe


1) malam sebelum exam sila check dakwat, dan pensel anda... pastikan mata pensel tajam, dakwat pen full...
Dengan macam tak da la penting pun kan, tapi trust me, klau tengah otw nak g tempat duduk, sambil lengang2 bawak pentu, sekali tengok dakwat pen, ciput ja tinggal, menggigil lutut aw, sambil pikiaq
"cukup ka dakwat neh, banyak kott nak pakai sat g"
(walaupun hakikatnya takda la tulis bnyak mana pun kan)

2) sila pastikan malam sebelum tidoq, hampa dah iron dah semua yang nak pakai esok... kalau yang bertudung, try siap2 tudung tu malam tu ju, pastikan tudung tu jadi... tak da la nant sambil jawab exam, sambil nak kelepek2 tudung kan ( haaa, aku la tu)

3) aware dengan cuaca... klu la masa korang exam tu, musim hujan ( macam sekarang nie ha), atau remote controller rosak, (terlebih panas, atau terlebih sejuk)... sila pilih pakaian yang sesuai...
tips nie untuk set2 yang dah lepas sekolah la ya... yg still sekolah tu, pakai baju sekolah jala. xpayah nak pilih2...
klu sejuk sangat dalam dewan tu, pakai la baju banyak2 lapis sikit, tudung tu belit la yang tebal2 sikit kan, supaya xla sejuk sangat....
kalau dah tahu panas dalam dewan exam, jangan la pulak gi belit2 pashmina... pilih la yang bersesuaian... jarang sangat pun nant, habis orang sekeliling fail, sbb asyik tengok kau ja...

Ha itu sahajalah yang aku nak bebelkan hari ini.... motif?? aku rasa benda nie sangat penting bg someone yang lack confident, mcm aku nie ha... pengawas exam minta kertas jawapan pun, aku ingat dia nak tegur tudung aku tak jadi... (mmg bukan keja dia la kan. hahahaha)....

Sekian~~~~

# Aku sedang menghadapi exam semester....

Bagaimana nak mencari "mood" yang hilang??!!!

Hai... Good evening everyone... tak lupa juga 
Asslamualaikum....
(Stress macam mana pun, bagi salam tak boleh lupa.. huh~)

hey!!! macam mana nak cari mood study yang hilang entah mana2 neh... ha!!!!!!

ok sekarang blog nie, jadi tempat lepaskan stress plak.. boleh ? 
asalkan aku yang menaip kira boleh la kan....

hey semua orang di atas alam semesta, tahu tak sekarang neh aku tengah EXAM WEEK...
tapi tahu tak, mood aku dah sampai dekat negeri Kedah Darul Aman, sedang menikmati cuti semester...

Ha...tu la masalah sebenar aku... tula waktu study week hari tu, orang suruh balik kampung sekejap, tak mau. ketegaq ngat... la nie baru hang berakai... 

penah tak rasa, susah hati sebab banyak lagi benda tak study, lepas tu mmg rasa rajin sesangat nak study, lepas tu g ambik wuduk, baca doa sebelum belajar, bismilah, buka buku/lecture note/nota ringkas , cukup 2 page lepas tu fikiran melayang terbang...seperti layang2 yang terputus talinya... 

penah alami??

jangan la kata aku sorang ja dalam dunia nie, penah rasa mcm tu... mcm ternampak2 ja wad psychiatric melambai2...

tahu tak apa action aku bila dah melayang terbang jauh tuh.... 
1) aku ambik hp aku, yang boleh main sentuh ikut suka hati, dan main game... tapi kenapa sekarang!!!
dah berabad lamanya aku download game tersebut, tapi x pernah main, even x reti pun mcm mana nak main,  tiba2 boleh pulak aku g main game sekarang dengan penuh khusyuk dan eksited nya... haaa... mcm gitu la (bnyk gila pembohongan dekat perenggan neh, main jgk game time tak tahan mengantuk dlam kuliah. hehe)


aku rasa klu dapat main game mcm nie pun best jugak kottt....



2) aku kemas2 nota cantik2... susun2 bagi tinggi... apa motif? ntahla....saja la kot, sambil2 susun tu dok berangan "ok sat lagi aku nak baca tebai nie (sambil ukuq guna jari)"...." malam sat lagi, tebai nie plak"... "esok pagi tebai nie", " gamak tengah hari tu habeh dah la".....
tu lah kata2 anganku.... 

3) aku bukak laman2 web shopping online, sambil berangan ayah aku tengah cop duit banyak2 dekat rumah sekarang nie, semata2 nak bagi dekat aku.... bukan main weh.... semua tab aku nak bukak.... "pm price"..."pm size"... suma benda lah aku nak suruh orang pm...sangat tak waras wajar tindakan aku nieh... sudahlah hujung semester, duit pinjaman konferm2 la dah la terkubur... buat muka tak malu ja mintak duit dekat parent, ada hati lagi weh nak shopping online... 

4) nie yang paling tak boleh blah.... time nie la tiba2 aku rasa mcm nak buat treatment muka dekat diri sendiri la... rasa nak exercise , sbb nak kurus.... rasa nak kuruskan pipi .... hello... tuan empunya diri, kenapa sekarang baru nak sedar diri... dah la musim hujan sekarang, klu nak exercise pun x perlu la time2 hujan kan...

5) last sekali tiba2 ja, aku rasa mcm "ramainya tengah tertunggu2 entry baru aku".... (ada sapa2 rasa nak muntah, nani aku poskan plastik ek).... dah sah2 la xda orng peduli pun kan.... berapa ja yang view, tu pun kira sekali, dengan yang aku view sendiri... tapi still nak bajet a.k.a perasan...disebabkan faktor ke lima nie la, terlahirnya page blog aku yang nie.... tajuk mcm nak bg tips kan?? plez la, jngn mengharap mentari di malam hari... 

6) aku plan pas post entry nie.... aku nak pergi uruskan kerja2 rumah yang tak berapa nak terurus nie... jangan tanya "kenapa tak buat tadi ja?" , sebab aku nie jenis yang bila tak ada mood, aku seolah2 tiada wawasan untuk teruskan rutin harian... 

fuhhh lega rasa...dah boleh list down perkara2 yang aku rasa teruk, dan tak patut aku buat.. mudah2an tak berulang lagi....

# 5:16 pm... hujan sangat lebat di kawasan Kubang Kerian.. suasana sangat mendamaikan penghuni2 alam. 

Wednesday, January 2, 2013

OUR face..

Assalamualaikum...


Semangat lagi Miss Skyway nie, nak post new blog kan. Alhamdulillah...semoga berterusan la ya...

OUR face...
haaaa... review balik tajuk entry nie.. our face ek, bukan my face... 
klu nak cakap pasal My face susah la kan, sebab setiap orang lain2 wajah dan rupa parasnya..

tapi kan pada awal2 ciptaan kita suma, muka kita sama ja... emmm...muka U sama mcm muka I...
jangan kata nauzubillah la pulak ya, mentang2 la Miss Skyway nieh, terlebih cute sangat kan... hehe..

Nie la OUR FACE masa awal2 ciptaan... sama ja ok... 

(gambar google taw neh, camera Miss SW  x mampu nak snap gambar  dlam perut si ibu).


ok cepat2 tengok cermin, ada tak nampak rupa macam nieh? klu ada tu, istighfar la bnyak2... jangan nages ya.. ish2..kesian...

Sebenarnya gambar di atas nie, adalah prosess pembentukan kepala dan leher kita dalam perut insan yang mengandungkan kita dulu.. 

ok suma pegang kepala dia, usap pelahan2, dan kata syukur alhamdulillah... buat sekarang please.. hehe
tahu tak process nie sangat la rumit, bukan main susah Miss SW nak hafal step2 dia... sebab tu kita kena bersyukur sebab kita bernasib baik dikurniakan sebijik kepala, yang fungsinya superb. 

Sebab tu jugak, kita sebagai manusia tak ada hak nak menilai rupa paras seseorang, baik buruk atau pun sempurna... setiap kejadian itu datangnya daripada Allah, dan kita sebagai hamba haruslah bersyukur...

Miss SW ada minta bantuan google cari pasal "asal usul ciptaan manusia". Miss SW jumpa ayat neh.... (terjemahan al-Quran taw neh, bukan google translate..)  

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (QS. Al Hijr (15) : 28-29)

Tula asal usul kita...
Jangan confuse plak, klu cikgu dekat sekolah kata, kita nie adalah hasil persenyawaan dua cell iaitu sperm dan ovem dari ibu dan ayah kita...
kita nie dah dikira manusia yang ke berapa puluh juta trilian dah atas muka bumi nie.... dan mmg la kita hasil mak ayah kita... tapi segala pertemuan, dan prosess pembentukan kita, telah diaturkan oleh yang maha satu. 

Ayat di atas nie, untuk SEORANG MANUSIA yang pertama dicipta iaitu Nabi Adam a.s.



# hari nie guna panggilan "Miss SW" la pulak kan... Miss SW sekadar nak berkongsi, alang2 tengah study pediatric tu kan. (banyak taw tak nak kena faham, ingat dan hafal).... pendek2 ja post Miss SW , nak buat macam mana dah exam week (tapi still nak taip2 blog bagai..)...ok la...Sekian...


Tuesday, January 1, 2013

~~~TheHeeee~



Assalamualaikum....

Fuhhhh.... penatnya la hai nak mencari macam mana la nak wujudkan blog nie.
Alhamdulillah... berjaya jugak.
(common ....tepuk tangan la sikit )

TheHeeee.... (senyum nampok gigi..ha gitu)
hape la nak tulis nie kan... tadi bukan main banyak idea, sampai beria2 nak ada blog...

Ok...memandangkan I baru ja ada benda alah nie, mesti suma org (ok, bajet sikit) nak tahu kan, 
kenapa suddenly I nak sangat ada blog...

Mcm nie ha, I kan suka je sebenarnya baca2, blog orang2 femes nie....
Maria Elena, Fatin Liyana, n Dr Halina..
alah, mesti suma orang yang ada blog nie kenal depa nie suma (aku mmg suka buat kesimpulan sendiri)..



eh cup2...before that...
jangan la pelik ya, klu penulis blog nie (siapa hentah), jap2 guna I, pastu Hang, kadang-kadang Mung, 
mungkin Aku juga, Depa, Hampa atau sebagainya... 
background bercelarulah... (mencari-cari identiti sebenar)...
ting!!!! dapat idea...
kenapa la tadi aku tak letak nama blog nie 
"Si Pencari Identiti"
misteri sikit kan...
(kang terlebih misteri ada jugak yang ingat aku nie hantu kang...
plez jngn refer profile picture, main rembat ja tu, xda gambar latest lah)



ok2...sambung... (jauh kau melalut Aziah)
Sebenarnya, aku neh suka beli diary...bukan tulis hokeh...
setiap tahun aku beli, nak yang kiut ja... 
hujung tahun kalau bukak balik..
boleh la nampak, ada keluarga semut kat dalam tu... 
(ok jngn nak describe lebih2..cukup setakat semut)

jadi,pas aku kodek2 blog orang best jugak la ek...
boleh kongsi2 idea...
tapi jngn ingat aku nak cita pasal FESYEN, TRIP, MAKEUP, LOVE STORY suma tu aw...
x mampu la nak jelajah suma benda tu...
aku biasa2 ja, ada la suma pengalaman tu, tapi yang asas jala @ lebih tepat lagi keperluan...
tak payah tahu la....aku suka cakap pasal kehidupan ja.
tapi bukan mengumpat hokeyh...
tempat lain la klu nak mengumpat...
(tapi kalau tiba2 aku ada cerita tuh, jngan la petikaikan pulak)...