Thursday, November 12, 2015

Job Interview

Assalamualaikum. 

Tajuk terus kepada content.

Yes, job interview... 

Selepas aku lulus viva yang penuh dengan drama, maka aku pun terus 'mencari' kerja... Sebagai bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan) kena tulis penuh, senang orang nak google dan sampai sini aku terus google untuk mencari kerja sebagai..... guru ganti, guru tadika, guru tuisyen, kerani bank, casher supermarket dan macam-macam lagi.

Yes, aku tak google langsung pasal speech therapist which is jawatan yang sememangnya di khaskan untuk ijazah yang aku ada.

Selepas 2 bulan di rumah, aku dapat panggilan temuduga sebagai Speech Therapist di IIUM, Kuantan. Takdalah, bertuah sangat, tak apply tapi dapat kannn... Aku ada apply masa masih bergelar student. Alhamdulillah. Walaupun masa tu aku dekat Kedah jauh la jugak nak ke Kuantan tu... Orang kedah kata "Tak padan nak pi jauh-jauh, nak sembang seminit dua ja pun"... Tapi aku tekad jugak nak pi untung-untung boleh jadi orang Pahang. eheheh...

Sekali lagi, aku tekad nak pergi interview sorang-sorang... Interview aku pada 11/8/2015.... aku bertolak dari kedah 7/8/2015, singgah rumah kakak aku di selangor, 9/8/2015 hadir bengkel dysphagia di HKL, dan 11/8/2015 aku travel dengan ihsan kakak aku dan dua supporters yang cute, pergi ke Kuantan...


11/8/2015, first time aku sampai di Kuantan... Hai bouksit... Bangun ja tidur well, tayar kereta golek, aku pun zzzz, tu je pemandangan yang aku nampak... serius sama macam dalam berita Tv3... Nyata berita tv3 telus... tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 

So yeah.. macam biasa tunggu giliran... nerves tu benda wajib... kelam kabut tu, memang aku lah orangnya... sebelum sampai giliran aku untuk ditemuduga, ada la jugak pergi sibuk-sibuk nak dengar apa yang orang lain dah kena tanya... padahal masa tu aku dah set dalam mind "aku nak jujur jelah, apa yang aku tahu aku jawab, yang aku tak reti dah nak buat macam mana"

Adalah lah jugak orang yang sebelum aku kena tanya pasal pentadbiran negara lah, kadar mata wang malaysia lah, sumbangan untuk majukan UIA lah apa.... aku dengar jela

Sampai giliran aku..

Dengan lafaz bismillah, lupa dah kaki mana yang langkah dulu, aku masuk bilik temuduga....

Dalam bilik temuduga ada 9 panel termasuklah dekan-dekan pusat pengajian...

Cuba bayangkan, aku dekat tengah sorang-sorang berhadapan kesemua panel tersebut...

Tapi sebab aku awal-awal lagi dah set dalam otak, nak jujur jer, alhamdulillah semua rasa gemuruh tu aku berjaya kawal.

Soalan pertama... "Dalam ramai-ramai nie, ada sapa-sapa yang awak kenal?"
Jawapan jujur, should be "takda yang kenal".... tapi aku takdalah nak terjun telaga sampai macam tu... ambik masa, scan semua muka panel, back kepada panel yang tanya soalan tadi, dan aku jawab

"maaf, panel semua nampak familiar dalam lawan web UIA yang saya tengok sebelum ni, tapi bila berdepan saya kurang pasti"

akalnya nak bagi tahu, sebelum datang interview, saya bukak taw laman web UIA, cuba tak terlintas la pulak nak ingat semua nama-nama dekat pusat pengajian.

tara... makanya panel yang tanya soalan tadi pun mengarahkan semua panel mengenalkan diri terlebih dahulu... dan aku sangat-sangatlah menghargainya.

Soalan kedua...  "Introduce your self"
Nie memang soalan bocor... pergi mana-mana pun memang nie la soalan wajib... tapi jangan la skema sangat pergi cakap nama, asal, umur, adik beradik, belajar mana, semua dah ada dalam resume.

"Me... Noraziah... from Kedah. InsyaAllah will be graduate from USM on this November in Health Science major in Speech and Language Pathology. I have no job experience, but previously right after I finished my degree, I did work with a private Speech Therapy Center in Kedah and attend a few dysphagia workshop... I am very passionate to work with child and adults."

Tunggang langgang kan English aku? Nie baru taip... Kalau cakap, campur dengan nerves, lagilahhh tunggang langgang... Tapi alhamdulillah lah, boleh la jawab dengan konfiden, dan lantaklah grammar aku nak ke mana pun, janji apa yang aku nak cakap orang faham dan orang orang angguk-angguk kepala tanda faham... hmmmm, sama ja kot Aziah.


Soalan ke-3.. "How will you imagine, your future after 5 years"

Jawapan jujur "married, have 2 child, have own house, car, master at least,"

Jawapan jujur tapi kureng sikit...so aku pun olah jela jawapan aku

"I did imagine, after 5 years, I will have at least masters and start to contribute more knowledge for this course lah tak faham kan? aku tak jumpa perkataan yang sesuai. sebenarnya nak cakap, nak sambung belajar supaya balik boleh mengajar generasidspeech therapist will be yang seterusnya... Besides, I am sure that the career as Speech Therapist will the most demanding and growing in Malaysia "

Tu jer aku jawab, yang imagine part lain tu, aku simpan balik imagine dekat rumah.

Again , aku taip apa yang aku jawab secara spontan, maka xdanya aku nak kisah grammar ka apa, janji aku sebut betul, orang faham, dan smooth. Sensitif betul part nie. hehehe

Soalan ke-4 dan seterusnya semua berkaitan dengan soalan no-3

- "What is your status? (single/married/ @ ada boy friend/ tunang)"
I'm single but~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~. InsyaAllah

- " Do you know about academic trainee?" 
I'm not really sure about it. Is Academic Trainee is someone yang akan dihantar sambung belajar, kemudian balik dan jadi pensyarah?"

Yes masa nie aku dan start guna bahasa rojak... Ada macam rasa down la jugak sikit... Yelah datang interview untuk post Speech Therapist, tetiba di offer as Academic Trainee. Aku pulak macam tak berapa nak sure academic trainee tu macam mana. Aku ingatkan, aku memang dah tak da harapan nak jadi Speech Therapist UIA, sebab diorang nak aku jadi Academic Trainee... Kalau tak mau, sudah! haaa, macam tu lah aku fikir... Down kan?

- " Do you interested to further your study as our academic trainee?"
Yes I am... But I want to be a clinician for the first 3 years to gain experience and polish my clinical skills.


- " Tell me what do you know about academic trainee?"
"Yang saya pernah tengok dekat USM... Academic trainee selalunya akan belajar sampai master, lepas tu fly balik Malaysia, mengajar, kemudian fly semula untuk sambung PhD... Macam tu ka?"

Yess.... longhat Kedah aku keluar dah... Sebab masa tu aku rasa harapan dah semakin tipis, since soalan yang diasak semua pasal academic trainee. Mana Speech Therapist nyerrr... So aku pun jawab jala dengan santainya, tu yang boleh keluar longhat Kedah... Tapi okay la, the panel can accept difference, dan takda isu pun.

Lebih kurang 10 minit lepas tu, panel try untuk convince aku, apply as Academic Trainee.... Tanya pasal TPNG, which is 3.1* ... atas pagar ja pun... Katanya aku ada good communication skills (panel berkata sambil angguk2 kepala ke kiri dan ke kanan... kira macam so-so jala.. tak dala betul pun), sebab tu diorang rasa aku sesuai untuk jadi Academic Trainee...

So aku pun, tanya la "If, I'm interested, how to apply?".... "How many years?"....

Alhamdulillah, panel semua sangat baik, diorang explain everythingggggg.... dan soalan terakhir aku

"If later, I did not apply as academic trainee due to few reasons, is that mean I will not selected to be Speech Therapist in UIA?"

Panel jawab...."no, we will choose the best"...

Itu ja sedikit sinar harapan yang berbaki apabila aku keluar dari bilik temuduga.


So balik rumah, fikir-fikir pasal nak sambung belajar, hati rasa macam kosong ja, walaupun kebanyakkan orang di sekeliling aku sokong untuk aku sambung belajar..

Dua minggu lepas tu, dapat fon call dari UIA, diorang masih lagi cuba untuk convince aku jadi AT... Macam terpujuk la jugak, bila fikir masa depan and the value of the knowledge.... So aku pun minta dalam 3-4 hari untuk aku buat final decision.

Sepanjang 3-4 hari tu, memang aku berserah minta petunjuk dari Allah.... Slow talk dengan mak ayah aku yang dah banyak berjasa.... Dan last sekali, aku decide, untuk  tak nak apply lagi, tapi bukan taknak sambung belajar terus... Alhamdulillah, UIA respect dengan keputusan aku...

2 bulan selepas tu, aku dapat emel, yang menyatakan aku diminta untuk melaporkan diri di UIA sebagai Speech Therapist....

Sekiannnn...

Dan sekarang aku dah daftar sebagai Speech Therapist di UIA, tapi masih dalam contract selama setahun. =)

Moral of the story 
- Kalau dapat ja temuduga apa pun, pergi ja dulu, jangan demand lagi nak yang dekat ke apa... Rezeki ada di mana-mana. (sama la belajar ka apa pun, selagi dapat restu keluarga redah ja)
- Jawab dengan jujur, jadi diri sendiri, tapi kena bijak.
- Appreciate semua soalan dan cadangan yang panel tanya/cakap. Minat ke tak, second. Tapi bila orang cakap, dengar, dan tunjuk minat. Nak terima ke tak, nanti fikir.
- Jangan nak down sangat (pesan untuk diri sendiri)
- Prepare semua dokumen untuk iv awal2 (pesanan untuk diri aku, interview pukul 10 pagi, pukul 9.50 baru kalut cari printer nak print resume)

Tips temuduga
- sama ja macam orang selalu pesan.
- Cuma part pakaian bagi perempuan, pakailah pakaian yang sopan dan kemas.
- Baju kurung, pilih la baju yang xda corak, kalau ada pun corak yang simple dah la, garis2 ka
- tudung pun biar ja plain, tak payah lah nak corak cup cake ka apa...
- kasut hitam dan yang selesa.

Interview bukan masa nak nampak comel pun, tapi nak nampak ceria (boleh main dengan warna, mix and match, ceria la nampaknyer) dan konfiden.

Kalau kita pakai pakaian yang plain, first orang tengok kita, diorang pun macam tertanya-tanya, and no idea macam mana diri kita yang sebenar... so diorang curious nak tahu pasal diri kita dan tak terganggu dengan benda lain. kita nerves macam mana pun, diorang sabar ja tunggu kita jawab.

vs.

Baju meriah, tudung meriah... orang sekali tengok, dah perasankan gambar cupcake yang dekat tudung. lepas tu nerves pulak nak jawab, teketar-ketar, dah tak minat dah la orang nak dengar, terganggu pulak dengan gambar cupcake yang lagi menarik, comel je nampak, perisa apa eh tu?

Tapi aku tak surelah.. Nie apa yang aku rasa jer senanya, since orang yang nak interview kita tu pun manusia, dan memang jadi lumrah manusia suka benda yang cantik.

Better check dengan yang lebih pakar. =)

Sampai sini saja... baiii =)



Monday, June 15, 2015

"Congratulation, welcome to the board"


11 Jun 2015

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, tapi pelik, seorang yang bernama Aziah masih lagi kenyang tanpa ada sikit pun rasa lapar.

Tlit..tlit..

Owh bunyi tu menandakan ada mesej yang baru masuh melalui aplikasi whatsapp...

Farhana Zailan: Oh mai... Di awalkan la pulak

Apa yang Ana cuba sampaikan ini???

Tlit..tlit.. 

Againnnn... 

Wai Seng : wai seng... tolong inform sume 4Y stdent...245 pth ni kumpul kat klinik...thank you... From En Nasrul


Owh... itu bermaksud akan ada sejarah baru bakal tercipta pada jam 2.45 petang nanti... Sejarah kejatuhan atau kebangkitan? Masih menjadi persoalan. 

2.40 p.m 
Berjalan selaju mungkin untuk ke klinik... Kelihatan sekumpulan pelajar sedang menunggu di luar klinik... Siapa diorang nie? Kenapa tengok-tengok?... Owh rupanya rakan-rakan sekelasku... Maka mukadimahnya .. 

"Hai korang... Jomlah masuk"

Lagaknya seperti tuan rumah tanpa sedikit pun rasa bersalah. 

2.50 p.m

Masih menunggu dalam "Resource room" yang telah diubahsuai semula dengan penuh kasih sayang, tanpa sedikit pun rasa benci atau megah. 

Perasaan berdebar semakin menggila. Ingatanku hanya kepada emak dan ayah yang berada di kampung. Kejayaanku adalah kegembiraan mereka, walaupun tidak pernah mereka ungkapkan. 

3.00 p.m

Terdengar sahutan .... 

"Jom bergambar"

Firasatku ... 

"Ini macam petanda tak baik... Nie mesti nak suruh senyum dulu ambik gambar. Sebab lepas nie dah tak boleh nak senyum dah"



Namun, masih ku gagahi untuk senyum agar gambar yang terhasil kelihatan menarik. Aku juga masih juga mampu untuk bergambar sambil melompat, trend bergambar yang paling kretif pada masa kini. 

Ini  gambar yang terhasil... Aku berjaya juga untuk senyum..Walaupun debaran di hati masih belum reda...

3.30 p.m
Aku dan rakan-rakan ku diarahkan untuk menunggu giliran di dalam "Bilik Seminar"... Kesemua 11 orang kami menunggu dengan sabar... Pelbagai gelagat dan aksi yang dipertontonkan...

Ada yang 
.... Beriang ria main BINGO
.... Merenung lantai
....Merenung syiling
....Duduk di atas kerusi
....Menangis
.... Dan tak kurang, ada jugak yang hanya mampu bercangkung.. 

Adibah selaku pembentang viva yang pertama telah dipanggil... 

Giliran ku yang ke-4... Maka debaran itu masih lagi menyiksa... 

Selepas mengambil keputusan, kami diarahkan untuk berada di dalam bilik Resource kesayangan, tanpa mengganggu rakan-rakan yang masih menanti. 

Maka itulah yang terjadi.... 


4.00 p.m 

Hanya melalui isyarat mata dan menyebut "next", aku bingkas bangun kerana aku yakin giliran ku telah tiba... Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk ke dalam bilik examiner untuk menerima keputusan viva... 

Untuk makluman, bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan), keputusan viva yang akan menentukan sama ada aku layak bergraduasi seperti yang dijadualkan atau perlu menyambung semula sesi klinikal dan dinilai semula...

Aku memberi salam "Assalamualaikum"... Namun hanya terdengar bisikan-bisikan halus yang menyahut salam dariku... 

Aku duduk tanpa disuruh... 

Sesi perbincangan bermula.... 

"Ok Aziah, what do you think about yesterday's sessions?"

Lancar aku menjawab pertanyaan tersebut, kerana skema jawapan telah tersedia sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik exam petang sehari sebelumnya. 

Bertalu-talu provokasi dan jugak nasihat yang aku terima... Aku kelu, hanya mampu mengangguk, sekadar menunjukkan yang aku masih mendengar. 

Soalan yang menjadi terus merentap jiwaku 

"Ok Aziah ... After all, do you think u need more time?"

.....................................Aku diam. Mengambil masa untuk berfikir...........................


Hanya mampu berzikir kepada pencipta.... Aku akur... Mungkin ini sebaik-sebaik ketentuan... Aku yakin ada hikmahnya... Aku menarik nafas panjang... 

"If that is the best for me.. Maybe I need more time."

Sebaik sahaja menyebut perkataan "more time", deraian air mata mengalir tanpa disuruh... 

Waktu itu aku sedar "more time" bermaksud...
.... aku akan menggunakan "more money" dari ibubapa ku
.... aku akan ditinggalkan oleh rakan-rakanku "more time"
.... aku perlukan "more time"untuk ersendirian
.... aku perlukan "more time" untuk bangun semula.

Dalam sibuk aku menganalisa kesan yang akan aku hadapai akibat daripada "more time" tersebut, seperti terdengar suara halus yang berbisik...

"Tak payah more time lah, U dah lulus pun... U are on track... Boleh graduate tahun nie"


Tapi sayang... suara tersebut terlalu halus untuk aku dengar, dan tafsir maksud yang tersirat... Aku terus menangis dan menangis bersama-sama esakkan kecil... 

"Oh god, makin kuat pulak nangis.... Hey! U dengar tak I cakap apa?... U lulus la... U dah boleh grad pun... KE tolong..."

"Hmmm.... Congratulation, welcome to the board"

Ya Allah, aku seakan bermimpi.... Namun aku sedar aku tidak bermimpi, apabila aku masih berasa gatal di pergelengan kaki akibat digigit nyamuk.... Aku menangis kegembiraan dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala rahmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan... 



Hari tersebut semakin riang, apabila kami 11 orang berjaya LULUS klinikal viva.... 

Masih nerves menunggu di dalam bilik Resource kesayangan


Selfie sebelum mengambil keputusan

Selepas mengambil keputusan.... Hanya itu ja yang mampu senyum...


Friday, January 16, 2015

~~~~~2015~~~~~


Assalamualaikum...

Wuuu... hari nie dah 17 January 2015, yaw!.... dan aku dapat 3 jemputan kawin, yaw!... dan mereka sebaya umur dengan aku, yaw!... Final exam pun dah habis, yaw! yaw!

Ok... that's too much!

Actually, I am impress on how fast time flies... Kan, cepat kan? If people ask me, to cerita balik all the previous event, sure I can cerita balik "all"... yes, all... but sure la, kalau orang tanya the perilaku (watak) of each event, I would't remember their name, unless they are so important to me...

Actually, 2015 antara tahun yang aku nanti-nantikan.... My "Jubah Day" will be coming this year, yaw!

But the way towards that day, was like @$#%&*) ...

I did bad in most of my presentation...
- Research proposal presentation... kena tembak, sampai hampir koma.
- Clinical case presentation... kena baling, sampai bisu.
- Mock viva.... kena bom, sampai hancur.

Agak la hiperbola, tapi realitinya sukar untuk digambarkan... U know, perasaan bila orang menilai effort kita yang tiada penghujung, within 5-10 minutes... and they simply say... "this is not right!"... "Are you sure about that?" "I disagree with you!" "Obviously, that was wrong!".....ha??????? *mulut tenganga*..... seriously people???

Ok nevermind.....

Ada hikmah disebaliknya... I trust that.... and saya akan cuba memperbaiki diri from day to day..

The pre Mock viva face... currently 11 of us... Jangan tertipu with this smiley face...
the truth is, the room sangat sunyi... everybody was nervous, staring at their notes.
And after half an hour, sorang2 take turn masuk tandas....
WE ARE SPEECH AND LANGUAGE PATHOLOGIST TO BE, yaw!

 
Le besties.... sometimes, we don't know how to be gelabah awal-awal...
Bila dah lasttttt minute baru nervous....
Seems like saya "durian" di sini, sebab only my picture yang clear... but I have no option... yg nie ja ada.... ihik *gelak bersalah*

Post mock viva.... Time to eat... I eat a lot...

Bowling time....

*See...sebab tema dia masih sama.... tudung haruslah warna sama... walaupun event di hari yang berlainan*
who cares....

So yeah... my biggest goal for 2015 is I want to graduate will all my beloved course-mate this year on November, TOGETHER.. 

Sekian...Doakan kitorang... =) 









Sunday, October 19, 2014

Don't know how to describe.

Tell me what is this feeling?
On 14 and 15 October 2014...
Hello depression, are you in me?


Ambil "Research Proposal"...

"Ohoiiii, this part kena cover lagi nie, setakat guna independent t-test, baru boleh cover 3 hipothesis, tu pun kalau normal distribution. Mcam mana kalau distribution x normal? "


"Eh, mcm mana aku nak proof distribution normal ka x? "


" eh tengok balik la objektif"


"Alamak how to measure this variable eh? Nak guna apa?"


"Sample size... Emmm... This part problem... Boleh estimate guna population dulu tak eh? Kira2 should be no problem, tapi mana aku nak nak cari bukti to prove I'm right"



Hai... Ya... Saya... ok... =) ... boleh-boleh... =) ... ahaha... kelakar la korang nie ... =) ... *the smile not fake, but there is something behind that.



Terlalu banyak benda yang aku sendiri tak pasti masa nie.... Tapi aku berayukur sebab, ok la at least aku terfikir semua benda tu sebelum aku bentang aku punya research proposal....


So, fikir saja tanpa action, baik dreaming ja kan...


Maka ayuhlah, study, study, and study...

No regret... Aku enjoy that moment

(Tak da la stress mana, sebab bukannya aku study tahap sampai abaikan orang sekeliling.... Aku jenis yang very short attention...  Half an hour ja, then I'm lost, dah belek2 instagram, twitter, FB.... Then sambung la balik.

People know us by our expression. 

Oh ya, once aku dah buat benda laqa, susah sebenarnya nak balik ke jalan yang lurus, so aku prefer study dekat library... Bila nampak orang semua dengan buku then cpat la sikit "sedar diri")


15 October 2014 (8 p.m) to 16 October 2014 (7.00 a.m)



Group discussion and pre-presentation.

Thank you my dearest coursemate, yang datang masa nie...

Masa nie rasa macam cell-cell-otak-tengah-berhubung sangat...

Yes... We did give reinforcement and support to each other.... Could feel the bonding between us become tighter.

Human have their own limit.


After discussion, aku dah konfiden untuk prepare slide presentation, and that process berterusan sampai ke pagi..  Bagi aku masa tu, tidur tak urgent sangat pun... 

Tapi aku punya konfiden masa nie too fragile... Rasa macam nak ubah the whole things yang ada dalam aku nya research proposal... (This make the process become longer)

Is this my breaking point?


Sedar2 dah Subuh... Keep on motivate my self 

"Chill aziah, this is not the end point yet... Go habiskan sikit ja lagi.... Till the point dah present nnt baru berserah"...

Luckily, I got friends... They always be beside me.


That really works for me....

16 October 2014, 10a.m-10.20a.m
Precious 10 minutes, for me to deliver my idea a.k.a my research proposal.

=)


Confident level 
100%,
within 1 minute, 80%,
After the word "thank you, any question".. 30% and......
plateau a.k.a my blur state.


Looking at those panel facial expression.. In me "fine....just stand...and face it"




Admit, most of the comments memang betul... And memang aku pun clueless... But some point, totally different from apa yang aku bincang with my supervisor.

 (Yes, aku ada supervisor... My supervisor is a PHD doctor in psychology... Sure, aku bangga dapat supervision from orang yang hebat... )


Sadly, my supervisor was not there during that moment....


16 October (12.30 p.m) dan kedepan...

Blur... Benda yang aku ingat, cuti midsem... Nak balik kampung jumpa mak ayah...

Oh baju, banyak nya tak terbasuh.... Nevermind, dobi jala.

Tunggu dobi... "Research ~~~~ macam mana eh"
Luckily got friend, yg sudi dengar...

Balik bilik....
Owh, ada report kena submit before 5p.m...
Ok taip dan teruskan menaip....
Ok mengantuk, taip sambil baring lah...
Taip dan taip
N tertidurrrrrrr.....


Bangun dah pukul 7.30p.m....
Tiket bus pukul 8.00p.m


Maybe sebab tertidur waktu petang, and orang kata boleh gila tidur petang, then lagi la blur...
My romate cakap "takpa gi siap"... Aku pun "ok"....
Mak pesan jangan bawak balik baju... "Ok."... Aku bawak balik laptop and buku sahaja...


Alhamdulillah, sempat naik bas...
Bas bergerak.... Tiba-tiba....
Mata berair ntah la sampai bila and kenapa, sedar-sedar dah sampai Kedah jam 5 pagi...
Jumpa parent, salam, n terus sambung tidur...


In the morning, 17 October, bangun tidur
The mask really burden my head... Why not I take it off?

"Morning, mai makan... Hari nie mak buat kuih"... (terkejut sikit, sebab selalunya beli ja kalau setakat breakfast).


Ok la...aku pun makan...

The extraordinary love..


Tetiba teringat peristiwa semalam...
Mata berair balik, ntah lah kenapa... Dalam hati...

"Mak janganla duduk sini lama-lama, 'hujan' nak turun"...

Hahaha...

"Mak..... Semalam presentation... Orang rasa, orang dah gagal buat yang terbaik..." *insert banjir kilat,guruh dan taufan


That's the reason why... Rasa kecewa bukan sebab diri sendiri ja, tapi sebab aku tahu, ada lagi orang lain yang mengharap. Which is my parent...


Dari BS6 --> air port --> Kedai makan --> dobi --> hostel --> bas --> kedah -->rumah


Finally, that morning, baru aku sedar yang aku memang sebenarnya dah lama depress, dah lama kecewa... So lepaskan everything.... 

The things that I almost miss out... 

Then got text message, supervisor aku nak jumpa on Sunday (.19 October)...

For my own good, "ok, I will be there"

When my parents hantar dekat stesen bas...
Kiss them...
Dalam hati *cannot say by words... Then need to insert hujan, ribut and taufan again.


"Orang balik kampus dulu, orang betulkan apa yang patut... Doakan orang yang terbaik... Bye, saying mak ayah. Assalamualaikum" dalam hati ja.


So thats it...


Drama la sikit, tulis event nie dalam blog... Tapi nie la masa "down" aku, supaya nanti bila tiba masa aku dekat atas aku tak lupa siapa yang ada masa aku dekat bawah....

Semua orang lalui benda yang hampir sama, semua orang ada cara masing2 untuk handle those situations... Mengadu dekat Allah is the best way... Tapi bagi aku yang mudah lupa, aku tulis event nie dekat sini, supaya aku ada rujukan saat susah aku, saat aku senang, supaya aku sentiasa bersyukur.

p/s: Sendiri-sendiri punya coretan, berdasarkan apa yang aku lalui sendiri-sendiri... my sendiri-sendiri punya blog... Disebabkan aku tulis dan publish dekat sini, bermaksud, aku tak kesah nak kongsi dengan orang lain... Terpulangla macam mana pun nak judge... but before that answer my question... "Who are you?" Thank you.  

Friday, May 30, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 3 (akhir)-

Assalamualaikum.... setelah sekian lama, part 3 di publish juga... Cerita "Trip ada bran ke Thailand" nie, dia punya 'bran' tu macam semakin menjadi-jadi, bila ada tragedi-tragedi yang di luar tahap kewarasan manusia... Tragedi-tragedi tu pulak, akan membuatkan mak-mak yang baca blog aku neh risau, dan rasa macam nak ambik rotan, dan rotan ja kaki anak-anak mereka yang degil tersebut... Jadi haruslah aku simpan dulu cerita nie, dan tunggu keadaan reda sedikit.

Nie lah ceritanya untuk sapa yang tak tahu... dan kitorang kat sana 2 Mei... Nampak tak dia punya nasib baik tu macam na?

Dan~~~ ini adalah kitorang bajet-bajet wartawan Majalah 3 yang begitu peramah... Dalam hati sekarang... Bersyukur yang teramat... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur... 
*********************************************************************************

Ok sambung cerita Part 2 hari tu...

Yes... kitorang bertiga dekat sana telah bajet-bajet bran guna perkhidmatan moto teksi yang didominasi oleh golongan veteran (selepas ini akan digelar Uncle Mat Mot).... rujuk Trip ada bran ke Thailand part 2  ... Kitorang pergi Pasar Munok..... Untuk pengetahuan korang, trip ke Pasar Munok nie tidak dirancang oleh manager kitorang... Pasar Munok nie, Uncle Mat Mot yang cadangkan dekat kitorang.. Sebab katanya pasar ini jadi tumpuan orang Malaysia, sebab harga barang-barang dekat sana murah teramat.... 

Dah alang-alang sampai, kitorang pun sekali lagi , bajet-bajet ala bran telah panjangkan kaki untuk ke sana.... Ingatkan dekat, rupanya jauh la jugak... dalam 30 minit dari Sungai Golok... 



Cuaca sangat la panas.... guna jala apa yang ada. 

Kitorang tak da la high expectation sangat pasal Pasar Munok nie, sebab Uncle Mat Mot , dah awal-awal lagi cakap, yang pasar tu lebih kurang macam Wakaf Che Yeh ja... Wakaf Che Yeh nie, antara tempat membeli belah yang terkenal la dekat Negeri Kelantan nie. Lagi-lagi kalau mak-mak yang pertama kali datang Kelantan... Selagi tak pergi Wakaf Che Yeh jangan harap nak balik.... Tapi sekarang aku nak cerita pasal Pasar Munok dulu. 


Maka sampai lah kami dekat Pasar Munok... yang bagusnya, Uncle Mat Mot (yang pakai vest Pink dekat belakang tu ha) dengan rela hati teman kami berjalan-jalan dalam Pasar Munok.... Uncle Mat Mot kata tu pertama kali, dia teman pembonceng dia jalan-jalan dalam pasar... Walaupun kitorang banyak kali suruh diorang tinggalkan ja kitorang dekat situ, tapi diorang tetap jugak nak ikut. 


Dalam banyak-banyak benda, mereka neh tertarik dengan goguma ... Ubi kayu... Cara sukatan jual beli dekat sini guna pot (tin kosong)... satu pot, 2 ringgit... 

Barang dekat sini sumpah murah.... 75% lagi murah dari malaysia.... Pergh, bajet over sea sangat ayat aku. 

Tapi sebab masing-masing ada 50 ringgit ja, dan kitorang memang tak rancang nak beli belah, jadi kitorang tak ada la nak membeli sangat... 

Lepas dah jalan-jalan dekat Pasar Munok, kitorang pergi makan..... dah nama pun thailand kan, haruslah try dia punya tom yam dulu... Jadi kitorang pun ajak la Uncle Mat Mot, hantar kitorang dekat kedai makan yang paling best dan halal dekat sana.... Jadi uncle Mat mot pun hantar kitorang pergi ke Pekan Golok... Sampai ja dekat Pekan Golok, kitorang dah tak nak guna perkhidmatan Uncle Mat Mot lagi, jadi kitorang pun bayar tambang sebanyak RM24 ringgit. Bagi kitorang berbaloi la bayar diorang dengan harga tu, sebab diorang dah macam kami punya traveler guide... 


 Adibah dan Ana, haruslah feeling feeling sweet suruh Uncle Mat Mot tulis nama diorang dalam tulisan Siam atas tapak tangan... Kalau tapak tangan diorang takpa, nie tak tapak tangan Uncle Mat Mot jugak kena. 


Nie adalah minuman yang kitorang order.... Nie air tebu namanya... Mula-mula aku risau jugak nak minum, takut sakit perut, mahu bertempiaran kitorang lari cari tandas nanti... Tapi ok ja, alhamdullillah.... Air tebu nie lepas perah diorang isi dalam botol, kemudian baru sejukkan... Rasa dia best, segar dan manis tebu...  Sebotol harganya RM 1.80, free air batu. 



Nie pulak makanan kitorang...
Aku ngan Dibah makan, Kuew Teow Tom Yam Campur ... RM 8 ringgit semangkuk.
Ana pulak, nasi putih dengan Tom Yam .... RM 9.50 kalau tak silap, free ulam dan sambal.
Dan makanan bersama .... Pulut Mangga... RM 6 ringgit sepinggan.

Nasib baik sedap, tahap tak boleh dilupakan, kalau tak, berkira la jugak masa nak bayar tu....Dia punya tomyam yang uniknya dekat sana, dia letak cili padi kering... Dia punya Pulut Mangga pulak yang bestnya, dia punya santan tu.... Dia punya creamer tu melampau, tahap tak boleh nak digambarkan....

Lepas makan, kami ada la jugak jalan-jalan dekat Pekan Golok tu, tapi dia punya seram tu tahap kritikal bila kau nampak banyak gila tentera pegang senapang... 

Aku ada ja gambar tentera yang aku tersnap masa dekat sana. Tapi takut la pulak aku nak upload sebabnya ,tentera dekat sana dia punya serius tak ada tandingan.... Kau sengeh la macam mana pun, buat peace ka apa ka, memang tak da nya dia nak layan. Silap-silap hari bulan, senapang tu jadi habuannya. 

Lagi pun harga dekat Pasar Golok sama ja macam harga-harga dekat mall semua tu. Jadi kitorang pun berjalan la balik ke Sungai Golok tadi, untuk seberang ke Malaysia, oh tanah air ku...


Hah...Ini lah nama jalannya.... Sebut la sendiri... Goguma a.k.a ubi kayu yang Adibah pegang tu, aku tak tahu la sedap ka tak, sebab tak luak-luak pun aku tengok... (last-last masuk tong sampah)


Ana dan cenderahati nya....


Aziah dan cenderahatinya.....

Cenderahati la sangat, padahal kitorang beli payung malas (malas sebab tak perlu pegang) tu pun, sebab cuaca panas sangat, dan kitorang malas nak berpayung-payung masa berjalan.

Antara benda-benda menarik yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik.....


Abang sado.... Aku tak dala angau dengan sado-sado neh (scary u know) ... saja ja ambik gambar nie nak tunjuk dekat kawan-kawan kampus aku.. 

Budak comel... Kecik-kecik dah bercinta kau... siap pegang-pegang tangan lagi... Sapa yang single mesti rasa looser gila tengok gambar nie. haha


Burung peliharaan.... 

Maka, sampailah kami ke Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia dan Thailand... 


Bye-bye Thailand.... Till we meet again... (aku tak nak dah ikut.. takut kena rotan nanti ngan omak. Di marah nyo dek apak)


Bye-bye.... Tunggu bot jom... 


Haaa.... Tudiiiiaaaaa sampai dah bot kita.... Hang tengok budak tu, berani tahap hek ele ja naik bot sorang-sorang... 


Muka bersyukur selamat pulang ke Malaysia...



Trip manager juga bersyukur kerana misinya berjaya....
Ana bersyukurlah, posing ja, tak ambik gambar... maka, gambar Ana is everywhere. 


Tara.... Selamat sampai Malaysia.... Jom la bergambar dengan keluarga ini... Mereka juga ingin ke seberang...

Maka tamatlah, al kisah kitorang ke seberang.... Yup, walaupun seberang dan tak ada apa pun yang nak dibanggakan tapi pengalaman itu sendiri mengajar kami erti kehidupan... Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.... Selain itu, trip hek ele, bajet-bajet ada bran macam nie juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.... =) 

Sekian .... XOXO... 

p/s: cerita yang saya coretkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri...... cerita ini dikisahkan di dalam bentuk bertulis supaya akan terus kekal sebagai satu memori yang terindah sepanjang saya dan rakan-rakan yang lain bergelar pelajar universiti... Segala kekhilafan dari segi pengolahan cerita, dan perkataan yang saya gunakan, amatlah saya kesali.... Ada cadangan tempat percutian yang menarik? Boleh la kongsi... =)

Thursday, May 8, 2014

Trip ada bran ke Thailand - Part 2-

Bersambung...

2 Mei 2014. 
Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 pagi macam tu... Disebabkan terlalu teruja, aku dengan Ana telah selamat memalukan diri sendiri pagi tu.... Semangat kitorang pergi ketuk bonet kereta Viva orang lain *perkara ini memang betul-betul tidak disengajakan... Pemandu kereta tersebut juga memainkan peranan yang sangat baik dengan membuka bonet.. Maka selamatlah, beg aku dan beg Ana, berteduh di dalam bonet kereta orang selama 2-3 minit... kahkahkah... Dengan semangat aku membebel 

"Eh-eh, ada bau bihun la... Kau bawak bihun goreng eh Diba?" , aku bertanya dengan penuh rasa syukur. 
"Ha'a la... kau order ek?"...Sahut Ana, menambahkan lagi perisa...
*maka berpusing lah pemandu kereta tersebut, ternyata aku dan Ana salah orang... Alangkah terkejutnya pemandu kereta tersebut, dan yang paling menyedihkan, alangkah malunya kitorang saat itu... kahkahkah.

#kalau yang berkenaan terbaca entry nie, maaf ye... kitorang tak sengaje.. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Kubang Kerian ke Rantau Panjang... Kitorang bertolak tanpa bersarapan, berbekalkan RM50 ringgit cash, dan lampu minyak yang ntah dah berapa hari berkelip... Untuk pengetahuan, bank dan stesen minyak sangat banyak di kawasan Kota Bharu dan Kubang Kerian nie... Tapi disebabkan perasaan teruja, kitorang teruskan perjalanan, dengan berharap akan jumpa banyak lagi stesen minyak dan mesin ATM dalam perjalanan nanti.... Alhamdulillah, kitorang sempat singgah di stesen minyak untuk isi petrol dan beli sarapan dengan menggunakan wang bernilai RM50 sahaja... Rasa macam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sahaja lagaknya pasa masa itu. 

Walaupun Adibah telah buat peta perjalanan, tapi perjalanan kami masih lagi bergantung kepada sistem GPS.... Sistem GPS  memainkan peranan yang sangat bagus sepanjang perjalanan kami, tapi sampai sahaja di kawasan pedalaman, sistem GPS sudah pening, mabuk kereta barang kali, maka kitorang pun sesat... Penat pendengar arahan...

"500 meter turn right.... 100 meter U-turn"

Pusing-pusing tempat yang sama ja.... Maka kitorang pun kembali kepada fitrah manusia, iaitu berkomunikasi sesama manusia yang dikurniakan nikmat akal, dan off handphone yang tidak berakal #eh.. Jadi kitorang pun, tanyalah penduduk setempat.. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di sempadan Thailand.... Masa, kitorang tanya penduduk setempat, ada seorang Pak Cik yang betul-betul buat jantung aku dan Ana berdebar semacam.... Bukan sebab Pak Cik hensem macam Nickhun, tapi sebab kata-kata dia yang macam nie... 

" Pak Cik, tumpang tanya, macam mana ye nak naik bot pergi seberang?" ... tanya Adibah dengan penuh berhemah.
"Pergi seberang? berani ka nie?".... soalan berjawab soalan... Tanya Pak Cik tersebut.

*berpasir tekak...kering!*... keadaan aku dan Ana pada masa tu. 

Tapi Pak Cik tu baik orangnya, dia tunjukkan jugak kitorang jalan nak ke seberang... Yea, kitorang sampai... Pada mulanya Aku macam blur-blur sikit tengok sampan yang angkut orang ke hulur kehilir... Lebar Sungai tersebut, tak sampai 10 meter.... Tetapi pengangkutan yang disediakan adalah bot sampan.... Kalau ikut logik, ada titi batang kelapa pun dah ok , kalau setakat orang yang nak menyeberang.... Tapi berdasarkan kajian Adibah selaku manager perjalanan kitorang, kedalaman Sungai tersebut adalah  3 kali ganda panjang sebatang buluh tua. 



 Ini lah sampan dan sungai yang aku maksudkan tu...
Ok ya kawan-kawan, sekarang kitorang berada di Malaysia... 


Tara...sebelah tu ja Thailad a.k.a Siam...We will be there soon..
Over river sangat. 
haha..


Sekarang giliran kitorang... rasa berdebar tadi semua dah hilang dah... 


Menghampiiiiirriiiiii..... dannn......


Sampai!!!!!! 
Sungai Golok, Pengkalang Gergaji..

Patutla Pak Cik tadi mempersoalkan niat kitorang, rupanya nama tempat nie pun dah ganas... "Golok" dalam dialek Kedah, bermaksud 'kapak'... ditukarkan menjadi

Sungai Kapak, Pangkalang Gergaji... 
Ambik!!! Kau pilih nak kena kapak ke gergaji.. Ada bran sangatkan kitorang? haha.

Kos untuk naik bot sampan tadi adalah RM1 seorang untuk satu hala... Perjalanan mengambil masa 3 minit. Tengok akak-akak dengan abang-abang dalam gambar yang first tadi, diorang steady ja berdiri naik bot sampan tu... Kitorang ja duduk, bajet-bajet foreigner sangat.... hahaha... 

Sampai ja kitorang dekat sana, kitorang bertekad ikut cakap manager kitorang untuk menapak sahaja... Malangnya kebanyakkan kedai tutup, dan jalan kosong... antara perkhidmatan pengangkutan yang disediakan adalah moto..


Moto pengangkut...
Pemandu moto pengangkut nie, akan pakai vest yang ada tulis number macam nie... 
Ada macam-macam warna, oren, purple, hijau, biru... 
Aku pun tak pasti kenapa, perlu beza-bezakan warna, tapi mengikut pemerhatian aku, setiap warna didominasi oleh golongan umur yang berbeza...

Contoh:
Warna hijau: Umur 17-20 tahun
Warna oren: 20- 30 tahun
Warna pink: 40-50 tahun


Disebabkan cuaca yang sangat panas.. Jadi kitorang tiada pilihan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan moto pengangkut nie.... kitorang pilih warna PINK... kikiki...retro sikit. 


Kitorang guna 2 biji moto sahaja... Disebabkan beg aku super besar, maka, aku diberi kelebihan untuk memboceng sorang-sorang... Manakala Ana dan Diba terpaksa mentimun, membonceng dua orang...

...........

To be continue... Tempat yang dilawati... XOXO